Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Friday, July 5, 2013

Akhirnya... Alhamdulillah..

Assalam...





Syukur alhamdulillah.. Dua minggu lepas sejurus selepas.. Haha sejurus bagai.. Sejurus selepas habisnya paper final exam terakhir.. What?? Terakhir?? Ya! Paper final exam yang terakhir sepanjang di UTHM okay! Iaitu Statistic For Management.. Lepas habis je exam tu.. Aku terus settle kan Projek Sarjana Muda aku.. Aku hantar kat supervisor.. Kat faculty.. Kemudian jumpa Penasihat Akademik untuk dapatkan tandatangan dan cop beliau untuk convocation aku pada TAHUN DEPAN! Setahun aku kena tunggu.. Tapi tak apa lah.. Janji selesai jugak aku berkuliah di UTHM sebelum melangkah ke alam Latihan Industri (Praktikal)..




Memang lah siapa kata belajar tu tak penat.. Belajar ada penatnya yang tersendiri.. Bekerja pun ada penatnya yang tersendiri.. Husband pun dari nak sambung master, akhirnya postpone sebab dah dapat jawatan tetap kat company sekarang.. Sayang agaknya nak lepaskan jawatan tu.. 

Abah kata.. Masa Abah buat master kat University of Manchester.. Pening kepala.. Penat.. Stress.. Bercampur-baur.. Tapi kami yang duk mengikut Abah ni.. Enjoy habis! Tak faham lagi masa tu kesusahan belajar yang seorang pelajar kena tempuh.. Totally rasa macam enjoying a wonderful holiday.. Bertuah punya anak-anak..

Bila fikirkan.. Tak semestinya kena ada master sebelum umur 30 tahun sebab tengok kawan-kawan yang lain belum cecah 25 tahun pun dah habis buat master.. Abah dah ada anak 3 pun boleh lagi sambung belajar.. Semuanya tertakluk kepada rezeki dan kemampuan diri.. 




Aku pulak terpaksa tempuh semester akhir (kuliah) dengan jadual yang lebih pack berbanding kawan-kawan yang lain.. Kemudian dengan health problem yang tak dijangka.. Semuanya buat kehidupan seharian sedikit terganggu di semester akhir yang penuh dengan cabaran dan dugaan..

Masa patient lain dah mula membaringkan diri di waktu malam.. Aku terkedek-kedek selak journal untuk siapkan projek aku ni.. Sampai nurse ingatkan aku ni cikgu!! Hehe.. Doctor pulak suka panggil aku "UTHM".. Thanks to the doctors yang entertain aku dengan sebaiknya.. Mereka buat aku rasa matang dan kadang-kala macam kawan-kawan pun ada..

Dalam pada sibuk dengan projek sarjana muda.. Aku jugak sibuk prepare untuk final exam!! Dan jugak sibuk dengan wedding reception!!... Cuba bayangkan bagaimana busy dan peningnya bulan 6 aku...




Tambahan lagi appointment dengan hospital masih belum selesai.. Hari ni appointment, esoknya ada exam.. Begitu lah rutin aku.. Aku dengan gigihnya membawa nota tu dalam beg (ceh.. padahal nota tu bawak je.. nak baca tak termampu sebab kepala terfikir kenapa lepas kena scan dengan doctor V.. kena scan pulak dengan doctor pakar..

Doctor V tanya aku ada exam ke.. Aku jawab lah ya.. Dia pun suruh aku study dulu dalam bilik ultrasound tu sambil tunggu doctor pakar sampai untuk rawatan seterusnya.. Sungguh lah memang aku tak baca.. Baru 10 minit.. Aku serah semua nota tu kat kawan yang menunggu di luar bilik ultrasound.. Kesian dia terpaksa menunggu aku dan aku dah mengganggu waktu study dia sampai 3 jam!.. 3 jam aku duduk kat hospital tu sampai habis rawatan untuk hari tu..





Hari yang sama jugak... Tapi pada malamnya pulak.. Adik-adik kat rumah sewa inaikan aku sampai pukul 4.30 pagi!!! Ya Allah... Terima kasih adik-adik.. Mereka inaikan aku sebab esoknya adalah hari Jumaat bersamaan 21/6/2013.. Kebetulan habis exam jam 6 petang.. Bayangkan 22/6/2013 adalah hari wedding reception yang ditunggu-tunggu selama 1 tahun.. Dah tentu malam baru aku sampai Melaka..

Akibat tak cukup masa, aku terpaksa berinai dengan adik-adik rumah sewa dan pergi exam Industrial Engineering pada 21/6/2013 dengan jari yang merah-merah itu.. Bila balik Melaka.. Aku pulak inaikan adik perempuan aku yang akan bernikah pada esoknya.. Having wedding reception bersama-sama memang meriah dan best!!

Selesai wedding reception pada 22/6/2013 iaitu Sabtu.. Ahadnya aku cabut balik Batu Pahat.. Isnin 24/6/2013 ada Statistic For Management pulak.. Memang tak habis penat kat wedding reception, Ahad tu jugak sambung study group dengan junior pulak sampai 11 malam.. Kemudian study sendiri sampai 4.30 pagi.. So, Isnin jam 9.00 pagi tu pergi exam dengan penuh TAWAKAL dan REDHA..

Semua kepenatan itu terbalas dengan melihat result yang sudah pun diumumkan..

Kepenatan dan kesusahan itu juga keluar dari badan melalui demam panas, muntah, tiada selera makan, selsema untuk beberapa hari... Asyik nak tidur je.. Rasa tak nak buat benda lain...

Muntah dengan perut kosong itu satu benda yang menyeksakan.. Bila pergi klinik.. Doctor ingatkan aku mabuk sebab pregnant.. Dah agak dah mesti doctor cakap aku pregnant sebab tengok dah lembik je badan sebab muntah tak berhenti-henti.. Sampai rasa redha lah kalau kena tahan wad dan masuk air.. Nak makan apa-apa pun tak boleh..

Akhirnya aku temui satu cara untuk tidak kosongkan perut.. Aku kemam coklat cadbury dalam mulut sambil pejam mata dan berbaring.. Biar coklat cair perlahan-lahan dalam mulut dan telan sikit demi sedikit untuk bagi tenaga kat badan yang lemah.. Selain itu, aku try minum 100 plus.. 1 hari 1 botol..

Dan hasilnya!!!!!!!!!!! I'm BACK!!! Boleh menulis.. Boleh buat kerja rumah.. Boleh memasak.. Alhamdulillah..

Entry ni macam nak melepaskan semuanya... Semoga aku tabah melalui kesibukan di masa akan datang.. Bijak membahagikan masa.. Tahu mengawal emosi dengan baik dan yang paling penting jangan kalah dalam melalui ujian kesihatan, masa dan sebagainya.. Jangan sesekali putus asa, jangan marah atau salahkan takdir tapi bersyukur lah sebab terpilih untuk melaluinya sebab Allah sedang dekat dengan kita.. Hehehe...

Terima kasih..

Visiting The Precious 'Aisya Humaira.. Anak Saudara Pertama Sebelah Abah.. Cicit Pertama Atok dan Uwan..

Assalam..






Family kembangan sebelah Abah dah 3 orang yang kahwin.. Maksud aku cucu Atok dan Uwan yang dah kahwin.. Tahun lepas, after 3 months aku bernikah, giliran Abah 'Aisya pulak yang berkahwin dengan Umi 'Aisya.. 

Alhamdulillah.. Tak lama lepas tu dengar Umi 'Aisya pregnant kan 'Aisya.. Semua orang happy dan tak sabar-sabar tunggu 'Aisya lahir sebab 'Aisya cicit pertama Atok dan Uwan.. Syukur alhamdulillah little 'Aisya lahir pada 16/6/2013 iaitu genap ulangtahun perkahwinan aku dan husband setahun!!

'Aisya memang pandai pilih tarikh nak lahir hehehe...

Maghrib 7.01 p.m 'Aisya lahir.. Lepas Isyak, aku dan husband ke hospital hantar makanan untuk Umi 'Aisya.. Hehe Wan Ngah yang masak.. Wan Ngah tu Umi aku hehe.. Abah pulak Tok Ngah.. Hehehe..

Malam tu dapat lah cuci mata tengok 'Aisya puas-puas fresh from oven kataku.. Hehe.. Genap 'Aisya tujuh hari.. Baru lah Abah dan Umi dia announce full name princess mereka ni.. 'Aisya Humaira.. 

'Aisya: Isteri Nabi Muhammad s.a.w
Humaira: Putih kemerah-merahan

Kebetulan 'Aisya ni pun putih jugak orangnya hehe.. Macam Abah dengan Umi dia jugak.. Dua-dua putih.. 






'Aisya ni kalau kita kacau dia tidur... Dia buat muka macam nak menangis tapi lepas tu suara tak keluar dan dia sambung tidur nyenyak hehe.. Memang tak banyak ragam.. Lahir 3.7kg!!! Kalau tengok Umi dia.. Comel dan kecik je orangnya.. Hehehe..







Ini lah tumpuan utama bila balik kampung Atok dan Uwan hehehe.. Masuk je pintu rumah nampak lah Umi 'Aisya dan 'Aisya dekat ruang tamu tengah santai tengok tv.. Kami yang datang ni memang suka lah nak kacau 'Aisya tidur.. Umi dia pun bagi chance suruh kacau.. Hehe..







Masa tengok Umi 'Aisya baru keluar dari labour room.. Terasa sedih sangat.. Tengok Umi 'Aisya pucat lesu tapi sempat melambai ke arah aku yang excited tunggu di luar labour room tu hehehe..

Sekarang Uwan dah jadi Nenda.. Atok tetap jadi Atok jelah hehe... Uwan nak nampak muda sebab tu diorang semua cadang panggil Nenda je..

Actually... Al-kisahnya..

Masa Umi 'Asiya pregnant.. Tak lama lepas tu.. Mak cik kami pun pregnant jugak.. Tak lama lepas tu aku pun pregnant.. Masa tu masing-masing due selang 3 bulan.. Sorang bulan 6 ('Aisya), sorang bulan 9 dan aku bulan 12..

Allah Maha Merancang maka Mak cik pun keguguran bayi lelaki masa usia kandungan 4 bulan.. Dan aku disahkan pregnancy unknown location pada usia 2 bulan setengah.. Tapi experience ni hebat!!! Yang pregnant cucu Atok dan Uwan lain.. Yang pregnant cicit Atok dan Uwan pun lain.. Hahaha dah macam geng pulak anak sedara dan Mak cik sama-sama pregnant..

Semoga 'Aisya Humaira jadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan di akhirat.. Semoga Allah pelihara anak kecil ini dan jadikan dia anak yang bijak, yang baik dan berbakti kepada kedua orang tuanya.. Ameen..


Terima kasih..

Tuesday, July 2, 2013

Living in society.. Hidup dalam masyarakat..

Assalam..


Kawasan taman perumahan aku nampak gayanya guruh macam nak hujan..
Semalam mak mertua buat serawa durian.. Cicah roti.. Memang best!!!......
Sambil tu minum hot chocolate.. Time nak hujan ni pekena hot chocolate
rasa macam..... Syoknyaaa memanaskan badan dengan cara macam ni.. Hehe



Aku nak share lah pengalaman aku hidup dalam masyarakat.. Terutamanya berkenaan dengan hal jiran tetangga yang sebelah menyebelah ni..

Dulu masa zaman sekolah, boleh lah duduk bawah ketiak Umi ke ketiak Abah ke kan.. Sejak duduk sendirian terutama masa menyewa sepanjang belajar kat politeknik kemudian masa menyewa sepanjang belajar kat U dan setelah berkahwin.. Kita akan kenal pelbagai jenis ragam jiran..

Masa belajar di politeknik.. Jiran aku semua student.. Tak ada masalah lah sebab masing-masing buat hal sendiri.. Bulan Ramadhan, student Hotel Katering bagi juadah berbuka kat kita.. Esok kita balas semula.. Hubungan tu lebih rapat.. Nak berkomunikasi pun mudah sebab usia tak jauh bezanya..

Pengalaman menyewa masa belajar kat U pulak.. Kebetulan masa pindah masuk rumah sewa, rumah kami tak ada tong sampah.. Err.. Rumah jiran sebelah pun sama tak ada tong sampah.. Aku tengok ada kesan tanah terbakar kat kawasan depan rumah.. Mungkin penyewa yang dulu tak beli tong sampah dan dia bakar semua sampah yang ada..

Memandangkan duduk menyewa kat kawasan perumahan.. Tak sesuai nak bakar sampah ikut suka sebab sistem kutipan sampah telah ada.. Selang 2, 3 hari dalam seminggu, confirm akan ada lori sampah datang round dan kutip sampah-sampah kita.. Buat apa bakar sampah kalau hanya menyesakkan nafas jiran sebelah dan merosakkan kualitit udara.. 

Aku tekad beli tong sampah dan letak depan rumah..

Setiap hari lepas adanya tong sampah depan rumah kami.. Tong sampah penuh memanjang.. Bila masa kami masak kerang pun kami tak tak tahu sebab ada sampah kulit kerang dalam tong sampah.. Kebiasaanya kita kenal sampah-sampah yang kita buang.. 

Akhirnya.. Kawan serumah jadi spy.. Rupanya jiran sebelah masukkan sampah dia ke dalam tong sampah kami... Kami serumah terfikir.. Tong sampah RM9.90 je pun.. Kami student mampu beli... Tak mungkin jiran yang bekerja tak mampu membeli malah setiap hari menumpang tong sampah kami.. Apa salahnya minta izin nak share.. Senyuman kami sukar dibalas.. Siap si isteri macam tak suka kami tinggal di sebelah rumah hehe.. Maklumlah anak dara penuh satu rumah agaknya..

Pengalaman terkini bila aku dan husband tinggal serumah.. Menjadi pasangan suami isteri yang muda di kawasan kejiranan.. Orang lain dah bercucu.. Anak pun dah besar sebaya dengan adik-adik kami yang masih bersekolah hehe..

Aku ni pasif tapi husband pulak cepat je angkat tangan dan senyum kat jiran.. Dia memang macam tu.. Katanya "Kita kena jaga hati jiran sebelum jiran jaga hati kita.." Bukan semua orang akan semat ayat macam tu dalam hati bila hidup berjiran.. 

Problem parking kat area kawasan aku ni selalu jadi isu.. Mungkin space kurang tapi masing-masing memiliki kereta yang banyak.. Ada yang memiliki lebih dari 3 buah kereta dan memang tak muat nak parking kat porch.. So mereka parking kat kawasan luar rumah yang kadang-kadang kala termasuk ke kawasan pagar jiran sebelah.. Timbul masalah sekat pagar jiran dan kereta jiran.. Jiran nak keluar masuk kereta pun susah..

Bila jiran nak keluar masuk kereta.. Kena lah bagi salam dengan jiran sebelah minta tolong alihkan kereta.. Kalau dialihkan tanpa banyak soal tak mengapa.. Kalau jadi pertikaian memang tak best.. Contohnya..


Jiran A: Abang.. Saya nak keluar rumah.. Boleh minta tolong alihkan kereta?

Jiran B: Tak kan tak muat nak keluarkan kereta..?

Jiran A: Tak muat.. Saya dah cuba tadi tapi kereta saya tak lepas dari pagar..

Jiran B: Betul ke tak muat?

Jiran A: Betul, Bang.. Saya tak boleh nak lalu sebab kereta Abang sekat laluan saya..

Jiran B: Rasa macam boleh je keluar tu...

Jiran A: Abang.. Tolong alihkan kereta Abang tu.. Saya nak cepat ni!! Abang dah parking kereta ikut suka depan rumah saya.. 


Haa.. Kan dah jadi isu.. Apa salahnya alihkan terus.. Tak perlu pertikai.. Parking kereta depan rumah orang bersamaan dengan adab masuk rumah orang jugak.. Tak kan nak parking kereta main redah je sehingga menyusahkan jiran sebelah menyebelah.. 

Permasalahan kedua adalah.. Jiran A cool je.. Bila-bila terserempak masih senyum dan angkat tangan tapi Jiran B terus masam muka sebab jiran A tertinggi suara kat dia.. Kan tak best macam tu..

Paling tak seronok bila dapat respon dari jiran B..  "Ingatkan awak dah pindah rumah.. Tu saya parking depan rumah awak..".. Bagus jugak dia jujur ingatkan jiran A dah pindah tapi kalau dinilai secara akal dan fikiran belum sebulan jiran A pindah masuk rumah tu.. Bila masa jiran A hantar lori suruh angkat barang untuk pindah rumah.. Bila masa jiran A mengemas rumah nak pindah.. Malahan barang jiran A was totally di tempat yang sama kat bahagian porch kereta.. Satu benda pun tak beralih..

Bila jiran B kata ingatkan jiran A pindah rumah.. Jiran A mula lah fikir rumah dia dah dimasuki perompak dan perompak datang rompak guna lori macam orang nak pindah barang tu.. Sedihnya.. Jiran A kelam kabut buka pintu rumah nak check is everything fine.. Bila tengok rumah semua okay.. Selamat.. Jiran A terfikir.. Wajarkah jiran B berkata sedemikian? Jiran A live in a community yang berpendidikan tinggi.. Semuanya to make sure that their kids will live in a good community.. Nampak gayanya tak seperti yang dijangka..

Pendidikan menjaga hati jiran dan hidup bermasyarakat perlu diberikan sejak anak-anak masih kecil lagi supaya bila anak-anak meningkat dewasa, tinggal sendirian jauh dari ibubapa.. Anak-anak akan praktikkan amalan adab hidup berjiran..

Macam aku.. Abah paling tak suka kalau kami parking kereta ikut suka depan rumah jiran.. Abah kata parking depan rumah jiran ikut suka ni.. Kita tak tahu jiran suka atau tak.. Jangan sesekali buat jiran marah atau tak suka dengan kita.. Dosa! Kita rasa ringan je perbuatan kita tapi cuba fikirkan, Islam sendiri tidak suka jiran menyakiti hati jiran yang lain..

Selain isu parking.. Ada jugak isu sampah yang dibuang ke dalam kawasan rumah jiran.. Sampah jajan macam plastik keropok, air kotak kosong, botol air minuman, pembalut ais-krim dan sebagainya..

Ini lah yang kita kena praktikkan pada anak-anak supaya lepas makan jangan buang sampah kat rumah jiran sebelah tapi buang dalam tong sampah yang disediakan kat rumah.. Secara automatik.. Jiran sebelah akan terfikir bentuk pendidikan apakah yang anak-anak ini terima di rumah mereka?? Apakah ibubapa mereka tidak mengajar bahawa buang sampah ke rumah jiran sebelah merupakan satu kesalahan?..

Di sini boleh dilihat bahawa amalan hidup dalam masyarakat terutama amalan hidup berjiran ni bukan sahaja perlu untuk ibubapa tapi perlu juga untuk anak-anak supaya bila mereka dewasa, mereka akan jadi golongan jiran yang menghormati jiran yang lain dan akan menghidupkan suasana kejiranan yang lebih baik dan sempurna di masa akan datang.. Betul tak??


Terima kasih...

p/s: Nasihat untuk yang membaca dan peringatan sehingga ke akhir hayat untuk kami sekeluarga..

Tuesday, June 18, 2013

BUSY WEEK!!

Assalam..



Busy dengan PSM, final exam dan wedding reception.. PSM kena hantar before 21/6/2013.. 2nd paper final exam 21/6/2013.. Wedding reception 22/6/2013.. Full schedule minggu ni...



Jom pergi jilid!





Ucapan penghargaan... Hohoho



Dalam pada sibuk siapkan PSM untuk dijilidkan.. Haha husband dah request jangan lupa letak ucapan penghargaan "Untuk suami yang tersayang...."... Aku terus buat bunyi "Urghhhhh..." Hahahaha.. 




Dress up pergi present PSM..
Balik dari present.. Menangis-menangis
sampai tertidur.. HABIT!



Apa yang penting...






DIY veil dah 80% siap..

Jimat jugak buat sendiri... Rasa lah nikmat air tangan tu kan.. Tutorial veil ni kita share lain kali.. Hehehe...

Best jugak jadi pengantin 2 kali.. Kepada sesiapa yang nak rasa jadi pengantin 2 kali.. Hahahaha tiru lah macam aku.. Tahun lepas nikah.. Tahun ni buat resepsi hehe.. Resepsi a.k.a menjamu orang makan.. 

Take care everybody!!! Can't wait to meet everyone this becoming SATURDAY!

Terima kasih...

Thursday, June 13, 2013

First Exam: Quality Control..

Assalam...






Entry simple je sebab kepenatan.. Huhuhu..

2 hari try hadam dan teliti semua soalan.. Soalan past year.. Soalan dalam buku.. Laju je tekan calculator mencari jawapan..

Maklum lah.. Quality Control.. Banyak formula banyak mengira.. Rasanya boleh ni jawab dalam exam.. Yakin boleh!!!!! Insyaallah..

Masuk je dewan exam.. Pastikan orang sebelah depan, belakang, kiri dan kanan adalah sahabat kita hehehe.. Aku pandang diorang, diorang senyum kat aku dan aku pun balas senyuman manis mereka..

Exam bermula........... Kemudian hampir 3 jam jari tak berhenti tekan calculator.. 

Masa ni dewan exam sunyi sebab semua orang tengah fokus!!

Tiba-tiba dengar suara sahabat yang kat sebelah belakang aku bercakap sorang-sorang.. "Jahanam2..!! Habis laa..."..

Aku terus berhenti menekan calculator dan termenung sambil bercakap dalam hati.. "Kalau dia yang aku tengok confident semacam je masa awal-awal masuk dewan exam pun boleh rasa jahanam.. Habis aku?? Aaaaaaaaaaaa........"...

Habis je exam.. Kertas jawapan dah diserahkan kepada pengawas yang menjaga dewan exam...

Aku pandang satu sahabat yang duduk jauh dari aku.. Aku senyum kat dia.. Dia senyum kat aku dan buat isyarat geleng kepala.. Kemudian mulutnya membuat isyarat sebutan, "Habis.. Habis..."..

Aku balas macam orang berbisik, "Sama laaa.."....

Tak dinafikan exam kali ni agak susah.. Paling susah yang pernah aku jumpa sebenarnya.. Aku tak pernah lagi rasa exam sesukar ini..

Mungkin ada hikmahnya.. 

"Ya Allah permudahkan perjalanan akhir kami di UTHM ini....."

Bukan awal sem yang mencabar.. Rupanya sem akhir ni lebih besar cabarannya...

Terima kasih..

p/s: 2 hari try fokus.. Hari lain tengok jugak tapi tak lah hadam dalam-dalam macam 2 hari yang penuh cabaran tu.. (^^,)

Friday, June 7, 2013

Counting Our 1st Anniversary dan Wedding Reception..

Assalam...



Perjalanan setahun berumahtangga semakin hampir.. Walaupun baru menghampiri setahun, suka duka, pahit manis, ketawa menangis semuanya ada.. Naik turun mengharungi perjalanan berumahtangga juga mematangkan kami..

Bulan ni masuk 4 bulan kami duduk bersama sebab berjaya menyewa rumah sendiri.. Sebelum ni jumpa hujung minggu je.. Husband turun Batu Pahat, kami book hotel.. Kadang-kadang aku balik JB rumah mak mertua atau kami berdua balik Melaka rumah parents aku..

Bila dah ada rumah sendiri, aku manfaatkan masa dan kelapangan waktu sebaik-baiknya untuk berada di rumah sendiri dan berbakti dalam rumah sendiri.. Begitu jugak dengan husband.. Setiap bulan berbelanja untuk rumah merupakan satu nikmat yang sangat indah.. 

Kewangan??

Dengan izin Allah, sebenarnya kita boleh survive untuk kahwin masa muda, masih bergelar student, fresh graduate atau belum bekerja tetap (kontrak) janji ada sumber kewangan setiap bulan.. Situasi aku, aku student full time dan husband baru 4 bulan tamat belajar, kami bertunang dan terus nikah..


Situasi Merisik dan Bertunang..



Makan tengahari dengan kedua belah pihak..




Terima sebentuk cincin emas sebagai tanda..




Terima sepasang kain baju kurung...


Aku tak ada apa-apa untuk dibalas kepada pihak lelaki.. Mungkin ada lah sedikit kurma dan kekacang dari Arab Saudi.. Biasa lah nama pun student.. Tapi itu kemampuan aku.. Orang kata ukur baju dibadan sendiri.. 

20 hari kemudian kami nikah..


Situasi Pernikahan..


Mas kahwin RM40 hehe masih cantik dalam frame sampai hari ni..


Suami jugak mengukur baju di badan sendiri hihihi.. Aku menerima mas kahwin sebanyak RM40 dan wang hantaran berjumlah RM1500.. Syukur alhamdulillah... Terima kasih Abah dan Umi sebab membantu memudahkan urusan kami..

Pernikahan tu permulaan sahaja.. Yang penting selepas bernikah.. Bagaimana pasangan meneruskan kelangsungan hidup dari segi kewangan, pengisian rohani dan jasmani dan sebagainya..












Benda yang paling ketara... Berat badan husband makin bertambah bila kami duduk serumah hehe.. Baru sebulan duduk serumah dah naik 3kg!!.. Isterinya pulak masih tak nak berganjak dengan obsesnya pada diet haha.. Cermin kawan paling rapat dalam rumah.. Serba serbi nak jaga.. Semoga obsesi itu membawa kepada arah kebaikan.. Ameen..

2 minggu lagi Wedding Reception kami.. Serentak dengan adik perempuan aku.. So, beres sudah anak-anak perempuan Abah dan Umi.. Dua-dua sudah di ambil orang hehehe..

Bercerita tentang Wedding Reception.. Kami adakan di Rumah Media Melaka berhampiran MITC dan Mydin Mall Melaka.. Dewan lain full booked.. Kami lambat jugak buat preparation.. Alhamdulillah Rumah Media Melaka ada hehe..

Tema kami kali ni ENGLISH STYLE.. Semua arrangement akan dibuat oleh wedding planner kami.. Siapa?.. Lagi 2 minggu baru aku tahu siapa orangnya sebab aku tak join preparation untuk Wedding Reception ni.. Aku join bab prepare baju kami sahaja hehe.. Meeting dengan wedding planner pun aku tak pernah berkesempatan nak turut sama.. Huhuhu..

Dah lah sehari sebelum majlis ada paper final exam.. Huhuhu petang pulak tu baru selesai.. Nampak gaya malam baru sampai Melaka, lepas tu kelam kabut tepek inai kat jari.. Iron baju.. Lepas tu ZzzzZZzzzZZz.. Hopefully esok harinya aku gagah bangun awal pagi dengan wajah berseri-seri.. Bukan wajah macam mak panda huhuhu.. Habis majlis, esoknya kena cabut balik Batu Pahat meneruskan paper final exam yang seterusnya..

Nak share sikit tentang design baju masa majlis tu nanti..

Design baju dibuat dengan taylor.. Ya! Taylor bertauliah hehe.. Taylor yang sama jahitkan baju-baju ANNA DARLING tau!!!

Aku pilih untuk buat dress kembang labuh menggunakan high quality satin.. Kembangnya macam mana rupa tu aku tak boleh nak bayangkan.. Mungkin kembang tu kembang tapi kembang sikit jelah bukan kembang macam payung terbukak tu hehehe..

Lace pulak aku pilih warna bunganya yang ada soft blue dan soft yellow.. Taylor kata kain lace tu elok buat design baju kebaya.. So aku pun ikutkan jelah sebab taylor punya idea lebih baik dari apa yang aku bayangkan.. Sama jugak macam kami bincang tentang design dress dan jubah ANNA DARLING.. Bila dah siap je bajunya.. Aku yang terkinja-kinja nak bawak balik baju-baju tu sebab cantek sangat!!! Ermm cantik tengok depan mata lah hehe.. Tengok kat gambar tak puas..

Bila dilihat semula.. Warna baju Wedding Reception aku dah macam warna baju Barbie As Island Princess hehehe.. BIRU!!...

Bak kata Umi.. Tema English Style lepas tu...............

Baju family: KUNING
Baju kami: BIRU
Baju adik: PUTIH SUSU

Hahahaha... Colourful lah nampak gayanya.. 





Terima kasih....

Monday, June 3, 2013

Padah Bila Perasan Diri Sendiri Gagah!

Assalam..



Pagi semalam terasa badan sedikit bertenaga... Bila dah ada tenaga dan tak rasa sakit-sakit macam selalu.. Aku pun enjoy lah jadi isteri mithali hehehe.. Dah lama tak masuk dapur dan buat kerja rumah seperti biasa..

Kiranya semalam tu hampir genap 2 minggu selepas proses inject MTX tu..

Macam suri rumah tangga yang lain jugak.. Basuh kain baju.. Sidai kain baju.. Angkat kain baju.. Lipat kain baju (depan TV hehe).. Kemas-kemas rumah bagi sedap mata memandang..

Bila dah petang tu.. Terfikir jugak nak masak apa untuk makan malam nanti.. Google punya google.. Dapat lah idea nak masak nasi ayam... Masak nasi ayam ni lengkap.. Ada ayam, sup, sambal, sayur dan nasi..

Dalam pada terfikir pasal nasi ayam.. Teringin pulak nak makan bubur caca.. Okay jugak buat bubur caca untuk pencuci mulut.. Bahan pun dah tersedia tinggal rajin dengan malas je hehe..


So.. Ini lah hasilnya nasi ayam aku dan bubur caca untuk kami berdua.. Resepi nasi ayam ni aku ikut resepi SET NASI AYAM KAK NADZ..








Hasilnya memang best.. Kalau orang yang diet pun tak boleh nak diet hehehe.. Asyik nak tambah nasi je hehehehe... Bubur caca pulak aku buat sama macam resepi bubur sagu sebelum ni.. Cuma tambah caca tu je.. Kebetulan husband tak pernah makan bubur caca.. Alhamdulillah dapat lah dia rasa tekstur bubur caca tu..







Tak berapa nak nampak sangat caca tu sebab aku suka letak kuah banyak hehe.. Rajin sangatkan semalam.. Rasa macam dah sihatkan..

Akhirnya dari pukul 8.30 malam sampai 2 pagi berjalan-jalan dalam rumah.. Baring salah.. Duduk salah.. Berdiri pun salah.. Punya lah sakit bawah perut macam senggugut.. Ermm tapi sakit lagi dari senggugut.. Sapu losyen mustajab paling panas pun.. Losyen kalah.. 

Hari ni masih lagi sakit-sakit... Mungkin sakit ni adalah kesedaran untuk jaga makan, minum dan mengelakkan segala kerja yang berat-berat.. 

Malangnya.. Siapalah aku nak tatap rumah yang tak terurus.. Ceh.. Tak terurus ke.. Istilah tak terurus aku ni lain sikit.. Orang mengemop lantai dapur pakai mop.. Aku mop lantai dapur pakai tangan dengan kain buruk sebab aku nak setiap bucu dapur clear..

Ada orang kata lagi.. Nak nampak kemas je rumah.. Ahh sumbat semua kain baju dalam almari.. Hohoho aku tak boleh.. Kalau boleh kain baju tu nak line lipatan sama je semua.. Jadi bila bukak tutup almari.. Sedap mata memandang..

Hari ni tak perlu fokus pada rumah hehe sebab semalam dah fokus kat rumah je.. Hari ni kita siapkan full report PSM sebab esok dah kena hantar.. Moga Allah mudahkan urusan kita semua.. Ameen..

p/s: Berlagak tak nak pantang.. Bila dah sakit baru rasa "I should!!".. Pantang untuk orang gugur boleh lah check cara-caranya DI SINI...

Terima kasih..

NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3