Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Friday, October 11, 2013

Lama sangat rasanya tak update...

Assalam...


1. Husband admitted kat wad

Bermula bulan lepas sehingga ke bulan ni aku busy sangat.. Pada awalnya start tak sempat update blog sebab Allah turunkan ujian bila husband admit kat wad dan aku kena berulang-alik dengan Abah dari rumah untuk tengok dia kat hospital, tunggu dia kat hospital, belikan makanan dan lain-lain lagi.. 

Nak bergerak pergi tandas pun tak boleh apalagi nak bangun solat.. Lagi tak boleh gerak.. So, masa tu aku lah satu-satunya yang akan urus semuanya untuk dia.. Masa tu rasa macam perghhhh "Isteri solehah betul aku ni..." Hahahaha poyo je...

Alhamdulillah sepanjang husband kat wad, husband juga selamat menjalani pembedahan seperti yang dirancang.. Memang masa tu rasa sangat penat dan letih sebab tak cukup tidur langsung.. Kadang-kadang baru lelap 5 minit kat rumah dah terjaga pergi hospital tengok dia.. 

Sepanjang husband dalam dewan bedah, aku dengan Abah dan sorang lagi kawan husband menunggu kat luar dari jam 1 pagi sampai 4.30 pagi.. Memang masa tu rasa tak malu dah nak tidur di khalayak ramai.. Aku pun buat style tidur tersendiri!! Hehehe janji take a rest.. Kalau kita nak jaga orang sakit, kita pun kena lah bertenaga... Betul tak?

Terima kasih kat kawan husband tu sebab hari-hari lepas dia balik kerja jam 10 malam, dia akan take over teman husband sampai 2 pagi.. Kemudian jam 8 pagi parents husband datang tengok kejap hantar sarapan dan turn aku bersama Abah pulak dari 9 pagi sampai 10, 11 malam duduk sebelah katil husband.. Rutin berulang sampai husband dibenarkan keluar wad..

Memang tak ada masa nak tengok blog... Dan blog diketepikan buat sementara waktu.. Hehe..


2. Seven days in Hong Kong..

Baru 2 minggu jalani pembedahan, aku dan husband ikut Abah dan Umi pergi Hong Kong.. Dengan kaki yang berbalut tu lah husband gagahkan jugak untuk berjalan tanpa tongkat selama 7 hari kat Hong Kong.. 

Kaki jalan berdencut macam mana sekalipun, dia senyum je sepanjang kat Hong Kong.. Maklum lah, ini first trip dia pergi oversea naik flight... Siapa tak excited kan... Sakit-sakit pun jadi happy semacam je.. Hahaha.... Dah lah naik A380.. Airbus pulak tu.. Lagi macam wowwww!!!!! Lantak lah kaki sakitkan janji naik Airbus 380 Malaysian Airlines..

Terima kasih kat Abah aku for the new experience!!!! Tapi nak share banyak-banyak story tak sempat.. Aku bagi mukadimah je dulu hehe.. Nak cerita kisah 7 hari dalam satu masa memang tak sempat.. Hehe.. 





3. Business Online

Sekarang aku tengah busy dengan business online kat Facebook (ANNADARLING).. Thank you so much kat business partner sebab dia yang banyak uruskan business kami sepanjang aku sibuk dengan dua situasi di atas.. 

Aku terpaksa tinggalkan dia untuk buat semua kerja dari design collection baru, pilih dan beli material kain, pergi hantar kat taylor, pergi ambil dan bawa balik rumah dia, kemudian pergi bawa baju ke studio untuk photo shooting bersama model malah kena melayan customer jugak!! Ouuhh... Bayangkan dia kena buat semua tu sorang-sorang...

Memang hard work sangat dan very understanding business partner... Thank you so much dear!!!... Hanya Allah yang mampu membalas semua jasa kamu darl!!...


4. Busy Latihan Industri a.k.a Praktikal 

Aku sedang menjalani latihan industri atau orang sebut praktikal kat company tempat husband kerja... Memang jimat minyak sebab pergi balik kerja sama-sama..

Pagi pukul 5.20 dah bangun untuk check sebarang order kat Facebook Annadarling, kemudian solat subuh dan bersiap lah pergi tempat kerja.. Sebelum 7.30 pagi dah kena sampai office!! 

Nak mengelak jalan jam teruk, nak mengelak sampai tempat kerja lambat, kami kena keluar rumah sebelum 6.30 pagi.. Zaman masa sekolah pun aku tak pernah ke sekolah seawal tu!! 6.30 pagi baru nak terkulat-kulat bersihkan taik mata kat mata huhuhu..

Jarak rumah dari tempat kerja 32 km dan mengambil masa hampir nak mencecah 1 jam!! What 1 jam!! Yeahh 1 jam.. Kalau jalan clear dan cantik 45 minit dah sampai.. Tu lah paling cepat.. So, sepanjang 1 jam tu kami breakfast dalam kereta.. Makan karipap, mee goreng, mee hoon, nugget, paling kelakar pernah breakfast nasi lemak dalam kereta hahaha.. Sempat minum kopi jugak tau dalam kereta sebab hari-hari siapkan bekal air kopi dalam botol..

Balik kerja pulak.. Keluar dari office jam 5.40 petang paling awal dan 6.30 petang paling lewat setakat ni sebab aku banyak jugak kerja nak di settle kan sebelum balik rumah.. 

On the way nak balik rumah juga jam.. Kebiasaan duduk JB adalah begitu, bukan KL saja tapi mungkin jam KL lagi teruk dari JB.. So, boleh terima lagi lah jam kat JB ni.. 

Sampai rumah jam 7.30 - 8.00 malam itu pun kalau tak ada nak singgah beli barang dapur.. Kalau singgah sana sini pukul 10 malam baru sampai rumah.. 

Lepas tu tak boleh tidur tapi kena check dulu Facebook Annadarling.. Kalau boleh tak nak terlepas pandang setiap mesej dari customer..

Settle semua baru boleh tidur...



Masa tu rasa nikmatnya jadi student hehe... Tapi sekurang-kurangnya sekarang ni aku manfaatkan 24 jam sehari yang Allah bagi untuk buat sesuatu yang berfaedah dalam kehidupan seharian.. Masa jadi student dulu, bila tak ada assigment atau projek mesti sempat jalan-jalan shopping lah, tengok movie korea sampai 30 episod dalam masa seminggu lah hehe..

Sekarang nak ajak husband keluar rumah pun malas dah.. Rasa nak rehat je kat rumah.. Hari tu beria-ria tambah channel kat Astro sebab nak memanfaatkan masa menonton bersama-sama tapi...... Apa dah jadi sekarang???? Balik rumah terus nak cari bantal dengan katil.. TV pun jadi hiasan huhu..

Walaupun hari Sabtu aku bekerja jugak tapi bukan setiap Sabtu.. So, Sabtu hari ni aku tak kerja.. Ini saja lah yang aku sempat nak update.. 

Rasa macam nak sambung tidur pulak.. Mengantuknya... Hehehe...


Terima kasih..

4 comments:

oya zihanee said...

knapa dgn husbnd along???
bestnyerr dpt gi HK.. heheheh.....

anyway smoga cpt sembuh~`♡

RIMA DANIA said...

Oya Zihanee: Hai kak oya.. baru je sempat habiskan baca semua entri kak oya pagi tadi hehehe..

Dia kena jangkitan kuman kat kaki.. jadi bengkak besar.. mula-mula demam pastu makin lama makin teruk dah kaki dia.. demam pun susah nak baik.. check kat hospital terus kena tahan wad kat HSA..

mrS pinu said...

baca kehidupan praktikal fiya bru rase da lg yg susa dr aku.ingtkn aku yg plg memenatkn coz cuti just 1 hri je..amat xsuketp rupanya fiya truk lgi..aku start kijo kul 8..7.45 bru pg coz dkt je..kul 1 blik rumh mkn tghari rht 1 jm tp kdg2 kul 2 lbh xpn kul 3 bru pg..keja smpai kul 4 je.dh blik rumh relex2.kt umh totally rilek.tmpt kijo lg la duk sesaje..syukur ngan khdpn kite.cuma yg beza aku jauh dr apih.smgu skali jmpe.sdh coz die mkn pun xmenentu coz xde sape nk caro.huhu

RIMA DANIA said...

MrsPinu: Mu lagi penat mek bawak baby ke sana sini hehe..

Fiya penat sebab buat 2 kerja dalam 1 masa.. Harapkan Ahad jelah nak lepak2 kat rumah, kemas rumah ke masak ke.. Hari lain memang tak boleh lah nak relax.. Balik rumah je tumbang terus atas katil hehe..