Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Wednesday, May 29, 2013

10 weeks 5 days!

Assalam..


The pregnancy was not totally over but insyaallah will be over sooner or later...

Tapi hari ni ada appointment dengan doctor.. Doctor nak tengok my beta HCG level turun ke tidak lepas ambil injection MTX Selasa lepas..

My betaHCG:

1st 985 ---> 7 weeks pregnant
2nd 12XX (tak ingat nombor belakang) ---> 7 weeks ++
3rd 222X (lupa nombor last) ---> 8- 9 weeks pregnant
---Inject MTX---
4th 18XX (lupa....lupa...) ---> 9 weeks
5th 75X (hahaha lupa nombor last) ---> 10 weeks 4days

So.. Alhamdulillah.. My beta HCG starts to decrease.. So tak perlu lah 2nd injection MTX tu.. Tak nak dah kena inject lagi sebab sakit dan susah nak jalan.. Doctor bayangkan MTX was like "taburan kaca pecah" sakitnya.. Boleh lah jugak.. Ada jugak rasa macam tu..

Seperti yang aku explain kat entry TTC sebelum ni.. HCG hanya dihasilkan oleh pregnant women.. Kalau tak pregnant.. HCG level is below than 5...

Nurse timbang berat badan dan penimbang tunjuk 52kg.. Sepanjang 2 bulan lebih pregnant berat badan tak berapa nak naik.. Makan pun kurang.. Patutnya kena lah makan banyak sebab untuk 2 orang tapi I didn't do that T_T...

Berat sebenar sebelum preggy was 56kg- 58kg.. Bila start preggy masa tu dah tak lalu nak makan (masa tu tak perasan pun pregnant sampai lah doctor nak gugurkan baru terasa, owh dalam badan ada makhluk Allah yang lain rupanya..) Bila tak lalu makan.. Turun 2kg jadi 54kg.. Sekarang tengah dalam proses pengguguran dah turun ke 52kg pulak..

Masa 3weeks sampai 5weeks selalu rasa nak tidur je.. Tapi rasanya kalau tak pregnant pun sama je kuat tidur hahahaha... Tapi nampak lah terlebih tidur dan suka sangat nak baring je.. Kalau boleh tak nak buat benda lain..

Constipate dan diarrhea adalah kawan baik aku sepanjang pregnant.. Sampai sakit-sakit perut ni.. Huhuhu masa tu tak terfikir pun orang pregnant boleh kena macam ni.. Walaupun constipate dan diarrhea tetapi setiap hari wajib buang air besar.. Masa tak pregnant, seminggu sekali pun susah.. Tu yang suka minum clenx tea.. Mungkin lepas ni rindu lah saat-saat ni hehehe..

Lagi satu yang peliknya.. Masa 5 weeks.. Emosi yang entah apa-apa terjadi.. Dengar lagu "Just Give Me A Reason" si Pink nyanyi duet tu.. Menangis teresak-esak atas katil sampai bercucuran air mata.. Menangis dalam bilik yang gelap pulak tu.. Mujur lah husband tak ada dalam bilik masa tu.. Menangis sampai tertidur.. 

Ada jugak lah tiba-tiba rasa loya tekak bau makanan.. Al kisahnya.. Aku teringin sangat nak makan meatball Ikea dan Abang Burn.. Tapi mana nak carik.. Dah malam pukul 10 kot masa tu.. So.. Cadangnya nak masak meatball sendiri lah kan..

Beria-ria cipta resepi meatball sendiri guna daging burger Ramli hehe.. Aku duduk atas lantai menggentel la meatball dengan adik-adik.. Bila dah siap menggentel, ready nak menggoreng.. Sekali tak larat berdiri lama-lama untuk tunggu meatball masak.. Ooo masa tu aku baru keluar wad.. Masa tu belum gugurkan baby lagi..

Husband lah ambil alih menggoreng.. Aku duduk buat benda lain.. Tiba-tiba rasa nak pergi tengok pulak meatball yang sedang digoreng tu.. Aku berdiri depan pan dan......... Bau apa ni.. Busuknya masa tu aku rasa bau meatball tu.. Aku terus tutup hidung dan diri jauh-jauh..

Husband pun.. "Dah kenapa tu tutup hidung.."... Aku lari keluar dari dapur sebab nak muntah..

Masa tu baru sedar.. Rupanya orang pregnant ni bukan sengaja dia buat-buat nak muntah tapi memang tiba-tiba je jadi macam tu... Aku selalu rasa macam kenapa tak fight.. Jangan lah letak mind set penat lah, loya tekak lah masa pregnant.. So, sebenarnya ada masa kita boleh fight tapi ada masa benda tu terjadi secara natural dan tiba-tiba je...



Makan sikit je.. Lepas tu passing kat adik-adik..


Bila jumpa doctor hari ni.. Dia pun kira lah hari ni dah berapa weeks aku pregnant.. Pregnant yang dalam tempoh menggugurkan lah.. Bukan maksudnya baby tu still ada dan membesar.. Jangan salah faham pula hehe..Sedar tak sedar dah 10 weeks and 5 days.. Kiraan tu untuk catatan doctor je..

"So, apa kita nak describe kes patient ni? Ectopic or PUL (pregnancy unknown location)?" Doctor perempuan India bertanya kat sorang doctor lelaki Melayu..

"She is PUL..." Jawab doctor lelaki tu..

So.. Aku bukan mengandung luar rahim (ectopic) tapi pregnancy unknown location.. Mungkin baby terselit entah kat mana-mana.. So, better gugurkan dari terus dia membesar di tempat yang tak sepatutnya.. Buatnya dia ada kat celah perut ke, usus ke.. Memang special baby lah zuriat aku yang pertama ni.. Hanya Allah sahaja yang tahu di mana dia sebenarnya berada sebab doctor dan parents dia ni pun tak tahu nak describe dia ni di daerah mana dalam badan mommy dia ni..

Hari ni diarrhea + constipate.. Allah je tahu susahnya nak berjalan, bangun, duduk dan baring.. Sakit nak angkat badan sendiri T_T.. Dah lah PSM full report kawan yang bindingkan, hantarkan T_T... Terima kasih Ida!!!... Yang hantar check up pun kawan-kawan kelas jugak... Terima kasih Kak Nad dan Liza!! Semoga Allah memudahkan urusan kalian pula selepas ni... Ameen..




IDA!!!!!




LIZA dan KAK NAD!!!!!


Esok pagi kami ada presentation final year project (FYP) atau nama lainnya projek sarjana muda (PSM)... Ini lah antara presentation terakhir sebelum melangkah keluar dari UTHM... May Allah bless us and give us strength.. Allahuakbar!!


Terima kasih semua...

2 comments:

mrS pinu said...

semoga cepat sembuh

RIMA DANIA said...

Mrs Pinu: ameen..terima kasih mek..

NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3