Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Monday, February 10, 2014

HOLIDAY DI HONG KONG

Assalamualaikum..


Aku hold lama dah entry ni.. Kalau boleh nak share pengalaman pergi holiday luar negara tanpa menggunakan ejen pelancongan.. 

Maksudnya di sini, pergi holiday dengan ikut gerak hati, ikut map, ikut info dari orang sekeliling, ikut dari hasil pembacaan dan mungkin ikut apa orang tempatan kata (macam aku pergi Hong Kong, maka ikut apa kata orang Hong Kong lah)..

Aku pergi Hong Kong bulan September selama seminggu (banyak blog travel kata bulan September adalah bulan terbaik untuk bercuti di Hong Kong).. Sebelum start packing pakaian, aku akan google keadaan cuaca kat sana supaya tak salah pakaian.. Bulan September di Hong Kong dalam lingkungan autumn sebelum winter tiba dan sesekali hujan turun serta windy.. Boleh dikatakan musim panas dan lembab.. Dari segi suhu biasanya 30 darjah dan ke bawah.. 

Maka, dari segi prepare pakaian tu penting.. Jangan lah bawak sweater yang tebal, bawak baju yang kainnya tak serap peluh atau bawak shawl, tudung yang buat rambut, leher semua dibasahi dengan peluh hehehe.. 

Aku banyak bawak baju t-shirt labuh yang tak perlu digosok, dress yang mudah serap peluh dan cardigan nipis.. Dari segi shawl, aku bawak shawl yang tak terlalu tebal dan tudung sarung yang simple untuk orang travel..

Selain pakaian, jangan lupa survey dulu tempat money changer sebab ada sesetengah money changer tu kita boleh dapat harga rendah dan ada yang lagi tinggi.. So, better survey dulu lah sebelum buat pertukaran duit.. Aku rugi sikit masa buat pertukaran duit sebab parents aku dapat tukar lagi banyak!! Hohoho.. Please check dulu ya kat board diorang letak kat kaunter tu.. Bandingkan dan lihat money changer mana bagi keuntungan kat korang..


15 SEPTEMBER 2013


Dah sampai Lapangan Terbang Hong Kong


Aku dan family naik MAS tapi semua tu parents sponser hohoho.. Ramai tanya kenapa kami tak naik Air Asia (bukan sorang, dua orang tanya tapi ramai sangat tanya.. fuuuhh terutama kawan-kawan husband).. Aku rasa kalau pergi sendiri aku naik Air Asia sebab bajet lagi murah tapi ini family trip jadi tiket telah dibayarkan.. Thank you thank you thank you Abah sebab sponser semuanya!!..

Flight kami pada 15 September 2013 (Ahad) pada jam 9 pagi.. Alhamdulillah kami dapat naik Airbus untuk ke Hong Kong.. Yeayy!!! So, seawal subuh kami dah bergerak menuju KLIA dari Melaka.. Kami breakfast beramai-ramai di Food Garden KLIA.. Kami?? Mereka breakfast siap makan dan minum tapi aku tak... Aku minum coffee je pagi tu sebab aku dah aim makanan dalam flight.. Simpan perut bagi kosong hehe..


Thank you for bringing us hehe


Flight kami dari jam 9 pagi sehingga lah 12.30 tengahari.. Lebih kurang macam tu lah timing nya.. Alhamdulillah servis dalam flight memang tip top!!.. Ada appetizer, ada main course, ada desert (ice-cream magnum!!) dan boleh refill juice, coffee dan tea berulang-ulang kali sampai rasa nak ke tandas hehe.. Belum pernah kecewa naik MAS sejak pertama kali naik MAS masa duduk UK dulu.. Kemudian ke Arab Saudi dan kini ke Hong Kong pula..

Aku share sikit lah pasal diri aku dan kapal terbang.. Aku ni sebenarnya mudah mabuk, pening kepala, nak muntah-muntah bila naik kapal terbang.. Bayangkan Airbus yang agak lapang tu pun aku rasa mabuk duduk lama-lama dalam tu!! Husband enjoy watching movie even adik-adik pun selalunya boleh habiskan 4 movie sekelip mata selama 8 jam sementara menunggu nak sampai Arab Saudi.. Aku??? Naik je kapal terbang terus pasang mp3 dan tidur.. Bangun hanya untuk makan, buang air dan ambil angin dengan berjalan-jalan dalam kapal terbang untuk hilangkan mabuk..

Aku STOP cerita pasal kapal terbang di sini hehehe..



Suasana ketika dalam perjalanan ke Kowloon


Turun je flight, kami terus menuju ke arah kaunter pembelian octopus card.. Aku suka betul dengan sistem ni sebab octopus card ni ala-ala touch and go.. Dengan octopus card, boleh naik bas, naik MTR, naik tram, naik feri dengan bayar tambang melalui swipe je card ni pada mesin bayaran,.. Ada sesetengah kedai makan pun terima octopus card.. Nak bayar bil makanan, cashier swipe je octopus card kita pada mesin diorang.. Senangkan??

Lepas setel beli octopus card untuk sorang satu, kami terus keluar dari lapangan terbang dan carik bas untuk ke Chungking Mansions di Nathan Road, Tsim Sha Tsui, Kowloon.. Hotel kami terletak disitu.. Istimewanya Chungking Mansions ni, kawasannya ada masjid besar dan banyak pilihan makanan halal yang berasakan masakan arab, iran, turki dan seangkatan dengannya.. Nak makan makanan restoran Malaysia pun ada di bangunan Chungking Mansions.. Ada nasi lemak, roti canai, briani ayam, briani daging, teh tarik.. Fuuhhh.. Memang sedapp makanan Malaysia kat situ.. Hampir hari-hari tapau makanan kat situ hehe..

Tengok tuuu... Besar tak masjid kat kawasan Kowloon ni..
Masjid ni jugak tempat ramai orang luar yang bukan beragama
Islam datang untuk menuntut ilmu.. Orang putih ada, cina Hong Kong
pun ada jugak.. Masjid ni mesra untuk semua jenis races..


Selesai check in bilik masing-masing.. Aku dan husband sampai je hotel kami tidur sampai esok paginya.. Malam tu, Abah dan Umi sempat dating berdua sekitar Tsim Sha Tsui dalam keadaan HUJAN!! Hehehe.. Hujan malam tu, patut lah lena je kami tidur.. Masa tu mood nak berjalan belum ada.. Tak apa lah, kita kumpul tenaga banyak-banyak untuk esok hari..


16 SEPTEMBER 2013

Mari kita membaca peta beramai-ramai hehe


Subuh di Hong Kong adalah pada pukul 4 pagi- 5 pagi.. Memang super awal bagi aku yang menetap di Johor.. Oleh kerana masa tu dah masuk pertengahan musim autumn atau luruh, maka airnya sedikit sejuk (Kalau winter di Hong Kong mau sampai 10 darjah.. Siapa nak rasa musim sejuk kat Hong Kong boleh pergi time ni tau.. Best! Boleh pakai baju sejuk hehe).. 

Bangkit solat subuh, online facebook, blogwalking (sempat okay), kemudian termenung tengok tingkap di mana pemandangannya adalah bandar Kowloon yang dikelilingi dengan bangunan yang tinggi, shopping kompleks yang besar serta kedai-kedai yang tak kurang hebatnya..

Jam 7 pagi aku dan mereka semua breakfast mamee chef hehe.. Ini lah bekalan orang travel.. Mamee chef curah air panas dan nescafe untuk segarkan biji mata hehehe...


On the way ke kawasan kilang industri berat


Bila cerita pasal Hong Kong, orang expect mesti kami pergi Hong Kong Disneyland, Ocean Park Hong Kong dan semua tempat wajib bagi orang yang bercuti di Hong Kong.. Tapi sebenarnya kami tak pergi pun semua tempat tu memandangkan adik-adik tak ikut sebab bukan musim cuti sekolah.. Kang jeles pulak adik-adik.. Next time lah kot hehe..

So, hari kedua di Hong Kong, kami ke kawasan kilang ataupun kawasan industri berat dengan menaiki MTR mereka.. Pelik jugak lah datang sini pergi tengok kawasan industri berat diorang tetapi ini lah dia sebahagian dari pengalaman menjelajah negara orang.. Aku dapat tengok kilang metal bertingkek-tingkek macam rumah pangsa dek kerana Hong Kong space nya kecil.. Tanah tak banyak.. Maka, kilang industri berat pun dibina secara bertingkek-tingkek macam rumah pangsa sebab nak save space... 


Naik feri dari Kowloon ke Hong Kong Island

Dah sampai Hong Kong Island

Mari naik bas double decker ni dan round satu bandar Hong Kong Island

Ini adalah lakonan konon-konon aku yang drive bus tu.. Ini kerana masa
duduk UK, aku suka sangat buat gaya macam tu bila naik bus double decker hehe..
Berangan jadi driver bus hahaha padahal duduk tingkat atas..

Naik feri nak balik ke Kowloon


Pada sebelah malam, kami merentasi dari Kowloon ke Hong Kong Island dengan menaiki feri (boleh jugak kalau nak naik MTR).. Kami berjalan-jalan sekitar Hong Kong Island dengan menaiki bas double decker.. Kalau nak tahu, Hong Kong ni terbahagi kepada dua.. Bahagian Kowloon dan juga bahagian Hong Kong Island.. Kat Hong Kong Island ni adalah kawasan perniagaan dan kawasan untuk shopping barangan mewah dan berjenama.. Skyscraper merata-rata sampai sakit tengkuk nak memandang ketinggian bangunan-bangunan perniagaan tu.. Korang boleh lihat banyak bangunan perniagaan yang besar seperti Samsung dan lain-lain..

Bila dah penat berjalan, perut pun dah lapar.. Apa lagi jalan-jalan usha makanan lah hehehe...


Kami makan di kedai Arab lah..



Kami makan di kedai Arab.. Dah macam duk Arab Saudi daa... Hehehe merata-rata kedai makanan Arab kat Tsim Sha Tsui ni.. Cuma anda kena bijak memilih je.. Ada kedai sedap, ada yang kurang sedap dan mahal.. So, usha dulu haa lepas tu baru makan..


17 SEPTEMBER 2013

Hari ni masuk hari ketiga.. Masih ke destinasi yang sama iaitu kawasan kilang industri berat.. Aku siap masuk kat kawasan lori dok punggah barang.. Punggah besi lah, simen lah.. Maam-macam.. Pekerja pun pandang pelik je.. Apa benda lah budak kepala berbalut ni buat kat sini... Diorang ni pelik tengok kita pakai tudung.. Pandang atas bawah atas bawah.. Itu aktiviti pagi sampai petang..

Di waktu malam, kami pakat pergi The Peak di Hong Kong Island.. Yang ini tempat wajib ya.. Kena pergi.. Kawan Abah aku kata, nak pergi The Peak kena pergi waktu malam.. Masa tu boleh lah ambil mood tengok skycraper menyalakan lampu warna-warni secara berjemaah.. Memang menarik sangat.. Nak pergi The Peak kena naik tram sebab nama pun Peak maknanya puncak.. The Peak ni ada nama lain iaitu Victoria Peak atau pun Mount Austin.. Malam tu memang windy dan sejuk.. Lain kali kena prepare cardigan tebal sikit sebab kat atas tu agak sejuk..


Beratur untuk beli tiket
Sementara tunggu turn nak naik tram untuk naik ke The Peak, mari baca sejarah
The Peak..
Ini lah yang cuba dimaksudkan oleh kawan Abah tu.. Cantikkan??

Itu dia.. Kami berdua dah sampai The Peak..


Malam tu kami dinner kat restoran makanan melayu kita.. Husband makan briani ayam, aku makan nasi lemak (sambal dia memang macam kat warung kita).. Nasi lemak dia lengkap tau.. Semua bahan ada..

18 SEPTEMBER 2013

Hari keempat kami di sini.. Masih ke tempat yang sama.. Kawasan industri berat hehehe.. Memandangkan dah hari-hari ke sini, aku dengan husband datang sini sendiri tanpa Abah dan Umi sebab Abah dan Umi lambat sikit.. Hehehe mereka tapau makanan tengahari.. Nasi lemak ayam serupa macam malam tadi.. Sedap dan tak jemu hehehe..


Tu diaaaaaa.. Terliur lahaiii kat Hong Kong pun ada nasi lemak
Malaysia..

Serius hari keempat ni aku tak ingat kami ke mana selain dari dinner makan makanan arab hehehe.. Kami makan nasi arab bersama lauk-lauk arab beserta air mango lassi mereka yang superb!!


19 SEPTEMBER 2013- 20 SEPTEMBER 2013

Untuk dua hari ni kami ke Hong Kong Island bagi mendapatkan makanan cina yang halal.. Alhamdulillah.. Kami berjaya makan roasted duck with rice (ala-ala nasi ayam jugak cuma gantikan dengan itik) di Wai Kee Food Shop, Bowrington Market.. Kalau nak tahu, ada sesetengah cina Hong Kong yang berniaga di Bowrington Market ni pandai cakap bahasa indonesia.. Jangan segan-segan berkomunikasi dengan mereka sebab seriously mereka ni peramah hehe.. 

Selain makan roasted duck with rice, kami makan lobak putih rebus, kulit limau bali rebus dan kentang goreng.. Korang jugak boleh pesan lamb brisket curry mereka sebab ramai orang datang sini sebab nak pekena curry mereka.. 

Sempat bersembang dengan dua orang lelaki berbangsa Arab.. Diorang kata rugi tak rasa curry kat sini.. Sedap sangat hehe.. Yang banyak berceloteh dengan Arab tu, Umi aku.. Pung pang pung pang speaking.. Siap cerita aku dengan husband duduk mana.. Pastu tanya dah datang Malaysia ke belum.. Macam-macam lah.. Yang aku ni diam je sebab kelaparan hahaha tak terjoin conversation mereka...

Lobak putih 

Kentang goreng

Kulit limau bali..
Ini lah dia... Roasted duck with rice..

Share berdua sebab takut tak habis.. Sebenarnya sampai hari ni kami husband and
wife menyesal share nasi itik tu sebab sedap huhuhuhu... Tengok lah buktinya.. Licin..
Daging itik ni lagi manis dari daging ayam.. Tu yang sedap..

Di Bowrington Market juga ada jual pelbagai jenis TUDUNG!!... Haa nak shawl ke apa ke memang ada.. Tak pelik pun.. Nak scarf tudung ke, inner neck ke semua ada kat sini.. Nak tau sebab apa?? Sebab maid kat sini ramai indonesian people yang beragama Islam.. Orang Hong Kong pakai maid dari indonesia.. Aku terserempak dengan beberapa maid dalam MTR yang baru ambil anak majikan balik dari sekolah..





Antara tempat makan yang halal di sekitar Hong Kong Island selain dari Wai Kee Food Shop adalah di Islamic Centre Canteen iaitu terletak di Masjid Ammar and Osman Ramju, Wan Chai.. Di sini lah tempatnya di mana anda boleh menikmati halal dim sum yang tersangat sedap sebab original sama macam dim sum chinese food tu..

Ini lah dia tempatnya untuk makan halal dim sum yang sedap

Sampai hajat nak makan dim sum..

1st round ni..

Sedap sangat.. 

Jangan lupa datang sini..


Di masjid ni lah Abah dan Husband aku solat jumaat sebab ticket nak solat jamak dah habis.. Valid 3 hari je kan.. Aku pun berkesempatan solat zohor kali kedua di sini.. Ramai muslim di Hong Kong berkumpul di sini untuk usrah, makan kat canteen dengan kawan-kawan atau pun mengerjakan solat jumaat tidak kira lelaki atau pun perempuan..

Sangat mudah travel kat Hong Kong ni.. Ada masjid besar dan mudah nak solat, ada banyak pilihan makanan halal cuma kena pandai carik.. Apa-apa pun mesti prepare awal-awal.. Google, banyakkan baca blog traveler dan jangan berat mulut bertanya pada orang tempatan di sekeliling kita ketika berada di Hong Kong..

Next station adalah SHOPPING cenderahati untuk diri sendiri, untuk family dan kawan office.. Kami ke Ladies Market.. Part yang ni kena baca sungguh-sungguh tau hehehe kerana.......


Mari lah shopping 

Come on baby.. come on..

Sesak kat kawasan ni..

Ladies Market yang sebijik macam Jalan Tar, KL..

Orang kat sini jalannya pantas.. Tak ada yang
terhegeh-hegeh jalan macam orang pemalas.. Perempuan pakai skirt pun
sarung kasut sukan untuk pergi kerja tau..

Husband bersama habuannya hehe


Jika datang bershopping di Ladies Market ni, kena lah tabahkan hati, pekakkan telinga dan bertegas lah dalam tawar menawar... Kalau dah sentuh barang jualan, dah tanya-tanya harga, dah try offer mengoffer dengan peniaga, harus lah beli lepas tu... Kalau tak, seperiuk kena maki hamun dengan peniaga tu.. So, kalau nak membeli tu kena betul-betul rasa YA AKU NAK BELI.. Kalau setakat nak usha tanya harga at the end tak jadi beli, memang kena &^%$@!(&%$@~ lah dengan peniaga huhuhuhu...

Kami juga sempat ke Golden Shopping Centre di Sham Shui Po.. Kawan Abah yang merupakan orang Hong Kong mengatakan bahawa tempat ni adalah tempat untuk para pengemar barang electronic, barangan it, gadgets dan seangkatan dengannya.. Barangan tersebut dijual dengan kadar yang rendah.. 

SONY PSP murah kot kat sini... Aku tak jumpa harga 1st hand yang semurah macam ni di Malaysia.. Abah shopping barang komputer dia kat sini sebab murah.. Betul.. Tak tipu.. Memang murah.. Cuma, aku belum pernah lagi baca blog orang bercuti pergi Hong Kong singgah ke tempat ni sebab orang tempatan je yang tau di mana tempat yang terbaek dan termurah untuk shopping barang electronic dan gadget..

Selesai shopping kami pun pulang ke hotel kami yang terletak di Chungkin Mansion, Tsim Sha Tsui dengan menaiki MTR...






21 SEPTEMBER 2013

Mari kita makan tengahari.. Flight balik Malaysia malam ni huhu

Chicken Tikka Massala yang sedap sangat!!!!!!

Jom jalan-jalan kat Avenue of Stars Hong Kong...


Last day kat Hong Kong.. Hari ketujuh ni kami relax je sebab flight pun malam pukul 10 macam tu.. 

Kami ke Avenue of Starts Hong Kong... Aku tak ada banyak gambar kat sini sebab..............................................................................................................................




Aku dan husband tolong jawab questionnaire student dari Univercity Hong Kong.. Dia ni budak tourism and hospitality.. Sesuai lah bagi soalan pasal pelancong berpuas hati ke tak bercuti di Hong Kong...

Aku dengan husband tak boleh nak mengelak dari tolong dia sebab aku dah rasa macam mana susahnya nak collect untuk data projek sarjana muda.. Aku siap menangis kat tepi curb Parit Raja tu.. Emosi sangat sebab dah lah tengah pregnant lepas tu orang suruh kita keluar dari kedai dia dan tak nak jawab pun questionnaire kita huhuhu... Keciwa tau.. Tu yang nangis meleleh-leleh air mata kat tepi curb Parit Raja depan KFC.. So, tak nak lah buat orang rasa apa yang kita rasa.. Maka kami tak habis round pun kat Avenue of Stars... Ini kira tempat wajib pergi tau.. Janji dah jejak kaki kira ok lah walaupun sekerat jalan je huhuhu...


Jom balik Malaysia

Naik 2kg untuk 7 hari duduk kat Hong Kong.. Gara-gara makan sedap
banyak sangat hehehe

Alolo the cute husband dah ready nak balik jugak..


Akhirnya selesai semua urusan dengan pihak hotel, kami pun bertolak ke lapangan terbang.. Nak balik Malaysia dah...

Untuk pengetahuan anda, lapangan terbang di Hong Kong ada SURAU... Ada surau siap arah kiblat, siap sejadah, siap sekali dengan tempat berwudhuk.. Cuma nak solat dengan tak nak solat je.. Korang boleh carik icon surau pada bahagian papan tanda.. Tak pun, tanya je kat pekerja airport 100% confirm diorang akan tunjukkan kat korang..

Agak-agak rasa lapar sebelum flight tiba.. Syukur alhamdulillah, di airport Hong Kong ada beberapa kedai makanan halal... Nak tahu halal ke tak, check je kat depan pintu kedai diorang mesti ada tanda HALAL.. Lapar atau bosan menunggu flight, boleh lepak makan minum kat situ.. 

Orang bermusafir doanya dimakbulkan jadi mari lah bermusafir..

Secara keseluruhannya, bercuti di Hong Kong ni best dan mesti jadi salah satu tempat untuk dilawati sebab tak ada halangan dalam menunaikan solat 5 waktu.. Nak cari makanan halal pun senang terutama di kawasan Chungking Mansion di Nathan Road di area Tsim Sha Tsui, yang terletak di Kowloon... Di Hong Kong Island pun ada Islamic Centre Canteen dan ada nasi itik halal di Bowrington Market.. Tak susah pun nak carik tempat-tempat tu..

Apa yang menariknya kita dapat lihat sisi kehidupan seharian mereka.. Pergi kerja pakai skirt tapi sarung kasut sukan sebab mereka nak bergerak pantas untuk ke tempat kerja.. Majoriti pergi kerja, pergi sekolah naik MTR.. Tak ramai yang pakai kereta mungkin sebab kos sara hidup yang terlalu tinggi.. Susah nak lihat rumah atas tanah seperti rumah teres melainkan anda akan lihat lebih banyak rumah flat atau kondominium merata-rata tempat...

Orang Hong Kong jugak dilihat lebih suka memanjat escalator berbanding tercegat menunggu sehingga sampai ke atas atau ke bawah.. Biasanya bagi yang nak tercegat atas escalator akan duduk sebelah kanan secara berbaris seorang demi seorang bagi setiap anak tangga.. Bagi yang nak laju, mereka akan memanjat di sebelah kiri dengan pantas..

Memandangkan mereka ni cergas.. Korang tak akan nampak lelaki Hong Kong berperut boroi atau gemuk dalam MTR!! Atau perempuan gemuk dalam MTR... Aku jeles betul tengok body perempuan Hong Kong.. Dah lah curve, tak terlalu kurus dan tak berisi pun.. Memang body-body model kot.. Jeles... Hahahah... Dan tak heran lah bila naik MTR time diorang balik kerja, memang penuh jejaka-jejaka Hong Kong memakai coat memenuhi isi perut MTR.. Smart-smart, handsome-handsome tak drive kereta mewah pun.. Naik MTR jer...


Nampak tak laju tak laju diorang ni jalan dengan sport shoes hehe

Tram di Hong Kong Island.. Dia bergerak slow tapi sangat murah tambangnya


Tapi tak heran lah kenapa orang Hong Kong body macam model.. Ini kerana Hong Kong terkenal di peringkat antarabangsa kerana memiliki sistem pengangkutan awam (MTR) yang selamat, murah dan pantas.. Stesen MTR kat Hong Kong pun bersepah-sepah.. Banyak.. Aku tabik sangat sebab sistem pengangkutan kat Hong Kong memang terbaik!! Tak kisah lah naik feri ke, bas ke, taxi ke mahupun tram.. 

Aku jugak dapat lihat orang Hong Kong masih ada nilai-nilai murni dalam diri mereka meski pun tinggal di tempat yang sangat maju dan canggih.. So memang best secara keseluruhannya...





Ada satu lagi tempat tarikan pelancongan di Hong Kong yang kami pergi... Konon nak naik cable car untuk ke kawasan bukit tinggi.. Malangnya cable car masih dalam maintenance pulak... Sedih tak dapat naik atas tu sebab puncak bukit tinggi hanya ada pokok yang renek.. Kata Abah bukit tu rupa bentuknya macam bukit kat UK.. Renek je pokoknya sebab iklim sejuk... Seronok jugak kalau dapat naik hehe.. Tapi tak apa lah.. Tak ada rezeki..

Hopefully ada yang enjoy baca entry yang panjang ni hehe...



Till we meet again HONG KONG!!!!!!

Thank you...

15 comments:

Ann Ishak said...

terlalu banyak info dalam trip ni, sangat membantu utk my next trip to Hong Kong. terima kasih rima :)

RIMA DANIA said...

Ann Ishak: Sama2 Ann.. Have fun di Hong Kong :)

fadhilah mak mak said...

Salam sis..nk tumpang tanya. Anggaran belanja utk makanan kat sana sehari berapa ya..nk prepare budget utk makanan.huhu. Thanks

RIMA DANIA said...

Nurul Fadhilah: Salam :)
Anggaran belanja makan untuk seminggu tak ingat berapa banyak yang kami belanja..

Sarapan: Kami sarapan mamee chef, roti, biskut or apa saja bekal yang kami bawa dari Malaysia.

Tengahari: Ada masa kami makan biskut dan minum jus yang kami simpan dalam beg sepanjang berjalan-jalan di Hong Kong.. Kami makan tengahari pada waktu lewat petang.. Kiranya makan tengahari + makan malam sekali jalan.

Makan malam: Jarang sangat makan malam kecuali ada hari tertentu kami terlalu lapar, baru kami cari makanan.

Harga makanan kat Hong Kong agak mahal.. Untuk seorang makan bajetnya dalam RM 15 hingga ke RM 30..

Kalau satu hari makan tiga kali, nak dekat RM100 jugak boleh habis..

Unknown said...

salam sis...kat mana kedai yg jual nasi beriani dan nasi lemak tuh...nampak sedap...

RIMA DANIA said...

Marjini Atika: Nasi lemak, nasi beriyani dan roti canai yang sedap ada kat Restoran Syed Bukhara di Bangunan Chungking Mansions. Warna kedai hijau kuning..

Unknown said...

Salam sis. Sis tinggal kat hotel apa ya? Boleh kongsi info. Tq

RIMA DANIA said...

Mini Ejoy: saya stay kat hotel di Chungking Mansions.. Nama hotel terlupa pulak sebab dah setahun yang lepas.. Tapi kat Chungking Mansions banyak pilihan hotel dan makanan halal

Anonymous said...

salam...hi... hotel tu awak book on9 or walk in bru book...

RIMA DANIA said...

Anon: Saya book online tapi kalau nak walk in pun boleh sebab kat Chungking Mansion tu banyak pilihan hotel dan hostel..

Sampai je Hong Kong boleh terus ke sini untuk book hotel..

Anonymous said...

Kedai makan kt chungking mansion tu mne lagi yg sedap halal.kedai arab yg best.tgk tandoori tu cm best je

Hexanc said...

Thanks for sharing. I enjoyed reading it.

RIMA DANIA said...

Anon: Saya lupa nama kedainya tapi dalam bangunan chungking mansion :)

RIMA DANIA said...

kubrick: thank you so much :)

Ibu Surthy said...

Saya ibu surthy tki singapore saya hadir berkomentar di dalam blog ini,cuma ingin menceritakan kisah nyata,sekaligus mau mengucapkan banyak terimah kasih kepada Mbah Sero,atas bantuannya semua hutang2 saya sudah pada lunas,nomor togel yang Mbah berikan lansung 4d bocoran singapore,syukur alhamdulillah tembus dapat kemenangan 800.juta,itu dalam bentuk uang indo,kemarin saya sangat bingun karna hutang banyak,syukur sekarang sudah senang tidak memikirkan hutang lagi,saya tidak akan melupakan bantuan Mbah,apa bila saya sudah pulang ke indo saya akan berkunjung kepondok Mbah untuk silatu rahmi,bagi saudarah2 yang lagi terlilit hutang jangan anda tutus asa,kalau mau sukses seperti saya silahkan tlpn atau sms Mbah Sero di nomor O82~370~357~999 beliau seorang paranormal yang bisa di percaya,karna sudah memberikan bukti,ingat kesempatan tidak akan datang untuk kedua kali,jadi giliran anda untuk membuktikannya terima kasih....

NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3