Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Thursday, June 13, 2013

First Exam: Quality Control..

Assalam...






Entry simple je sebab kepenatan.. Huhuhu..

2 hari try hadam dan teliti semua soalan.. Soalan past year.. Soalan dalam buku.. Laju je tekan calculator mencari jawapan..

Maklum lah.. Quality Control.. Banyak formula banyak mengira.. Rasanya boleh ni jawab dalam exam.. Yakin boleh!!!!! Insyaallah..

Masuk je dewan exam.. Pastikan orang sebelah depan, belakang, kiri dan kanan adalah sahabat kita hehehe.. Aku pandang diorang, diorang senyum kat aku dan aku pun balas senyuman manis mereka..

Exam bermula........... Kemudian hampir 3 jam jari tak berhenti tekan calculator.. 

Masa ni dewan exam sunyi sebab semua orang tengah fokus!!

Tiba-tiba dengar suara sahabat yang kat sebelah belakang aku bercakap sorang-sorang.. "Jahanam2..!! Habis laa..."..

Aku terus berhenti menekan calculator dan termenung sambil bercakap dalam hati.. "Kalau dia yang aku tengok confident semacam je masa awal-awal masuk dewan exam pun boleh rasa jahanam.. Habis aku?? Aaaaaaaaaaaa........"...

Habis je exam.. Kertas jawapan dah diserahkan kepada pengawas yang menjaga dewan exam...

Aku pandang satu sahabat yang duduk jauh dari aku.. Aku senyum kat dia.. Dia senyum kat aku dan buat isyarat geleng kepala.. Kemudian mulutnya membuat isyarat sebutan, "Habis.. Habis..."..

Aku balas macam orang berbisik, "Sama laaa.."....

Tak dinafikan exam kali ni agak susah.. Paling susah yang pernah aku jumpa sebenarnya.. Aku tak pernah lagi rasa exam sesukar ini..

Mungkin ada hikmahnya.. 

"Ya Allah permudahkan perjalanan akhir kami di UTHM ini....."

Bukan awal sem yang mencabar.. Rupanya sem akhir ni lebih besar cabarannya...

Terima kasih..

p/s: 2 hari try fokus.. Hari lain tengok jugak tapi tak lah hadam dalam-dalam macam 2 hari yang penuh cabaran tu.. (^^,)

Friday, June 7, 2013

Counting Our 1st Anniversary dan Wedding Reception..

Assalam...



Perjalanan setahun berumahtangga semakin hampir.. Walaupun baru menghampiri setahun, suka duka, pahit manis, ketawa menangis semuanya ada.. Naik turun mengharungi perjalanan berumahtangga juga mematangkan kami..

Bulan ni masuk 4 bulan kami duduk bersama sebab berjaya menyewa rumah sendiri.. Sebelum ni jumpa hujung minggu je.. Husband turun Batu Pahat, kami book hotel.. Kadang-kadang aku balik JB rumah mak mertua atau kami berdua balik Melaka rumah parents aku..

Bila dah ada rumah sendiri, aku manfaatkan masa dan kelapangan waktu sebaik-baiknya untuk berada di rumah sendiri dan berbakti dalam rumah sendiri.. Begitu jugak dengan husband.. Setiap bulan berbelanja untuk rumah merupakan satu nikmat yang sangat indah.. 

Kewangan??

Dengan izin Allah, sebenarnya kita boleh survive untuk kahwin masa muda, masih bergelar student, fresh graduate atau belum bekerja tetap (kontrak) janji ada sumber kewangan setiap bulan.. Situasi aku, aku student full time dan husband baru 4 bulan tamat belajar, kami bertunang dan terus nikah..


Situasi Merisik dan Bertunang..



Makan tengahari dengan kedua belah pihak..




Terima sebentuk cincin emas sebagai tanda..




Terima sepasang kain baju kurung...


Aku tak ada apa-apa untuk dibalas kepada pihak lelaki.. Mungkin ada lah sedikit kurma dan kekacang dari Arab Saudi.. Biasa lah nama pun student.. Tapi itu kemampuan aku.. Orang kata ukur baju dibadan sendiri.. 

20 hari kemudian kami nikah..


Situasi Pernikahan..


Mas kahwin RM40 hehe masih cantik dalam frame sampai hari ni..


Suami jugak mengukur baju di badan sendiri hihihi.. Aku menerima mas kahwin sebanyak RM40 dan wang hantaran berjumlah RM1500.. Syukur alhamdulillah... Terima kasih Abah dan Umi sebab membantu memudahkan urusan kami..

Pernikahan tu permulaan sahaja.. Yang penting selepas bernikah.. Bagaimana pasangan meneruskan kelangsungan hidup dari segi kewangan, pengisian rohani dan jasmani dan sebagainya..












Benda yang paling ketara... Berat badan husband makin bertambah bila kami duduk serumah hehe.. Baru sebulan duduk serumah dah naik 3kg!!.. Isterinya pulak masih tak nak berganjak dengan obsesnya pada diet haha.. Cermin kawan paling rapat dalam rumah.. Serba serbi nak jaga.. Semoga obsesi itu membawa kepada arah kebaikan.. Ameen..

2 minggu lagi Wedding Reception kami.. Serentak dengan adik perempuan aku.. So, beres sudah anak-anak perempuan Abah dan Umi.. Dua-dua sudah di ambil orang hehehe..

Bercerita tentang Wedding Reception.. Kami adakan di Rumah Media Melaka berhampiran MITC dan Mydin Mall Melaka.. Dewan lain full booked.. Kami lambat jugak buat preparation.. Alhamdulillah Rumah Media Melaka ada hehe..

Tema kami kali ni ENGLISH STYLE.. Semua arrangement akan dibuat oleh wedding planner kami.. Siapa?.. Lagi 2 minggu baru aku tahu siapa orangnya sebab aku tak join preparation untuk Wedding Reception ni.. Aku join bab prepare baju kami sahaja hehe.. Meeting dengan wedding planner pun aku tak pernah berkesempatan nak turut sama.. Huhuhu..

Dah lah sehari sebelum majlis ada paper final exam.. Huhuhu petang pulak tu baru selesai.. Nampak gaya malam baru sampai Melaka, lepas tu kelam kabut tepek inai kat jari.. Iron baju.. Lepas tu ZzzzZZzzzZZz.. Hopefully esok harinya aku gagah bangun awal pagi dengan wajah berseri-seri.. Bukan wajah macam mak panda huhuhu.. Habis majlis, esoknya kena cabut balik Batu Pahat meneruskan paper final exam yang seterusnya..

Nak share sikit tentang design baju masa majlis tu nanti..

Design baju dibuat dengan taylor.. Ya! Taylor bertauliah hehe.. Taylor yang sama jahitkan baju-baju ANNA DARLING tau!!!

Aku pilih untuk buat dress kembang labuh menggunakan high quality satin.. Kembangnya macam mana rupa tu aku tak boleh nak bayangkan.. Mungkin kembang tu kembang tapi kembang sikit jelah bukan kembang macam payung terbukak tu hehehe..

Lace pulak aku pilih warna bunganya yang ada soft blue dan soft yellow.. Taylor kata kain lace tu elok buat design baju kebaya.. So aku pun ikutkan jelah sebab taylor punya idea lebih baik dari apa yang aku bayangkan.. Sama jugak macam kami bincang tentang design dress dan jubah ANNA DARLING.. Bila dah siap je bajunya.. Aku yang terkinja-kinja nak bawak balik baju-baju tu sebab cantek sangat!!! Ermm cantik tengok depan mata lah hehe.. Tengok kat gambar tak puas..

Bila dilihat semula.. Warna baju Wedding Reception aku dah macam warna baju Barbie As Island Princess hehehe.. BIRU!!...

Bak kata Umi.. Tema English Style lepas tu...............

Baju family: KUNING
Baju kami: BIRU
Baju adik: PUTIH SUSU

Hahahaha... Colourful lah nampak gayanya.. 





Terima kasih....

Monday, June 3, 2013

Padah Bila Perasan Diri Sendiri Gagah!

Assalam..



Pagi semalam terasa badan sedikit bertenaga... Bila dah ada tenaga dan tak rasa sakit-sakit macam selalu.. Aku pun enjoy lah jadi isteri mithali hehehe.. Dah lama tak masuk dapur dan buat kerja rumah seperti biasa..

Kiranya semalam tu hampir genap 2 minggu selepas proses inject MTX tu..

Macam suri rumah tangga yang lain jugak.. Basuh kain baju.. Sidai kain baju.. Angkat kain baju.. Lipat kain baju (depan TV hehe).. Kemas-kemas rumah bagi sedap mata memandang..

Bila dah petang tu.. Terfikir jugak nak masak apa untuk makan malam nanti.. Google punya google.. Dapat lah idea nak masak nasi ayam... Masak nasi ayam ni lengkap.. Ada ayam, sup, sambal, sayur dan nasi..

Dalam pada terfikir pasal nasi ayam.. Teringin pulak nak makan bubur caca.. Okay jugak buat bubur caca untuk pencuci mulut.. Bahan pun dah tersedia tinggal rajin dengan malas je hehe..


So.. Ini lah hasilnya nasi ayam aku dan bubur caca untuk kami berdua.. Resepi nasi ayam ni aku ikut resepi SET NASI AYAM KAK NADZ..








Hasilnya memang best.. Kalau orang yang diet pun tak boleh nak diet hehehe.. Asyik nak tambah nasi je hehehehe... Bubur caca pulak aku buat sama macam resepi bubur sagu sebelum ni.. Cuma tambah caca tu je.. Kebetulan husband tak pernah makan bubur caca.. Alhamdulillah dapat lah dia rasa tekstur bubur caca tu..







Tak berapa nak nampak sangat caca tu sebab aku suka letak kuah banyak hehe.. Rajin sangatkan semalam.. Rasa macam dah sihatkan..

Akhirnya dari pukul 8.30 malam sampai 2 pagi berjalan-jalan dalam rumah.. Baring salah.. Duduk salah.. Berdiri pun salah.. Punya lah sakit bawah perut macam senggugut.. Ermm tapi sakit lagi dari senggugut.. Sapu losyen mustajab paling panas pun.. Losyen kalah.. 

Hari ni masih lagi sakit-sakit... Mungkin sakit ni adalah kesedaran untuk jaga makan, minum dan mengelakkan segala kerja yang berat-berat.. 

Malangnya.. Siapalah aku nak tatap rumah yang tak terurus.. Ceh.. Tak terurus ke.. Istilah tak terurus aku ni lain sikit.. Orang mengemop lantai dapur pakai mop.. Aku mop lantai dapur pakai tangan dengan kain buruk sebab aku nak setiap bucu dapur clear..

Ada orang kata lagi.. Nak nampak kemas je rumah.. Ahh sumbat semua kain baju dalam almari.. Hohoho aku tak boleh.. Kalau boleh kain baju tu nak line lipatan sama je semua.. Jadi bila bukak tutup almari.. Sedap mata memandang..

Hari ni tak perlu fokus pada rumah hehe sebab semalam dah fokus kat rumah je.. Hari ni kita siapkan full report PSM sebab esok dah kena hantar.. Moga Allah mudahkan urusan kita semua.. Ameen..

p/s: Berlagak tak nak pantang.. Bila dah sakit baru rasa "I should!!".. Pantang untuk orang gugur boleh lah check cara-caranya DI SINI...

Terima kasih..

Friday, May 31, 2013

Nikmati Sandwich Lazat Bersama KEWPIE!!!

Assalam..


Iklan ni tidak ditaja tapi nak share akan kesedapan sandwich jika dimakan bersama KEWPIE!!! Tak percaya?? Hahaha cuba lah...



















SIAP!!!

Aku terliur tengok husband makan sandwich ni masa breakfast...
Tu yang habis langgar pantang pantang ni.. Hehehe...




Breakfast sebenar untuk aku pagi tu ROTI BAKAR...
Tengok sandwich bersama Kewpie Spread ni sedap..
Terus tukar menu hehehe

Terima kasih..

Thursday, May 30, 2013

Air Tangan Untuk isteri

Assalam..



Aku tidak berpantang...

Aku makan sama macam orang lain cuma Umi tak bagi aku makan nenas je.. Lain-lain tu ikut aku lah nak makan ke tak..

Bila nak minum air sejuk...


Aku: Abah... Boleh ke Along minum air sejuk? 

Abah: Boleh je.. Kalau ikut Abah.. No hal lah..

Aku: Waaa... Hausnya tekak... Sedapnya minum air sejuk... (Terus laju je ambil cawan kat dapur)


Bila Umi dengan Abah passing baton (aku) kepada husband untuk dibawa pulang ke JB.. Aku tak sangka suasana berehat di rumah sendiri berbeza dengan suasana berehat di rumah parents...

1st day balik rumah kami.. Lepas husband balik dari kerja... Dia tung tang tung tang kat dapur masak makan malam untuk aku.. Aku pulak duduk berehat sambil fokus siapkan PSM..

Memandangkan tak puas hati.. Nak tau jugak dia masak apa.. Aku terus masuk dapur dan buka penutup periuk..


Husband: Alaaaa.... Kenapa bukak penutup periuk tuu... Tak surprise lah macam ni..

Aku: Alaaaa... Nak jugak tau masak apa...

Husband: Alaaa... Kantoi dahhh...


Allah... Husband buat ikan masak stim!!!!!!.... Banyak bawang bersama halia...

Rupanya husband dah nekad.. Kalau dia ambik alih jaga aku... Dia nak pantang-pantangkan aku... Lauk pantang memang tak ada jual kat kedai.. Jadi kena lah husband masak sendiri..






Aku: Sejak bila pandai masak lauk orang berpantang ni...

Husband: Dulu akak-akak pantang kat rumah Mak.. Abang duduk lah tengok Mak masak..

Aku: Lah.. Yeke.. Rajin betul...

Husband: Sedapkan makan lauk pantang ni.. Hehehehe..

Aku: Sedap hehehe.. Alang-alang kena pantang.. Boleh jaga badan hihihi..

Husband.. Makan banyak-banyak biar tambah darah..

Aku: Tu lah... Kepala selalu rasa nak pitam je.. Huhuhu...



Alhamdulillah makan banyak lah aku malam tu.. Bertambah-tambah nasi.. Husband pun happy tengok sedap je isteri dia makan hahaha...

Malam pukul 10.30, husband sibuk gosok baju kerja.. Aku pulak masih sibuk siapkan PSM.. Pukul 11 malam tiba-tiba dengar lagi bunyi tung tang tung tang kat dapur..


Aku: Abang buat apa lagi tu...

Husband: Masak lauk tengahari untuk Sayang makan esok...

Aku: Ha???????? Eh.. Tak apa lah.. Baik tidur cepat.. Esok pagi nak kerja..

Husband: Tak apa.. Sekejap je ni.. Dah nak siap masak dah ni..


Kali ni husband masak gulai anak menangis.. Hehehe unik nama.. Rupanya gulai tu macam singgang cuma singgang tak ada hirisan cili merah.. Gulai ni ada hirisan cili merah..

Esok tengahari aku tinggalkan panaskan lauk dan makan dengan nasi hehehe.. Alhamdulillah kenyang...

Bila difikirkan semula.. 1st time kakak ipar aku pantang kat rumah mak mentua masa husband form 3!! Baru 15 tahun.. Last sekali kakak ipar aku pantang 2 tahun lepas..

Aisshh... Kalau aku lah.. Baru form 3, tak ada maknanya nak sibuk belajar masak lauk orang pantang... Tengok barbie kat tv lagi best huhuhu...





Esoknya aku langgar dah pantang hehehe sebab tak tahan tengok husband makan sorang-sorang.. Dia makan.. Aku pun nak jugak makan.. So dapat lah jugak makan hehe... Aku nak share satu rahsia yang membuatkan sandwich ni sangat-sangat sedap.. Tapi kena tunggu entry lain lah hehehe.. Okay??

Terima kasih....

2.51 malam 31/5/2013---> saat menaip entry ni.. mengantuknya.. T_T..

Wednesday, May 29, 2013

10 weeks 5 days!

Assalam..


The pregnancy was not totally over but insyaallah will be over sooner or later...

Tapi hari ni ada appointment dengan doctor.. Doctor nak tengok my beta HCG level turun ke tidak lepas ambil injection MTX Selasa lepas..

My betaHCG:

1st 985 ---> 7 weeks pregnant
2nd 12XX (tak ingat nombor belakang) ---> 7 weeks ++
3rd 222X (lupa nombor last) ---> 8- 9 weeks pregnant
---Inject MTX---
4th 18XX (lupa....lupa...) ---> 9 weeks
5th 75X (hahaha lupa nombor last) ---> 10 weeks 4days

So.. Alhamdulillah.. My beta HCG starts to decrease.. So tak perlu lah 2nd injection MTX tu.. Tak nak dah kena inject lagi sebab sakit dan susah nak jalan.. Doctor bayangkan MTX was like "taburan kaca pecah" sakitnya.. Boleh lah jugak.. Ada jugak rasa macam tu..

Seperti yang aku explain kat entry TTC sebelum ni.. HCG hanya dihasilkan oleh pregnant women.. Kalau tak pregnant.. HCG level is below than 5...

Nurse timbang berat badan dan penimbang tunjuk 52kg.. Sepanjang 2 bulan lebih pregnant berat badan tak berapa nak naik.. Makan pun kurang.. Patutnya kena lah makan banyak sebab untuk 2 orang tapi I didn't do that T_T...

Berat sebenar sebelum preggy was 56kg- 58kg.. Bila start preggy masa tu dah tak lalu nak makan (masa tu tak perasan pun pregnant sampai lah doctor nak gugurkan baru terasa, owh dalam badan ada makhluk Allah yang lain rupanya..) Bila tak lalu makan.. Turun 2kg jadi 54kg.. Sekarang tengah dalam proses pengguguran dah turun ke 52kg pulak..

Masa 3weeks sampai 5weeks selalu rasa nak tidur je.. Tapi rasanya kalau tak pregnant pun sama je kuat tidur hahahaha... Tapi nampak lah terlebih tidur dan suka sangat nak baring je.. Kalau boleh tak nak buat benda lain..

Constipate dan diarrhea adalah kawan baik aku sepanjang pregnant.. Sampai sakit-sakit perut ni.. Huhuhu masa tu tak terfikir pun orang pregnant boleh kena macam ni.. Walaupun constipate dan diarrhea tetapi setiap hari wajib buang air besar.. Masa tak pregnant, seminggu sekali pun susah.. Tu yang suka minum clenx tea.. Mungkin lepas ni rindu lah saat-saat ni hehehe..

Lagi satu yang peliknya.. Masa 5 weeks.. Emosi yang entah apa-apa terjadi.. Dengar lagu "Just Give Me A Reason" si Pink nyanyi duet tu.. Menangis teresak-esak atas katil sampai bercucuran air mata.. Menangis dalam bilik yang gelap pulak tu.. Mujur lah husband tak ada dalam bilik masa tu.. Menangis sampai tertidur.. 

Ada jugak lah tiba-tiba rasa loya tekak bau makanan.. Al kisahnya.. Aku teringin sangat nak makan meatball Ikea dan Abang Burn.. Tapi mana nak carik.. Dah malam pukul 10 kot masa tu.. So.. Cadangnya nak masak meatball sendiri lah kan..

Beria-ria cipta resepi meatball sendiri guna daging burger Ramli hehe.. Aku duduk atas lantai menggentel la meatball dengan adik-adik.. Bila dah siap menggentel, ready nak menggoreng.. Sekali tak larat berdiri lama-lama untuk tunggu meatball masak.. Ooo masa tu aku baru keluar wad.. Masa tu belum gugurkan baby lagi..

Husband lah ambil alih menggoreng.. Aku duduk buat benda lain.. Tiba-tiba rasa nak pergi tengok pulak meatball yang sedang digoreng tu.. Aku berdiri depan pan dan......... Bau apa ni.. Busuknya masa tu aku rasa bau meatball tu.. Aku terus tutup hidung dan diri jauh-jauh..

Husband pun.. "Dah kenapa tu tutup hidung.."... Aku lari keluar dari dapur sebab nak muntah..

Masa tu baru sedar.. Rupanya orang pregnant ni bukan sengaja dia buat-buat nak muntah tapi memang tiba-tiba je jadi macam tu... Aku selalu rasa macam kenapa tak fight.. Jangan lah letak mind set penat lah, loya tekak lah masa pregnant.. So, sebenarnya ada masa kita boleh fight tapi ada masa benda tu terjadi secara natural dan tiba-tiba je...



Makan sikit je.. Lepas tu passing kat adik-adik..


Bila jumpa doctor hari ni.. Dia pun kira lah hari ni dah berapa weeks aku pregnant.. Pregnant yang dalam tempoh menggugurkan lah.. Bukan maksudnya baby tu still ada dan membesar.. Jangan salah faham pula hehe..Sedar tak sedar dah 10 weeks and 5 days.. Kiraan tu untuk catatan doctor je..

"So, apa kita nak describe kes patient ni? Ectopic or PUL (pregnancy unknown location)?" Doctor perempuan India bertanya kat sorang doctor lelaki Melayu..

"She is PUL..." Jawab doctor lelaki tu..

So.. Aku bukan mengandung luar rahim (ectopic) tapi pregnancy unknown location.. Mungkin baby terselit entah kat mana-mana.. So, better gugurkan dari terus dia membesar di tempat yang tak sepatutnya.. Buatnya dia ada kat celah perut ke, usus ke.. Memang special baby lah zuriat aku yang pertama ni.. Hanya Allah sahaja yang tahu di mana dia sebenarnya berada sebab doctor dan parents dia ni pun tak tahu nak describe dia ni di daerah mana dalam badan mommy dia ni..

Hari ni diarrhea + constipate.. Allah je tahu susahnya nak berjalan, bangun, duduk dan baring.. Sakit nak angkat badan sendiri T_T.. Dah lah PSM full report kawan yang bindingkan, hantarkan T_T... Terima kasih Ida!!!... Yang hantar check up pun kawan-kawan kelas jugak... Terima kasih Kak Nad dan Liza!! Semoga Allah memudahkan urusan kalian pula selepas ni... Ameen..




IDA!!!!!




LIZA dan KAK NAD!!!!!


Esok pagi kami ada presentation final year project (FYP) atau nama lainnya projek sarjana muda (PSM)... Ini lah antara presentation terakhir sebelum melangkah keluar dari UTHM... May Allah bless us and give us strength.. Allahuakbar!!


Terima kasih semua...

Saturday, May 25, 2013

Home Sweet Home

Assalam...




Husband ambil alih jaga aku pulak minggu ni..




Alhamdulillah.. Dapat kembali ke rumah walaupun tak lama..
Seronok dapat berada dalam rumah sendiri...

Tapi...

Teringat pulak rumah parents dan hidangan makanan yang
sedap-sedap...

So..

Menu pertama untuk hari pertama husband jaga aku kat
rumah...

"Hari ni Abang buatkan salad makan dengan wholemeal bread ya.."
-Husband-

"Okay tapi tak nak salad yang ada tomato dengan timun.. Tak suka hehe.."
-Aku-

Menunggu husband balik rumah.. Aku dah mula rasa perut tak selesa dan
sakit T_T...


Thank you..


p/s: Saja nak share link HiSHOP untuk side income heheheh.. 

NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3