Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Monday, January 5, 2015

Sayang Lebih Masa Pregnant..

Assalamualaikum


Seriously aku tak pernah terfikir pun nak tanya soalan, "Berapa kali gandakah rasa sayang Abang bila tengok Sayang pregnant?" Pada aku, hari-hari biasa masa tak pregnant pun dia sayang je.. Nak kata romantik, dia romantik dalam gaya dan cara tersendiri hahahaha.. Contohnya kalau dia balik kerja dan nak buat surprise kat aku, dia akan, "Sayang, meh lah sini.. Cuba tengok apa yang Abang bawak balik ni.." Muka dia memang ceria habis.. Aku yang tengah selekeh serabai keluar dari dapur siap lap tangan basah kat baju, terus pergi ruang tamu dan nampak ada beg plastik merah atas coffee table.. Bila aku ambik dan bukak beg plastik tu, tadaaaaaaa........ Ada biskut suji harganya sebungkus RM 2.00 yang aku nak sangat makan.. Dia beli kat kedai roti area Jalan Dhoby, JB tu hehehe.. Tu lah cara dia buat surprise dan nak jadi romantik hehehe.. 

Kadang-kadang aku dapat tart nenas, nasi ambeng, kuih karipap, laksam hihihi.. Semuanya bermula dengan dialog yang sama seperti di atas, "Sayang, meh lah sini.. Cuba tengok apa yang Abang bawak balik ni.." 

Kalau macam Abah aku pulak jadi romantik dengan Umi dengan cara berbeza.. Bagi fresh flowers, bagi coklat mahal letak dalam kotak (akhirnya kiteorang si anak-anak ni yang makan sampai kenyang coklat tu hahahaha) sambut anniversary beramai-ramai siap ada sesi sarung cincin okay.. Abah belikan Umi cincin emas baru gitu.. Kalau pergi holiday, bilik harus lah lebih special dari bilik anak-anak.. Birthday cake Umi pun tak pernah kalah.. Zaman orang tak beli kek birthday kat Secret Recipe, Abah dah belikan dah untuk Umi.. Masa tu dengar harga sebijik kek RM 70.00 terus macam waaahhhh!!! Mahalnya!!!!.. Masa tu sekolah lagi kan.. Hehehe..

Tapi aku tak pernah lah letak expectation bahawa husband aku pun kena jadi romantik macam tu untuk tunjuk rasa sayang.. Setiap lelaki berbeza cara dia tunjuk rasa sayang.. Jangan lah kita tengok orang tu tak pernah dapat fresh flowers dan coklat mahal dari husband dia, terus kita label husband orang tu tak romantik.. Mana tau husband dia setiap weekend tolong masak, kemas rumah, basuh kain baju.. Tu extra romantik tu hehehe semua wife dalam dunia suka kot..

Berbalik kepada tajuk entry Sayang Lebih Masa Pregnant.. Ada satu hari ni, aku tengah spent time dengan husband.. Yelah kan.. Jumpa seminggu sekali, dua kali je.. Dia punya berkepit berdua ke mana-mana tu lebih sikit hehe.. Tiba-tiba husband kata, "Sayang lebih bila Mama Baby ni pregnant.. Lepas tu lagi lawa masa pregnant.." Aku dengar pun terus rasa terharu.. Perasaan terharu dia sama macam husband lamar tatkala aku baru berada di tahun 2 kat Universiti.. Cuma kali ni tak ada lah nangis-nangis macam time husband lamar tu hahahaha.. Kali ni cool sikit..

Aku pulak kalau terharu, mula lah nak cover happy dengan tembak soalan, "Habis tu masa tak pregnant, tak sayang ke?".. Husband ketawa besar, "Masa tak pregnant pun sayang.. Tapi masa pregnant ni lagi sayang.. Sayang dia banyak sampai susah nak cakap macam mana..".. Aku sambung lagi.. "Habis tu masa tak pregnant, kiranya tak lawa lah?" Husband layan je soalan aku yang entah apa-apa hahaha, "Masa pregnant ni tembam sikit.. Lagi lawa.." Maka aku tidak akan termakan dengan kata-kata tu hahaha.. Masa pantang nanti harus lah dapatkan semula berat badan asal..

Masa pregnant ni lah aku rasa saat aku selekeh giler! Jerawat, bekas jerawat naik dengan jayanya kat muka terutama masa 4 bulan pertama aku pregnant.. Lepas tu gaining weight bagaikan johan pulak tu! Bila keluar rumah, malas nak sapu foundation apatah lagi compact powder dan lipstick huhuhu.. Kesian husband.. Nanti orang tengok dengan mak cik mana lah husband aku ni berjalan pimpin tangan.. Perfume pun ada ke tak ada ke tak kisah.. Kalau sebelum ni pantang tengok perfume habis, kelam kabut nak pergi beli sampai tak kisah dah perfume cap apa pun janji wangi dan disenangi hidung..

Sekarang ni dah masuk 7 bulan, cerita lain pulak.. Tiap malam kaki cramp.. Kaki yang sama pulak tu.. First time kena masa husband ada kat Labis dan aku kat rumah parents (Melaka).. Punya lah sakit huhuhu lepas tu blank tak reti nak buat macam mana.. Akhirnya, 3 hari aku jalan berdencot kesan dari cramp yang tak dirawat dengan baik.. Time husband ada, tak kira lah cramp pukul berapa pagi pun, aku akan, "Abaaaaaanggggg!!!!! Toloongg!!! Kaki cramp!!!!".. Husband pun bangun lah dari mimpi indah dia dan tolong uruskan kaki aku.. Alhamdulillah setiap kali cramp dan husband ada, cramp tu akan pulih cepat.. Secepat 10 saat je.. Kalau kena cramp saat keseorangan, memang aku rasa nak nangis jelah sebab tahan sakit..

Bila fikir balik.. Yes! Husband kena jadi supportive masa wife pregnant sebab bukan semua wife mampu handle emosi saat mengandung.. Ada jugak wife time mengandung tu lah dia jadi kurang bermotivasi.. Ada saat-saat mood dia tiba-tiba swing.. Kalau tak pernah menangis tengok drama sedih, eh tiba-tiba masa pregnant tu lah dia menangis.. Dah lah menangis, siap bawak masuk drama tu dalam mimpi lagi hehehe.. 

Nak jadi supportive ni banyak cara.. Bukan setakat dari segi layanan emosi.. Dari segi membantu uruskan rumahtangga pun ya jugak.. Contohnya tolong masak kalau wife tak larat nak masak atau ajak je wife makan luar kalau dua-dua tak larat nak berperang kat dapur hehehe.. Tolong settle kan semua kain baju dari A to Z (ni husband dah start buat sejak awal pregnant lagi.. legaaa..).. Kalau ada anak yang lain, husband tolong jagakan bila balik dari kerja.. Depends jugak.. Kalau wife larat nak handle semua masa pregnant, okay lah hehe.. Andai kata wife dah lembik, lemah, nak bangun duduk pun payah apatah lagi terbongkok-bongkok sapu sampah, mop rumah, cuci toilet, better husband pulak yang take over.. Kalau husband boleh sponser bagi sorang bibik, hah! Dua-dua goyang kaki sambil rehat sama-sama hehehe okay jugak..



Ini Aisya Humaira.. Anak cousin hehehe..


Jom jadikan ibu-ibu mengandung ni HAPPY MOMMY hehehe.. So, nanti baby lahir je dia terus senyum kat Daddy dia dan cakap, "Thank you Daddy sebab bagi Mommy happy.. Saya pun sepanjang 9 bulan duduk dalam perut Mommy happy jugak.."

Thank you..

Hard time

Assalamualaikum


Baru graduate 12 Oktober yang lepas.. Masa tu aku dah 2 tahun 4 bulan berkahwin dan kebetulan mengandung 4 bulan buat kali kedua.. Mungkin ramai ingat mudahnya perjalanan hidup kami.. Aku belum habis belajar dah kahwin dengan lelaki pilihan yang belum graduate dan baru sangat bekerja,.. Kemudian, habis study terus pregnant lagi sekali (1st time pregnant masa tengah study lagi).. 

Pastinya semua nampak indah belaka kan?

Ini realiti kehidupan bukan drama yang diakhiri dengan happy ending.. Setiap hari kena lalui masa cemas, masa gembira dan masa bahagia..

Antara hard time yang paling aku ingat bila kami kena lalui saat *kisah orang ketiga*.. Husband lagi banyak menangis.. Hehehe tapi menangis belakang-belakang lah.. Time dia tengah duduk sorang-sorang, tengah solat ke.. Kalau waktu melawat kat wad tu dia tak pernah tunjuk pun dia sedih.. Dia tiba-tiba jadi positif dan selalu pegang tangan wife dia ni dan bagi selalu bagi semangat..

Satu lagi hard time bila dua tahun berturut-turut husband kena masuk hospital dan kena operate.. Masa tahun sebelum tu aku kuat jugak.. Sikit pun tak menangis tapi dalam hati sentiasa risau sementara tunggu dia keluar dari bilik operation.. 

This year pun sama.. Husband kena masuk hospital untuk kes yang sama.. Kali ni bila dengar doktor punya opinion dan decision, aku menangis-nangis the whole night kat hospital.. Bengkak mata!!! Masa tu lantak lah patient katil sebelah kiri, kanan, depan pandang pun.. Siap menangis kat depan parents lagi.. Of course parents try pujuk dan bagi kata-kata positive supaya aku berhenti menangis.. 2nd operation ni sangat menguji tabah ke tak hati ni terima ujian Tuhan..

Pagi sebelum husband operate, aku nak sangat husband mandi wangi-wangi.. So, aku tolak husband atas wheel chair sambil usung baby bump aku untuk ke bilik air.. Dari tak kuat nak tolak husband atas wheel chair, tiba-tiba terus jadi kuat.. Aku suruh dia mandi bersih-bersih, pakai syampu.. Lepas mandi pun aku spraykan perfume.. "Baru lah handsome sebab dah wangi.." Seingat aku, tu lah ayat yang aku cakap kat husband..

Bila nurse dan staff dah start nak tolak katil husband pergi bilik operation, aku pun ready jugak.. Ready nak kejar diorang yang sorong husband dengan begitu laju.. Imagine aku kena melangkah kaki besar-besar sebab nak follow diorang..

Lebih kurang sejam menunggu husband, parents aku pun sampai.. Tak ingat berapa jam kami tunggu husband..

Akhirnya, husband pun keluar dari bilik operation dan masih berbaring atas katil dengan separuh badan dibius.. Aku yang risau dari tadi menunggu berjam-jam kat luar ni rasa lega sangat bila dia nampak aku kat ruang menunggu dan dia terus terSENYUM!!!!! Senyum yang sama macam dia nak pergi kerja, balik kerja, bangun pagi celik dari tidur, sebelum lelap mata waktu malam.. The sweetest smile!!!! Hehehe..

Sepanjang 6 hari kat hospital tu dia selalu bising suruh aku balik rumah tidur atas katil.. Katanya nampak aku tak selesa setiap malam kena tidur lewat, dah tu kena tidur atas kerusi malas, pagi sebelum subuh dah kena bangun dan pulangkan kerusi malas.. Jawapan aku sama je, "Tak ada benda yang menyeronokkan selain dapat tengok muka husband setiap hari" hahahahaha sakit pinggang tidur atas kerusi malas tu kira belakang cerita lah..

Selera makan husband kurang sejak dia tak sihat.. Aku lah yang tukang habiskan makanan hospital yang dia dapat tu.. Memang berat naik lah jawabnya huhuhu tapi berat husband turun nak dekat 10kg.. Kadang-kadang orang datang ziarah bagi makanan, aku jugak yang tukang clear kan semua makanan tu.. Dia still tak ada selera makan.. Aku tanya jugak ada teringin benda lain ke?... Dia jawab, "Nak KFC..." So, cousin aku yang kerja kat hospital ni pun belikan dia KFC.. Cousin aku ni doktor, kebetulan pulak tengah handle bahagian Ortho.. Setiap hari dia datang tengok aku dengan husband.. Ada masa free, aku pergi sarapan kat cafe dengan dia.. Kalau tak, aku sarapan sorang-sorang jelah jawabnya...

Husband pun cuti sekejap je.. Alhamdulillah dia sihat dengan cepat berbanding operation tahun yang sebelumnya.. Dah boleh drive macam biasa, makan minum macam biasa walaupun kuantiti makanan tu sedikit..

Sebenarnya ni kira macam pengalaman dalam rumahtangga.. Ada masa aku perlukan dia.. Ada masa dia perlukan aku.. Bila sama-sama saling memerlukan baru lah rasa ada kerjasama, dua-dua ada peranan dalam rumahtangga dan bukan hanya jadi patung semata-mata.. Kalau sorang tak ada, mesti rasa macam, alamak patah sebelah kaki!!!

Dalam rumahtangga tak patut ada rasa, "Ala.. Kalau dia tak ada pun tak apa.. Semua benda aku boleh handle sendiri start dari beli barang dapur, beli kereta, beli rumah, besarkan anak, drive sana sini..".. Ada je yang bangga bila bercakap macam tu sebab rasa jadi superwoman dan pandang orang lain sebelah mata sebab pergi kedai nak beli pad pun husband teman.. Tapi cuba dia fikir balik.. Apa tujuan sebenar dia berkahwin dan membina rumahtangga sebab sepatutnya rumahtangga kena saling melengkapi.. Itu pandangan jujur aku lah.. Walaupun wife tahu drive dan beli barang dapur sendiri, tapi lebih baik sesekali spent masa keluar beli barang dapur sama-sama dan decide nak beli barang apa.. Kalau wife hebat dalam besarkan anak-anak, at least anak-anak pun kena ada quality time dengan parents, bukan dengan mak atau bapa sahaja.. Betul tak?

Hopefully untuk 2015 ni ada banyak perkara seronok menanti dan semoga setiap ujian yang Tuhan turunkan membawa hikmah yang baik untuk semua..


Gaining weight hohohohohohoh


HAPPY 2015 SEMUA!!!!


Terima kasih..


Tuesday, December 30, 2014

Roasted Potato by Rima Dania

Assalamualaikum




Nampak tak kilaun roasted potato di atas?? Tu baru tengok kilauan je.. Belum sentuh lagi.. Kalau sentuh, teksturnya luarnya sedikit crunch dan isi dalamnya sangat lembut.. Yuuummmmmmmyyy!!!!

Biasanya roasted potato ni sesuai untuk breakfast or dinner.. Gantikan fries or chips tu dengan roasted potato.. Roasted potato ni sekadar side dishes kepada menu berat.. Contoh lah breakfast pagi tu masak spaghetti bolognese ke atau ada menu roasted chicken.. Mungkin masak chicken pie atau baked macaroni and cheese.. Paling simple buat sandwich daging or ayam, ada sedikit coleslaw dan jadikan roasted potato sebagai side dishes..

Cara nak buat sangat simple.. Bahan pun tak banyak, cuma english herbs ni expensive sikit.. Tapi kalau tak ada pun tak apa, cuma kalau ada tu lebih baik lah.. English herbs ni kalau beli sebotol kecik tu boleh pakai lama.. Setahun, setahun lebih sebab tahan lama dan kita pun bukan pakai untuk masak hari-hari.. 

Jom tengok bahan dan cara-cara..


ROASTED POTATO 

3 biji kentang dipotong lebar dan sedikit tebal (rujuk gambar di atas)
1 sudu kecil garam
Secubit serbuk white pepper/ black pepper
Herbs (Boleh guna oregano, nak guna rosemary boleh atau thyme pun boleh.. Aku guna rosemary jenama McCormick botol warna hijau)
3 sudu besar butter (Butter bagus untuk kesihatan.. Boleh lah kurangkan guna marjerin, okay)


1) First, gaulkan kentang dengan garam, serbuk white or black pepper dan herbs.. Gaul rata.
2) Kalau ada oven kecil, tak perlu set suhu tapi just set timer je.. Tapi kalau oven ada setting suhu, boleh set kan ke 100-120 darjah celcius..
3) Grease kan dulang dengan sedikit butter dan susun kentang atas dulang.. Kemudian, tuangkan lebihan butter atas kentang..
4) Bakar dalam oven selama 10-15 minit atau sehingga kentang masak golden brown dan jangan lupa balik-balikkan kentang supaya kedua-dua permukaan masak sekata.
5) Siap untuk dihidang..


Kalau 3 biji kentang tu cukup untuk 2 orang je makan sebab sedap roasted potato ni.. Kalau nak masak untuk seisi family, kena lah double, triple kan bahan-bahannya ya.. Nak extreme lagi.. Tabur lah cheddar cheese atas potato tu dan bakar sikit lagi untuk cairkan cheese.. 

Cuba jangan tak cuba.. Sedap makan panas-panas cicah dengan mayo dan sos cili..


Ini contoh herbs nya.. Boleh jumpa di mana-mana grocery
shopping..


Terima kasih..

Resepi Hot Cocoa by Rima Dania

Assalamualaikum


Dulu masa kecik suka tengok satu cerita ni.. Nama watak utama dalam cerita tu Baby Bear.. Baby Bear manja sangat dengan mak dia.. So, satu hari tu si Baby Bear dah bersiap nak main dengan kawan-kawan waktu petang.. Cuaca hari tu mendung dan hujan pun turun dengan lebat.. Baby Bear jadi sedih dan duduk termenung tepi tingkap..

Mak si Baby Bear yang namanya Mama Bear nak cuba pujuk anak dia yang tengah sedih.. So, Mama Bear pun pergi dapur dan buatkan hot cocoa khas untuk Baby Bear.. Siap ada cookies lagi tau untuk Baby Bear cicah dengan hot cocoa.. Hot cocoa tu pulak Mama Bear serve dalam mug besar.. Aku yang tengok ni pun rasa nak tumpang sekaki hahahaha... Sedap betul nampaknya hot cocoa tu..




Memandangkan sekarang pun musim hujan, cuaca agak sejuk dan kelihatan awan pun mendung je.. Aku decide nak buat secawan hot cocoa untuk diri sendiri hehehe.. Bagi aku lah, hot cocoa ni jugak mendatangkan mood "warm feeling".. Mood macam kena bedung dengan blanket baby yang super empuk dan cosy  hahahaha.. Jangan ingat baby je suka dibedung, mak baby pun suka jugak bila cuaca dalam keadaan macam ni..

Kepada peminat chocolate yang tegar atau pun memang hantu chocolate.. Sila lah cuba resepi ni.. Dah minum satu mug besar pun rasa tak puas hahaha.. Jom tengok resepinya..


HOT COCOA (BEST IN TOWN)

3 sudu besar serbuk cocoa (Nak guna van houten boleh, nak guna serbuk cocoa yang buat cake dan cookies tu pun boleh.. Aku guna serbuk cocoa tak ada brand pun hehe.. Serbuk cocoa lebihan buat cookies dan cake)
3- 4 sudu besar gula pasir (ikut manis masing-masing)
1 tin susu cair/ 1/2 kotak fresh milk saiz besar
1 sudu kecil esen vanilla
Secubit garam
Air suam 1 cawan (kalau guna susu cair dalam tin)


1. Mula-mula, panaskan susu dalam periuk. Agak-agak susu sedikit mendidih, tambahkan air suam jika guna susu cair dalam tin.. Kalau guna fresh milk tak perlu tambah air suam tau..

2. Masukkan serbuk cocoa, gula, esen vanilla dan garam. Kacau rata dan sebati sehingga tiada ketulan serbuk cocoa. 

3. Biarkan hot cocoa mendidih sebentar dan baru tutup api.. Kalau rasa pekat sangat dan nak cair lagi hot cocoa tu, boleh lah tambah air ikut citarasa kalian.. Tapi kalau suka hot cocoa yang pekat, maka hot cocoa anda telah pun siap..

4. Sendukkan dalam mug dan hidang bersama coklat chips cookies.. Aku cicah dengan chipsmore hazelnut hehe.. 




Atas tu hasil hot cocoa yang aku buat.. Minum panas-panas baru betul hehehe.. Tapi kalau nak minum sejuk, boleh je letak ais.. 

Penggemar chocolate sekalian.. Silalah cuba sebab senang sangat.. Lagi satu kalau mommy yang ada anak kecik tu, ajak anak buat hot cocoa sama-sama lepas tu minum sama-sama, mesti best!!! Fun activity!! Kalau rajin, buat sekali chocolate chips.. Fresh bake lagi hahaha..

Have fun dengan hot cocoa anda.. By the way.. Nak tabur coklat chip ke, nak tabur marshmallow pun boleh jugak..


Terima kasih..

Monday, December 22, 2014

Promosi Pakej Family Outdoor Photo shoot serendah RM300.00 by RD3D Studio

Assalamualaikum




Family Outdoor Photo shoot Sessions
by
RD3D Studio

* RM 300.00 
* Shoot & burn (CD)
* Photo shoot will be held within MELAKA area only


Add on Sticky Album:

8 x 6 inch   RM 250
11 x 8 inch RM 350
17 x 12 inch RM 450

Postage Fee: RM 10 (without sticky album)
RM 30 (with sticky album)
-Self pick up (RD3D Studio Kota Fesyen, Melaka)-










RD3D Studio 

No.32, Jalan KF 2, Kota Fesyen, Mitc,
75450, Ayer Keroh, Melaka

Office: 06-231 0458
Afiah: 012-630 7141

Official Facebook Page: Rd3D Studio

Thursday, December 18, 2014

Shopping barang my little bean dan dinner di Sukiya Aeon Bandaraya Melaka

Assalamualaikum


Since dah masuk 6 bulan ni memang kerap fikir, "Dah boleh ke start shopping barang baby?".. Persoalan yang sama akan berulang dalam kepala terutama bila tibanya weekend hahaha.. Yes! Weekend jelah masa untuk aku spend puas-puas dengan husband.. 

Whatsapp tanya kawan-kawan bila boleh mula hunting for baby punya mitten yang comel tu.. romper yang colorful, bonnet yang fancy.. Semua barang baby comel tau.. Tak ada yang tak comel..

Kawan-kawan jawab

"Aku beli masa 8 bulan.."
"Aku beli start dari 5 bulan.. Dah tau jantina senang nak shopping barang baby.."
"Aku shopping bila aku rasa nak shopping.. Tak kisah pun.. Atas kita nak beli bila-bila masa.."

Macam-macam jawapan aku dapat.. Ni kira antaranya lah..

Paling aku suka jawapan, "Ada duit, beli sikit-sikit.. Bulan ni aim untuk beli barang ni.. Bulan depan beli barang lain.. Nanti lama-lama lengkap lah barang baby.. Kalau beli selepuk memang terasa berat lah.. Baik belanja month by month.."

Aku pun ikut saranan kawan untuk belanja month by month.. Ikut list barang mana yang penting, aku dan husband akan dulukan hehe..

So, last week.. Aku dengan husband pun pergi Manjaku Baby Mall Melaka kat Jalan Lagenda (dekat dengan Tesco dan Aeon Bandaraya Melaka).. Ini tempat wajib lah untuk para ibu yang sedang cari barang keperluan bayi sebab dalam Mall tu hanya jual barang baby sahaja.. Susu formula, set tilam, baju pelbagai brand, stroller tak tahu lah berapa puluh jenis diorang jual, car seat pun sama, baby cot, mainan baby... Lengkap dalam satu Mall!!

Ini lah dia buat pertama kalinya aku nak beli barang anak sendiri.. Feeling keibuan datang menerpa secara tiba-tiba hohoho.. Lepas tu dalam pada tengah feeling tu, kepala jadi BLUR!!!!! Tak tahu nak start kat mana.. Pusing, punya pusing, punya pusing dalam Mall tu sampai satu jam aku meround dalam Mall hahaha.. Bakul still KOSONG!!! Akhirnya setengah jam terakhir tu baru lah dapat ketenangan nak memilih barang dengan telitinya sambil buat perbandingan harga secara terperinci..




Sepanjang shopping barang baby untuk hari tu, aku yang decide nak beli apa, warna apa, tema apa.. Cuma bila dah rambang mata tu baru tanya husband mana satu lagi cantik hahaha.. Ke hulu hilir aku bawak buku check list tu sebab tak nak terlepas pandang barang yang penting dan tak nak terbeli barang yang menyebabkan pembaziran..

Setakat ni aku dah beli..

  • Baju lengan panjang
  • Baju lengan pendek
  • Seluar panjang
  • Seluar pendek
  • Romper
  • Sarung tangan
  • Sarung kaki
  • Stokin
  • Bonnet
  • Barut

Banyak jugak barang yang aku dah selesaikan.. Cuma bedung je aku terlupa sangat nak beli.. Dah bayar kat kaunter, boleh teringat pulak bedung tercicir.. So, bedung tu kira postpone next month tau baby hehehe..

Balik dari shopping barang baby, aku mengadu sakit kepala kat husband.. Mungkin tak perasan aku dah berdiri terlalu lama dalam Mall dan perut pun lapar sangat.. So, kami decide solat Maghrib kat Aeon Bandaraya Melaka dan pergi makaaannn!!!!!!

Kami pilih untuk dinner kat SUKIYA Aeon Bandaraya Melaka bertentangan dengan kedai donut JCO.. Yeayyy!!!

Ini kali kedua kami makan kat Sukiya.. Tak sangka pulak sedap masakan Japanese ni dan sangat lah affordable harganya.. Kenyang pun kenyang hehehe...


Gundon Beef Small Size
(Ini pun berdrama nak habiskan semangkuk huhuhu.. Kenyang)




Husband punya Teriyaki Chicken Medium Size..
Ini wajib rasa sebab sedap sangat!!




Add Fried Tofu untuk buat lauk..




Add jugak Salad dengan thousand island untuk lauk




Orang melayu memang suka pedaskan.. Hehe so jangan lupa
ambil cili padi tu buat lauk.. Jangan lupa rasa jeruk halia yang
manis-manis rangup tu..




Air pulak gelas besar dan puas hati hehehe..
Ini air Ice Lemon Tea..


Total semua sekali dalam RM20 lebih.. Next time kalau singgah Aeon Bandaraya Melaka nak try lagi menu yang lain.. Siapa minat kimchi boleh try makan nasi, daging dan kimchi.. Pun sedap jugak tau..

Untuk hari tu, mak ayah baby lega dah settle beberapa barang.. Baby pun lega sebab mak dia bagi makan Japanese food sampai kenyang hahaha... Nanti kita sambung entry shopping barang baby lagi tau.. 

Thank you!!!!


p/s: Dalam pada aku sibuk update entry pregnancy... Sekali pun aku tak pernah bagi tahu yang sebenarnya aku tengah pregnant baby boy ke girl hehehehe.. Kalau nak tau.. Dah 2 kali aku pergi scan.. Masa 5 bulan sekali dan 6 bulan sekali.. Masa scan 5 bulan kat private klinik tu, doktor cakap macam boy tapi tak confirm.. So, dia suruh datang masa 6 bulan.. Bila datang scan 6 bulan, doktor yang sama jugak scan.. Dia kata nampak gaya lebih kepada girl, tak ada ciri boy.. Okay.. Sekarang ni doktor confuse, kiteorang lagi confuse.. Jawapannya.. Kiteorang tak tahu baby girl ke boy huhuhu.. Baby kuat mengepit dan sangat lah susah nak tengok bahagian bawahnya.. Kita tunggu jelah ya.. SURPRISE!!!! Yang penting baby sihat dan sempurna.. Berat badan dia pun lebih 23g dari usia sebenar.. "Ermm baby.. Awak memang ikut baka papa awak ya?" hehehe..


Resepi Chicken Enchiladas by Rima Dania

Assalamualaikum




Enhciladas ni kalau tak silap aku makanan orang mexican.. Ada banyak cara nak masak menu ni cuma aku lebih suka ikut citarasa aku..

Dari mana aku belajar masak menu ni? Aku belajar dari you tube tapi aku buat pengubahsuaian sendiri sebab nak ikut anak tekak yang bercirikan Melayu hahaha.. Nak yang pedas-pedas..

Jom kita belajar masak Chicken Enchiladas by Rima Dania... Yeayyyyy!!!!!!!!


Bahan-bahan Tortilla:

1 bungkus tortilla jenama Mission (panggang siap-siap atas api dan ketepikan)
Cheddar cheese/ mozarella/ cheese keping (dihiris halus) kuantiti ikut suka



Bahan-bahan Sos Enhciladas:

1 botol sos spaghetti jenama Kimball/ Prego (tak kisah nak guna perisa tradisional atau lain-lain)
1/2 cawan air rebusan ayam
4 sudu makan sos tomato
4 sudu makan sos cili
1/2 cawan cili boh
Sedikit serbuk oregano (optional)
Sedikit serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak untuk menumis


Cara-cara Sos Enchiladas:

1. Panaskan minyak dan masukkan cili boh.. Tumiskan selama 2, 3 minit.
2. Masukkan sos spaghetti, air rebusan ayam, sos tomato, sos cili dan kacau rata hingga mendidih.
3. Masukkan serbuk oregano, lada sulah, garam dan gula secukupnya. Kacau rata.
4. Tunggu dalam 3, 4 minit dan tutup api. 



Bahan-bahan Inti Enchiladas:

3- 4 ketul dada ayam (direbus sehingga masak dan disiat)
1 tin cendawan butang (basuh dan hiris)
3 ulas bawang putih (cincang halus)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis


Cara-cara Inti Enchiladas:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih.
2. Masukkan dada ayam yang telah disiat ke dalam kuali dan cendawan butang. Kacau rata.
3. Perasakan dengan garam. Cendawan dah masak, boleh tutup api.



Jom kita assemble Chicken Enchiladas!!!!


Step 1: Ambil casserole atau loyang pun boleh dan tuang satu senduk Sos Enchiladas ke dalamnya. Ratakan.

Step 2: Ambil satu keping tortilla, sapukan satu sudu Sos Enchiladas ke atasnya. Kemudian taburkan Inti Enchiladas dan sedikit parutan keju.. Gulungkan tortilla dan susun dalam casserole. Ulang step 2 sampai tortilla dan inti habis.

Step 3: Tuang baki Sos Enchiladas di atas susunan tortilla.

Step 4: Akhir sekali, taburkan parutan keju di bahagian atasnya ikut suka nak banyak ke sikit. Aku suka banyak hehehe..

Step 5: Bakar pada suhu 170 darjah selama 30 minit atau sehingga keju cair dan sosnya sedikit kering.

Step 6: Hidang ketika panas.. Memang marvelous!!!!


Memang buruk sikit rupa dia tapi tak cukup makan sepotong tau hehe




Zoom dekat sikit.. Yuummmmm!!!!!




Ni hasilnya bila dah dipotong.. Sedap sangat-sangat tau..


Aku bukan nak puji masuk bakul angkat sendiri tapi buktinya tak cukup satu casserole tu.. Ini pun untuk 8 orang makan tapi celah gigi je huhuhu.. Kalau nak kenyang, hidang lah dengan mash potatoes ke, fries dan nugget ke, ayam goreng crispy ke, salad atau apa sahaja yang sesuai untuk dimakan bersama Chicken Enchiladas..

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera ala Mexican..

Thank you!!!



NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3