Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Thursday, June 16, 2011

MUFFIN BANANA CHOCOLATE CHIP

Semalam aku mintak tolong Umi suruh beli bahan nak buat kek pisang memandangkan kat rumah aku ni ada banyak pisang yang kami beli kat Janda Baik... Cara-cara nak menghabiskan pisang-pisang yang ada tu maka muncul lah idea alangkah sedapnya dapat minum petang sambil menikmati kek pisang yang fresh dan panas baru keluar dari oven.... hehehe...

Memandangkan aku lagi suka buat muffin maka dari kek kita jadikan lah ia kepada muffin sebab adunan dan bahan sama cuma loyang je yang lain-lain hehe... Jangan risau tentang sedap ke tak sebab aku search kat you tube resepi ni.. Macam-macam style mereka buat kek pisang tapi aku pilih resepi yang paling banyak view dan mendapat komen yang baik...

Marilah kita ke dapur blog ku.. hehe... Kita tengok senang ke tak senang nak buat kek pisang ni...
Mana tau esok-esok ada yang nak minum petang dengan kek pisang kan.. (^^,)....


Malas nak ambik gambar jadi aku google je gambar ni.. Memang lebih kurang pun dengan aku punya MUFFIN BANANA CHOCOLATE CHIP ... hehehe... (tapi aku tak letak chocolate chip sebab dah habis.. Rugi tak letak..)


BAHAN-BAHAN RAHSIA LAGI SULIT DALAM RESEPI NI IALAH:

2 cawan setengah tepung gandum...



1 sudu kecil soda bikarbonat...



2 cawan besar pisang lenyek... (Aku lenyek pakai blender je... Cepat... Hahaha)



1 cawan gula pasir..



Setengah sudu besar garam....



Gajus dicincang kasar... (Aku guna blender jugak... Pantas... Bagi yang nak letak kismis ke.. Badam ke... Boleh saje (^^,) )



1 sudu kecil perisa banana...



2 sudu kecil pewarna kuning...



1 sudu kecil serbuk penaik...



Coklat chip... (Ikut citarasa masing-masing nak banyak ke sikit...)


Butter cap Buttercup ikot saiz yang aku hitamkan tu hehehe... (Semalam masa adun bahan-bahan aku tengok macam terkering sikit adunan aku tu.. Jadi butter yang lebih tu aku habiskan terus... Ikut pada adunan kalian.. Kalau nampak kering sangat tambah butter cair saje..)



JOM LAH KITA BUAT SAMA-SAMA....

STEP 1: Mula-mula sekali kalian baca Bismillah supaya kek menjadi ye.. Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius...


STEP 2: Kemudian... Di dalam satu mangkuk yang besar... Kalian masukkan tepung gandum .. Serbuk penaik... Garam dan Soda bikarbonat... Gaulkan sekata dan ketepikan..


STEP 3: Di dalam mangkuk mixer pula... Kalian masukkan butter dan pukul dengan menggunakan mixer sehingga butter jadi fluffy atau gebu (Ambil masa 2-3minit saja)....


STEP 4: Kemudian masukkan gula pasir sedikit demi sedikit sampai lah butter dan gula bersatu....


STEP 5: Lepas tu masukkan telur satu persatu jugak dan pukul lah sampai sebati...


STEP 6: Masukkan adunan tepung tadi sedikit demi sedikit dan pukul sehingga sebati... (Kalau kering.. Masukkan sedikit butter cair supaya adunan tidak terlalu pekat..)


STEP 7: Selepas tu.. masukkan perisa pisang dan juga pewarna kuning ke dalam adunan... Pukul lagi sehingga sebati warnanya....


STEP 8: Masukkan coklat chip dan kacang gajus dan gaul dengan menggunakan sudu sahaja..


STEP 9: Adunan dah selesai... Sekarang boleh lah masukkan dalam cup untuk muffin atau pun loyang bersaiz sederhana bagi yang berminat untuk membuatnya dalam bentuk kek...


STEP 10: Bakar muffin atau kek kalian dalam oven sehingga masak... Memakan masa selama 40 hingga 45 minit atau pun sampai betul-betul kalian pasti memang dah masak pun hehehe....



Percaya lah hahahaha.. Nanti kalian puas hati pastu jadi macam aku siap bekal kan adik-adik bawak muffin pisang pergi sekolah hahahaha....


CUBA LAH CUBA LAH.....



Tuesday, June 14, 2011

AKU TETAMU WEDDING DAY PARENTS KU (^^,)

Pada 6 Jun 1987 Abah dan Umi aku nikah kahwin.... Kebetulan tahun ni Abah balik Malaysia 3 Jun 2011... Maka dengan itu terjadi lah planning nak sambut anniversary kat kampung atok sebelah Umi... Anniversary yang ke 24 tahun...

Abah dah serah kat aku hadiah untuk Umi sejak kat KLIA lagi.. Umi tak perasan pun... Jadi aku pun menyimpan lah untuk beberapa hari hingga tiba hari yang dijanjikan... Pada 5 Jun 2011 kebetulan pulak atok buat kenduri tu yang terus plan nak sambut sekali...

Macam biasa lah majlis berjalan lancar dengan ramai sanak saudara yang balik kampung sebab kenduri dan semua sama-sama suprise dengan kejutan ni.. Kiranya macam baru-baru kahwin dulu... Siap ada sesi sarung cincin... Jom ler cuci mata... hehe


Kek Ulangtahun perkahwinan parents aku yang ke 24....



Sesi pengantin nak potong kek... Ala-ala pengantin baru gitu kan...



Semua tengah buzy-buzy nak ambik gambar pengantin masa ni hehehe...



Majlis ni diserikan lagi dengan acara sarung cincin... hehe...



Tu dia cincin entah bape karat pun aku tak tau hehe.. Yang pasti cincin ni memang taste aku...


Ok sesi sarung cincin bermula... hehe... (kepada ehem2 di luar sana.. boleh tak nak macam ni lepas 24 tahun kahwin? hehehe... Sapekah ehem2 neh.. hahaha.... Gurau jek..)



Tadaaa.... Alhamdulillah selesai sudah... Cantek kan kan kan.....



Sebenarnya cincin ni lebih kurang dengan cincin masa Umi tunang dengan Abah cuma cincin yang ni special jugak... Beli kat Arab Saudi selepas 24 tahun kahwin...



Adik-adik sedara dan anak-anak buah aku semua dah mengadap kek je hehehe... Ok lah semua sempat merasa kek anniversary ni... Sedaaapp... Dah lama tak makan kek buttercream dan tiba-tiba dapat makan... Fuhh.. Memang rindu jugak kan...



Percutian kami ke Pahang pun merupakan holiday meraikan anniversary parents yang tercinta ... So... sesuai lah aku namakan entri ni Aku Tetamu Wedding Day Parents ku .... hehehe....


P/S: Aku dan adik perempuan aku (memang kami dua beradik je perempuan... lagi 4 orang lelaki adalah adik-adik kami) pernah cakap kat Umi.... Kalau cerita pasal teman hidup... Serious kiteorang kata Abah lah lelaki terbaik yang Umi pernah dapat.. Abah is so gorgeous... Bak kata Umi jugak.. Tak terfikir dapat capai semuanya sehingga ke tahap ni.. He is a great guy... And will be my mentor walaupun aku tak dapat nak ikut sepenuhnya..

Aku bangga kerana menjadi anak seorang guru kemudian executive.. Meningkat ke anak seorang Pengurus dan tertingkat lagi ke Pengurus Besar dan sekarang PENGARAH PROJEK untuk company Arab Saudi... Hehehe...

Walaupun jauh... Aku dengan adik-adik sempat jugak berskype dengan Abah mintak tolong macam mana nak buat Assignment... Yeaahh...Aku tunggu turn nak rasa jugak kahwin macam parents aku ni... hehehe.. Bilakah?? Lalalalalala......



HAPPY ANNIVERSARY 24 TO MY BELOVED PARENTS

HOLIDAY CRAZINESS +GENTING HIGHLANDS+ [PART 4]

Genting Highlands.. Tipu kan tak tau hehe.. Sempat jugak cuti kali ni terjah genting yang cuma makan masa 30 minit dari Janda Baik... Macam biasa rezeki untuk merasa kesejukkan genting menyambut kami sekeluarga.. Sungguh nyaman dan sejuk lah jugak bila kabus tebal selebung kami-kami semua... Kalau arab suka lah tempat ni hehe...

Tujuan datang sini pun sebab adik yang bongsu berhajat sangat nak datang sini... Dulu masa datang sini dan main outdoor games dia kecik lagi jadi dia tak faham apa-apa... Sekarang dia dah terasa nak pergi sangat genting.. So Abah pun suruh kami cepat-cepat bersiap dari Seri Pengantin Resort terus ke genting...

Macam biasa lah genting mana tak pernah penuh kan... Ada je orang... Lagi kan pulak cuti sekolah... Memang penuh dan ramai sangat orang... Apa-apa pun cuci lah mata kalian ye dengan kedinginan dan kekabusan Genting Highlands...


Bajet nak pakai dress putih untuk holiday kali ni... Akhirnya sempat shopping last minit blouse flowery Arcadia kat Jusco Bandar Melaka hehe... Baju baru lagi.. Fuuhh... Tak apa.. Holiday setahun sekali...


Naik kabel car... Kabel car pun non stop...



Kabus dah mula menyambut kedatangan kami semua... Syukur....



Dah style gambar macam kat US lah pulak hahaha...



Bunga ni mengimbau kenangan masa kat UK... Laman rumah penuh dengan bunga ni sepanjang musim bunga.... Indahnya spriiinggg...



Yang ni tak mengimbau apa-apa hehe... Cuma terkenang taman tasik yang ada kat taman perumahan aku tu ada tanam pokok bunga ni...



Angah (anak kedua) dan Hariz (anak keempat)....



Driving Papa... hehe... Ok lah Abah bawak kereta agak cepat tahun ni walaupun teragak-agak lorong mana nak lalu memandangkan arab saudi guna sistem pemanduan macam US... Pemandu sebelah kiri... Penumpang sebelah kanan... Lepas tu lane laju kat highway sebelah kiri.. Yang lambat sebelah kanan.. hehehe... Cuma bila penat travel ni driving jauh-jauh 2nd driver ada.. Umi pulak... Canggih mak aku tu... Solok mana pun sampai kalau dia drive..



Hajat si budak kecik...



Ewah..hehe konon-konon dah macam dalam filem lah...



Kabus tebal dan syoknye genting time-time macam ni...



Berhajat jugak nak main semua outdoor game tapi tunggu bulan 10.. Cadang nak ke sini ramai-ramai dengan adik-adik dan kumpul duit sendiri... Nanti kita tengok.. Sampai ke tak hajatnya hehehe...


Cuci mata saja... Kumpul duit ye adik-adik.. hahahaha



Mengisi perut kat Marry Brown Genting Highlands... Bubur Seafood tak ada jadi makan saja lah Bubur Ayam hehe...



Usha blog dia... Giler K-Pop mak cik sorang ni... hehe ITSMENONI....



On the way turun semula.... Masa ni berkabus lagi tebal giler... Ada yang dah ready sarung sweater lagik...



Selamat datang lah kepada yang baru nak naik genting...



Sementara aku... Umi dan angah shopping makanan kat kedai pastu Abah and the boys pulak pergi usha jam kat kedai jam... hehehe... Tadaaa... Hadiah Ulang Tahun Kahwin.... Citer pasal ulang tahun kahwin ni.. Nanti aku update satu entri macam mana romantik Abah aku sambut ulang tahun kahwin dengan Umi yang ke-24... hehe... Tungguuuu...!!!!

RASA GATAL NAK KAHWIN JUGAK TENGOK ABAH & UMI BERKEPIT JE... BOLEH TAK?? HEHEHE...



HOLIDAY CRAZINESS +TAMAN NEGARA PAHANG+ [PART 3]

Sepanjang bercuti kat Pahang selama 4 hari travel... Sempat jugak ke Taman Negara dan rasa "Ouh.. Tak sangka aku dah pun tinggalkan tapak kaki kat Taman Negara tu...".. Rasa macam jadi anak Malaysia jugak sebab merasa ke Taman Negara.. Memang best... Kepada pencinta alam semulajadi... Taman Negara menanti kehadiran anda (^^,)

Kami pergi sini pun sebab kawan Abah cakap dari Jerantut ke Taman Negara makan masa 45 minit.. Maka kami pun bertolak lah ke sini... Sungai yang ada memang buzy dengan bot yang ulang-alik ambil penumpang dari jeti ke jeti untuk ke Taman Negara...

Punya lah bersemangat naik bot siap pakai jaket keselamatan lagi.. Belum panas duduk kat dalam bot dah sampai dah ke jeti yang lagi satu... hehehe... Kalau terer berenang lah kan ke seberang tanpa bot... Tapi tak dibuat orang jadi jangan nak mencuba-cuba pulak... Naik je bot dengan harga RM1 bagi satu kepala...

Baiklah.. Apa kata kalian cuci mata pulak tengok gambar alam semulajadi yang ada kat Taman Negara ni... Untuk yang berminat nak tidur kat Taman Negara... Ada Mutiara Hotel Taman Negara... Tempat ni sesuai jugak bagi minat pergi trail.. Persiapkan lah barang-barang anda dengan lengkap sebelum berangkat ye...(^^,)



Ni gambar dari dalam kereta sepanjang nak ke Taman Negara.. Sepanjang perjalanan tu jugak lah aku dapat tengok betapa banyaknya pokok-pokok balak kena tebang dan betapa banyaknya lori kayu balak kat Pahang ni.. Aku tak jumpa benda ni kat Melaka...


Umi ku kata sungai yang keruh ni namanya Ulu Tembeling... Aku ingatkan Kuala Tahan rupanya bukan.. Sempat jugak Abah tanya kat peniaga makanan yang berniaga kat tepi sungai ni.. Abah tanya berapa jarak nak pergi Gunung Tahan iaitu gunung tertinggi kat Semenanjung Malaysia.. Peniaga tu kata nak sampai Gunung Tahan 55km.. Korang nak sampai sana kena lah berjalan kaki selama 7 hari baru sampai Gunung Tahan tu... Mencabar tak??


Ni lah bot yang kami naik... hehe...



Dah sampai Taman Negara.. Aku pun tak pasti ini burung apa...



Bunga ape ye ni... Tak pasti jugak...



Yang ni aku jumpa masa dalam hutan Taman Negara.. BLUE FERN.. atau pun Paku pakis biru.. Cantek tak? Kalau kat tempat lain hanya ada satu warna je iaitu hijau... Kat dalam hutan ni memang pelik-pelik warna dia...


Akar-akar kayu yang menguji kesabaran untuk melalui trail dalam Taman Negara...



Pokok rotan manau namanya.. Tajam dan penuh duri... Melingkar-lingkar dalam hutan..



Tak tau pulak pokok ape ni hehe



Pun tak pasti spesies apakah...



Janji nampak cantek semua nak ambik gambar.. hehe



Yang ni pun macam tak pasti... (aku tak tahu huhu)



Burung ni makan serangga dan sempat lah sekodeng dia makan hehe...



Meh kita zoooommmm..



Cendewan hutan...



Umi aku kata.. Sungai yang keruh ni Ulu Tembeling dan yang jernih sebelah sana tu pulak Lata Bekuh...


MENGHARAPKAN PENURUNAN BERAT BADAN SELEPAS PENAT BERJALAN JAUH... HEHE

NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3