Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Saturday, August 6, 2011

Chocolate Mousse




Hari ni saja nak share video pasal terlebih berbuka... Harap-harap kita tak tergolong seperti kartun merah tu... Overdose betul hehehe... Aku ada janji kat link yang ni KLIK SINI nak ajar buat Chocolate Mousse kan... So... Hari ni aku sebagai tuan tanah blog ni nak ajar macam mana nak buat... Ni boleh jadi pencuci mulut untuk berbuka.. Sedap tu memang lah sedap tapi nak rasa sedapnya macam mana.. Boleh cuba ye...







Yang kat atas tu contoh gambar Chocolate Mousse yang aku jumpa kat pak cik google tapi resepi bukan google ye... Hehehe ok kalau semua dah ready mari kita ke dapur blog aku ni.....


Bahan-bahan:

  • 4 biji telur (asing kan yang putih dan kuning)
  • Cooking chocolate 2 papan
  • 1/4 butter
  • 5 sudu besar gula kastor
  • Buah-buahan hiasan (Strawberry, Oren dll)
  • Ais-krim (option sahaja ye kawan-kawan)


Cara-cara:


  • Cooking chocolate dan butter dicairkan secara double boil sehingga larut dan sebati..
  • Selepas tu masukkan 4 biji kuning telur sahaja ke dalam adunan cooking chocolate dan gaul sebati.. Ketepikan..
  • Dalam mangkuk yang lain.. 4 biji putih telur dipukul sehingga kembang kemudian tambah 5 sudu besar gula kastor dan pukul sehingga lebih kembang dan pekat...
  • Campurkan adunan cooking chocolate dgn adunan telur putih tadi dan gaul menggunakan sudu hingga sebati...
  • Tuangkan adunan ke dalam cawan dan simpan di dalam peti sejuk selama 2 jam..
  • Jika chocolate mousse sudah sedia untuk dihidang.. Hiaskan dengan buah-buahan atau ais-krim...



Soalan aku untuk hari ni... Terliur tak? Kalau rasa-rasa ada yang dah cuba Chocolate Fudge tu dan rasa sedapnya.... Jemput lah try yang ni pulak ye... Tak rugi pun kan kalau cuba... Semalam aku sempat buat chocolate fudge.. Tak sampai 10 minit dah boleh siap simpan dalam peti sejuk... Aku prefer kalian simpan dalam freezer jadi cepat sikit dia membeku..

Memang masa buka semalam tangan tu asek termasuk dalam pinggan chocolate fudge hahaha.. Adik-adik aku pun sama lah... Semua sengih je sambil tangan berulang-ulang masuk dalam pinggan yang sama... Ada yang kaut macam makan nasi..

Aku prefer chocolate Vochelle untuk sebarang resepi yang kena guna chocolate... Cooking chocolate vochelle ni dia tak manis sangat dan tak pahit sangat.. Dia kat tengah-tengah.. Jadi sesuai lah untuk yang tak suka manis sangat dan pahit sangat...

Yang nak tau macam mana rupanyan kalau aku sebut double boil tu... Boleh tengok gambar kat bawah ni...




Kalau gambar di atas kurang clear... Kalian klik bagi nampak sikit.. Zoom-zoom untuk nampak description sebelah anak panah merah tu..


Ok.. Selamat berpuasa untuk hari keenam.. (^^,)


2 comments:

kaizen said...

sedapp nyer... buatkn boleh??

RIMA DANIA said...

Kaizen: tuan tanah puasa haha..

NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3