Assalamualaikum
Makin besar perut makin ligat aku berjalan-jalan ke sana sini.. Pantang family nak ke mana-mana mesti aku sibuk nak ikut jugak hahaha.. Lagi pun Abah yang offer nak ikut ke tak.. Rugi lah kalau menolak.. Bukan senang nak pergi jalan jauh tanpa sebab..
Kali ni aku ke Terengganu disebabkan nak menghantar adik sambung belajar kat Institut Teknologi Petroleum Petronas (INSTEP) kat Batu Rakit.. Kami book hotel sekitar Kuala Terengganu.. Nama hotel tu CITI POINT HOTEL betul-betul berhadapan Paparich Kuala Terengganu..
Adik aku ni anak nombor 3 dan lelaki sulung.. Dulu dia belajar kat German Malaysian Institute (GMI) atas permintaan dia sendiri.. Sebelum tu aku ada mohonkan dia untuk belajar kat institut pengajian tinggi awam.. Alhamdulillah dia dapat bidang kejuruteraan tapi dia tak nak.. Dia sungguh-sungguh nak masuk GMI..
Family pun support kehendak dia dan dia tamat belajar Diploma Process Instrumentation Control.. Habis je belajar dia terus kerja kat satu kilang area Melaka.. Sempat lah dia kerja tetap selama setahun sebelum dia tekad nak berhenti dan masuk INSTEP.. Tempoh study kat INSTEP ni setahun..
Masuk INSTEP terus kena potong rambut pendek hehehe.. 1st time tengok rambut dia macam tu.. Masa dia pergi haji pun dia tak nak potong rambut pendek.. |
Dah alang-alang ke Terengganu, kami banyak explore makanan hahahaha.. Itu yang penting.. So, aku ceritakan satu persatu bagi clear..
2 Januari 2015 (Jumaat)
Kiteorang bertolak dari Melaka lebih kurang 11.10 pagi.. Ikutkan agak lewat sebenarnya tapi si adik ni ada hal pulak nak settle kat bank dan pejabat hasil.. Sampai Kuala Terengganu jam 6.38 petang.. Kami cepat-cepat check in bilik dan terus solat jamak asar zohor..
Kat bawah ni aku letak gambar bilik yang kiteorang dapat.. Bilik ni untuk 3 orang.. Ada 1 katil single dan 1 katil queen.. Tak silap aku nama bilik ni Superior..
Selesai solat, masing-masing pakat nak berehat dulu sebab 7 jam lebih duduk dalam kereta.. Abah yang drive pun mesti kepenatan.. Lepas solat jamak maghrib isyak, perut pun dah lapar.. Apalagi makan malam lah jawabnya hehehe..
Aku sempat tanya kat receptionist hotel tempat makan yang best.. Dia suggest suruh pergi Tenang Seafood kat Pantai Batu Buruk.. So kami pun ke Tenang Seafood untuk makan malam.. Tapi tempat yang kami pergi ni Tenang Seafood 2.. Mungkin yang ni cawangan.. Hq dia aku tak tahu kat mana..
Malam tu ada yang order nasi goreng kampung, nasi goreng thai, nasi goreng kerabu, char kuey teow basah, nasi putih berlaukkan tom yam campur, telur bistik, sotong goreng tepung (memang sedap sangat okay!!!! 4.5/5 bintang aku kasi), mee hoon sup celup (jarang jumpa tapi kat sini memang sedap sedap sedap mee celup dia) dan jugak kerabu mangga.. Jangan tanya aku total semua sekali berapa sebab yang belanja tu si adik yang masuk INSTEP tu hehehe.. Thank you so much!!!!
Aku nak somtam tapi somtam tak ada.. So kita switch to kerabu mangga.. Aku memang tak tahu apa beza somtam dan kerabu mangga.. |
Ini dia Mee Hoon Sup Celup.. Memang sedap.. |
Char Kuey Teow basah ni not bad.. |
Ni pun favourite set aku hehe.. Ada nasi putih, telur bistik dan tom yam.. |
HIGHLY RECOMMENDED!!! Please try sebab sedap sangat!! So crispy and big.. Sotong tu pun rasa fresh.. |
Ni nasi goreng kerabu.. Aku yang order.. |
Sambil makan tu kami nampak ada tourist naik kereta kuda ala-ala dalam cerita Disney Cinderella.. First time tengok carriage macam tu depan mata.. Serius cantik.. Tapi kami tak naik pun sebab lepas makan perut jadi buncit hahaha..
Kami sempat jalan-jalan tepi Pantai Batu Buruk.. Ombak agak kuat dan aku yang duduk sebelah selatan ni memang jarang dapat tengok ombak kuat.. Memang relaxing lah malam tu sebab angin sejuk dan nyaman.. Lepas ambik angin, kiteorang balik hotel sebab esoknya dah busy nak hantar adik pergi Batu Rakit..
Pantai Batu Buruk |
Pantai Batu Buruk |
3 Januari 2015 (Sabtu)
Aku dengan husband biasanya kalau travel memang tak suka tidur lepas subuh hehehe.. Kalau boleh nak cepat je bersiap pergi jalan-jalan.. Aku dengan husband ajak adik yang bongsu pergi sarapan kat Pasar Payang.. Abah, Umi dan adik sorang lagi nak sambung tidur, penat katanya.. Kebetulan hujan pulak tu.. Memang selesa nak sambung tidur hehehe..
Kami bertiga yang dah tak sabar nak bersarapan ni pun terus ke Pasar Payang.. Mula-mula kami singgah dulu ke gerai kuih Pok Him.. Macam-macam jenis kuih dia jual.. Rambang mata tau tak hahaha..
Aku malas nak letak watermark so jangan lah curi-curi ya.. Peace!! |
Kuih akok.. Kalau kat selatan bukan senang nak dapat kuih ni tau.. So, kami beli lah banyak-banyak dan makan puas-puas.. Kami beli jugak kuih bom inti kelapa.. |
Ni kuih belimbing.. Dalam dia kosong tau.. Luar je ada tabur gula.. |
Ini dia tepung bungkus.. Sedap dan tak berapa manis.. |
Kalau ikut tekak memang nak sangat makan keria, karipap, donat.. Tapi kami tahan jelah sebab kat Melaka banyak orang jual kuih macam tu.. Memandangkan tak tahu lah berapa tahun sekali dapat datang Terengganu, so kami pakat-pakat beli kuih yang susah nak jumpa..
Settle beli kuih, kami naik ke tingkat atas iaitu ke Medan Selera Pasar Payang.. Kami pilih gerai No,30.. Pilih random je sebab kalau ikutkan hampir ke semua gerai ada jual nasi dagang, nasi kerabu, laksam.. Tapi entah kenapa kami tertarik nak makan kat gerai No.30 hehe..
Aku memang dah aim nak makan nasi dagang sebab lebih 10 tahun agaknya aku tak merasa nasi dagang.. Bukan senang nak jumpa nasi dagang kat tempat aku.. Husband pun pekena nasi kerabu dan adik bongsu nak jugak makan nasi dagang.. Dia pun baru first time nak merasa hehe..
Aku tak tahu nak cakap macam mana sedapnya nasi dagang kat gerai No.30 ni.. Kuah dia memang aku suka sangat.. Nasi dia pun best!!!!!!! Antara kenangan indah yang aku dapat bawak balik Melaka.. |
Ini nasi kerabu.. Memang portion dia banyak.. Bukan aku cakap, husband yang cakap hehe.. Sedap ke tidak??? SEDAP SANGATTT!!!! Kiteorang suka nasi kerabu dia.. |
Aku memang highly recommend lah kepada sesiapa yang datang Terengganu tu, singgah Pasar Payang dan cari gerai No.30 ni kat Medan Selera tingkat atas.. Memang best masakan dia!!!
Untuk yang sedang cas energy kat bilik hotel tu kami bungkuskan laksam dan kuih yang kami beli kat gerai Pok Him tu.. Aku sempat jugak jamah laksam Abah hahaha.. Best.. Aku ni semua benda best hahaha tapi serius la aku tak tipu.. Kalau sedap memang aku cakap sedap..
Selesai cerita pasal sarapan.. Kami terus ke Batu Rakit sebab nak hantar adik ke INSTEP.. Sesi pendaftaran, taklimat untuk keluarga semuanya berjalan lancar.. Antara benda yang aku perasan lah kalau nak masuk belajar kat INSTEP ni kena kukuh bahasa inggeris sebab taklimat untuk student dalam bahasa inggeris.. Bukan tu je, masa interview nak layakkan diri masuk INSTEP pun kena speaking..
Petang lepas hantar adik kat INSTEP, kami ke Pantai Teluk Ketapang.. Apa yang best kat sini??? Apa yang best?? Hahahaha aku nampak ramai orang jual lokcing!!!! LOKCING!!! Itu lah makanan kesukaan aku masa sekolah rendah.. Keluar je pagar sekolah terus carik kelibat pak cik jual lokcing yang duk bakar lokcing atas motor hehe.. Sanggup tak nak guna duit belanja untuk makan waktu rehat sebab nak beli lokcing.. Yelah zaman tu bawak 50 sen je pergi sekolah dari darjah satu sampai darjah 6.. Tu duit pergi sekolah pagi, tu jugak duit untuk sekolah agama petang..
Aku sungguh-sungguh cakap dengan Abah ajak beli lokcing tu sebab Abah yang drive kereta.. So, Abah pun u turn lah layankan tekak aku ni nak sangat makan lokcing (patut lah baby dah 1.3kg untuk 28 weeks hehe.. Untung awak baby ada Atok yang layankan tekak mak awak..).. Tanpa sedar, aku dengan husband beli 120 batang lokcing!!!! Ingat ya.. 120 batang tu pun tak cukup tau hahaha.. Agaknya 1000 batang baru puas hati..
Makan lokcing tepi Pantai Teluk Ketapang.. Hirup udara petang lah konon hihihi.. Cicah lokcing dalam sos pedas manis.. Aduhaiiii syoknyaaa!!! Lepas tu, pak cik bagi kiteorang air bandung free 3 cawan tau tak.. Alhamdulillah rezeki.. Semoga murah rezeki pak cik.. Ameen.. Kalau ada yang tak tahu, lokcing ni satay ikan.. Abah yang tak pernah makan pun cakap sedap lokcing ni hehe..
Kami meneruskan pencarian makanan kat Pantai Teluk Ketapang.. Cari apa??? Kami cari ICT, UCT, SCT hahahaha... Apa benda tu??
Ikan Celup Tepung (ICT) kami pilih ikan pari dan kembung.. Udang Celup Tepung (UCT) dan Sotong Celup Tepung (SCT).. Aku ajak Abah pergi gerai Pok Long sebab gerai ni lah paling glamour dalam pencarian google hehehe.. Aku dah survey siap-siap dengan baca review orang ramai melalui blog.. Nak tau sedap ke tidak?? Mesti lah sedap sebab ikan, sotong dan udang dia fresh.. Tepung yang salut seafood tu pun aku boleh ratah macam tu je..
Abah dengan Umi ingat seafood celup tepung ni makan dengan nasi.. Hehehe aku dah tau dari awal bahawa kalau makan celup tepung ni cicah dengan sos je.. Nasi ke mee ke memang tak ada.. Abah dengan Umi tak kenyang makan macam tu je.. So, misi makan-makan diteruskan lagi hehehe..
Untuk makan malam yang lebih kenyang kami pilih untuk menjamu selera kat warung berhadapan hotel.. Menu dia menu standard macam nasi goreng.. Tapi ada jugak pilihan menu western food.. Ada meatball dan fries, ada fish and chips..
Malam tu jugak kami sempat round Seberang Takir.. Saja jalan cuci mata..
Seberang Takir |
Seberang Takir |
4 Januari 2015 (Ahad)
Hari ni last day.. Sedihnya nak tinggalkan Terengganu.. Serius best dan terasa kejap sangat ada kat sini.. Pagi tu kami pergi Pasar Payang untuk sarapan pagi.. Kali ni Abah dengan Umi join sekali.. Husband order nasi minyak.. Hehehe pagi-pagi dah pekena nasi minyak tau.. Lepas tu adik bongsu aku makan nasi kerabu.. Puas lah dia nak perabis nasi kerabu tu sebab portion besar.. Aku, Abah dengan Umi makan nasi dagang.. Dua hari berturut-turut aku bantai makan nasi dagang hahahaha.. By the way, kami sarapan kat gerai No.30 jugak tau sebab aku nak kan nasi dagang dia..
Nasi minyak di pagi hari hehe |
Aku belikan baby dan Anas turtle sorang satu kat Pasar Payang.. |
Selesai sarapan kami jalan-jalan kat bahagian cenderahati.. Aku beli turtle untuk baby dan Anas hehehe.. Baby pun nak jugak turtle (ke mak baby yang nak sebenarnya haha)
Sebelum balik ke hotel, kami singgah lagi gerai Pok Him untuk beli kuih akok banyak-banyak.. Nak makan dalam kereta on the way balik Melaka.. Umi beli kuih bahulu.. Katanya boleh tahan seminggu tapi tak sampai seminggu stok bahulu tu pun habis..
Selain dari tu aku beli kuih jala mas.. Aku ingatkan puding raja, rupanya bukan.. Memandangkan tak pernah rasa jala mas, aku beli lah satu untuk dibuat rasa-rasa.. Abah cakap jala mas ni dibuat dari telur itik.. Memang aku makan tu rasa telur dan manis-manis gula tapi tak lah terlampau manis..
Jala Mas |
Sepanjang kat Terengganu aku banyak jugak makan kuih yang manis-manis dan bantai makan NASI je tapi alhamdulillah balik Melaka dan pergi check up bulanan, tak ada masalah gula dan berat badan pun turun sekilo.. Berat badan aku turun tapi berat badan baby naik dengan jayanya.. Tak apa hahaha yang penting berat baby bukan berat aku.. Kang kalau berat sangat payah la nak slim masa pantang nanti.. Nak minum clenx tea tak boleh pulak sebab dah niat nak breastfeed..
On the way balik ke Melaka tu kami singgah ke Muadzam Shah, Pahang untuk makan tengahari dan solat asar zohor.. Lebih kurang jalm 7.30 malam kami pun sampai rumah.. Alhamdulillah..
Kalau ada rezeki memang nak sangat pergi lagi.. Seronok jalan-jalan carik makan ni hahaha.. Memang orang mengandung macam tu kot.. Erkkk ke aku kalau time tak mengandung pun memang suka jalan-jalan carik makan?? Hahahaha...
Woooww!!!! Bambam nya aku hehehe |
Thank you!!!
2 comments:
TQVM, penerangan yang menarik dan berguna. akan ke KT pada minggu hadapan.
Si Ketam Batu: Sama-sama.. Selamat berjalan-jalan :)
Post a Comment