Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Sunday, October 20, 2013

Oh Hari Ahad!!

Assalam...


Shawl: Grey Cotton
Jubah: Green Satin from Annadarling (Facebook)


Hari Ahad lah hari paling bahagia dalam setiap minggu sebab dapat bersantai kat rumah.. Seronok!!!

Di kesempatan ni nak update secara pukal semua cerita yang ada hehe..

1. Pilih Lagu

Aku dengan husband suka dengar lagu dalam kereta tapi kami tak sehati sejiwa bab pemilihan lagu sebab masing-masing minat genre lagu yang berbeza-beza.. Aku memang extreme lagu english je sebab dah terbiasa sejak sekolah suka dengar lagu english untuk dapatkan perkataan-perkataan baru.. Husband pulak memang 100% lagu melayu yang dia minat.. So, bila bukak lagu english memang aku yang excited menyanyi dalam kereta dan husband akan diam je.. Begitu jugak lah sebaliknya bila husband bukak lagu melayu, dia je yang karaoke sorang-sorang dan aku diam..

Husband: Alaa Abang nak nyanyi jugak.. Asyik lagu bahasa inggeris je..
Aku: Kejap lagi kita tukar ya... (Teruskan menyanyi.....)

Akhirnya kami buat keputusan untuk dengar lagu nasyid je sebab dua-dua boleh terima dengan hati yang terbuka malah boleh karaoke sama-sama sepanjang perjalanan dalam kereta hehehe.. 




Kalau pergi karaoke pun ambil kesempatan nyanyi lagu In-Team hehehe..


2. Carboot Sale

Alhamdulillah... Semalam (Sabtu 19/10/2013) kerja half day je.. Lepas habis kerja terus pergi tapak Carboot Sale di Danga Bay, JB.. Sebenarnya aku ni pemalu nak layan customer tapi gagahkan jugak lah senyum kat customer hehe.. Terima kasih banyak-banyak kepada yang sudi singgah gerai kami.. Insyaallah kalau ada program yang lain di masa akan datang, kami akan join..




3. Aidil Adha

Tahun ni celebrate Aidil Adha first time dengan husband.. Tahun lepas kami beraya secara asing-asing sebab sorang kerja, sorang lagi nak sangat raya kat Melaka hehehe.. Kira memang pertama kali lah tahun ni beraya Aidil Adha sama-sama..

Lepas subuh gerak ke rumah mak mertua.. Tak jauh pun.. Dalam 10 minit sampai dah kalau kereta tak banyak.. Kalau kereta banyak adalah dalam 20 minit baru sampai.. Hari tu memang tak ada mood nak sarung baju kurung sebab malas sangat nak seterika baju hehe.. Akhirnya sarung je t-shirt dengan skirt..

Raya Aidil Adha duduk rumah je tengok TV dengan anak-anak saudara.. Tapi dengar kata kat Melaka tahun ni MERIAH ok sambut Aidil Adha... Tak apa next year kami balik sana haa..






Anak-anak ni memang pantang tengok aku (diorang panggil aku Achik) duduk kat meja makan.. Mesti sorang-sorang datang mintak suap, mintak air... Yang si kecik atas pangku ni lagi lah, siap berdiri belakang aku.. Memang tak boleh nak sandar badan kat kerusi lah jawabnya.. Ada jugak penyek anak orang ni karang haha.. Si kecik ni siap melompat-lompat kat kerusi.. Bertuah lah dapat Achik yang belum ada anak.. Boleh layankan korang dengan sebelah tangan suap makanan masuk mulut dan sebelah lagi pegangkan kerusi tak bagi awak tu terjatuh..



Yeayyy!!!!! Habis dah entry pukal yang sangat simple ni hehehe.. Hopefully ada masa dan idea untuk update entry yang lain pulak.. Bye!!!!!

Terima kasih..

2 comments:

Rabiatuladawiah Mustapha said...

Assalamualaikum....

makan x pandang kiri kanan..

next time...ajaklah kita sekali ye.;..

RIMA DANIA said...

Rabiatuladawiah Mustapha: Waalaikumsalam.. wah ada orang baru lah kat blog kita hehe..