Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Sunday, May 11, 2014

CAMERON HIGHLANDS 2014

Assalamualaikum


2, 3 minggu yang lepas, aku dan husband pergi bercuti kat Cameron Highland (CH) Pahang. Plan dibuat pada saat akhir tapi sempat book hotel awal 2, 3 hari. Bukan apa, buatnya sampai sana tak ada hotel, nak tidur kat mana huhuhu..




1. Kami search hotel melalui blog orang lain dan buat short list.

2. Dapatkan number phone hotel dan directly call semua hotel yang di short list tu. Soalan pertama adalah HARGA sebab kami nak save budget. Dari hampir 7 hotel, rezeki kami dapat Hotel Chua Gin, Brinchang dengan harga RM 236 untuk 3 hari 2 malam. (Harga hotel tak tetap. Lagi cepat kita book, lagi murah kita dapat. Kalau last minit baru nak book memang harga naik lagi mahal.)

3. Buat pembayaran deposit within 12 hours dan staff hotel akan bagi feedback.

4. Setiap hari staff hotel akan call untuk buat confirmation sama ada kita jadi check in atau tidak. 


Perjalanan bermula dari Melaka. Khamis malam kami gerak dari JB ke Melaka. Tidur dan rehat dulu kat rumah parents. Jumaat 5.30 pagi kami bangun untuk mandi dan bersiap untuk teruskan perjalanan ke CH. Pagi tu kami sempat breakfast tuna sandwich yang Abah siapkan. Yummyy!!

Good morning sunshine.. Here we go!!!

GPS dah di set awal beberapa hari..



JUMAAT (25 April 2014)

Kami bertolak dari Tol Ayer Keroh, Melaka lebih kurang jam 8.30 pagi. Lebih kurang jam 11.10 pagi kami dah sampai RnR Tapah, Perak. Perut dah lapar minta makan tengahari. Kami pun pekena lah nasi lemak paru dan nasi putih bersama rebung masak lemak cili api. 


Kami pilih untuk naik CH ikut Simpang Pulai. Memandangkan ini trip aku ke CH untuk kali yang ketiga, maka aku lebih berpengalaman berbanding husband sebab husband baru first time nak holiday kat CH. Aku pernah naik CH ikut Tapah tahun 2001 dan naik CH ikut Simpang Pulai tahun 2010. So, aku suggest husband ikut Simpang Pulai.



Kabus tebal sebab hujan

Kami check in hotel tepat waktu zohor. Hotel kami memang senang nak cari sebab berada di tengah-tengah pekan Brinchang dan sangat dekat dengan Central Market. Masa ni hujan renyai dan suhu tengahari tu 21 darjah.

Kami dapat bilik kat bangunan baru di aras 3! Silalah jadi orang yang berstamina bila nak holiday kat CH ni sebab anda perlukan banyak tenaga untuk bergerak ke sana sini termasuk lah naik turun hotel. Kalau badan tak larat, cepat penat, cepat letih, anda akan jadi moody! Holiday yang indah akan bertukar kepada nightmare.



Kami agak suprise dengan hotel ni sebab bilik dia super selesa dan full furnished! Bilik air bersih dan designnya sedikit mewah. Berbaloi dengan bayaran RM 236.00 untuk 3 hari 2 malam. Aku suggest kepada yang nak save budget tapi dapat bilik yang super selesa boleh book Hotel Chua Gin. Insyaallah puas hati.

Hotel Chua Gin ni dekat je dengan Masjid Brinchang. Setiap kali masuk waktu solat memang boleh dengar azan dengan jelas.











Taman Pertabalan Tanah Rata

Tempat pertama yang aku ajak husband pergi adalah ambil angin petang di Taman Pertabalan Tanah Rata. Kami beli fishball, keropok lekor dan cekodok pisang kat tepi jalan dan makan kat situ. Siapa ada anak kecil boleh lah bawa anak-anak bermain kat sini. Cuaca petang kat sana selesa. Walaupun matahari nampak terik memancar tapi tak lah panas mana pun. 

Masa first time datang CH dengan family, kat sini lah antara tempat yang Abah bawak kami lepak dan bermain. Of course lah datang sini dengan niat nak mengimbau kenangan lama sebenarnya hahahaha..









Kea Farm

Settle bergambar, kami terus ke Kea Farm. Kami borong cenderahati pada hari tu jugak. Kami beli keychain buah-buahan dan sayur-sayuran dengan harga RM 30.00 untuk 45 biji keychain. Fridge magnet pula dijual pada harga RM 10.00 untuk 6 biji. Sila lah beli cenderahati di sini sebab ia jauh lebih murah dari tempat lain. Kat sini juga ada Jambu Epal atau pun jambu yang dah dijeruk dengan gula dan pewarna pink dan hijau. Siapa yang tak pernah rasa tu boleh lah beli. Sedap!!! Selain tu boleh lah beli buah dan sayur kat sini untuk di bawa balik.




Pukul 6 petang Kea Farm dah ready nak tutup kedai. Kat CH ni memang almost semua tempat akan tutup jam 6 petang kecuali restoran dan kedai makan. Tempat nak shopping dan berjalan sakan tu semua tutup 6 petang dan buka seawal 9 pagi.

Harus lah manage masa dengan baik dan jadi lah orang yang sentiasa on time kalau datang bercuti kat sini sebab 3 hari 2 malam tu tak akan pernah cukup, malah tergesa-gesa nak kejarkan round semua tempat. Malangnya, aku sendiri dah 3 kali datang pun tak pernah berjaya round seluruh CH ni! Fuuhh...


Pasar Malam Brinchang

Memandangkan kami berada di CH hari Jumaat, maka kami berkesempatan cuci mata kat Pasar Malam Brinchang. Cadangnya nak cari makan malam. Tengah jalan cuci mata, sekali hujan turun dengan lebat! Aku redah jelah dalam hujan tu sebab nama pun traveler kan. Hujan ke panas ke sanggup kuredahi jua. 

Tak sangka kat pasar malam ni ramai orang jual cendawan goreng tepung, ketam goreng tepung, udang goreng tepung, sotong goreng tepung. Banyak pulak seafood bertepung yang aku nampak. Menu malam tu kami makan udang goreng tepung, jagung bakar dan kacang rebus. 

Jangan lupa cuba jagung bakar atau jagung rebus kat sini sebab jagung kat CH ni besar betul!!! Kalau kat JB boleh habiskan 2 batang jagung tapi kat CH ni cukup lah 1 batang. Saiznya yang besar buatkan aku cepat kenyang. Pasar malam ni dibuka pada Jumaat dan Sabtu petang hingga malam.

Pada sebelah malam, aktiviti kat CH adalah orang ramai ambil kesempatan makan steamboat untuk panaskan badan sebab suhu dah jatuh sehingga 18 darjah. Selain tu boleh juga makan masakan panas di Central Market, Brinchang berhadapan dengan Station Minyak Shell. Bagi yang tinggal di hotel atau homestay area Tanah Rata, boleh ke pekan Tanah Rata sebab kat situ memang banyak gerai masakan panas.

Malam bila perut dah kenyang, kami solat jamak Maghrib Isyak. Lepas tu bersiap ke Taman Pertabalan Tanah Rata buat kali kedua. Kebetulan kawan U pun tengah bercuti kat CH. Kami pun buat reunion dan borak kat taman sampai pukul 12 malam. Husband dah boring dengar kami berdua sembang panjang. Dan dalam kesejukan 17 darjah, husband ajak balik hotel.

Alhamdulillah dapat merasa suhu paling minimum untuk hari tu!


SABTU (26 April 2014)


Central Market, Brinchang

Kami pilih untuk sarapan pagi kat situ sebab dekat dengan hotel. Pilihan makanan pun banyak. Semuanya gerai melayu dan halal. So, buat apa cari sarapan jauh-jauh hehe. Kami jalan kaki ke Central Market dari Hotel.

Breakfast pagi tu kami order roti canai kosong, roti canai telur dan teh o panas. Roti canai kosong kat sini RM 1.00 harganya. Roti canai telur up sikit tapi tak ingat berapa harganya. Makan kena cepat sementara roti canai masih panas. Kat sini makanan dan minuman panas cepat je jadi sejuk.



Mardi Agro Park, Tanah Rata

Aku tau tentang tempat ni pun sebab terbaca kat blog orang lain. Nak masuk sini kena beli tiket kat kaunter. RM 5.00 untuk tiket dewasa dan RM 3.00 untuk tiket kanak-kanak. Istimewanya tempat ni adalah susunan Cottage House, English Garden yang penuh dengan bunga-bungaan, Botanical Garden dan boleh shopping pokok, cenderahati, dried strawberry or assorted dried fruit dan teh pelbagai perisa di sini. 

Teh di Mardi lebih murah dari tempat lain seperti yang diperkatakan dalam sesetengah blog. Aku setuju! Di sini murah RM 0.50 - RM 0.90 berbanding tempat lain. Bagi yang berminat nak beli dried strawberry pula aku suggest pergi ke Multicrops Central Market bersebelahan dengan Uncle Sam. Harga dried strawberry kat sana jauh lebih murah berbanding tempat lain. 


Botanical Garden
English Garden
Kilang Teh tertua
Botanical Garden

Strawberry Coklat RM 2.50 sebatang

Fresh strawberry di Mardi

Ice cream strawberry sebatang RM 1.00 

Dried strawberry RM 5.00 (Nak yang murah sila beli di Multicrops
Central Market)


Uncle Sam

Kalau datang ke CH kena pandai pilih tempat sebab kita tak cukup masa. Salah satu tempat yang famous untuk shopping cactus, pokok bunga dan pokok sayur adalah di Uncle Sam. Kalau nak tahu, kat sini ada jual pokok herba mat salleh. Nama pokok tu Rosemary hahaha.. Oregano dan thyme tak ada pulak. Aku beli pokok Rosemarry khas untuk adik perempuan aku sebab dia nak. Mana tau dia nak masak ayam panggang letak daun Rosemary. Nak masak ratatouille ke, pizza ke.

















Multicrops Central Market

Dah alang-alang singgah Uncle Sam, singgah terus ke sini sebab bersebelahan je. Kami beli dried strawberry untuk orang kat Melaka. Selain tu, pokok bunga dan teh kat sini pun murah jugak tau. Sesiapa bercadang nak beli pokok bunga, sila lah ke sini sebab murah RM 1, RM 2 dari tempat lain. Kami beli pokok bunga fushia untuk Abah dan Umi. Pokok ni jenis pokok yang digantung.

Fushia








Kepada yang nak belikan wife atau mak fresh flowers macam roses pelbagai warna, sila bila di sini. 4 kuntum bunga dengan harga RM 3.00. Kalau beli 12 kuntum bunga RM 10.00. Kawan terbeli kat pasar malam 3, 4 kuntum rose dengan harga RM 10.00.

I did't receive any flowers tapi akan dituntut masa hari convocation nanti hahahahaha.


Cameron Lavender, Tringkap

Kalau diikutkan tak jauh mana pun Tringkap. Walaubagaimana pun anda akan tetap terasa jauh sebab JAM! CH dan JAM tu ibarat teman karib yang setia. Banyakkan bersabar dan belajar bertolak ansur. Kita mahukan holiday yang tenang dan aman. Kena lah stay positive, okay.

Jam macam mana pun kami redah juga ke Cameron Lavender. Rugi lah kalau tak pergi tempat ni, Nak masuk kena bayar RM 5.00 untuk dewasa dan kanak-kanak RM 3.00. Ini tempat baru. Masa aku datang tahun 2010, Cameron Lavendar tak wujud lagi.

Aktiviti kat sini yang bestnya adalah petik strawberry sebab kawasan untuk kita petik tu lebih lapang, lebih luas, saiz buah strawberry besar-besar dan banyaakkkkk!!!! Bagi aku ni lah tempat paling selesa untuk sesi petik strawberry. Highly recommended! 











strawberry kembar siam


Big Red Strawberry Farm atau Cactus Valley, Brinchang

Dari Tringkap nak ke Brinchang semula memakan masa sejam ke sejam setengah! Padahal dekat je tapi seperti kukatakan tadi.. JAM! 

Alhamdulillah kali ketiga datang CH, kali ketiga jugak lah aku sampai ke sini. Aku prefer panggil nama tempat ni Cactus Valley sebab dalam peta tak ada nama Big Red Strawberry Farm. 

Tempat ni tempat wajib bagi aku. Kepada yang plan nak ke CH, sila lah hadirkan diri kerana pasti anda mahu kembali ke sini di masa akan datang.

Aktiviti kat sini selain dari petik strawberry dan shopping bunga secara sakan, dijemput ke Cafe Cactus Valley. Mereka hidangkan pelbagai jenis menu berasaskan strawberry dari ladang mereka sendiri. Di sini juga anda boleh shopping pelbagai jenis salad fresh dari ladang mereka.







Late lunch for two!

Mentang-mentang self service.. Haha ditonyoh-tonyoh salad ni bagi
penuh semangkuk. Salad dressing juga harus diletak banyak-banyak.

Kami tak lunch, tu yang lapar sangat...

Powerful betul ice cream goreng dia.. Sedap tak terkata.
Hanya mampu tersenyum riang.

Ni pun sama. Cheesecake bukan sebarang cheesecake
tapi cheesecake strawberry leleh dah gayanya. Tersenyum
riang buat kali kedua.

Niat datang sini memang nak serbu cafe je hehehe.. Tak ada niat nak shopping pokok, salad dan sebagainya. Cukup lah sekadar melepaskan rindu kat cafe ni (tiba-tiba meleleh pulak air liur ni huuuu).


Kompleks Gerai Tanah Rata

Malam menjelma semula. Seperti biasa, CH kurang aktiviti di waktu malam melainkan aktiviti makan, makan dan makan.

Kami dah kenyang makan kat Cactus Valley tapi bosan pulak lepak kat hotel. Akhirnya tercetus lah idea nak jalan ambil angin di Pekan Tanah Rata. 

Sampai sana, kami singgah ke Kompleks Gerai Tanah Rata untuk cari makanan yang boleh dibuat kunyah-kunyah. Jalan punya jalan nampak orang bakar satay!!! Sedapnya bau!

Malam tu pekena lah satay kambing 10 batang, nasi impit, kuah kacang dan kopi O.. 




Satay dia sedap sangat! Rempah dia terasa. Kuah kacang dia tak cukup siap minta tambah lagi. Highly recommended tau. Singgah jangan tak singgah.


AHAD (27 April 2014)

Pagi ni kami bangun lewat sebab kepenatan. Dah dua malam tidur lewat dan kena bangun awal. Hari last day ni kami relax sikit. 

Lepas check out terus pergi sarapan kat Central Market. Kali ni sarapan Nasi Lemak Kukus Ayam Berempah Brinchang. Ini pun must try sebab beratur nak dapat nasi lemak kukus ni. Ada nasi kukus, ayam berempah (pilih sendiri), timun, salad, sayur kobis masak air, sambal tumis, kacang, telur dan gulai kari ayam. Gambar tak ada sebab dah lapar dan dah ngap laju-laju.

Sempat jugak jamah nasi goreng ikan masin kat sini. Sedap!




Ladang Teh Boh Sg. Palas

CH ada 4 ladang teh tak silap aku. Aku tak pernah pergi ladang teh yang lain melainkan kat sini je. Ini kali ketiga aku singgah sini. 

Masa tahun 2010 kami sempat minum-minum kat cafe Boh tapi hari tu tak sempat sebab nak kejarkan masa. Pengalaman lepak kat cafe Boh tahun 2010 memang best!! Lepak ambil angin sambil makan scones, minum teh dan coffee. Selain tu ada jugak kek yang sedap-sedap.

Andai kata ada yang berhajat nak singgah sini, sila serbu awal-awal sebab cafe ni sesak bila dah masuk waktu tengahari dan petang. Beratur panjang dengan meja semuanya penuh!! 





Mujur dah breakfast kenyang-kenyang haha




Selama 3 hari 2 malam, tempat-tempat ni je yang kami sempat singgah. Mood pun happy je masa pergi holiday ni sebab dua hari sebelum tu dapat surat dari universiti. Surat apa? Next entry lah ya hehe..



Terima kasih.


7 comments:

oya zihanee said...

seronoknyaaa.. dah lama akk xpegi CH.. last pergi masa rombongan politeknik..huuhuu....

petik ke strawbery kembar tue?? makan la..mana tahu dpt twin ker..kih..kih..

RIMA DANIA said...

Oya zihanee: Alhamdulillah raikan abis belajar. Lega dah selesai semuanya.

Tak petik hehe sebab takut tengok besar sangat hahaha..

haCks aYeiN said...

Bley tau x bpe kos ke CH

RIMA DANIA said...

haCks aYeiN : Saya kira kos start dari JB-Melaka-Cameron Highlands-Melaka semua sekali lebih kurang RM800 lebih.

mimie said...

salam.. sis boleh tak saya dapatkan nombor hotel tu.. humm saya nak sbab sy macam berminat nak booking for sy punya FYP.. n nak buat kajian sikit tok tanaman di situ,, hope boleh beri sy :)

Farah Anisah said...

salam sis, nak tanya..ais krim seringgit tu kat mana ya? :')

panji semarang1 said...

wow.. seronok pi CH sama seronok baca at homepage ni.ayat pon sempoi mempoi geli hati membaca. well done. tulis lagi aaa.. bole layannn

NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3