Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Tuesday, December 9, 2014

Holiday di Port Dickson PART 2

Assalamualaikum


Kita sambung cerita holiday kat Port Dickson kat PART 2 pulak.. Nak baca PART 1 boleh klik sini..

Kami check in hotel lebih kurang jam 4 petang.. Sepanjang petang tu memang kami santai dalam bilik dan aku sempat lelapkan mata dan jamah minum petang kat bilik.. Kami ada bawa stok biskut kering, tuna dalam tin, kekacang dan jus oren..

Malam tu terfikir jugak nak makan apa.. Memandangkan aku ni morning sickness tak kira masa, maka kami bercadang nak makan menu yang simple je.. Tak nak makan menu berat macam seafood, ikan bakar, nasi.. No, no, no..

Dua-dua tak berapa pandai sangat jalan kat Port Dickson.. Nama pun pelancong kan hehehe.. So, kita kasi redah jelah.. 




Akhirnya terjumpa Sate Kajang Haji Samuri kat kawasan medan selera.. Kami order sate perut, sate daging dan sate ayam.. Semua sekali ada 15 batang.. Order nasi impit dalam 2,3 ketul.. Makan berdua pun tak habis.. Kena lah bungkus bawak balik hotel hehehe.. 

Selesai makan, kami pergi jalan-jalan sekitar bandar Port Dickson.. Jalan-jalan naik kereta je.. Lepas tu terus balik hotel dan rehat.. Aku pun tidur awal malam tu.. Husband je sambung tengok tv sorang-sorang hehe..


SECOND DAY


Kami kalau tidur hotel memang suka pergi breakfast awal.. Lepas solat subuh memang tak sambung tidur tapi biasanya kami bersiap untuk sarapaaaannnn!!!




Konon nak duduk kat meja sebelah swimming pool.. Tapi tak sangka pulak ada yang lagi awal dari kami.. Terpaksa lah cari meja lain huhuhu..

Atas tu boleh katakan macam pintu gerbang nak ke kawasan buffet.. Masa kami round tengok menu yang terhidang, tak tau nak cakap betapa banyaknya menu yang hotel ni hidang.. Tak termakan dan tak terpilih..

Seingat aku lah, menu yang ada:

  • Nasi lemak dengan set lengkap (ayam masak rendang, telur, timun, kacang, ikan bilis dan sambal tumis)
  • Pelbagai jenis mee yang digoreng
  • Bubur dengan set lengkap (sup, ikan bilis, kacang dll)
  • Menu western (sosej, baked bean, salami dll)
  • Pancake dengan butter dan honey
  • Roti bakar dengan pelbagai jenis pilihan jam 
  • Pilihan cereal dan susu
  • Fresh oren dan manggo
  • Pilihan salad yang banyak siap dengan dressing (salad vinaigrette) 
  • Pilihan buah-buahan potong yang segar
  • Pencuci mulut seperti fruit cocktail



Berdasarkan pada pembacaan aku.. Hotel ni hidangkan nasi lemak yang sangat sedap!! So aku target kat nasi lemak.. Husband makan nasi goreng dan beberapa jenis mee yang digoreng.. Itu baru round 1 tau hehehe.. 

Lepas nasi lemak, macam-macam benda lain yang aku ambil sampai dah tak terambil gambar.. Tiba-tiba morning sickness hilang pagi tu hahahahaha.. Baby pun macam tau-tau je parents dia nak pergi sarapan menu yang sedap..






Siapa datang bercuti kat sini kena try nasi lemak ni.. Memang sedap.. Tak tipu..
Ni first time dapat makan nasi lemak sedap kat hotel.. 


Kebetulan mengidam nak makan pancake dengan honey..
Alhamdulillah dapat hehehe.. Yippieee!!!!


Salad dia jadi sedap sebab salad dressing dia memang the best!!


Time ni hujan dah start turun.. Tapi tak lebat.. Nak sambung makan, perut dah full.. Nak hirup coffee & tea memang aku tak lalu nak minum sepanjang awal 4 bulan pregnant.. Selalunya aku prefer juice, soya dan yogurt drink je..







Akhirnya kami buat keputusan nak balik bilik.. Nak sambung tidur hehehe.. Dalam perjalanan nak balik bilik tu kami sempat jengah swimming pool.. Jengah je.. Walaupun masing-masing bawa swimming suit tapi mood nak mandi memang tak ada huhuhu..












Hujan renyai ni lah sedap nak sambung tidur heheheh.. Sejuk je kan.. Sampai je kat bilik, masing-masing pun selubung diri dengan selimut tebal dan lena dibuai mimpi..

Kami check out sebelum pukul 12.. Lebih kurang pukul 11.50 pagi.. Urusan check out pun sangat cepat dan mudah.. 

Sebelum balik Melaka, kami bercadang nak lepak tepi pantai.. Silap kami tak ke Pantai Teluk Kemang.. Kami salah arah dan akhirnya sampai Pantai Saujana Port Dickson.. Walaupun salah arah, kami tetap turun dan jalan tepi pantai sambil membeli kebab, air dan buah.. Sempat jugak beli t-shirt tulis Port Dickson untuk buah tangan sendiri hehe..


Memang best makan mangga muda dengan petis tepi pantai..
Kebetulan angin bertiup.. Huwaaaa rasa nak terlelap pulak..


Selesai sesi dating tepi pantai, kami pun gerak balik Melaka.. Holiday kali ni langsung tak rasa penat.. Mungkin banyak tidur kot hahahaha.. Tenaga pun tak diguna sangat.. Sesuai lah percutian macam ni untuk ibu mengandung yang sedang menghadapi morning sickness..

Sepanjang morning sickness memang kerap terperap kat rumah dan tak ke mana-mana.. Selalunya memang bed rest.. Nak shopping, nak makan luar pun rasa tak best.. Sesekali dapat relax dan rehat macam ni rasa relieve sikit..





Hopefully semua yang baca entri kali ni enjoy dan dapat idea nak menginap kat mana sepanjang bercuti kat Port Dickson.. 


Thank you!!!


4 comments:

Adda Comel said...

bestnya...... nak ikut.....

RIMA DANIA said...

Rabiatuladawiah Mustapha: Jom kak da hehe

kehidupan sihat said...

nice sharing :)

salam perkenalan
jemput ke blog nana :)

RIMA DANIA said...

kehidupan sihat: thank you so much :)

NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3