Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Tuesday, August 9, 2011

KEK KUKUS COKLAT LEMBAB

Entri yang tak seberapa untuk hari ini adalah kek kukus coklat lembab a.k.a Stim Moist Chocolate Cake ye kawan-kawan... Aku tak create pun resepi ni tapi ambil resepi ni dari Blog Kak Naz iaitu kawan kepada mak cik aku... Rasa-rasa nak cuba sesuatu yang baru boleh lah ke OVENKECIL.BLOGSPOT..

Serius senang dan korang tak payah nak timbang-timbang bahan sebelum buat kek sebab semua bahan dikira dengan cawan.. Jadi hari ni memang aku guna cawan jelah untuk adunan kek kukus aku... Untuk pertama kali buat kek kukus... Aku sangat HAPPY sebab kek tu menjadi ... Sedap.. Lembab.. Dan aku bakal mengajar orang lain untuk buat kek ni... Semoga pahala itu berterusan kerana menyampaikan ilmu.. Masak pun ilmu jugak kan...

Harga sebijik kek kukus coklat yang aku pernah tengok RM45 sebijik... Kalau rajin boleh buat sendiri dan bahan-bahannya pun tak mahal... Ok geng jom tengok resepi...



Sumber : Kak Naz


Bahan-Bahan:
1 cawan serbuk koko
1cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1cawan minyak masak
1/2 cawan susu manis
1 1/4 cawan tepung gandum*
1 tsp baking powder*
1 tsp soda bicarbonate* (* ayak bersama)
3 biji telur

Cara :
1. Campur koko,gula,susu cair,susu pekat manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut – ADUNAN A
2. Panaskan kukusan.
3. Pukul telur hingga kembang. Campur ke dalam ADUNAN A. Gaul rata.
4. Masukkan bahan ayak dan gaul sebati.
5. Tuang adunan ke dalam acuan dan tutup dengan aluminium foil.
6. Kukus selama 1 jam baru angkat dan sejuk kan.



Untuk toppingnya:
1. Coklat Masakan Vochelle
2. 1/4 Butter atau 2 sudu makan minyak masak

Cara-cara:
1. Campurkan coklat masakan dengan butter atau minyak masak (ikut bahan yang anda ada kat rumah..)
2. Cairkan coklat secara double boil sehingga cair... ( KLIK SINI untuk tahu cara double boil...)
3. Curahkan diatas kek kukus dan hiaskan mengikut citarasa anda..







Ini hasil yang aku perolehi lepas mengikut resepi Kak Naz.. Best!!!!





Yang ni aku dah potong-potong masuk dalam bekas untuk disimpan...
Boleh simpan dalam peti sejuk...





Selain dari berita gembira kek kukus menjadi.. Aku juga dapat panggilan dari Mak cik aku.. Order untuk headband baby dan kanak-kanak bertambah.... Memang tak terkata dan tak tersalin order yang dibuat melalui telefon... Rasa blur-blur jap sebab yang sedia ada pun hampir sold out dan tempahan bertambah... Alhamdulillah...

Kena mulakan sesi menjahit headband dan tempahan Insyaallah akan di hantar pada hujung minggu jika berkesempatan sebab mereka nak pakaikan anak-anak untuk raya agaknya... Hehehe Thank you Allah kerana murah rezeki di bulan Ramadhan dan semoga kemurahan rezeki ini berterusan sampai bila-bila.... Ameen...

Thanks kepada yang sudi membaca entri yang happy ni.... (^^,)




Saturday, August 6, 2011

Chocolate Mousse




Hari ni saja nak share video pasal terlebih berbuka... Harap-harap kita tak tergolong seperti kartun merah tu... Overdose betul hehehe... Aku ada janji kat link yang ni KLIK SINI nak ajar buat Chocolate Mousse kan... So... Hari ni aku sebagai tuan tanah blog ni nak ajar macam mana nak buat... Ni boleh jadi pencuci mulut untuk berbuka.. Sedap tu memang lah sedap tapi nak rasa sedapnya macam mana.. Boleh cuba ye...







Yang kat atas tu contoh gambar Chocolate Mousse yang aku jumpa kat pak cik google tapi resepi bukan google ye... Hehehe ok kalau semua dah ready mari kita ke dapur blog aku ni.....


Bahan-bahan:

  • 4 biji telur (asing kan yang putih dan kuning)
  • Cooking chocolate 2 papan
  • 1/4 butter
  • 5 sudu besar gula kastor
  • Buah-buahan hiasan (Strawberry, Oren dll)
  • Ais-krim (option sahaja ye kawan-kawan)


Cara-cara:


  • Cooking chocolate dan butter dicairkan secara double boil sehingga larut dan sebati..
  • Selepas tu masukkan 4 biji kuning telur sahaja ke dalam adunan cooking chocolate dan gaul sebati.. Ketepikan..
  • Dalam mangkuk yang lain.. 4 biji putih telur dipukul sehingga kembang kemudian tambah 5 sudu besar gula kastor dan pukul sehingga lebih kembang dan pekat...
  • Campurkan adunan cooking chocolate dgn adunan telur putih tadi dan gaul menggunakan sudu hingga sebati...
  • Tuangkan adunan ke dalam cawan dan simpan di dalam peti sejuk selama 2 jam..
  • Jika chocolate mousse sudah sedia untuk dihidang.. Hiaskan dengan buah-buahan atau ais-krim...



Soalan aku untuk hari ni... Terliur tak? Kalau rasa-rasa ada yang dah cuba Chocolate Fudge tu dan rasa sedapnya.... Jemput lah try yang ni pulak ye... Tak rugi pun kan kalau cuba... Semalam aku sempat buat chocolate fudge.. Tak sampai 10 minit dah boleh siap simpan dalam peti sejuk... Aku prefer kalian simpan dalam freezer jadi cepat sikit dia membeku..

Memang masa buka semalam tangan tu asek termasuk dalam pinggan chocolate fudge hahaha.. Adik-adik aku pun sama lah... Semua sengih je sambil tangan berulang-ulang masuk dalam pinggan yang sama... Ada yang kaut macam makan nasi..

Aku prefer chocolate Vochelle untuk sebarang resepi yang kena guna chocolate... Cooking chocolate vochelle ni dia tak manis sangat dan tak pahit sangat.. Dia kat tengah-tengah.. Jadi sesuai lah untuk yang tak suka manis sangat dan pahit sangat...

Yang nak tau macam mana rupanyan kalau aku sebut double boil tu... Boleh tengok gambar kat bawah ni...




Kalau gambar di atas kurang clear... Kalian klik bagi nampak sikit.. Zoom-zoom untuk nampak description sebelah anak panah merah tu..


Ok.. Selamat berpuasa untuk hari keenam.. (^^,)


Thursday, August 4, 2011

CHOCOLATE FUDGE


Kepada penggemar chocolate dan memang gilakan chocolate... Bertuah lah anda view blog aku pada entri kali ni sebab aku nak share satu resepi senang iaitu Chocolate Fudge.. Untuk bulan Ramadhan ni aku cadang buat masa nak buka... Kalau raya nanti nak buat masa open house pun boleh...

Yang penting... Jangan makan selalu sangat... Sebulan sekali tu ok lah... Kalau nak jugak makan tiap hari tu no hal tapi jaga-jaga lah kot terkena penyakit berkenaan kadar gula tinggi dalam badan karang susah...

Bahan pun ada 4 je... What???? 4 je ke?? Yelah 4 je... Bukan susah pun nak carik semua bahan- bahan ni... Korang boleh carik je kat mana-mana kedai... Insyaallah jumpa punya lah...


Bahan-bahan:

  • 2 papan Cooking chocolate (potong dadu)
  • 1/2 butter cup
  • 100 g kekacang cincang halus (almond ke hazelnut ke atau kacang tanah pun kalau korang suka boleh letak)
  • 12 sudu susu pekat manis

Cara-cara:

  • Campurkan cooking chocolate dengan butter dan cairkan secara double boil.
  • Kemudian masukkan susu pekat manis dan kacau sebati.
  • Masukkan kekacang dan gaul sebati.
  • Tuang ke dalam loyang yang di alaskan parchment paper dan simpan di dalam peti ais lebih dari 1 jam. Sebaik-baiknya biarkan selama 3 jam dan ke atas.
  • Setelah chocolate fudge mengeras boleh lah potong dan hidangkan...

Ada sesiapa dah terliur?? Hahahaha... Boleh lah esok beli bahan ye dan try buat sendiri.. Senang je kan?? Next entri nanti aku ajar buat Chocolate Mousse pulak eh... Sedap jugak cuma bahan-bahan dia extra sikit tapi senang je.. Tak susah...


Thanks sebab baca entri ni... Jangan lupa cuba ye....

Wednesday, August 3, 2011

SERONOKNYA RAMADHAN fulltime KAT RUMAH



Bestnya bulan puasa ni fulltime kat rumah... Sem lepas dan lepas dan lepasnya.... Dari Diploma sampai lah sambung degree memang susah nak dapat peluang macam ni... Kalau diploma dulu balik kelas terus pegi bazar tapi bazarnya pendek sangat jadi tak de pilihan makanan... Makan apa yang ada jelah...

Kalau sahur pun aku memang makan bubur segera... Tak pun telan biskut cicah air milo... Kalau ada spare roti lagi lah untung... Lagipun bukan hari-hari beli roti... Kamsis poli kan 1 bilik 2 orang je penghuni... Memang aku sahur sama-sama dengan roomate aku...

Bila dah degree pulak.. Balik kelas terus pergi bazar tapi bazarnya lebih panjang berganda-ganda hahaha.... Bersenam lah aku joging keliling bazar carik makanan buka... Tapi tu lah degree dah lain dari poli.... Lepas buka je pukul 8 malam ada kelas... Makan pun ala kadar je lah pastu siap-siap solat ke apa terus pergi kelas...

Tapi nikmatnya tahun ni dapat puasa kat rumah... Boleh masak makanan yang kita rasa nak makan untuk berbuka.... Nak solat tarawih pun boleh pilih pukul berapa nak solat... Kalau kat U memang aku kena solat sebelum tidur walaupun balik kelas pukul 11 malam tapi rugi kalau tak solat... Gitu gini dah pukul 1 pagi baru nak tidur... Tu pun kalau tak ada kerja...

Biasa lah life sebagai student kan memang macam tu... Kan kan kan.... Hahaha aku cerita kat adik aku macam mana puasa kat U... Konon bebel lah kat suruh adik semangat sikit pergi sekolah bulan-bulan puasa ni... Nak jadi contoh yang baik lah konon-kononnya... Tapi last-last aku yang kena balik dengan my mom...

"Alaahh... Awak tu dulu masa sekolah apa kurangnya... Puas nak bebel suruh siap pergi sekolah ... Sekarang tau pulak bebel kat adik..."..... Aku pun jawab balik "Sebab dah berjaya sikit ni lah bebel kat adik.. Kalau tak berjaya memang langsung senyap je tak nak komen apa-apa...."


Mana best... Sekolah ke U...?


Jawapan aku: Dah tentu U... Kalau ingat pasal sekolah nanti rasa macam pening-pening lah kepala ni.. huhu

Monday, August 1, 2011

"Umi... Atok tu pernah jadi Raja ke?" Hehehe....

Selamat Pagi... Selamat berpuasa di hari yang kedua... Aku ni tercelik je mata lepas sahur tadi.... Gara-gara kopi punya pasal maka aku langsung tak boleh sambung tidur macam biasa... Tapi tak ape lah.. Kurang-kurang dapat lebih masa buat aktiviti update kedai aku RIMA DANIA SHOP... Update blog lebih awal dari biasa.. Kan kan..

Semalam 1st day puasa dan sempat berbuka kat kampung sebelah ayahanda... Kebetulan ramai jugak balik.. Kira 1st berbuka meriah lah... Pada aku lagi sedap berbuka ramai-ramai kat kampung dari buka kat hotel hahaha....

Kalau cerita letih ke tak 1st puasa... Alhamdulillah langsung tak penat dan tak rasa apa-apa walaupun malam tu tidur lambat sebab siapkan dulu semua kerja rumah pastu baru tidur.... Masih bertenaga macam hari-hari biasa... Tapi yang penting memang betul lah puasa bulan Syaaban juga membantu melatih perut dan badan supaya terbiasa dengan Ramadhan....

Semalam yang lelaki semua pergi solat kat masjid... Aku sempat tarawih kat rumah nenek je... Entah macam mana... Aku boleh terperasan pulak ada satu gambar lama tergantung kat bilik solat rumah nenek... Aku macam teruja lah nak tengok...

Sekali tengok... Waahhh.. Gambar kahwin atok dan nenek lah.... Aku pun panggil Itsmenoni mintak tolong dia amekkan gambar tu... Boleh lah simpan-simpan kan untuk tatapan peribadi... Tapi hahahaha ada satu kejadian tu buat aku tergelak-gelak dalam bilik....

Itsmenoni cakap kat adik sedara kami si Ifwat yang tu gambar atok dengan nenek jadi raja sehari.... Hahaha si Ifwat budak baru darjah 2 mana lah tahu apa maksud raja sehari... Dia punya teruja semacam siap cakap "Uishhh... Atok pernah jadi raja lah....." Hahahaha.... Pastu dia pun pergi lah carik umi dia... Nak tanya betul ke atok pernah jadi raja...


Ifwat: Umi..... Atok pernah jadi raja lah....

Umi: ........ (Senyap je)

Ifwat: Umi... Umi.... Atok pernah jadi raja sehari lah....

Umi: Memang lah atok pernah jadi raja sehari....

Ifwat: Huyoooo....


Dia ingat atok dia jadi raja sehari tu macam jadi raja pemerintah agaknya hahahaha.... Dia belum faham maksud raja sehari tu erti kata lain ialah jadi pengantin.... Tapi dia punya excited berulang-ulang cakap atok pernah jadi raja sehari... Kat gambar tu atok siap pakai baju melayu bersampin.... Hehehe... Nak tengok?? Handsome tau....




Tu dia.... Tak silap aku masa nenek aku kahwin ni masa umur dia 14 kot... Tapi yang pasti kurang dari 15 tahun lah.... Kiteorang ada tanya... Warna sebenar baju nenek warna apa... Maklumlah hitam putih kan... Korang agak-agak warna apa? Mak cik aku teka betul warna sebenar baju tu.... Dia boleh agak... Hahaha betul lak tu...

Pastu nenek aku cakap dia ada amek gambar yang pakai gown tau... Tapi dia tak tunjuk pun kat kiteorang gambar tu hehehe.... Tapi dia macam segan-segan pun ada... Fuyoo... Kalau macam tu aku kahwin pun nak pakai gown lah hehehehe......





Ni adik si Ifwat tu... Model tak berbayar aku hahahaha..... Aku selalu jadikan dia tester produk headband aku... Kalau tengok dia pakai ok dan selesa.... Memang selamat lah produk aku untuk diguna....





Yang ni produk headband aku yang paling latest.... Hangat baru keluar oven... Semalam petang baru jahit-jahit dan create... Tengah nak menambah koleksi pada RD Headband Collection [Part 3] Klik klik link tu hehehe .... Hari ni nak pergi mencarik bahan... Dah alang-alang tak tidur tu... Eloklah segera bersiap-siap sebab pukul 10 shopping bakal dibuka tirainya hahaha...

Ni story aku nak share dengan kalian... Mungkin tidak lah penting bagi yang belum ada anak tapi mungkin story ni kalian boleh guna untuk anak kawan-kawan ke... Anak kakak ke... Anak abang... Baby perempuan memang kebanyakkan pakai headband... Biasa lah untuk perhiasan kan... Up to date dan comel... Tapi ada jenis headband yang getahnya tak sesuai untuk kepala baby....

Baru-baru ni Mak cik aku bawak baby Saffiyyah ni pergi klinik sebab kena pergi check up... Lepas tu nurse tegur suruh bukak headband yang anak dia pakai.... Nurse kata nanti jerut kepala baby dan tak baik untuk kepala baby sebab akan meninggalkan kesan sebab ketat.....

Tapi bila dia tengok dan rasa sendiri headband yang baby Safiyyah ni pakai... Dia terus kata tak apa.... Boleh teruskan pakai.... Sebabnya headband tu tak mendatangkan masalah pada kepala baby.... Dia pun macam terkejut kot sebab selama ni dia tengok headband baby yang jual kat kedai semua ketat-ketat... Rahsia baby cantek dan selamat dengan headband hahaha RD HEADBAND COLLECTION ya....

Itu lah kajian yang aku buat sebelum mulakan bisnes ni... Sebab dah pernah terbeli headband yang ketat untuk anak Mak cik yang kedua pada 6 tahun yang lepas... Orang puteh semua dah guna dah headband ni untuk anak-anak diorang... Jadi aku bawakan trend ni dalam Malaysia....



Friday, July 29, 2011

OREO CHEESECAKE pulak..... Terbaikk...!!!

Mood membuat cheesecake makin menjadi-jadi sekarang.... Hahaha aku dah pun terbuat Oreo Cheesecake petang tadi dan pada jam 1.50 pagi baru dapat makan lepas tengok cake tu agak kukuh dan ok untuk dipotong...

Bagi sesiapa yang tak suka strawberry... Aku suggest korang buat lah oreo punya... Memang terbaik sangat-sangat... Serius sedap.... Lagi satu tips... Kalau nak lagi sedap cheesecake korang.. Jangan sekadar guna cream cheese je tapi campur kan sekali dengan sour cream... 10 kali ganda sedapnya... Lepas tu sour cream tu membantu kurangkan rasa muak pada cheesecake korang... Percaya lah kataku hahaha.....

Sekarang ni kan cuti sem... Nak meredah SR memang kekurangan duit.. Jadi aku pun buat terus sendiri punya.... Yang oreo ni memang rasa sama macam yang korang beli kat luar... Nak jimat macam aku yang cuti sem tak kerja... Buat lah sebijik.. Nanti akan jadi kali kedua.. Ketiga dan seterusnya.... Lama-lama jadi tokey cheesecake terus...

Cuci lah mata dengan gambar ni... Kepada yang dah ada niat nak buat... Semoga berjaya!!!





Sebijik lagi cheesecake untuk hari ni....




Dah macam ala-ala ice cream baskin pun ada... Hahaha (gediknya....)




Bak kata Prof saya... Kalau baru belajar... JUST DO IT.... Lepas tu korang baru tau jadik ke tak cheesecake korang tu... Ok (^^,)



Thanks for reading....

Thursday, July 28, 2011

DIALOG HOT AND SPICY gitu... Woww......

Aku nak share lah true story kat sini.... Story yang ni di khas kan buat perempuan sebab memang ada kena mengena dengan perempuan... Bagi aku best lah dialog ni nak story kat korang.. Bukan apa.. Kita belajar apa yang baik dari dialog ni dan jangan sesekali ikut dialog yang "bercakap besar" tu.... Siapalah kita nak berlagak segunung tinggi tu kalau kita pun namanya hamba Tuhan (peringatan untuk diri sendiri dan semua....) True story ni memang aku dengar dengan telinga sendiri dari family aku... Salah sorang family aku borak dengan somebody ni....


Bonda Bee: Anak saya dah kerja sekarang ni.... Dia ada diploma...

Mama Mia: Ooh yeke.. Bagus lah...

Bonda Bee: Dia kerja kat syarikat guaman walaupun dia punya diploma tak ada kene mengena dengan law tapi dia di terima kerja situ...

Mama Mia: Ooo.. Yeke...

Bonda Bee: Sekarang ni dia sibuk nak buat PJJ kat Uitm.. Saya memang tak bagi dia berhenti kerja... Lagi pun dengan diploma dia tu.. Dia boleh dapat gaji RM5000 tau...

Mama Mia: Oooo... (Aik.. Macam mula nak cakap besar je... Huhuhu)

Bonda Bee: A'ah.. Anak saya yang cakap macam tu kat saya... Sebab tu lah saya tak bagi berhenti.. Lagi pun biar jelah kerja.. Dalam masa yang sama dapat sambung belajar kan...

Mama Mia: Anak sulung saya perempuan... 3 tahun buat diploma akaun.. Sekarang tengah buat ijazah kat u...

Bonda Bee: Oooo... Sambung belajar... Tak kerja ke?

Mama Mia: Tak... Lepas diploma terus sambung buat ijazah nak dekat 4 tahun jugak lah....

Bonda Bee: Isshhh.... Lamanya.... Umur berapa lah tu nak kerja pastu nak kahwin lagi... Lambat lah kalau macam tu anak nak kahwin....

Mama Mia: Anak saya nak sambung belajar... Dia minat belajar... Jadi belajar lah... Saya tak kisah pun... Untuk saya kalau anak saya cakap nak kahwin masa belajar pun saya izinkan... Saya tak halang... Saya ok je...

Bonda Bee: -SENYAP! Tak ada jawapan terus-



Aku suka bila Bonda Bee tu terdiam... Mengambil tahu tentang anak orang lain kahwin lambat... Belum tentu anak dia dah kerja pastu kahwin awal... Betul tak?? Tengok macam kawan aku si MRS. PINU NUYU tu.. Bahagia selalu dengan suami dia walaupun dua-dua student! Memang aku kagum giler lah dengan pasangan ni... Sorang kat Selatan pastu sorang kat Utara tapi dua-dua orang Timur hahahaha.... Memang Malaysia lah diorang ni...

Member aku ni study ok je... Lagi terer kot daripada aku.... Memang tabik berspring-spring lah kat diorang.... Dua-dua student dan saling support... Kan best dapat husband atau wife yang macam tu....

Lagi pun tak kira lah anak awak habis belajar lambat jadi anak awak kerja lambat... Anak awak kerja lambat anak awak tu kahwin lambat.... Memang power lah ayat Mama Mia jawab balik kenyataan Bonda Bee..... Suka aku.... Jawapan yang cerdik dan menjadi tuntutan agama pun...

Zaman dah berubah.... Zaman dulu memang lah selagi anak tak habis belajar tak boleh kahwin.. Kena habiskan dulu study... Ni pada yang perempuan sebab aku perempuan hahaha.... Zaman sekarang bila tengok kat u sempoi je yang dah kahwin tu pergi kelas... Aku resepek lah diorang sebab mengubah corak pasangan yang dah berkahwin tapi jadi fulltime student...

Aku sendiri tak konfiden dengan suasana zaman sekarang... Aku sendiri berdepan dengan gadis-gadis yang terkena seperti di entri aku yang INI..... Mula-mula aku marah dengan mereka sebab aku sedih tengok insan sejenis aku dan seagama aku dan sebangsa dengan aku tertipu... Tapi siapalah aku... Selagi aku sendiri masih single aku tak nak cakap banyak... Sebab aku sendiri belum terlepas dari line______________________________selamat...

Lagi satu dialog hot and spicy kawan aku.... Aku ok je dan tak kisah lah kalau nak story apa-apa tapi jangan terlalu bercerita sangat tentang hal peribadi sendiri... Mungkin dia suka nak cerita tapi aku sendiri tak berapa rapat denga dia masa belajar diploma dulu...

Jadi bila tak terlalu rapat... Aku kurang nak ambil tahu serba serbi tentang setiap saat kehidupan dia.... Tapi aku masih pendengar yang baik.... Itu yang buat dia terlalu senang hati nak dedahkan semua... Kawan baik dia pun tak dapat story hot macam yang aku dapat hahahaha...


Safi: Lama tak dengar cerita... Macam mana study? Ok?

Aku: Alhamdulillah.. Ok je.. Amacam pakwe.. Ok? (Sebab dia glamour dengan cerita tentang bf dia je sepanjang belajar dulu...)

Safi: Ok... Bahagia je.. Hehehe... Cuma dah duduk jauh ni macam rindu-rindu jugak lah..

Aku: Biasalah orang dah jauh....

Safi: Ni ha.. Terpikir-pikir tarikh tunang sebenarnya...

Aku: Waahhh.... Dah nak tunang?? Bagus lah.. Tahniah......

Safi: Ha'ah... Nak tunang dah ni hehehe... Keluarga pun dah bagi restu dah...

Aku: Bagus lah macam tu... Tadi cakap pikir tarikh tunangkan... Kenapa dengan tarikh?

Safi: Hehehe saje lah nak tanya... Tarikh apa yang sesuai untuk I dengan dia nak tunang...

Aku: Ha? (Gullppp... Hehehe anda tanya saya ke??)

Safi: Kalau tunang bulan 9 ok jugak kan... Ingat nak pilih tarikh lahir..

Aku: Ikut lah mana yang senang...

Safi: Ha tu lah nak pilih tarikh yang senang lah ni....

Aku: Bagus lah macam tu... Kenapa tak bincang dengan bf? Dia yang nak masuk minang kan?

Safi: Tapi I saja nak tanya-tanya u tarikh paling ok.... Nak kongsi-kongsi cerita dengan kawan...

Aku: Oooo... Hehehe yelah... Nanti dah tunang... Upload gambar banyak-banyak tau.. Nak tengok jugak...

Safi: Eh.. Mestilah letak gambar banyak-banyak bagi semua kawan-kawan tengok hehehehe....

Aku: Ni memang confirm lah ni nak tunang...?

Safi: Ha'ah sebab tu carik tarikh..... Tapi family tak tau lagi.... Family pihak lelaki pun tak tau lagi.... Dia pun tak tau... Saje nak borak mintak u bagi pendapat dan bagi tarikh sesuai kat I...

Aku: Oooo.. (Aku dah macam tukang tilik tarikh pun ada...Huhuhuhu)

Safi: Eh... Ada kerja sikit nak buat... Sekarang kat opis ni.. Nanti kita bincang lagi pasal tarih tunang I eh... Salam...


Kiteorang chatting je kat fb.... Dan entah berapa kali lah cerita pasal tarikh tunang dia sampai bulan 9 menjelma... Aku pun tanya lah tunang ke tak ni... Aku dah mula annoying dengan cerita tarikh tunang tu.. Dalam 5 bulan jugak lah chatting benda yang sama... Huhuhu...

Jawapannya "I tak jadik lah... I ada kenduri sedara sebab tu tak dapat buat majlis.. Dah pikir nak kahwin je terus jadi tak payah tunang" Ok... yelah mungkin itu alasan kukuh anda atau anda mahu menjelous kan aku huhuhuh... Tapi sikit pun tak terasa apa-apa sebab aku tak ambil pusing apa dia cerita.. Layan tetap layan sebab pernah belajar sama-sama kan tapi tak ambik tau niat dia kenapa asyik cerita benda sama berbulan-bulan...

Last but not least (ape kena mengena entah....) kawan aku ni pun ditinggalkan bf dia.. Pergghhh aku macam ada sikit je lah hot kat laki tu sebab tinggalkan kawan aku yang dah beriya-iya buat preparation tarikh tunang berbulan-bulan tapi aku tak tau kejadian sebenar... So biar jelah... Tapi apa-apa pun... Bff aku kata.. Jangan dicanang perkara atau berita yang belum tau jadi ke tak kepada orang supaya orang tak kan berkata-kata tentang hubungan itu jika satu hari hubungan itu tidak menjadi...


Apa yang baik kita jadikan contoh tapi yang tak baik tu kita buang dari hidup... Ni pun sekadar perkongsian... Sharing is caring kan kan kan.......

Thanks for baca awak... Awak... dan awak.... Hehehe

NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3