Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Sunday, January 20, 2013

Pantang Larang....

Assalam...


Imam Muda Asyraf:

Dalam Islam tiada pantang larang kalau tangkap gambar 3 orang, salah seorang akan meninggal. Selalu sgt org nk tangkap gambar dgn sy, bila ada 3 org dia akan kata "Isy tak boleh..tak berapa nak elok"... Sy tanya knp tak elok?..dia jawab "Nanti salah seorg akan meninggal".. Pelik..persoalan meninggal pun ada kaitan dgn kamera?..sejak bila zaman Nabi SAW ada kamera?... Setiap kali org cakap mcmtu, sy akan kata "Org yg pegang kamera yg akan mati dulu!!.." hahaha..


Aku dah lama nak share tentang topik pantang larang ni... Memandangkan aku jugak pantang dengar orang yang melarang aku buat itu dan ini sebab nak menjaga sangat pantang larang datuk nenek mak ayah dia.. Maaf sangat-sangat kalau ada yang terasa tapi aku rasa aku nak jugak share tentang pengalaman aku...

Aku ada seorang kawan (nama dirahsiakan)... Kawan aku ni boleh kata kalau belajar, lagi pandai dari aku.. Memang masa tu kalau aku dengan dia nak compare pointer dan cgpa.. Memang dia jauh lagi hebat... Bercerita tentang pelajaran dengan dia memang best sebab banyak benda dia tahu.. So, aku memang senang dengan dia dan kami jadi sangat baik!

Satu hari... Aku nak makan keropok tapi aku tak jumpa gunting.. Jadi aku terus koyakkan je plastik keropok tu sampai plastik tu berlubang... Alhamdulillah aku dapat jugak makan keropok tu dengan nikmatnya... Tiba-tiba...

Kawan: Kenapa tak try carik gunting?

Aku: Gunting tak ada.. Dah cari tak jumpa.. Tak apa lah janji boleh dibuka..

Kawan: Tak baik bukak plastik keropok tu cara koyakkan macam tu...

Aku: Eh, kenapa pulak? 

Kawan: Mak kita kata.. Kalau orang yang koyakkan sesuatu plastik, tak kisah lah plastik keropok ke, roti ke, kena koyakkan cantik-cantik dan elok-elok.. Lebih baik guna gunting... Efeknya nanti masa nak bersalin, bila baby nak keluar, bahagian peranakan akan koyak sama macam kita koyakkan plastik keropok atau makanan yang kita pernah koyakkan... Tak kisah lah bersalin normal atau operation.. Kalau kita koyak plastik tu senget nanti jadi senget lah kesan koyak dan jahitan kita lepas bersalin...

Aku: -Terdiam + Terkejut- (Aku tak pernah dengar pantang larang yang ni.. Boleh pulak jadi macam tu.. Habis lelaki? Dia tak bersalin pun... Macam mana pulak efeknya kepada lelaki?)


Ada lagi satu kes... Kawan aku yang lain nak hadiahkan bf dia baju... Saja suka-suka nak bagi sebab duit dia pun banyak... Kawan aku ni pun berbunyi dan berkata pada aku..

Kawan: Si F tu nak bagi bf dia baju... Tak elok...

Aku: Tak elok? Kenapa pulak?

Kawan: Mak kita kata.. Kalau time bercinta, bagi baju.. Boleh jadi penyebab kepada clash..

Aku: Apa kaitan beri baju sebagai hadiah boleh jadi clash? Bukan makin sayang ke?

Kawan: Mak kita cakap tak baik bagi bf baju.. Memang boleh clash nanti... Nak bagi benda lain tak apa...

Aku: (Asyik Mak kita.. Mak kita... Huhuhu semuanya tak boleh sebab Mak dia...)


Banyak lagi cerita bab pantang larang sepanjang aku duduk dengan dia ni hehehe... Bila dia nak sebut je pantang larang dia.. Dia suka sebut MAK KITA... MAK KITA kata kan.. Tak boleh itu tak boleh ini... Dia pun terlalu ikut dengan setiap pantang larang mak dia.. Akhirnya aku rasa tak best nak bercerita atau buat apa-apa aktiviti dengan dia sebab semua benda senang jadi susah dan menyusahkan...

Dia terpelajar dan sangat pandai.. Sepatutnya dia ubah mentaliti pemikiran mak dia yang kita sedia maklum, bukan semua mak-mak zaman dulu ada SPM... Dapat pendidikan yang baik... Mak-mak dulu kalau ada SPM dan bekerjaya kira hebat sangat dah.. Belum lagi yang ada title doktor, kerja jadi akauntan, busniness woman berjaya dan sebagainya memang dah tentu hebat.. Maka sebagai anak yang ada pelajaran yang bagus.. Dah bercampur dengan pelbagai peringkat manusia yang terpelajar, boleh cuba ubah mentaliti mak-mak yang suka guna pelbagai pantang larang untuk tak menyesatkan akidah... Berdosa percaya benda macam tu sedangkan nak menjalani kehidupan yang baik, pegang lah pada Hadis dan Al-Quran... 

Ada orang kata, orang tua-tua guna pantang larang sebab nak kita lebih sopan dan beradap dalam kehidupan seharian.. Tapi better cakap direct.. Contohnya,"Koyakkan plastik keropok tu elok-elok... Kalau koyak rabak macam tu, macam mana nak jamu orang lain makan sebab selekeh sangat rupanya.." Bukannya explain yang bukan-bukan dan kadang-kadang tak masuk akal...

Itu pengalaman aku.. Kalau aku dengar pantang larang ni.. Aku suka refer parents aku sebab mereka pun orang lama jugak tapi tak ada pulak ajar aku bab pantang larang yang pelik dan tak masuk akal.. Kan baik tegur kesalahan anak-anak guna hadis dan Al-Quran... (^^,)


Terima kasih...

p/s: lil editing using nice words + forgive me for using
some kind of harsh words before this..Peace (^^,)

8 comments:

mrS pinu said...

hahahaha..kalau psl koyak plastik ta penah dgr..tp sal baju penah dgar...sebenarnya pntg larang ni kdg2 okela leh ikut...sal bg bju kat pkwe yeala..dah bru pkwe nk bg bju bgai,kat mak bapak penah ke bg?heheh..myb cmtula mksudnya org2 tua,,tp die kasi kiasan la..hehehehe...yg baik jadikan ikutanla..heee..se g delete la word yg nk komen ni..huuu

kaizen said...

sumer pon x penah dgr...

*amek sbg teladan bkn mempercayai sbb bleh lead ke syirik

oya zihanee said...

ek?? k.oya selalu je dolu kala bagi abg fairus baju. siap pos lagi.. berhelai-helai sebab memang tahu seorang lelaki memang malas beli baju.

tpi alhamdulillah.. ade je jodoh (kahwin). even sampai sekarang tolong shoppingkan baju dia.. hehehehe...


tak boleh percaya tue!

RIMA DANIA said...

MrsPinu: haha mungkin jugak itu tandanya tapi cakap direct lagi baik.. bila dia ckp dgn anak2 mcm tu..anak2 smpaikan kat kwn2 dan suruh kwn2 percaya kata2 mak dia.. kita yg x pernah dengar ni rasa tertekan sebab semua benda nak buat..semua salah sbb ada pantang larang.. lama2 kita rasa fade up nak buat kerja @ apa2 aktiviti dgn dia..hehe

RIMA DANIA said...

Kaizen: Betul!.. tapi kena berhati2

RIMA DANIA said...

Kak Oya: hehe ada jugak kwn bg baju kat bf lepas tu clash tapi clash bukan sbb baju tapi sbb salah faham yg kebetulan berlaku.. ada kwn bg bf baju tapi lepas tu dapat dah kad jemputan hehe..kahwin dah pun sebab dah jodoh..hehe

memang tak boleh percaya kan (^^,)

Cik Tipah said...

haaa..penah jdi gini jugak..last2 bosan.. malas nak cerita..sbb ape yg kite buat.. langgar pntg..aishhh -_-

RIMA DANIA said...

Cik Tipah: hehehe fade up kan..