Assalam..
Selamat untuk semua tak kira pagi, petang dan malam... This entry special untuk gadis di luar sana .. Gadis like me.. Lepas tu di harap entry ni membantu kalian kerana problem ni ada di mana-mana dan ia semakin berleluasa di kalangan teman-teman yang umurnya hampir sama dengan usiaku..
Cuba teka.... 2012 ni umur ku sudah genap berapa tahun? Hehehehe...... Kalau dah tau tu simpan sendiri ye..
Ok.. Mesti ada yang macam samar-samar problem yang macam mana tu gadis-gadis seusiaku hadapi.. Bukan problem aku.. Problem para gadis yang ala-ala umur aku.. Jangan ada cop muka aku pulak kata ni problem aku... Dah lah aku malu giler nak tulis tapi aku rasa pendapat aku ni patut aku luahkan..
Bismillah hehe... Ok.. Sekarang ni ramai jugak lah kawan-kawan yang update status, parents tanya bila nak kahwin... Thats good sebab parents mereka ambil tahu.. As for me... I have parents yang simple and great sebab mereka okay ja! Hahaha this is good for me what sebab i have no answer kalau lah parents aku tanya macam tu...
Cuma my mom ada perli-perli tanya bila nak langsungnya sebab dah ambik kursus kahwin sem lepas.. Ambik tetap kena ambik hahaha sebab wajib kena ambik walaupun pasangannya invisible right now haha..
Ok.. Ada juga yang mula mengeluh sebab rasa tak ada lelaki yang nak kat dia.. Ada juga yang plan nak tunang dengan bf dan tup-tup bf kahwin dengan perempuan lain dan pelbagai masalah jodoh yang mengganggu emosi... Seriusnya aku yang membaca luahan mereka dan mendengar rasa kesian!!!
Tapi........
Bila kita sebagai kawan selalu bagi nasihat macam ni...
"Sabarlah... Jodoh di tangan Allah kan..."
Memang kawan kita tu tengah sabar.. Kalau tak ada exboypren yang kena tetak awal-awal right? Dan kawan kita tau Jodoh di tangan Allah sebab mereka muslim dan tahu tentang perkara itu...
Bagi aku.. Lebih baik kita kata "Ujian dari Allah tu...." Bak kata Catriona Ross yang aku dengar dalam ceramahnya yang diadakan kat U aku sem lepas.. "Jangan rasa takut atau rimas dengan ujian yang Allah bagi sebab kadang-kadang ujian yang dasyat tu lah menambah pahala kita yang memang manusia biasa yang pemalas nak qiam dan kumpul pahala..." Sedap didengar kawan kita yang memang bermasalah... Betul tak?
Aku masih pegang kata-kata Catriona Ross sebab logik apa yang dia katakan tu dan menjadi penyedap hati bila ujian dari Allah datang pada waktu yang tak disangka-sangka...
Tahun lepas dan tahun ni ramai sangat kawan yang dah mula jadi isteri dan ada yang dah jadi ibu-ibuan hehe... They are so gorgeous okay! Lepas tu ada yang dah jadi suami-suamian dan bapa-bapaan hehe... They are so great and aku orang-orang jauh yang tak pergi kenduri mereka sebab aku kan student.. Tak sempat terkejar-terkejar pegi kenduri kawan-kawan.. Aku doakan mereka dari jauh semoga perkahwinan itu diberkati dan supaya mereka sentiasa hidup aman dan damai serta bahagia sehingga ke akhir hayat...
By the way... Elok amalkan mendoakan orang lain dalam keadaan orang tu tak tahu kita sedang mendoakan dia... Ada ganjaran untuk kita jugak disebalik doa kita kepada seseorang itu..
So for the other gorgeous out there..... Jangan bersedih jika anda melihat teman-teman sudah menukar status... Jangan sesekali rasa tertekan sehingga ia mengganggu kehidupan anda.. Hidup tetap perlu diteruskan dan ingat Allah itu ada...
Selagi anda bersujud padaNya... Mintalah apa yang anda nak minta wahai sayang-sayangku sekalian... Jangan give up!!! Minta dan teruskan meminta...
Pada pendapat aku... Cuba sebut thank you Allah for giving me this kind of ujian... Nak tahu sebab apa?? Hahaha mungkin Allah nak suruh kita buat extra preparation untuk menjadi bakal isteri dan ibu yang baik...
Isteri yang menjaga aurat untuk suaminya dari hujung rambut sampai hujung kaki... Isteri yang tak mendedahkan suara yang lunak merdu kepada lelaki lain selain hanya di hadapan suaminya..
Mungkin kita boleh prepare jadi isteri contoh seperti isteri-isteri Nabi.. Bagaimana isteri-isteri baginda menjadi isteri yang suami redha..
Pernah dengar kisah Saidina Ali pernah meminta Rasulullah memberikan hamba perempuan kepada Saidatina Fatimah kerana Saidina Ali kesian tengok isterinya membanting tulang mengurus rumahtangga?? Sampai tangan Fatimah luka-luka...
Walaupun Fatimah anak kesayangan Nabi... Tapi kalian tahu apa Nabi jawab? Nabi jawab... Tak mengapa Fatimah tiada orang gaji kerana segala usaha keras Fatimah terhadap suami dan rumahtangga adalah berbaloi dan Allah kurniakan dia dengan ganjaran...
Sekiranya kerja-kerja Fatimah digantikan dengan hamba perempuan... Berkuranglah ganjaran itu kerana Fatimah telah menyerahkan sebahagian tugasnya kepada hambanya.. Maka... Yang manakah lebih baik... Mempunyai hamba perempuan untuk membuat kerja atau dilakukan Fatimah sepenuhnya?
Hehehe kalian faham tak? Kalau zaman sekarang semua kerja orang gaji buat... Sebagai isteri kita dah lepaskan tanggungjawab mengemas, memasak atau uruskan anak.. Apa yang tinggal untuk kita? Ganjaran apakah yang ada?
Kepada bakal-bakal isteri... Masak... Masak... Masak... Untung jadi isteri pandai masak ni... Setiap pahala yang mengalir ketika kita sedang memasak untuk suami dan keluarga besar ganjaran Allah sediakan untuk kita... Jadi... Ada suami... Dah ada keluarga sendiri... Masak.. Masak... Masak untuk suami... Kasi extra peluh hehe...
Lepas tu.. Kadang-kadang bila tengok some of the pictures kawan-kawan kahwin ... Syukur dah kahwin... Jodoh dah sampai kan.. Apa tunggu lagi... But then.......
Wearing baju pengantin nampak bra hitam dan macam pakai bikini je rupanya pengantin perempuan.. Oooopsss.. Bukan nak memalukan sesiapa but see... Nak kahwin kumpul duit bagai nak rak but.... Tak kumpul ilmu sebelum kahwin.. Itu kalau isteri .. Kalau suami pulak tak cukup ilmu rumahtangga... Isteri pakai baju pengantin nampak bra hitam tu tak tertegur dah... Body isteri tu untuk kamu wahai suami.. Bukan untuk tetamu kenduri... (^^,)
Pelbagai lagi masalah yang dapat dilihat tapi yang tu jelah aku bagi contoh... Same goes to kepada yang dah berkahwin lama tapi belum dapat anak... Ujian Allah tu...
Ada orang dah ada anak tapi salah didik... So same goes macam problem lambat dapat jodoh tadi.. Allah nak kita jadi para ibu bapa yang mampu mendidik anak-anak dengan sempurna dan semua orang tahu anak itu amanah kan? Hehe.....
So belajar parenting dulu dan gunakan masa yang ada ni dengan baik untuk belajar semua ilmu sebab tak rugi pun.. Kita boleh praktik kan... Kita boleh sampaikan pulak ilmu pada kawan-kawan, adik-beradik... Betul tak?
So.. Gorgeous people out there... Allah kan ada... Minta lah apa yang kalian nak dan semoga doa kalian dimakbulkan... Happy for all of you...
Thanks sebab baca (^^,)...