Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Tuesday, June 14, 2011

HOLIDAY CRAZINESS +COLMAR TROPICALE BUKIT TINGGI+ [PART 2]

Pernah dengar Colmar Tropicale? Tempat yang cantek dengan binaan bangunan Perancis... Masa aku datang sini ramai jugak orang... Nak masuk kena bayar tiket... RM12 untuk dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak bawah umur 12 tahun... Memang puas hati dan sesuai lah untuk sesiapa yag minat fotografi ni..

Nak kata sejuk... Tak lah sejuk macam Genting Highlands tapi angin sejuk tu sesekali dua je lalu menyapa... Kat sini ada macam-macam.. Hotel ada.. Rabbit Farm pun ada.. Kedai cenderahati memang banyak jadi pandai-pandai pilih dan survey sebab ada kedai yang murah dan ada yang memang mahal... Tempat makan pun halal.. Sempat lah kami singgah beli roti croissant ori dengan coklat.. Satu roti tu harga dia RM6... Air tin pun RM6... Sesekali nak merasa makanan mahal boleh lah.. Kalau nak bajet ok je bawak bekal sendiri... kan..

Jemput lah cuci mata dan buat lah planning untuk ke sini.. Pahang memang best kan.. (^^,)


Castle antik..


Dari sudut jauh pemandagan Colmar Tropicale...


Kita zoooommm sikit hehe


Ini car park kat Colmar Tropicale...


Pintu masuk ke bandar Perancis...


Bajet nak nampak awan hahaha...


Ala-ala old picture lah kan... hehe


Rasa teruja bila dapat tau kat sini ada Swan Lake... Haha dah macam citer Barbie The Swan Lake pulak.. Tapi Swan Putih ni memang ada lagak model lah.. Yang Black Swan tu tak dapat nak di upload memandangkan mereka sedang buzy membersihkan badan.. Kepala sampai ke belakang badan... Tak lawa... hahaha...


Sesiapa nak jumpa I boleh lah datang sini....(^^,)


Attraction pertama selepas melepasi pintu masuk Colmar Tropicale...


Ramai orang yang datang.. Yang dalam dan luar negara pun ada...


Hotel Reception kat sini..


Ini salah satu kedai cenderahati dan ini lah kedai yang agak murah....


Yang ni kafe kalau tak silap...


Pemandangan dalam pintu gerbang...


Nak cop 1 bilik kat atas tu hahaha.. boleh????


Time ni aku pun tak tau mana semua orang pergi... Kosong je...


Suka tengok bangunan dia...


Zoom sikit.. Tengok tingkap....


Veranda yang cantek...



Yang ni pun tak ingat dah kedai apa... hehe


Ok.. Jangan ingat dalam story Disney je ada wishing well... haha.. Kat sini pun ada jugak wishing well.. Korang boleh masuk kan duit dalam tu.. Tapi tak payah lah buat hajat hehe Khurafat je.. Korang masuk kan duit pastu doa lah semoga duit korang selamat sampai ke Jabatan Kebajikan Masyarakat sebab duit-duit yang di campak ke dalam wishing well ni akan diserahkan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat...


Ambik feel sekejap macam zaman dulu-dulu.. hehe


Mesti waktu malam cantek dengan lampu-lampu yang banyak sebab banyak lampu aku nampak bergantung-gantung kat roof bangunan...


Dari sudut pemandangan Air Pancut Colmar Tropicale...


Candid saje...


Candid saje...


Cahaya matahari ori punya.. Haha..


Castle di luar Colmar Tropicale...


Castle terakhir sempat di snap sebab dah nak balik... Bubbye Colmar Tropicale (^^,)






MELANCONG DALAM NEGARA APA KURANGNYA (^^,)



HOLIDAY CRAZINESS +SERI PENGANTIN RESORT JANDA BAIK PAHANG+ [PART 1]

Rasa lama dah tinggalkan blog ni... Terima kasih yang blog walking selalu walaupun lama jugak tak ade entri baru sebab buzy bercuti dengan family.... Masa-masa macam ni lah nak habis kan masa dengan family sebab jarang dapat berkumpul ramai-ramai...

Planning memang dah pilih negeri PAHANG sebagai destinasi percutian.. Tapi Pahang memang best!! Terlalu banyak tempat yang boleh kita pergi.. Yang penting Pahang sesuai untuk pelancong berjiwa alam semulajadi.. Puas hati mata ni memandang kehijauan Pahang... hehehe...
Tahun lepas bercuti kat Pahang jugak.. Cameron Highlands dengan Frasers Hill...

Alhamdulillah memang time kami bercuti je time tu sejuk bukan main.. Masa tu Cameron Highlands punya sejuk sampai orang putih pun pakai jaket berbulu tu.. Suhu jatuh sampai 14 darjah.. Menggeletar kepala lutut nak berjalan-jalan.. Hidung pun sakit sebab sejuk sangat.. Tidur kat aircond pun aku tak bukak suhu sampai 14.. Haha.. cukup lah 25 tu pun dah sibuk berebut selimut...

Ok lah.. Cuti kali ni abah tempah SERI PENGATIN RESORT kat Janda Baik.. Memang best!! Service bagus.. Makan dan minum pun puas hati.. Sekitar resort pun sangat best... Harga bilik memang mahal berbanding resort yang ada kat Janda Baik ni tapi puas hati... Ada sungai yang mengalir pastu memang privacy tempat ni.. Pada yang tak pernah ke Janda Baik... Boleh lah datang sini dan bermalam kat resort ni... Jarak dari resort ni nak ke Genting Highlands baru 30 minit... Kalau nak pergi Colmar Tropicale yang bangunan Perancis tu pun baru berapa minit je..

Kat bawah ni ada lah beberapa gambar yang sempat aku snap sepanjang bermalam kat sini.. Memang resort ni terbaeekkk!!! Thanks to ABAH sebab bawak kami semua jalan-jalan merelease tension study (^^,) Semoga pointer sem ni masih 3.00 ke atas.. Just for my PARENTS (^^,)...


Ini morning glory rasanya.. hehe


Ini pisang merah.. Pelikkan?


Pisang merah punya bunga..yeke? hehe suka-suka je aku ni..


Ini macam bunga kantan je.. hehe yeke?


Yang ni belum betul-betul kembang...


Kemboja... kan?? huhu konfius lah..


Ini bunga raya..ye kan..


Sempat snap pepatung hijau kat tepi sungai hehe...


Apakah namanya.. hehe sape tau??


Yang ni pun ape ye agak-agak? heee


Cantik tak hehe


Ha... yang ni Abah cakap Alamanda...


Yang ni pun tak tau..


Yang pasti ni bukan bunga taik ayam ni...


Bukan anjing dengan bayang-bayang ye.. Ini kucing dengan bayang-bayang hehehe


Asalnya breakfast serve hantar ke bilik.. Tapi memandangkan semua bangun dan berjalan-jalan sekeliling garden dan sungai kat resort ni.. Maka sarapan pagi kami pun dihidang tepi swimming pool... Private lagik untuk family kami sahaje..


Sarapan pagi kami nasi lemak... karipap kentang.. kek pisang... kopi.. teh.. milo.. buah pisang sebagai pencuci mulut.. Tak terhabis pun.. hehe


Sesekali cawan nak berposing....


Sarapan pagi...


Lepas dah kekenyangan tu aku pun sempat round lagi sambung snap gambar...


Ini yang macam bungan kantan hehehe...


MANA ADA HOLIDAY YANG TAK BEST KAN (^^,)



Monday, May 30, 2011

SWEDISH MEATBALL sedaaapp!!!

Malam tadi dengan perut yang sederhana lapar... Aku pun fikir punya fikir lah nak masak apa... Akhirnya teringat daging burger masih ada lagi dalam peti sejuk.. hehe.. Apa lagi.. Swedish Meatball lah jawapannya.. jom tengok bahan-bahannya



Sebiji telur---> untuk 6 keping daging burger atau satu bungkus daging cincang.. Malam tadi aku cuma ada 3 keping je daging burger maka separuh biji telur sahaja... Terlebih letak telur nanti meatball lembik..


Sos cili sebagai penambah perisa..


Kicap soya juga sebagai penambah perisa..


1 biji Bawang besar...


Bread Crump.. atau serbuk roti...


Daging burger atau pun daging cincang...


Lepas dah tengok bahan-bahan yang sangat mudah dan simple ni... Jom kita tengok cara-cara nak buat pulak...


Daging burger tadi di lumat-lumatkan seperti gambar di atas.. Lebih baik guna daging cincang sebab dah sedia lumat..


Panaskan kuali dan letak sedikit minyak untuk menggoreng bawang...


Goreng bawang sampai masak...


Sehingga warna bawang berubah menjadi warna ni.. selepas itu ketepikan..


Dalam daging burger cincang tadi.. masukkan telur...


Masukkan bawang yang telah digoreng...


Masukkan Bread Crump...kuantiti bread crump tertakluk pada tahap kepekatan campuran daging ni sebab lagi banyak bread crump.. lagi senang nak kepal-kepalkan...


Masukkan jugak sos cili 2 sudu.. kicap soya 2 sudu... kalau nak pedas.. potong halus-halus cili padi... kalau nak extra sedap.. tabur lah thyme ke.. rosemary ke.. hehe.. nyum3...


Gaul guna tangan hingga sebati macam ini=)


Panaskan kuali dengan kuantiti minyak yang banyak dan pada kadar api yang perlahan... sebab tak nak nanti bahagian luar meatball dah hangus tapi bahagian dalam tak masak...


Yeayy... Kepal-kepal kan dan goreng....


Dah siapp.... hehehe...


Ok lah cadangan hidangan kan... aku cadang kan kalian semua makan dengan:
  • Cicah cili sos ke...
  • Makan dengan fries ke...
  • Makan dengan spagethi ke...
  • Makan dengan nasi pun ok je...
  • Makan dengan bakso pun macam ok haha..
  • Makan macam tu je pun dah ok....

SELAMAT TRY MENERAI YE SEMUA

Thursday, May 26, 2011

Tip Rancang Majlis Kahwin SEDERHANA

Hye!! Saja nak share dengan kalian semua.. Aku baca dalam majalah Nur.. Best jugak "terbeli" majalah Nur edisi Perkahwinan.. Bukan menggatal dah nak kahwin ke apa tapi aku beli sebab model cover majalah Nur bulan November 2010 tu si Farah AF2.. tu yang beli hehe.. Lagi pulak sejak dia mengacarakan halal oriental kat Astro Oasis tu kerap kena pakai tudung dan akhirnya dah bertudung terus dah kan... Bertambah manis lah Farah AF2 macam Irma Hasmie.. hehe

Jom aku share dengan korang apakah tips-tips yang diberi.. Tapi tips ni adalah dari Pegawai Operasi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).. alaa.. yang selalu sangat keluar iklan kat tv tu tentang pengurusan kewangan.. mesti korang semua dah tau kan apa tu AKPK... hehehe..

PERTAMA:
SIMPAN AWAL UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN

Kena simpan wang kahwin sejak mula bekerja dan itu adalah yang terbaik. Korang tentukan tempoh sasaran bila nak kahwin dan ketepikan 5 hingga 10 peratus gaji korang untuk simpanan perkahwinan..

KEDUA:
ELAKKAN MEMBUAT PINJAMAN (KAD KREDIT/ PINJAMAN PERIBADI)

Jangan sesekali membuat pinjaman terlampau untuk majlis kahwin kerana boleh mengundang hutang yang berpanjangan.

KETIGA:
ADAKAN BAJET IKUT KEMAMPUAN

Selain bajet sendiri.. kadang-kadang bantuan secara langsung atau tak boleh bantu ringankan kos kahwin. Kalau ada sedara-mara yang pandai gubah sendiri hantaran.. disaat ini bantuan mereka diperlukan. Tidak perlu tempah dari kedai.

KEEMPAT:
BERKONGSI SATU MAJLIS BERSAMA PIHAK LELAKI DAN PEREMPUAN

Atas kata sepakat adalah lumrah kini pasangan mengadakan satu majlis perkahwinan sekali. Banyak kos dapat dikurangkan terutama jumlah tetamu dan belanja jamuan.

KELIMA:
ADAKAN MAJLIS KAHWIN BUKAN PADA CUTI SEKOLAH

Pada waktu ini.. harga sewaan dewan, pelamin, katering dan lain-lain adalah jauh lebih murah berbanding pada cuti sekolah.

KEENAM:
MANFAATKAN TARIKH HUJUNG BULAN BIAR DEKAT DENGAN HARI GAJI MASUK

Masa ni tetamu dijangka menerima gaji maka tetamu pasti lebih bermurah hati untuk memberi wang atau hadiah kepada mempelai. Wang yang diterima boleh diguna untuk membantu pembayaran bil majlis kahwin yang masih tertangguh.

KETUJUH:
REKA CORAK KAD JEMPUTAN SENDIRI ATAU GUNA INTERNET DAN SMS

Pasti saranan ini mampu membantu menjimatkan kos. Banyak lagi yang perlu dibelanjakan untuk perkara yang lebih penting.

KELAPAN:
PILIH PAKEJ PERKAHWINAN YANG MENJIMATKAN

Membayar secara berasingan contohnya pelamin, katering, mak andam, jurugambar adalah lebih tinggi kosnya berbanding mengambil tempahan secara pakej. Kadang kala.. ada yang memberikan diskaun bagi pakej perkahwinan tertentu.

KESEMBILAN:
KURANGKAN PEMBELIAN DAN PENYEWAAN BAJU PENGANTIN

Buat perbandingan harga sewaan. Kini terdapat banyak baju pengantin berkos sederhana.

KESEPULUH:
BUAT PERBANDINGAN HARGA BARAGAN YANG DIPERLUKAN UNTUK MAJLIS TERSEBUT

Jangan lupa bandingka harga apabila kalian membeli-belah. Lebih menjimatkan jika pasangan membeli barang di tempat yang sama dan elakkan membeli barang yang tidak perlu.

KESEBELAS:
BINCANGKAN DAN TENTUKAN SIAPA YANG AKAN MEMBAYAR MAJLIS INI

Bermuafakatlah dan pastikan berapa sumbangan ibu bapa atau bantuan dari keluarga yang lain dan juga perbelanjaan sendiri.


Ok korang.. hehe kat bawah ni ada jadual contoh bajet kahwin sederhana iaitu di antara RM10,000 sehingga RM15,000 tau.. Kalau lebih dari tu kira mewah lah ye? Kalau kurang dari RM10k memang dah kompem betul-betul namanya kecil-kecilan..



Yang pasal berkongsi majlis kahwin bersama pihak lelaki dan perempuan tu pada aku kalau dah sorang dari timur dan sorang lagi selatan... susah lah nak gathering haha.. kalau sekampung ke atau senegeri ke boleh jugak buat majlis sekali jalan.. hahaha yang aku suka manfaatkan tarikh hujung bulan tu.. bijak-bijak.. Yang reka corak kad jemputan sendiri pulak terus aku terbayang masa Maya Karin kahwin tahun 2008.. dia tulis tangan pastu fotostat banyak-banyak hahahaha ...jimat sangat..


Ni gambar bulan februari 2011.. Sepupu aku kahwin.. (^^,)... tua setaun je dari aku tapi dia dah lama abes degree dari UKM..


OK KORANG-KORANG SEMUA.. SELAMAT MEMBACA


NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3