Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Sunday, January 29, 2012

Strawberry Chocolate Cake Kukus

Assalam...

Hari Jumaat malam baru-baru ni aku tiba-tiba rasa nak buat kek lepas terview blog kak naz yang dah lama aku tak view untuk cuba resepi-resepi baru... Biasanya kalau time belajar memang aku jarang online... Ni tengah cuti sem bolehlah online dan cuba resepi-resepi baru...

Tapi kalau nak ikutkan.. Ini bukan resepi baru sebab kek ni dah kali yang ke-3 kot aku buat cuba bezanya kek ni aku tambah perisa strawberry untuk meluar biasakan kek ni hehe...

Kalau nak cuba resepi ni try lah tengok-tengok entri aku yang tahun lepas punya hehehe... Ni kes malas ni nak taip balik...




Ni hasilnya selepas sejam 2o minit kek ni mengukuskan diri dalam pengukus... Cantik lah bagi aku kek ni kalau dah rupanya macam ni...





Lepas tu aku salut kek dengan perisa dark coklat + coklat strawberry sebab nak kekalkan rasa strawberry tu... Kemudia simpan dalam peti sejuk biar coklat mengeras..





Akhirnya selepas coklat dah mengeras, aku pun terus potong dan bagi adik-adik makan dulu... Gambar ni sebenarnya gambar kek yang adik aku dah makan separuh hehehe tu jadi macam ni rupanya...



Dalam masa yang sama.. Aku jugak hantar ke rumah mak cik dan pak cik kek ni... Buat pun suka-suka... Percaya tak yang aku tak rasa langsung kek ni huhuhu sebab ni habit namanya... Lagi suka tengok orang makan dari aku makan sendiri... Rugi ke?? Hahaha tak kot janji aku puas hati...

Ok..TQ see u kat next entry...

Thursday, January 19, 2012

Hadiah Hari Jadi My Mom---> Jauh diperantauan Haha...




7 Januari yang lalu hari jadi My Mom.. Dah lah tak dapat nak balik dan celebrate sebab ada exam final Agama dan Peramalan... Maka aku pun terfikir nak suruh kawan lama aku zaman sekolah dulu delivery cup cake untuk birthday My Mom...

Kawan aku tu memang ade biz cake dan kuih dari rumah.. Area Melaka dia deliver barang tanpa cas tapi luar Melaka kena lah bayar RM10 untuk delivery...



Mudah sangat berurusan dengan dia..

1. Aku copy url gambar cake yang aku nak dari album cake dia dan paste kat inbox dia..

2. Kalau cup cake.. Pilih sama ada nak buttercream atau fondant sebab kedua-duanya RM2.50 je bagi sebiji cup cake.. Bagi tahu berapa biji kita nak.. Aku tempah 12 biji..

3. Design cup cake boleh ikut cita rasa kita atau kita follow je idea dia.. Kalau aku memang suruh dia ikut tema soft blue dengan putih dan aku nak ada bunga-bunga sekali..

4. Dia akan tanya kita nak tulis ucapan tak atas kek...

5. Kita bagi alamat dan nombor telefon supaya senang dia nak hantar...



Senang je... Aku pun puas hati lah dengan hasilnya dan membuatkan semua orang happy bila kek tu sampai sebab ni lah cup cake pertama yang jadi cake birthday ahli family aku... Kalau macam aku student.. So, aku mintak dia buat bajet harga yang aku nak.. So cup cake yang kat atas tu sesuai dengan harga dia sebijik RM2.50 dan 12 biji bersamaan RM30.. Ok what... Haha..

So.. Kepada orang Melaka yang berminat.. Boleh lah contact DS Delicious di Facebooknya...

Dia menerima tempahan kuih tradisional.. Macaroon.. Cheese tart.. Segala jenis kek (cheese cake, kek kukus, cup cake, wedding cake dan lain-lain lagi..)... Biskut raya pun ada.. Malah dia jugak ada kelas belajar buat kek.. So.. pada yang terfikir nak order cake boleh lah contact beliau di facebook...


Saturday, November 19, 2011

Breakfast Happily di Tasek Y, Batu Pahat!!!!

Memandangkan semalam hari Sabtu.. Maka sehari sebelum tu aku plan nak sangat-sangat keluar dan shoot gambar kawan-kawan... Dari 4 orang yang aku ajak.. Hanya 2 orang je yang berkesempatan.. Dan yang lagi 2 orang tu hehehe bila anda free calling-calling lah eh... Sebab aku nak sangat ambik gambar korang...

Maka pada hari Sabtu pagi selepas subuh... Aku pun bercadang nak goreng kuey tiow untuk sarapan pagi kat Tasek Y bersama 2 orang yang berkelapangan iaitu Ida dan Awin... Kuey tiow yang selebihnya aku tinggalkan untuk housemate bersarapan di rumah... Menu tambahan yang lain, aku goreng crab ball dengan crab stick serta teh o sebagai minuman pagi...

Sampai je kat Tasek Y, kami bertiga pun sarapan dibawah pokok yang nyaman sambil potpet-potpet dengan riangnya hahaha.. Sungguh happy sangat!!! Lepas tu aku pun siap-siap keluarkan kamera dan ambik gambar budak 2 orang ni tengah sarapan... Tiba-tiba............


Awin: Kau senyum tu jaga-jaga....

Ida: Kenapa?

Awin: Kut lah ada lada di celah gigi... Hahahaha

Ida: Hahahaha...

RD: Korang cek sikit gigi tu kang betul-betul ada lada.. Malas lah nak guna adobe semata-mata nak putihkan gigi korang yang berlada tu .. Hahaha...


Memang bergelak ketawa kami bertiga.. Bagi aku.. Ini lah antara riadah yang happening dengan kawan-kawan.... Mengurangkan stress pada pelajaran dan test... Aku sebagai kawan berterima kasih kerana menjemput aku di rumah dan bawa ke Tasek Y tu... Tangan aku pun memang dah gatal sangat nak usung kamera dan pelawaan aku ni korang terima dengan baik.... Aku jugak di hantar semula ke rumah dengan selamatnya...

Kat bawah ni ada beberapa keping gambar yang aku sempat upload memandangkan terlalu banyak dan aku plih mana yang best je untuk dikongsi dalam blog ni...
































































p/s: ambik feel macam picnic kat UK pulak time summer... Hahahaha....


Thank you=)

Sunday, October 23, 2011

KURSUS KAHWIN......


Tajuk entri yang lurus tanpa bendul hahaha.. Susah nak berkias-kias pagi-pagi buta ni dengan mata pun dah separuh nak terpejam sebab mengantuk!... Tapi untuk update jugak blog yang tak seberapa ni maka dengan itu, aku menaip jugak lah untuk share apa yang berlaku pada aku last week...

Ok.. Pada 22 dan 23 Oktober baru-baru ni... Aku join kursus kahwin anjuran Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat bersama Pusat Islam UTHM... Dengan bayaran yuran sebanyak RM100 hasil dari duit aku berniaga kecil-kecilan masa cuti sem hari tu..

Mula-mula memang dah cadang nak pergi dari sem lepas lagi tapi tangguh dulu sebab masa tu fikir nak guna duit banyak pulak.. So, bila dah ada duit sem ni.. Aku pun terus kan niat yang tertangguh tu... Lagi pun bukan aku pergi sorang... Ada jugak member yang belum ambik kursus.. Maka kami pun pergi lah sekereta..

Kalau nak cerita detail tu memang panjang lah sebab ada 12 slot perlu diselesaikan selama 2 hari .. Kalau tak.. Tak dapat sijil OK!... Jadi sabtu dan ahad aku memang buzy dengan kursus... Dari awal pagi sampai lah ke petang... Balik rumah pun rasa nak rehat dan tidur je...

Sepanjang kursus tu BEST!... Penceramah best... Tempat pun best.. Makanan pun best... Jadi aku sebagai peserta memang berpuas hati lah.. So.. Kalau orang tanya apa perasaan dah pergi kursus.. Jawapan aku satu je kot hahaha... LEGA dah ambik... Tak payah pikir dah bila nak ambik.. Lepas tu nak ambik kat mana... So sekarang dah settle!!!...

Yang penting.. Apa yang kita belajar dalam kursus tu kena lah amalkan.. Jangan lah pergi kursus tu masuk telinga kanan pastu keluar telinga kiri... Niat pergi tu janji dapat sijil pastu dah boleh kahwin.. Tapi perjalanan masa dalam alam perkahwinan itu lah yang sangat penting sebenarnya ... Apa-apa pun... TAHNIAH kepada yang dah pergi... Kalau ada yang dah nak masak nasi minyak tu.. Jemput-jemput lah eh.. Hehehe..


Monday, October 17, 2011

My Happiest Moment






This picture is taken by me as the photographer for The Cycling Day with the classmates. This is the best photo which show the happiest moment of my friend... Every time I take a look at this picture, I can feel the happy mood. Thank you for being a good friend to me and I'll always be happy for you dear!











Teman SeUTHM di Zenxin Organic Park (^^,)

Sabtu baru-baru ni... Aku ada plan dengan kawan-kawan kelas nak pergi main basikal kat Zenxin Organic Park Kluang.. Maklum lah cuti semester 4 bulan kan hehehe.. Maka semua naik berat badan.. So, ni lah masa yang dinanti-nanti untuk pergi bersenam.. Masa awal-awal plan memang ramai yang nak pergi.. Tapi pada hari kejadian cuma ada 4 orang je budak kelas (production and operation) aku dan lagi 2 orang adalah budak construction...

Bertolak dari Parit Raja lebih kurang pukul 8.30 pagi... Sampai sana dalam pukul 8.50 pagi.. Lepas tu kami pun pergi bayar tiket berharga RM 10.00 untuk basikal 1 seat dan RM 2.00 untuk tiket masuk dalam Organic Park.. Sebelum pilih basikal... Setiap seorang kena lah bayar RM 20.00 sebagai deposit basikal.. Tapi jangan risau... Deposit RM 20.00 akan dipulangkan setelah anda selesai bermain basikal..

Pada 2 jam yang pertama RM 10.00 dan pada jam seterusnya di cas sebanyak RM 2 kalau aku tak silap.. Maka kami bajet yang kami hanya akan berbasikal selama 2 jam je..

Sepanjang berbasikal tu best lah.. Sambil bersenam dengan tercunggap-cungap kayuh naik bukit... Turun bukit best giler sebab dapat rasa angin yang baaaanyaaaakk.. Hilang semua stress walaupun banyak sangat kerja nak difikirkan..

Aku ni bawak kamera.. Kamera orang je pun.. Kamera sayap terbang hehehe... Thank you sangat-sangat bagi pinjam... Saja nak test power kat kamera orang... Maka terhasil lah karya yang ada kat bawah ni...

Model-model aku ni semua kena cover malu hehehe... Ada je orang tengok diorang ni posing... Tapi apa yang penting.... SEMUA ORANG SANGAT HAPPY.... Sayang korang semua... Next trip nak pergi mana eh??? Hehehehe....


















































































Lepas dah berbasikal tu.. Kami dipulangkan semula deposit RM 20.00 dan kami sempat bermain tepat 2 jam sepuas-puasnya.. Selain tu, kami jugak diberikan Herbal Mulberry Tea secara percuma untuk setiap orang bagi membantu menyegarkan badan yang dah penat bersenam...

So... Apa tunggu lagi.... Jalan-jalan lah kat sini....

Thanks sebab baca... (^^,)


Thursday, September 8, 2011

ATOK LELAKI KOMEN TENTANG HANDBAG KU... DIA KATA MACAM.........................??

Tadi touching jap tulis entri luahan hati birthday girl kepada parentsnya dan sekarang aku nak cerita tentang hadiah birthday tahun lepas... Korang tau atok aku kata apa tentang hadiah birthday aku???



Atok: Ni handbag ori ke?

Aku: A'ah tok... Ori ni...


Atok: Siapa belikan?
(sambil belek-belek handbag aku..)

Aku: Angah yang belikan..
(Angah tu adik perempuan aku.. The 1 and only)

Atok: Kalau kau kata ori kat orang lain mesti orang tak percaya..


Aku: Kenapa pulak tok?


Atok: Hahaha yelah.. Cuba kau tengok cincin besar kat beg kau ni.. Dah macam anting-anting kat hidung lembu atok tengok..


Aku: Haa??? huhuhu..... Ada pulak macam anting-anting hidung lembu... Huhuhu mahal ni, tok....


Atok: Yolah.. Cuba tengok betul-betul... Kan ada rupa tu Hahaha..





ADA RUPA ANTING-ANTING LEMBU KE?? Huhuhuhu......



.....

.....

.....

.....

.....






Ada rupa ke?? Atok aku tu ada-ada je tau nak komen yang pelik-pelik lepas tu dia gelak kan aku... Hahaha nasib lah cucunya ok je... Biasa lah dapat atok yang suka kacau cucu.. Macam tu lah...


Thank you ya baca entri ini (^^,)...

NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3