Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Monday, May 23, 2011

+ PIE 3 SERANGKAI + rosemary... oregano and thyme!

Lama tak update blog sebab ada problem dengan internet.. Jadi blogwalking jelah sepanjang masa yang terluang tu.. tapi nak share jugak dengan blogger yang lain satu menu rekaan sendiri yang sepatutnya diberi nama Shepards Pie.. tapi disebabkan aku main ikut suka campur maka aku namakan menu ni PIE 3 SERANGKAI sempena ada 3 jenis bahan yang aku letak dalam resepi ni iaitu rosemary... oregano dan jugak thyme...

Jamie Oliver ajar lain.. lain pulak yang aku buat hehe.. janji sedap!! hehe.... Jom kita tengok bahan-bahan dia... ni cakap siap-siap ye.. tak ade sistem sukatan.. kita guna sistem emak-emak je sebab emak-emak punya sistem dia adjust guna lidah je nak tambah perisa apa bagi sedap... hehe



Bawang putih dan bawang merah...


3 jenis rempah ni sebagai penyedap rasa...


Ubi kentang untuk dibuat mash potatoes..


Daging burger.. untuk lagi senang lebih baik guna daging cincang...


Carrot dihiris halus..


Cendawan dihiris halus.. Boleh jugak guna cendawan butang...


Black paper ditumbuk halus.. Kalau ade yg serbuk lagi bagus...


Sos cili dan sos tomato


Tomato Puree...


Cheese.. kalau ade parmesan pun ok jugak..



Lepas dah tengok bahan-bahan.. hehe mari lah kita mula memasak ye tuan-tuan dan puan-puan..


Rebuskan kentang dalam air mendidih..


Tambahkan garam sebagai bahan perasa...
Selepas kentang lembut.. toskan kentang lalu lecek kan kentang dan tabur lada hitam..


Masak daging burger dalam kuantiti minyak yang sedikit lalu hancur-hancurkan..


Pastikan daging burger tadi hancur dan masak seperti ini lalu ketepikan...


Panaskan kuali dan letak sedikit minyak masak...


Tumiskan bawang merah dan bawang putih... bagi yang nak extra pedas..
tumis lah cili boh sekali masa kalian tumis bawang tu ye...


Setelah bawang naik bau.. masukkan carrot...


Setelah carrot sedikit lembut... masukkan pula cendawan...


Selepas beberapa minit.. masukkan pula dua sudu sos tomato dan dua sudu sos cili...


Masukkan pula tomato puree sebanyak setengah cawan sahaja...


Masukkan 3 serangkai tadi... oregano.. thyme dan jugak rosemary...


2 sudu gula pasir dan setengah camca kecil garam...


Satu sudu tepung jagung untuk memekatkan kuah..


Siap!!!


Anda boleh pilih nak guna yang mana untuk pie ni..


Lapisan bawah pie kita mulakan dengan menuang masakan ini...


Kemudian... kentang yang dilecek tadi di tuang pula pada lapisan atas... pastikan penuh dan sekata... Selepas itu tabur lah sebanyak mana cheese yang anda mahu...


Bakar pada suhu 180 darjah sehingga cheese cair dan kentang lecek menjadi kekuningan...


Itu dia... PIE 3 SERANGKAI ku yang sangat lazat...


Tukang rasa mesti dia hehehe


Cheese yang enak dan cair...


Erkkk.. Alhamdulillah...


Makan berdua je... esok paginya jadi sarapan pagi adik sebelum pergi sekolah dan bekal adik untuk waktu rehat... Komen kawan-kawan adik yang dah makan? "Sedaplah..."


SELAMAT CUBA YER...


Saturday, May 21, 2011

+easy CAKE POPS+

Morning korang.. time aku menaip entri ni dah pukul 1.36 a.m pun tau.. Aku memang tak boleh nak tido dah... gara2 petang tadi aku tertido lama sangat hehehe... jadi tanpa membuang masa aku pun tulis lah resepi baru yang aku jumpa kat you tube.. Aku kan kaki2 selongkar resepi kat you tube.. Jimat.. tak payah beli buku resepi hehe...

Selalunya kita dah penah dengar orang buat cookies pop.. ada yang dah buat berniaga cookies pop tu untuk special occasion kan.. tapi cake pop ni memang aku tak pernah tengok lagi kat Malaysia ni.. tapi kalau ade antara anda yang dah pernah tengok cake pop ni.. sori ye.. mungkin i ni tak up to date hehehe..

Tanpa membuang masa.. aku bagi tau dulu bahan2nya supaya senang korang nak beli barang kat Mydin ke.. Jusco ke.. Tesco ke.. Carefour ke... Wellward ke (tempat feveret aku kalu kat Parit Raja ni) hehehe..

BAHAN-BAHAN CAKE POP:

  • CAKE (untuk resepi ni aku guna buttercake je tapi aku prefer cake chocolate)
  • COOKING CHOCOLATE
  • CHOCOLATE FROSTING
  • CUP UNTUK CAKE
  • HIASAN MAKANAN (macam manik2 gula ke... choco rice ke...ikut kreativiti..)


CARA-CARA UNTUK MEMBUAT CAKE POP



Ni dia butter cake yang aku beli kat Mydin.. Sedap!! RM4


Aku guna cooking chocolate cap Vochelle.. Tak berapa manis dan sesuai dengan taste aku.. Harga dia RM7...


Frosting ni sebenarnya kalau nak jimat boleh buat sendiri je.. Tapi sebab nak cepat maka aku guna Frosting cap Hersheys.. Harga Frosting ni RM9..


STEP 1: Potong kek tadi slice demi slice pastu masukkan dalam mangkuk yang besar..


STEP 2: Hancurkan kek tu dengan tangan sampai jadi peroi.. atau bahasa lainnya aku kata hancur habis.. (ye2 je aku ni hehe)


STEP 3: Masukkan frosting ikot kesesuaian kuantiti kek tau.. Pastikan masa kalian gaul nanti doh kek tidak terlalu lembik dan tak terlalu pekat... sederhana je..


STEP 4: Ini dia doh kek aku yang dah digaul sebati dengan frosting.. Tak terlalu lembik.. sederhana supaya senang kita nak kepalkan doh kek kepada bentuk bulat..


STEP 5: Kalian kepal2kan doh kek dan masuk kan dalam cup cake kecil macam ni.. Setelah selesai semua doh kek tadi.. Masukkan dulang berisi doh kek ni ke dalam peti sejuk selama 30 minit...


STEP 6: Sementara tunggu doh kek tu mengeras di dalam peti sejuk.. Kalian boleh lah cair kan cooking chocolate ni.. Bagi yang ada microwave boleh lah cairkan guna microwave tapi yang tiada pun boleh... kalian panaskan air dalam periuk sampai mendidih... pastu tutup api.. kemudian angkat mangkuk berisi chocolate tadi letak atas periuk dan sambil tu kacau2 lah chocolate tu sampai cair.. Ini juga boleh dinamakan double boil ye..


Contoh cooking chocolate yang dah cair...



STEP 7: Lepas 30 minit boleh lah keluarkan doh kek yang mengeras tadi... Salutkan doh kek ini dengan cooking chocolate lalu hias lah mengikut kreativiti anda...

Contoh cake pop yang dah siap... Tadaaa...

STEP 8: Lepas siap semua.. Simpan dulu dalam peti sejuk untuk beberapa minit bagi cake pop ni mengeras selepas di salut dengan cooking chocolate.. Nak lagi sedap.. simpan melebihi 2, 3 jam biar betul2 sejuk dan mengeras... Memang kompem korang rasa rajin nak buat lagi.. Puas hati...


STEP 9: Step yang terakhir adalah.................. MAKAN............ (^^,)


Ok korang semua... Selamat Menjamu Selera dengan CAKE POP yang ternyata sangat senang dan tak payah guna oven... tapi kalau sesiapa yang rajin tu boleh je korang buat kek sendiri dan frosting sendiri sebab ternyata lebih menjimatkan wang tetapi of coz lah tak menjimatkan masa.. Masing2 boleh pilih cara yang macam mana kalian nak buat janji kalian cuba k...



Wednesday, May 18, 2011

SELAMAT HARI LAHIR KAWAN CHIBI MARUKOCHAN... FUKUCHAN... SHIN CHAN... DAN SEGALA CHAN YG LAIN


Kepada adik bongsuku merangkap adik-beradikku yang ke-6...



AHMAD ZAYD IRFAN BIN AHAMAD KAMEL


Jom tengok 12 perkara tentang Zayd Irfan sempena hari jadinya yang ke 12... (tua2) hehehe...

  • Tiap kali balik dari sekolah memang dia tau buat satu benda je.. ASTRO CERIA.. utk kita2 aje tu.. time dia ada kompem memang aku x boleh nak tgk tv... remote tu dia jelah pegang...
  • Dia ni kalau nak makan ikot selera dia je.. Balik sekolah kalu dia rasa nak Marry Brown.. dia ajak lah umi singgah makan... x pon bungkus bawak balik umah.. kadang2 mood nak chicken chop.. singgah Jusco pekena pulak chicken chop.. selera dia tinggi.. aku pun selalu ajar dia makan pizza masa kecik2.. teman aku shopping je dapat pizza.. kejap2 pizza.. kadang2 kfc.. kadang2 mcd..
  • Dia ni cepat merajuk kalau kena sakat... disebabkan dia yg bongsu jadi semua orang pakat2 suka sakat2 dia sampai dia marah atau nangis baru lah kiteorg berhenti sakat2 dia hahaha..
  • Dia ni baby abah.. hahaha.. manja lagi ni.. tengok je umur 12 thn tapi dgn struktur badan yg kecik mcm budak baru darjah 2.. tengok pic kat atas tu pun dah tau x mcm umur 12 thn kan..
  • Suka bertanya... banyak bertanya dan mulut x tau nak berhenti bercakap... dia suka bertanya tentang macam2 benda sampai aku dah tak terjawab dan akhirnya aku kata "Berhenti bercakap boleh tak.. penatlah dengar awak bercakap je.."..nanti dia jawab "orang nak bercakap pon x boleh ke... huh..."
  • Senang menghafal perkara2 yang buat dia teruja.. terutama citer dalam ASTRO CERIA.. tak pun dalam novel2 penyiasatan yang dia suke baca...
  • Bercita2 besar nak jadi chef.. tapi tiap2 tahun tukar cita2.. tak menentu.. ikot mood... hahaha
  • Suka menyanyi.. pandai menyanyi dan selalu jadi solo kat sekolah..
  • Sangat garang dan tegas... dengan kawan2 pun dia boleh marah2.. Kalau dia cakap tak suka maka memang tak suka lah jawapannya..
  • Senang nak mintak tolong dengan dia sebab dia helpful selain usia dia yg muda ni membuatkan dia mudah mendengar arahan... jarang membantah.. tapi kalau suruh dia belajar memang dia membantah jugak kadang2..
  • Even kawan2 dia dah start smoking pada usia macam dia ni tapi alhamdulillah he is very strong heart.. dia sangat tetap pendirian dan bijak menilai baik dan buruk.. Seorang yang sangat kuat berdoa... aku belajar banyak doa dari dia.. Hujan je doa.. makan.. minum.. masuk or keluar bilik air.. masuk or keluar rumah.. naik kenderaan.. dan apa2 perkara pun walau dengan hanya lafaz Bismillah..
  • Dia jugak pandai nasihat orang lain.. pernah sekali mak cik aku sakit dan kena tahan kat wad.. nak tau dia cakap apa? Dia cakap "Jangan doa cepat sihat sebab sakit tu penghapus dosa dan ujian dari Allah..".. Tiap kali aku sakit pun aku ingat kata2 dia dan sabar saje lah..

SELAMAT HARI JADI BUDAK KECIK

Saturday, May 14, 2011

PANDAI SANGAT KE AKU BUAT BISKUT(^^,)??

Selamat Sejahtera....

Ya tuan2 dan puan2.. bersama saya pada pagi ini (betul2 pagi buta ni hehe 3.30a.m) nak share resepi baru.. Sebenarnya aku amek resepi ni dari Martha Stewart.. Aku suka belajar dari you tube x pon aku search je ape2 resepi yg aku rasa nak masak lah..

Tapi aku lebih suka masak western dengan buat biskot.. Masak melayu tunggu dulu tau sebab aku pun kadang2 je makan melayu huhuhu.. kalau umi suro masak awal2 dah warning..tolong lah masak lauk melayu.. udah2 lah tu westernnya.. esok lusa kawen karang nak ke laki mengadap western je.. silap2 lari balik umah mak dia makan lauk kampung yg sedap2 tu hehehe..

Ok lah.. aku balik pada topik.. nak share dengan semua2 blogger resepi senang sangat.. Tapi mencabar nak bg dia rangup.. Jom tengok resepi kat bawah pastu cuba yer..(^^,)



Bahan-bahan:

* 2 cawan tepung serba guna, ditambah lebih untuk tujuan menguli
* 1 / 2 camca teh serbuk penaik
* 1 / 4 camca teh garam
* 1 / 2 cawan mentega tawar pada suhu bilik
* 1 cawan gula pasir
* 1 telur besar
* 1 camca teh ekstrak vanila
* Gula-gula pelbagai, choco rice, atau gula pasir berwarna, untuk menghias (ikut citarasa)

Arahan-arahan

1.

Dalam mangkuk besar, masukkan tepung, serbuk penaik , dan garam. Dengan menggunakan pengadun elektrik, pukul mentega dan gula sehingga ringan dan gebu. Pecahkan telur dan masukkan vanila. Pada kadar rendah, masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit dan pukul sehingga sebati. Bahagikan doh kepada dua kemudian diuli sehingga leper. Bungkus setiap doh dalam plastik dan dibekukan sekurang-kurangnya 20 minit, atau simpan di dalam beg plastik kedap udara, dan boleh dibekukan sehingga 3 bulan.

2.

Ketuhar dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 325 darjah. Alaskan dulang pembakar dengan kertas kulit. Ketepikan satu doh dan biar selama 5 untuk 10 minit. Bentangkan 1 / 8 inci tebal antara dua kepingan doh dan taburkan tepung di atas permukaan kertas kulit. Terap bentuk-bentuk dengan penerap biskut. Gunakan sebatang sudip, pindah kepada dulang pembakar. (Jika doh terlalu lembut, sejukkan dulu selama 10 minit).

3.

Bakar sehingga keemasan, 10 untuk 18 minit (bergantung kepada saiz). Setelah siap dibakar, letakkan biskut di atas rak-rak wayar. Jika ingin membuat aising di atas biskut, selepas membuat aising di atas biskut, biarkan aising mengeras kira-kira 20 minit.


Ni hasil air tangan aku.. Setakat nak makan sendiri kira ok lah kan..hehe

Sekawan biskut.. Dua malam aku keje kan benda ni.. Fuh!! Akhirnya siap jugak...
Jemput makan kawan2...(^^,)


Muka chef (belum ditauliahkan lagi) hehehe... Kekenyangan makan biskot je
dari semalam sampai lah arini...


SELAMAT MENCUBA...

Wednesday, May 11, 2011

+LAST DAY KAT BATU PAHAT SEBELUM BALIK MELAKA+

Pagi2 Umi aku dah datang bawak adik yang 2 orang neh dr Melaka ke
Kolej K.P.. Memang dah plan macam2 kalau diorang datang sini... Bese lah..
kalau dah sampai Parit Raja rugi lak x turun Ayer Hitam.. jadi destinasi
pertama shopping kat kawasan yang orang banyak jual sayur2... buah2 tu..


Aku x tau lah nape dia ni excited sgt bab makanan.. Haha...

Usha dia -----> ITSMENONI

Murah2.. 3---> RM5...

Yang dia ni pulak mmg x tahan nak layan kiteorg shopping hahaha...

Usha2 pisang tandok.. Balik boleh goreng buat minum petang.. hehe

Belum sampai setengah jam shopping ye tuan2 puan2..
Tangan dah penuh.. Haha

Yang ni sodap.. Balik rebus je.. Sumber minyak karotin yg bagus!!

Dia guna Lumix Panasonic.. Meh lawan Casio (cap kalkulator saintifik) hahaha

Kak Minah ni mmg suke je amek gambar dia..

Lepas tu kiteorg g Bundle Nain Trading pulak..

Umi pun tolong2 carik kan baju jugak..

Tapi akhirnya sehelai pun x dpt.. sebab dress banyak dah dikebas
oleh org lain... xde rezeki namanya...

Lepas tu singgah Nona Florist beli barang kawen plak.. hihihihi
Oooppssss.... Silap2...beli barang nak menjahit bunga... hehehe...

p/s: duduk belajar tempat2 shopping ni jadilah kes "Eh..?? Purse aku bocor ke?? Baru cucuk duit semalam.. Hari nie xde dah?? Pelik..." Hahahaha..



Tuesday, May 10, 2011

+MAKAN KAT SECRET RECIPE PASTU BALIK UMAH MASAK SECRET RECIPE+

Aku sukaaa sangat lepak kat Secret Recipe dengan adik perempuan
aku yg sorang je tu.. Suka lah nak test macam2.. Aku turun KL... kami
g Mid Valley serang terus Secret Recipe.. Kalau dia balik Melaka plak
kami lepak kat Secret Recipe Jusco...

Masa baru2 datang bp.. Aku carik2 jugak mana lah Secret Recipe ni..
Ade ke tidak kat Batu Pahat ni.. Karang kalau ngidam macam mana...
Hahaha...ada member bagi tau Secret Recipe wujud kat Batu Pahat ni..
Cuma jauh ler dari Parit Raja kan... X kisah lah jauh pun kan janji ada..

1st time ajak bff datang makan kat Secret Recipe... Selalu datang singgah
beli kek je pastu balik Parit Raja makan kat warung.. Haha... tapi kali
ni seriously 1st time makan kat situ... Saje nak mengajar orang rasa makan
mahal2 sekali sekala... kalu berkala-kala memang lah cepat abes duit..

Jom tengok menu apa aku ajar bff aku makan.. hahaha


Aku order Hot Chocolate sebab Hot Chocolate dengan
aku x dapat dipisahkan hehehe...

Banana Chocolate Cake... xde cheese rasanya
sebab aku nak order benda lain tapi bercheese...

Kita selak2 menu dulu.. sebab malam tu aku
bos hahaha jadik aku yg pilih....

Ok... Aussie Cheesy ni xde dalam menu tapi
tetap segar dalam ingatan aku sebab hehehe
ni lah antara menu yg aku n adik pempuan aku
pernah order sebelum ni..

Tengok tu...yes2.... Penuh dengan kelazatan keju...


Jenis family aku kalau dah g makan tu bukan sekadar makan...
Aku mewarisi sikit2 deria rasa makanan dari Abah hehehe...
Mula2 aku tengok2 dulu Aussie Cheesy apekah bahan2 yang
dia letak... pastu aku rasa perlahan2... aku nak tau bahan ape
yang dia letak dalam menu ni...

Berkerut jugak lah muka sesaat dua pastu....
I GOT IT!!!!

Masa kat arab.. malam2 aku lapar jadik aku pun bekerja lah
kat dapur comel abah tu tung tang tung tang buat Aussie Cheesy
ni guna microwave jek.. hehehe... Buat banyak2 sebab kompem lah
adik2 aku nak jugak karang...

Buatnya adelah 10 minit tapi makannya x sampai 5 minit pun...
Lajuuuuu je masing2.... Haha lagi pulak bersaing dengan adik2
lelaki yang ramai tu kan...

Korang nak tau ape resepinya.. Mungkin x sebijik seketul mcm
Secret Recipe tapi dah 98% sama...

Bahan2nya ialah:

  • KENTANG GORENG
  • KEJU HIRIS @ KEPING
  • LADA PUTIH
  • GARAM
Cara2 masak:

  • Mula2 korang goreng2 dulu kentang goreng.. Dah siap goreng tos kan minyak dan tabur lah garam dengan lada sulah pastu tampi2 sket bagi sekata kat seluruh fries tu...
  • Pastu amek mangkuk yg tahan microwave kan.. Korang letak fries tu sikit dalam mangkuk.. Pastu tabur lah keju..
  • Pastu tabur lagi fries and tabur lagi keju sampai abes fries and keju korang... Kira keju dengan fries tu berlapis lah...
  • Last sekali masuk je microwave x pun oven tunggu sampai keju tu cair.. SIAP!! hehe

Resepi senang kan tapi aku makan kat Secret Recipe RM7.00++ jadi buat sendiri kat umah boleh makan puas2 yer.. Selamat Mencuba(^^,)

Wednesday, May 4, 2011

CINTA TIMBA CARI PERIGI

EDISI DARA.COM 2010

RIMA DANIA

Semangat untuk terus mengejar cita-cita semakin membara di dada. Ayra Maisha mengimpikan kejayaan yang dapat mengubah nasib keluarganya. Ya! Keluarganya yang jauh di kampung. Ayra mahukan yang terbaik untuk abah, emak, kak ngah dan adik. Mereka semua harus keluar dari kepompong kemiskinan. Harapkan warung usang milik emak dan abah, apalah yang mampu mereka beli selain dari makanan seharian.

Meskipun sibuk dengan dunia belajar yang sentiasa membuatkan Ayra tertekan dan penat, namun jauh di sudut hatinya, dia ingin dimiliki oleh sesiapa. Sesiapa yang dimaksudkan adalah seorang lelaki yang sempurna. Sempurna dengan bijak akal fikiran, rupa paras yang sekadar sedap mata memandang, akhlak yang baik dan disenangi oleh semua serta keimanan yang setia kuat dalam diri.

Siapalah dia, hanya Ayra Maisha seorang gadis biasa yang penuh serba kekurangan dalam diri. Dia tahu bukan mudah merealisasikan impiannya yang ingin memiliki segala cirri yang ada pada jejaka hatinya. Mungkin akan wujud dan mungkin ada cuma dia perlu mencari di mana jejaka itu berada.

Berada dalam lingkungan kawan-kawan yang sudah berpunya, Ayra tidak pula rasa merendah diri. Dia bersyukur kerana diberi peluang untuk terus menumpukan sepenuhnya terhadap pelajaran dan terus berusaha mengejar cita-cita. Benar! Dia beruntung kerana belum ketemu jejaka hatinya saat ini. Ah!! Terdetik juga rasa cemburu sekali-sekala. Sukar diusir rasa itu kerana dia juga gadis remaja.

“Kau tak mahu cari sesiapa jadi teman di IPT ni? “ Kata-kata Zaara sudah biasa didengarnya.

“Zaara, kau ni suka sangat tanya aku soalan macam ni. Kenapa, ya?” Ayra pula bertanya.

“Saja nak kacau kau tapi... Semalam...” Zaara sengaja menggantungkan ayatnya lalu segera mengambil tuala untuk mandi. Tujuannya hanya sekadar mahu mengusik Ayra.

Segera Ayra berlari ke arah pintu dan menghalang Zaara dari keluar bilik. Dia ingin tahu apa yang cuba dirahsiakan oleh teman baiknya itu. Zaara hanya tersenyum manja memandang anak mata sahabatnya. Dia ingin Ayra bermain perasaan dan biarlah Ayra berteka-teki dalam hati.

Zaara segera menolak Ayra dan berlari ke bilik air tanpa menoleh belakang. Dia perlu segera mandi kerana malam ini, dia dan Zariff sudah berjanji untuk makan bersama di cafe asrama. Begitulah rutin Zaara dan Zariff bila mereka mempunyai masa lapang tanpa sebarang tugasan dari pensyarah.

Seusai solat, Ayra kembali menyelak buku subjek usahawan yang baru dipinjam dari perpustakaan pagi tadi. Dia perlu melihat contoh-contoh untuk membuat Rancangan Perniagaan. Tidak terlalu sukar untuk menyediakan Rancangan Perniagaan sekiranya dia mampu mencari ahli kumpulan yang bersemangat dan berdisiplin dalam membuat kerja. Pen dan kertas kosong dicapai lantas dia menyenaraikan nama teman-teman yang ingin dijadikan ahli kumpulan.

Zaara, Sakinah, Athirah dan Hidayah sangat sesuai dan Ayra yakin bahawa mereka berlima mampu bekerjasama dengan baik bagi menyiapkan Rancangan Perniagaan untuk projek akhir semester mereka.

Pagi yang cerah membuatkan Ayra bersemangat untuk menghadiri kuliah. Baju kurung putih berbunga ungu lembut ditambah pula dengan tudung bawal putih menambahkan seri Ayra Maisha. Zaara juga memuji penampilan teman sebiliknya itu. Ayra kelihatan lebih berseri hari ini.

“Apa kurangnya kau, Zaara. Mesti Zariff pun suka tengok kau tiba-tiba je nak pakai tudungkan.” Ayra membalas pujian Zaara.

“Kau juga yang tolong aku lilitkan selendang ni. Kalau tak, mesti aku jadi The Mummy.” Gadis kacukan melayu dan cina itu tersenyum memandang wajahnya di cermin.

“Yelah Cik Zaara, cepat... Kita dah terlambat ni.” Ayra mengatur langkah keluar dari bilik lalu berjalan menuruni anak tangga dengan pantas. Mereka ada sepuluh minit saja untuk tiba di kelas.

Tiada yang berbeza sesi kuliah hari ini. Mereka mendengar dan mencatat apa yang telah disampaikan oleh pensyarah perakaunan mereka. Sekali-sekala ada yang memicit kepala kerana pening untuk memahamkan topik baru ini.

Selepas kuliah tamat, Ayra dan Zaara segera ke kantin. Mereka terasa lapar dan perut mereka perlu diisi. Sakinah, Athirah dan Hidayah pula tidak dapat turut sama kerana ada hal lain yang perlu diselesaikan.

Sambil mengunyah popiah sambal kegemarannya, Ayra terdetik untuk bersuara lantas bertanyakan tentang Geng PCT atau lebih dikenali dengan Geng Perigi Cari Timba. Dia merapati Zaara lalu

“Aku dengar, Sakinah, Athirah dan Hidayah join Geng PCT. Betul, ke?” Tanya Ayra dengan nada suara yang amat perlahan.

“Memanglah, dah lama budak bertiga tu join. Kau baru tahu ke?” Zaara menyuap sesudu lagi nasi goreng kampung ke dalam mulut.

“Patutlah mereka semakin sibuk dengan teman lelaki masing-masing. Senang juga mereka dapat teman lelakikan. Aku jugak yang tak ada.” Ada sedikit nada sedih lahir dari bibir Ayra.

“Mereka yang berusaha cari lelaki dan bila mereka rasakan lelaki itu sesuai untuk menjadi teman, maka mereka lahirkan perasaan cinta pada lelaki pilihan mereka. Bukan lelaki yang datang melamar mereka. Lagi pun zaman dah berubah. Isu perigi cari timba tu sudah menjadi perkara biasa. Ada yang berakhir dengan perkahwinan dan ada yang terputus di tengah jalan.” Panjang lebar Zaara berkata-kata namun itulah kebenaran yang perlu Ayra tahu.

“Hmm... Aku nak Geng TCP, cinta timba cari perigi. Bolehkan?” Ayra bertanya namun tidak dijawab Zaara.

Kata-kata Zaara masih bermain di ruang fikiran. Jauh di sudut hati, dia mahukan caranya iaitu Timba Cari Perigi. Meskipun seakan pelik bunyi peribahasa itu tetapi itulah impian yang diangan-angankan. Selama mana pun dia harus menunggu, dia tidak kisah asalkan dia bukan seperti Geng PCT.

Memandangkan esok kuliah dibatalkan, maka Ayra berhajat untuk pulang ke kampung keesokkan hari kerana dia bercuti selama empat hari memandangkan banyak kelas yang dibatalkan. Rindu pada abah dan emak serta adik-adik. Apa khabar mereka sekarang setelah hampir tiga bulan dia langsung tidak pulang ke kampung. Tidak sabar untuk menamatkan ijazah yang dipikulnya selama beberapa tahun ini. Mujur saja sudah semester akhir dan dia tidak sabar-sabar untuk menabur jasa pada keluarga tercinta.

Setiba di kampung, dia melihat warung milik abah dan emak dipenuhi pelanggan. Gembira rasanya bila warung itu terus menjadi pilihan warga kampung yang sememangnya suka dengan masakan emak dan gemar minum teh tarik hasil air tangan abah. Orang tuanya begitu gigih berusaha untuk membesarkan anak-anak. Saat itu, Ayra seakan menitiskan air mata namun ditahan.

“Assalamualaikum...” Ucap Ayra lalu bersalaman dengan orang tuanya.

“Ayra... Apa khabar? Bila kamu sampai?” Emak memeluk tubuh Ayra dengan erat. Gembira sungguh hatinya dengan kepulangan Ayra.

“Khabar baik, mak. Baru je turun dari bas tadi. Ada apa-apa yang Ayra boleh bantu mak dan abah?” Ayra segera menyimpan begnya dan menyarung apron.

“Ayra tentu penatkan. Mak dan abah mampu buat kerja ni berdua saja. Kamu duduklah berehat. Lain kali barulah kamu tolong kami berniaga, ya.” Emak memimpin tangan Ayra dan abah pula menghidangkan teh panas khas untuk anaknya.

Gadis tinggi lampai itu hanya mampu menurut perintah orang tuanya. Sebenarnya dia berasa begitu letih setelah menempuh perjalanan sejauh lima jam. Mungkin lain kali saja dia meneruskan niat untuk membantu di warung.

Petang yang indah dan nyaman, Ayra Maisha duduk di atas buaian buatan tangan abah. Tenang dan damai berada di kampung halaman. Teringatkan kata-kata Zaara tentang Geng PCT. Dia berangan jika dia menyertai teman-temannya yang sudah berjaya menemui jejaka hati. Oh...Tidak!!! Dia masih ingat akan janji dan impiannya. Biarlah masa yang menentukan hadirnya si dia dalam diari hidupnya.

“Assalamualaikum... Lama tak balik kampung?”

Ayra menoleh memandang seseorang yang sedang memakir basikal tua di bawah pokok rambutan berhampiran tempat dia bermain buaian. Siapa pula yang mengganggunya petang-petang begini. Macam kenal tapi siapa gerangannya?

“Waalaikumsalam.” Itu saja yang mampu dijawab.

“Ingat aku lagi tak?” Lelaki itu merebahkan badan di sebalik pokok durian tempat dia berbuai.

“Err... Kau ni siapa? Maaflah, aku tak ingat.” Jujur saja jawapan Ayra.

“Aku Iqraam Waiz. Kawan kau masa sekolah rendah dulu. Ingat tak?” Iqraam ketawa besar sambil memandang Ayra yang agak pemalu.

“Iqraam Waiz yang selalu bawa bekal makanan ayam goreng tu, ya?” Nada ceria, teruja dan terkejut lahir dari bibir Ayra. Matanya seakan tidak berkelip memandang Iqraam. Berbeza sungguh rupa paras lelaki itu. Segak dan matang meskipun sedikit berisi tubuh badannya.

“Pandai... Akhirnya kau ingat kat aku jugak.” Iqraam berdiri lalu membersihkan seluarnya yang agak kotor terkena tanah.

“Kau buat apa sekarang? Lama tak dengar khabar kau.” Rancak saja Ayra berbicara tanpa segan bila dia sudah tahu gerangan lelaki itu.

“Aku baru habis ijazah. Sekarang ni aku tolong ayah berniaga ayam di pasar. Kami sedang mengusahakan ayam organik. Lagi pun, itulah cita-cita aku, mahu menjadi tauke ayam.” Sekali lagi Iqraam ketawa besar.

“Bagusnya... Tahniah!! Bukan semua pemuda mahukan kerjaya macam kau. Aku bangga dengan kau, Iqraam.” Ayra melahirkan kata-kata yang ikhlas lahir dari hati.

“Terima kasih, Ayra. Aku doakan kau pun akan berusaha untuk memajukan lagi warung Pak Mail dan Mak Milah. Aku yakin yang warung mereka mampu menjadi sebuah restoran jika kau bijak menguruskannya.” Nasihat dari Iqraam tersemat dalam dada Ayra. Benar apa yang dikatakan temannya itu. Tidak ada yang mustahil untuk berjaya.

“Aku cuba dan kau doakan kejayaan aku, ya.” Ayra bangun dari buaian dan membetulkan tudungnya. Lemah lembut saja dia berjalan ke arah pintu rumah.

Iqraam hanya memandang dengan senyuman yang manis lalu beredar memandangkan hampir masuk waktu maghrib. Sebentar lagi dia perlu ke surau bersama ayahnya. Itulah rutin harian jejaka bernama Iqraam Waiz.

“Petang tadi mak nampak kamu bersembang dengan Iqraam. Apa yang kamu sembangkan tu?” Emak menghampiri Ayra yang sedang mengambil angin malam di muka pintu. Emak bosan agaknya menunggu abah yang masih belum pulang dari surau.

“Kami tak sembang panjang pun. Mungkin lain kali baru kami sembang panjang. Lagi pun masa dah suntuk petang tadi.” Ayra menyandarkan kepala di atas bahu emaknya. Rindu dengan suasana malam yang tenang sambil berada di sisi emak.

Kak ngah datang perlahan-lahan lalu mencuit bahu kakak sulungnya. Dia juga sudah lama tidak bermesra dengan kakaknya itu. Masing-masing menyimpan rasa rindu yang mendalam. Tidak terluah dengan kata-kata namun dizahirkan dengan perbuatan. Tangannya mula mencuit pinggang Ayra dan kedengaran jeritan Ayra sehingga emak menyuruh Ayra berhenti menjerit.

“Kamu berdua sembanglah dulu, mak nak ke dapur bancuh teh untuk abah. Kejap lagi baliklah dia tu.” Lalu emak bangkit dan mengundur diri ke dapur.

Ayra memandang adiknya. Sudah lama mereka tidak bersembang dan bertanya aktiviti terbaru masing-masing. Kini dia harus menggunakan masa yang ada sebaiknya.

“Kak long dah jumpa Abang Iqraam petang tadi, ya?” Kak ngah memulakan bicara. Ayra tersenyum bila nama Iqraam disebut.

“Dah lama tak jumpa dia. Rasa seronok pulak bila jumpa kawan lama.” Ayra meluahkan rasa di hati.

“Tak kan rasa seronok je? Rasa yang lain tak ada ke?” Kak ngah menyakat kakaknya. Bukan selalu berpeluang mengusik satu-satunya kakak yang dia ada.

“Rasa apa pulak? Mula nak merepeklah tu.” Jari jemari Ayra ligat bermain dengan cincin kristal biru yang terletak cantik di jari manisnya.

“Hmm... Setakat cincin kristal tu, Abang Iqraam pun mampu bagi cincin emas putih kat akak tau.” Sekali lagi Kak ngah mengusik kakaknya.

“Merepek. Akak nak tolong emak kat dapur.” Ayra terlalu segan untuk mendengar bicara adiknya. Adakah masanya telah tiba untuk dia berfikir jauh tentang dia dan Iqraam atau adiknya sekadar bergurau senda. Iqraam hanya teman lama yang tiba-tiba datang bertanya khabar. Mungkin Iqraam ikhlas dan tiada niat lain.

Ligat saja tangan Ayra menggoreng jemput-jemput ikan bilis untuk dibuat hidangan minum malam. Jika di kampus, dia memang tidak berpeluang melakukan semua ini. Setiap kali perut berkeroncong, dia hanya perlu turun ke cafe dan memesan makanan. Di kampung, Ayra harus melakukan semuanya sendiri.

“Kamu nak tahu tak, Ayra?” Emak menghampiri anak gadisnya.

“Tahu apa, mak?” Ayra semakin pelik dengan perlakuan semua penghuni rumah ini. Sejak dia balik, ada saja yang mereka ingin bicarakan namun dalam nada yang lembut sekali. Bunyinya seperti suatu benda yang serius ingin diperkatakan. Dia semakin bingung dan tidak faham.

“Sebenarnya, si Iqraam tu selalu datang rumah kita.” Kata-kata emak sedikit pun tidak membuatkan Ayra terkejut. Ah!! Mungkin dia datang untuk menghantar ayam kerana abah memang sudah lama berurusan dengan ayah Iqraam. Cuma Ayra sudah lama tidak bertemu Iqraam dan hampir lupa tentang dia.

“Oh, baguslah. Tak sunyi rumah kalau selalu ada tetamu.” Itu saja yang mampu Ayra jawab.

“Esok, mak dengan ayah dia nak datang rumah. Katanya ada hal penting nak bincang-bincang.” Begitulah akhirnya perbualan antara Ayra dan emaknya apabila abah tiba-tiba menjelma di meja makan. Tunggu saja apa akan berlaku keesokkan hari, fikir Ayra.

Makanan tengahari telah siap dihidang di atas meja. Ada lauk pajeri nenas, sayur kangkung goreng belacan, ikan terubuk masin, ayam goreng berempah dan sedikit kuih tradisonal untuk pencuci mulut. Lega rasanya bila semuanya telah siap dan kini menunggu tetamu yang dinanti-nantikan.

Kedengaran suara orang memberi salam dari luar lalu Ayra menyambutnya di muka pintu. Segan? Tidak sekali kerana dia yakin ini hanyalah cuma aktiviti penduduk kampung yang gemar bertandang ke rumah teman-teman. Ayra bersalaman dengan emak Iqraam dan mempelawa mereka masuk. Ternyata orang tua Iqraam menyenangi sikap Ayra yang sopan santun.

Kak ngah datang dari dapur membawa minuman. Perlahan-lahan dia menuang air untuk kedua-dua tetamu mereka termasuk air untuk abah. Kak ngah beredar ke dapur manakala Ayra pula segera bersila di lantai tanpa mempedulikan lirikan mata emak dan abah yang memintanya beredar ke dapur.

“Mak cik apa khabar? Sihat?” Ayra menerjah soalan kepada emak Iqraam yang sedang menghirup teh.

“Sihat, Alhamdulillah. Ayra sihat?” Emak Iqraam terasa senang besembang dengan Ayra.

“Sihat, Mak cik. Dulu masa kecik, saya selalu nampak Mak cik hantar Iqraam pergi sekolah. Sekarang Mak cik masih cantik macam dulu-dulu.” Ayra memuji emak Iqraam yang akhirnya membuatkan mereka semua tertawa mendengar pujian Ayra.

“Terima kasih... Ayra, ambilkan Mak cik air masak, boleh?” Segera emak Iqraam menyuruh Ayra ke dapur memandangkan agendanya dengan orang tua Ayra belum bermula.

“Boleh, sekejap saya masakkan airnya dulu, ya.” Langkah Ayra pantas menuju ke dapur. Dia menurut saja perintah emak Iqraam.

Hampir setengah jam menunggu air masak. Terasa sangat lama dan dia sudah berusaha untuk memasak air dengan pantas. Memandangkan air tapisan sangat perlahan mengalir dari kepala paip dan api yang menyala dari tungku dapur terlalu lambat, segalanya jadi lama.

“Kak, abah dan emak panggil akak. Pergi cepat.” Kak ngah menyampaikan pesan.

Ayra hanya menurut tanpa sebarang kata. Dia benar-benar tidak tahu apa yang akan berlaku. Air masak untuk emak Iqraam dibawa bersama. Diletakkan perlahan di atas meja kopi tanpa memandang sesiapa.

“Mak cik datang ni atas tujuan merisik Ayra untuk Iqraam. Sebelum Mak cik bertanya lanjut, Ayra ni dah ada yang punya ke?” Emak Iqraam menyuarakan hasrat hatinya kepada Ayra yang masih tercegat di meja kopi.

“Apa??” Ayra kaku dan saat itu badannya seram sejuk dan rasa seperti dunia kelam dan gelap.....

Enam bulan telah berlalu, Ayra Maisha telah tamat pengajiannya dan hari ini dia berada di kampung untuk meraikan hari bersejarahnya. Geng PCT dijemput untuk memeriahkan lagi majlis pernikahannya dengan Iqraam Waiz. Zaara? Sudah tentu hadir bersama Zariff. Tanpa teman-temannya, tidak berseri majlis perkahwinan yang berlaku tanpa dirancang dan diduga olehnya.

Zaara selaku pengapit Ayra melakukan tugas dengan baik. Di atas pelamin serba putih dan hijau itu, Ayra kelihatan berseri dengan kebaya songket berwarna krim. Sekali-sekala, Zaara mengelap dahi temannya yang asyik berpeluh. Gemuruh agaknya, fikir Zaara.

“Tahniah Ayra!! Akhirnya kau tak termasuk dalam Geng PCT bila cinta timba cari perigi kau sudah berjaya.” Bisik Zaara perlahan ke telinga Ayra yang akhirnya membuatkan Ayra rasa gembira.

Bahagia kini miliknya bersama dengan Iqraam Waiz namun kebahagiaan itu juga adalah milik Geng PCT bila Sakinah, Athirah dan Hidayah akan menyusul pula selepas ini. Mereka juga berjaya meraih cinta sejati meskipun mereka yang harus memulakan langkah. Apa jua cara sekali pun, semuanya ingin berakhir dengan perkahwinan yang diredhai dan dirahmati Allah s.w.t sentiasa. Ameen...

NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3