Assalam...
Hari Jumaat malam baru-baru ni aku tiba-tiba rasa nak buat kek lepas terview blog kak naz yang dah lama aku tak view untuk cuba resepi-resepi baru... Biasanya kalau time belajar memang aku jarang online... Ni tengah cuti sem bolehlah online dan cuba resepi-resepi baru...
Tapi kalau nak ikutkan.. Ini bukan resepi baru sebab kek ni dah kali yang ke-3 kot aku buat cuba bezanya kek ni aku tambah perisa strawberry untuk meluar biasakan kek ni hehe...
Kalau nak cuba resepi ni try lah tengok-tengok entri aku yang tahun lepas punya hehehe... Ni kes malas ni nak taip balik...
Ni hasilnya selepas sejam 2o minit kek ni mengukuskan diri dalam pengukus... Cantik lah bagi aku kek ni kalau dah rupanya macam ni...
Lepas tu aku salut kek dengan perisa dark coklat + coklat strawberry sebab nak kekalkan rasa strawberry tu... Kemudia simpan dalam peti sejuk biar coklat mengeras..
Akhirnya selepas coklat dah mengeras, aku pun terus potong dan bagi adik-adik makan dulu... Gambar ni sebenarnya gambar kek yang adik aku dah makan separuh hehehe tu jadi macam ni rupanya...
Dalam masa yang sama.. Aku jugak hantar ke rumah mak cik dan pak cik kek ni... Buat pun suka-suka... Percaya tak yang aku tak rasa langsung kek ni huhuhu sebab ni habit namanya... Lagi suka tengok orang makan dari aku makan sendiri... Rugi ke?? Hahaha tak kot janji aku puas hati...
Ok..TQ see u kat next entry...