Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Thursday, September 8, 2011

KHAMIS: 8 SEPTEMBER 2011

Selamat sejahtera semua.. Jam dinding rumah ku menunjukkan pukul 2.31 a.m sekarang ni.. Memang dah pagi buta lah kan.. Tapi ni rutin duduk rumah lah sepanjang cuti.. Kalau kat U memang aku tidur awal sebab tak nak terbangun lewat dan pergi kelas lambat hehe..

Ok.. Berdasarkan tajuk entri... Aku baru melepasi usia 22 tahun kerana pada 8 September 1988 aku dilahirkan.. Maka kini genap lah usia ku 23 tahun dengan penuh sihat walafiat.. Ehem.. ehem duduk rumah bertambah tembam bagai di pam-pam ya...

Kalau ada yang nak tahu apa birthday girl buat hari ni... Biasa-biasa je macam hari-hari yang lain jugak.. Kebetulan birthday jatuh time syawal pastu khamis pulak kan.. Maka BG (birthday girl) berpuasa sunat syawal untuk hari yang ke-3 dan sekali kan dengan puasa sunat hari khamis...

Bila puasa lepas tu sahur minum air kosong je maka agak letih lah badan.. Jadi BG tidur je dan sampai masa BG bangun dan solat serta menonton tv dan mereply semua birthday wish kat sms dan jugak kat fb... Terima kasih banyak-banyak kat semua yang wish kerana anda alert pada hari jadi ku hehe..


Thank you, UMI for giving birth..
Thank you, ABAH
(you are my everything)
Three small words.
So much to add....
For all your love
and your support
a million words
would be too short.
The words, "I love you"
seem too few
to express the love
I have for you.


Kat atas tu ucapan untuk ayahanda dan jugak my mom yang raising me so beautifully.. Sentiasa menyediakan segala keperluan dan kehendak tanpa di minta walaupun ribuan ringgit dilaburkan .. This investment tak kan buat kalian menyesal kerana kalian sentiasa dalam doaku dan kerana kalian telah mendidik ku dengan baik... Semoga aku jadi anak yang solehah sehingga ke akhir hayat kalian..

Terutama investment ayahanda yang bawa BG bercuti sem di Arab Saudi.. Tiap kali kita ke Makkah dan buat umrah.. You know what.. I kept praying the same thing.. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayang yang berlipat-lipat ganda kepadanya.. Walaupun BG ada hajat sendiri nak doa depan kaabah tapi secara terang-terangannya siapa yang bayar semua kos dan tambang BG untuk ke sana.. BG tak keluar satu sen pun untuk ke sana malah menetap di sana... So.. Tentu lah BG akan doakan banyak-banyak dan terlalu banyak untuk ayahanda..

Not to forget my mom.. Dia lah antara wanita yang sangat independent dalam dunia yang BG pernah jumpa dan betapa hebatnya dia di hadapan mata BG... Dia bukan wanita yang duduk rumah goyang kaki atau bukan wanita yang hanya buat kerja rumah walaupun dia suri rumah.. Dia urus anak-anak dan juga seorang sukarelawan yang tersangat sukarela..

Masa duduk UK.. Ayahanda student dan my mom lah yang jemput kami balik sekolah.. Pergi kedai beli barang dapur.. Ketidakfasihan berbahasa inggeris bukan mematikan langkah my mom untuk usung kami semua ke sana sini di negara orang... Dia masih survive dan akhirnya berjaya juga hidup di negara orang putih.. Bila berjauhan bertahun-tahun macam sekarang pun dia still survive..

So ayahanda dan juga my mom sama-sama istimewa.. Sanggup berjauhan untuk memajukan keluarga dan menambah keperluan serta wang tambahan untuk anak-anak.. Ayahanda yang tinggal di negara orang untuk kami dan my mom yang berada di Malaysia untuk menguruskan keperluan kami..

Thank you so much... Kerana anda lah BG berada di dunia ini dan kadang-kadang diri ini juga seperti tidak mampu menjadi seperti anda yang tidak kenal erti penat dan lelah...

2 comments:

Princess LaLoLi said...

uuurmm..fiya..soory..happy belated besday..baca blog nie..bru thu..sorry.

uurmm..suka dgr life fiya...saya harap saya leh jd cm ibu fiya..Pn.Zuraidah..:-) sama nama...n ingin miliki kekuatan mcm tuh..:-)

RIMA DANIA said...

LALOLI: Its ok hehe.. fiya dah tua pun hehe.. Thank you so much dear...

Insyaallah..kita sama2 jadi wanita yg terbaik untuk parents kita... Maa ida pun apa kurangnya.. Orangnya tabah kan... (^^,)