Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Tuesday, May 29, 2012

Random: Idea Untuk Hantaran

Assalam....

Hallooo semua.... 1st of all thank you very much sebab visiting my blog... And those yang read... Thank you sangat-sangat... Okay kalau di tanya mood sekarang... Tanpa ragu-ragu aku jawab.....

MOOD: P.E.N.A.T (ada ke emosi penat??)

Semalam dan hari ini buzy dengan melakukan prosedur menyelesaikan borang nikah.. Akhirnya dengan penuh rasa kesyukuran... Selesai jugak borang-borang tu cuma esok baru nak hantar kat Jabatan Agama Islam Melaka...

Syukur lah dah dapat booked masa dan tempat di Masjid Al-Alami MITC, Melaka pada jam 10.30 pagi... Kepada yang berkenaan hehehe... "Anda kena gerak awal dari JB ye sebab kita nikah pukul 10.30 pagi..."

Semuanya banyak di setel kan oleh ayahanda... Pulang ke Malaysia dan berpenat-penat serta bersusah-payah untuk anakanda dia ni... Lepas ni nak setel kan katering dan khemah pula..

Bahagian aku... Aku baru je beli pinggan, mangkuk, dulang bagai nak buat alas hantaran... Ideas came from ayahanda.... Simple... JIMAT! Dapat banyak diskaun lagi... Beli barang kat KK Deco yang jual barang english style... Memang style laaaa...

Contoh pinggan, mangkuk dan dulang yang aku beli adalah seperti di bawah.. Lepas bertukar hantaran boleh lah bakal mak mentua gunakan barang-barang ni.. Tak membazirkan?? Hehehe... Sesuai lah untuk tema yang kami nak buat... English style... 











Harap-harap apa yang diangan-angankan menjadi kenyataan... Insyaallah.... Kena jadi lebih kreatif... Extra extra kreatif sebab i've seen my hantaran from him... Wooo.... Sangat cantik! Ya... Itu hasil tangan bakal mak mentua ku... 

Terima kasih!








Thank you ABAH for everything!....
Ooo... Ini angkasawan tu... They meet almost every year
kat Jeddah.... 


Sunday, May 27, 2012

MY STORY: AKU TERIMA NIKAHNYA (PART 4)

Assalam...

Semalam 26.5.2012 selamat lah majlis pertemuan antara 2 buah keluarga iaitu sebelah keluarga aku dan jugak dia... 

Rombongan sebelah dia sampai pada jam 12 tengahari.. Ada parents dia dan kakak dia sekeluarga.. SIMPLE! Hehe...

Sebelah aku pulak ada Atok dan Nenek sebelah ayahanda.. Pastu yang lain-lain semua adik-beradik aku dengan parents aku je... SIMPLE!

Masa family dia sampai aku salam-salam jelah lepas tu terus masuk dapur prepare hidangan makan tengahari yang dimasak oleh Atok, Nenek dan ayahanda.. Hehe... Bukan aku prepare sorang-sorang tapi adik-adik aku pun sama-sama tolong...

Sepanjang mereka berbincang aku tak dengar apa-apa sebab kat dapur dah sebok dengan hal sendiri jadi tak terdengar segala meeting di ruang tamu...

Selesai meeting dan sesi berkenalan.... Kami pun mula menghidang makan tengahari... Disebabkan aku dah biasa dengan family dia... Jadi aku pun relax... Tak nervous langsung... Hehe tu kelebihan kalau dah pernah jumpa bakal family...

Sambil makan sambil bersembang dan sangat sempoi... Aku rasa aku tuang air kat depan bakal suami, depan bakal bapak mertua, depan mak mertua, depan bakal abang ipar, kakak ipar... Rasa macam dah jadi sebahagian dari family sendiri... Hahaha tak gigil-gigil ke... Tuang air tertumpah-tumpah ke... Alhamdulillah okay semuanya...

Lepas selesai semuanya bakal mak mertua aku bagi bungkusan hadiah yang merupakan HADIAH dari pihak lelaki kepada aku... Dalam bungkusan tu ada kain ela... Haha nak raya sedondon dengan bakal suami yang bakal jadi suami within 20 days from now...

Nak cakap lagi hahaha..... Bertunang 20 hari je... Lebih kurang 3 minggu lah... Sangat singkat dan sekejap....




Orang dapur =p




Meeting...... 




Bakal abah dan mak mertua dan anak-anak saudara.... 




My mom ajak makan sekali sambil sembang dengan bakal family...




Bakal Abah and My ABAH!




Sembang-sembang selepas makan...




Sarung cincin suka-suka... Hehe..




Ain... Bakal anak saudara yang manja...




Last jumpa dia ni 2 tahun lepas.. Tak dapat nak bergambar pun..
Tak terfikir semalam ambil gambar dengan dia sebab bakal
jadi auntie dia hehehe,,, Becoming auntie kepada 17 orang anak
saudara... Sebelah aku ZERO lagi la.... Haha....




Adik saudara yang datang kemudian...




Selepas majlis....




Sesi menghantar rombongan balik...




My Beloved mom yang asyik ke dapur walaupun sepatutnya
dia meeting sekali.... Hahaha...





Lagi 20 hari atau 3 minggu insyaallah majlis kenduri nikah pulak.... Sekarang tengah busy setel kan hal nak nikah kat masjid... Nak setel kan macam-macam untuk nikah... Bilik pun penuh dengan hantaran untuk bakal suami... Nak gubah hantaran rasa macam masih awal tapi insyaallah akan di setel kan oleh keluarga...

Lagi 2 minggu nak final..... Wooooo.... Semoga final dan pernikahan berjalan seiring... Bukan terberat sebelah pulak hehehe.... Doakan kami.... Kemudahan kami... Kebahagiaan kami... Insyallah...

Sekian.........


Monday, May 21, 2012

Wedding Preparation by Itsmenoni

Assalam....

Some of the preparation made by my mom and some of them by Itsmenoni.. Ooo... Noni.. Noni tu adik aku... Adik perempuan tunggal yang dah bekerjaya dan bergaji best kalah kakak dia yang masih student... 

Dia survey barang-barang kat Semua House yang kat Jalan TAR tu... Serius 1st time aku dengar Semua House disebabkan majlis aku ni... Kalau tak sampai bila-bila tak pernah tahu wujudnya tempat ni...

Adik aku survey kan veil, tudung, dan ape entah nama dia yang letak atas kepala tu tapi kira ok lah murah jugak banding yang aku survey secara online.. Harga jauh berbeza... So, aku mintak adik aku beli je apa yang dia rasa okay...

Bak kata dia "Susahnya beli barang untuk pengantin yang jauh ni..." Hehehe ikhlas kan hati ye adik.. Hehe dia jugak bantu beli barang untuk partner aku... Jasamu kami kenang la... 

Aku rasa sempoi sangat... Less than 1 month... Aku prepare je apa yang sempat... Beli cincin nikah dengan rombongan rakan sekelas.. Baju nikah pun tak tahu siapa beli.. Adik aku yang duk beli barang-barang lain... My mom prepare hantaran.. Ayahanda prepare majlis... Aku??

Kita study sungguh-sungguh ye untuk kuiz & test & assignment & final!.......... Terima kasih keluarga ku..... 




Ini contoh cupcake yang adik aku tempah untuk hantaran... Boleh klik
kat image untuk cuci mata.. +Wondermilk Cafe+



Veil from Semua House....


Ni apa entah nama dia.... Pilihan adik aku...



Sekian........ Mari study costing...


MY STORY: AKU TERIMA NIKAHNYA (PART 3)

Assalam...

Petang semalam aku dah mula reka kad nak jemput kawan-kawan kelas memandangkan ramai yang bagi nasihat supaya jemput rakan sekelas dan jangan pilih-pilih kawan yang mana je kita nak jemput..

Atas dasar nasihat dari teman-teman semua maka aku jemput 1 kelas sebab benda ni perkara yang baik untuk diumumkan dan dihebahkan... Aku bukan mengumumkan jemputan ke majlis pertunangan tapi ke majlis pernikahan maka aku rasa benda baik perlu lah dikongsi dengan rakan-rakan sekelas di U..

Susah senang aku duduk Batu Pahat ni memang dengan diorang jugak... Dalam masa yang sama semua dah kenal bakal suami aku.. Senior diorang jugak tu.... Bukan orang lain pun hehehe.... 

Dengan penuh rasa MALU! Hahaha aku post jugak kat wall group kami iaitu kumpulan exdiploma BPB (Pengeluaran dan Operasi)... Malu sangat-sangat tapi bila diorang dah start wish dan sebagainya... Perasaan bertukar menjadi gembira... 

Rasa sokongan dari kawan-kawan sangat banyak... Ingat! Untuk yang nikah time belajar ni kena jugak dapatkan sokongan kawan-kawan sebab lepas nikah... Specially macam aku yang duduk jauh dari keluarga dan suami... Kawan-kawan lah tempat nak bergantung dari segi pelajaran dan sebagainya..

Kat bawah ni MrsPinu bagi satu link untuk dibaca... Kalau kalian nak baca boleh lah klik pada image... 





Jemputan khas untuk teman sekelas beserta ucapan dan respond dari mereka... Rasa sangat bertenaga dan semangat nak study subjek Costing sebelum exam hehe... Thank you semua!

















Mungkin ada yang fikir kenapa aku sanggup terima perancangan keluarga tanpa membantah... Ada beberapa sebab yang aku rasa aku nak kongsikan kat sini....

1. Aku berniat nak nikah sama umur macam my mom nikah dengan ayahanda.. My mom nikah masa umur 24 dan ayahanda 27 tapi aku masih dalam lingkungan 23 (sebab birthday aku bulan 9) dan begitu jugak dengan dia (birthday bulan 10).. So terawal sikit jelah hehe..

2. Dah kenal lama, lebih kurang 4 tahun... Sangat bestfriend! Jadi lebih baik nikah... Boleh jadi bestfriend forever hehe...

3. Memang kami selalu doa dan berniat untuk meneruskan perhubungan ini sehingga ke saat pernikahan.. Bila doa tak henti-henti tu maknanya memang kami nak sangat walaupun tak pernah sebut depan parents...

4. Ajal dan maut di tangan Allah... Jika diberi kesenangan... Semasa hayat di dunia.. Senangkan lah aku untuk menjadi isterinya dan senangkan lah dia untuk menjadi suami ku... Ameen...

Abdullah bin Masud pernah mengucapkan:

“Seandainya umurku hanya tinggal 10 hari sahaja untuk aku hidup, nescaya yang kusukai ialah berkahwin supaya aku tidak menemui Allah s.w.t. (mati) dalam keadaan aku bujang."

5. Aku nak ikut sunnah Nabi...

sabda Rasulullah SAW: "Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami maka masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki."

Sabda Rasulullah SAW: "Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka kahwinlah dia, kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan." 

Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Nikah adalah sunnahku (jalan agamaku), maka barangsiapa yang cintakan agamaku hendaklah dia menjalankan sunahku itu”. (Riwayat Abu Ya’la dari Ibnu Abbas r.a)

6. Penghujung 2010 sehingga awal 2011 aku tinggal di rumah ayahanda di Arab Saudi masa tu cuti sem.. Rumah ayahanda (Jeddah) jaraknya dari Mekah cuma 30 minit dan boleh berulang alik... Masa kat sana, aku dapat rasa selagi aku belum bernikah amal ibadah aku belum sempurna.. Dan benarlah apa yang aku rasakan..

Setiap kali beribadah aku rasa aku perlu melakukan umrah dan haji sekali lagi untuk aku mempersembahkan amal ibadah yang lebih berkualiti berbanding sebelum ni.. Itu niat aku dan aku memohon agar Allah nikahkan aku dengan lelaki pilihan aku dan bawalah kami sebagai pasangan suami isteri menghadap KaabahMu... Insyaallah...


Tidak sempurna ibadat seseorang yang mengerjakan ibadat sehingga dia berkahwin.”

Ini bermaksud, tidak sempurna ibadat seseorang itu kecuali setelah hatinya dikosongkan dari segala gangguan-gangguan was-was nafsu syahwat perkahwinan. Lalu kekosongan tersebut diisi dengan Allah s.w.t. Perkara ini akan hanya akan diperolehi dengan jalan perkahwinan sahaja.




Harap-harap setiap apa yang aku kongsikan ada manfaat untuk semua.. Doakan kami... Insyaallah... Terima kasih readers!



Saturday, May 19, 2012

MY STORY: AKU TERIMA NIKAHNYA (PART 2)

Assalam...



Sambungan kepada PART 1....


Penghujung 2011 dan Awal 2012:

Dia dah pun berada di tahun akhir... Last semester... Antara janji yang dibuat... Dia nak mohon kerja masa final exam.. Nanti senang.. Lepas habis final terus boleh kerja.. Niatnya.. Nak ada income cepat... Sebab nak balas jasa ibu bapa dan nak carik duit untuk nikahi aku.. *Blushhingg kejap.. Hahaha....

Waktu final exam berlangsung... Dia dapat interview kerja yang dimohon.. Dan dia dapat tawaran bekerja di situ... Alhamdulillah... Allah tahu niat baiknya dan memudahkan urusannya.. Janjinya... Dapat 1st gaji terus nak melamar... So???


14 Mac 2012:

Dengan 1st gaji tu.. Dia kotakan janji... Dia minta aku bertanya dengan keluarga sama ada boleh ke dia nak masuk meminang seorang student hahaha... Mana tau family tak bagi sebab kebiasaanya macam tu lah..

Aku macam konfiden tak konfiden... 1st gaji dah nak meminang anak orang.. Kalau aku jadi lelaki.. Aku fikir dua, tiga kali... Tapi dia memang tekad dengan keputusannya... Tabik aku dengan dia... BERANI!

Aku?????? Terkejut lah sebab dia buat betul-betul... Janji-janji dia tu real belaka... Apa lagi... Malam tu jugak aku menangis-nangis tersedu-sedu hihihihihihi... Rasa macam mimpi je ni... Yeke dia betul ada cakap nak masuk meminang... Kot salah dengar ke..


15 Mac 2012:

Aku sampaikan hajat dia kat my mom melalui skype secara chat je.. Aku malu kot nak bagi tau my mom... Segan.... Tapi my mom paham dan sampaikan hajat kat ayahanda aku melalui skype jugak sebab jauhkan beribu kilometer... Aku menunggu keputusan dengan tenang....


16 Mac 2012:

Alhamdulillah ayahanda aku setuju dengan keputusan si dia... Kami rasa bersyukur kerana ayahanda aku begitu mudah menerima keputusan kami... Dan menerima si dia walaupun tak pernah berjumpa dan kenal antara satu sama lain...


APRIL 2012:

Ada jugak bincang-bincang tentang tarikh merisik dan bertunang secara tak formal dengan keluarga memandangkan ayahanda aku jauh dan tak tahu bila dapat ambil cuti dan pulang ke Malaysia ... Semuanya masih samar-samar...


Awal Mei 2012:

Secara tiba-tiba... Ayahanda aku minta untuk tidak diadakan majlis merisik dan bertunang kerana...... Ayahanda aku mahu kami bernikah... NIKAH???

Kalau kalian lah ada kat tempat aku... Tiba-tiba ayah kalian suruh nikah... Terkejut tak? Untuk aku... Aku terkejut jugak... Nervous macam ape dah masa tu... 

Ayahanda aku slow talk... Cerita tentang pernikahan Milkah yang aku terangkan sebelum ni... Pernikahan tu permulaannya adalah dari Nabi Muhammad S.A.W dan Aisyah... 

Ayahanda jugak bagi contoh kawan-kawan dia yang nikah masa study... Mak cik dan pak cik aku yang nikah masa study... Semuanya belajar kat luar negara dan nikah kat luar negara..

Aku nampak kesungguhan ayahanda dan dalam masa yang sama... Si dia juga sebelum ni ada menyatakan untuk request nikah gantung dan niatnya terlebih awal di sampaikan kepada aku sebelum ayahanda aku meminta untuk kami bernikah..

Maknanya... Ada persamaan di situ.. Sekalipun ayahanda tidak bercerita untuk nikahkan kami.. Si dia sendiri memang sudah ada perasaan untuk memohon nikah gantung dari pihak keluarga aku... Belum sempat memohon.. Ayahanda aku sudah pun menyatakan hasrat untuk nikahkan kami..

Ayahanda juga meminta aku fokus pada pelajaran sekalipun aku akan dinikahkan ketika final exam.. Ayahanda akan berusaha menyiapkan segalanya untuk majlis pernikahan aku setibanya dia di Malaysia...

Dia tak nak aku bersusah-payah memikirkan tentang hal pernikahan... Aku hanya perlu study dan siapkan assignment yang ada.. Antara janji ayahanda.. Dia akan menanggung setiap sen perbelanjaan kewangan aku sehingga lah aku tamat ijazah.. Si dia baru bekerja... Belum mampu menanggung.. Ayahanda memudahkan urusan si dia... 

Tahu apa aku rasa?? Sebak... Sedih... Terharu dan beruntungnya aku ada ayahanda sebaik dia.......

Bila di check-check tarikh.... Ayahanda aku letak tarikh 16/6... Masa tu tengah dalam medan Final Exam... Kalau diikutkan draf kedua final yang aku dah semak paper aku adalah pada... 11/6 (Isnin), 12/6 (Selasa), 14/6 (Khamis), 15/6 (Jumaat) dan 16/6 (Sabtu) adalah tarikh pernikahan.. 17/6 (Ahad) kena balik BP... 18/6 (Isnin) ada lagi paper...

Apa pandangan kalian... Pengantin baru dengan inai merah dijari masuk dewan ambil exam hahaha.. Aku tak terbayang macam mana.... 

Kalian rasa susah ke senang saat tu?? Untuk aku... Allah akan bantu perkara yang baik... Memudahkan perkara yang baik dan aku percaya Allah akan membantu setiap langkah ke arah kebaikan... Sama ada exam atau pun pernikahan...


Hari ini:

Bersama dengan timbunan assignment... Bersama dengan kuiz dan test yang belum selesai... Sedikit sebanyak Allah permudahkan urusan perjumpaan kedua belah keluarga buat pertama kalinya di rumah ku pada minggu hadapan...

Tarikh pernikahan juga telah dipersetujui kedua belah pihak.. Penerimaan kedua-dua keluarga ke atas pernikahan yang bakal berlangsung adalah sangat tenang... Ya! Allah memudahkan urusan kami... Memurahkan rezeki kami sehingga kami tidak tahu dari mana datangnya rezeki serta kegembiraan yang hampir kami rasai setiap hari...

Ucapan-ucapan indah dari sahabat seuniversiti yang terlalu banyak membantu terutama shopping cincin nikah hahaha... Kak Nadia.. Ida.. Ekin.. Liza... Kalian memang best! Ok.. Aku beli cincin nikah dengan kawan U hahaha.... Ini namanya style baru.... Ada sesiapa nak ikut aku? Hahaha...

Ucapan-ucapan dari sepupu dan saudara dari dalam dan luar negara... Sahabat-sahabat di luar negara... Terima kasih... Semoga Allah juga melimpahkan kemudahan kepada kalian yang berkeinginan untuk bernikah..

Doakan kami... Urusan baik kami... Semoga Allah juga memudahkan urusan baik kalian... Insyaallah... Itu lah namanya JODOH yang Allah tetapkan sudah tiba masanya walaupun anda sedang final exam hehe.. 

Nantikan detik pertemuan keluarga untuk pertama kalinya next week.. Insyaallah...

Sekian...

DO VISIT:





MY STORY: AKU TERIMA NIKAHNYA (PART 1)

Assalam.....




Semalam aku ada share tentang Milkah dan sedikit explanation tentang Milkah walaupun aku hanya tahu sedikit saja tetapi cukup lah info tersebut untuk difahami semua dan difahami oleh aku sendiri...

Rasanya hari ni aku nak share sikit tentang apa yang aku lalui sebelum ni sebelum aku kongsikan lebih lanjut tentang topik entry ni... Malu nak share tapi semoga apa yang aku share ada manfaat untuk semua... Insyaallah...



Penghujung 2007:

Aku berkenalan dengan seseorang di MY SPACE! Ya... Zaman tu zaman My Space untuk aku sebelum aku terjun ke area Facebook hehe... Sampai hari ni aku tak tahu sama ada aku yang add dan approve dia dan sama ada dia yang add dan approve aku sebab kami langsung dah tak ingat....

Kalau kami sembang pasal perkara ni pun.. Aku akan kata dia add aku... Dan begitu jugak dengan dia di mana dia akan kata aku yang add dia.. Wah...! Ego tu hahahaha...

Berkawan seperti kawan biasa sama seperti kawan-kawan dalam talian online cuma... Yang bezanya... Buat pertama kali dapat private mesej dari dia...... Jantung berdebar-debar bagi petanda bahawa satu hari nanti akan berlaku sesuatu antara aku dan dia... 

Masa tu aku menidakkan perasaan tu sebab entah dengan siapa aku berkawan pun aku sendiri tak tahu.... So.. Aku abaikan perasaan tu....


Pertengahan 2008:

Masih berkawan seperti biasa dan satu hari kami bertukar nombor telefon.. Untuk apa? Sebab masa tu aku menetap kat JB begitu juga dengan dia... Tapi tak pernah jumpa pun.. Kami tukar nombor telefon pun sebab aku dah nak pindah Melaka...

Paham-paham jelah... Pindah rumah ni menyebabkan talian streamyx pun terputus dan aku jugak akan terputus talian dengan dia.. Maka kami pun bertukar nombor telefon... Sampai sekarang aku tak tahu siapa yang minta nombor telefon siapa.. 

Kalau sembang dengan dia pun.. Mesti dia kata aku yang bagi nombor telefon.. Kalau aku pulak memang aku kata dia la yang bagi nombor telefon kat aku.. Sebab....... Aku perempuan jual mahal kot! Hahahaha yeke?? 

Malam sebelum aku pindah Melaka... Untuk pertama kalinya dia mesej.. Dia kata dah sampai UTHM... Dia tengah ada Minggu Haluan Siswa MHS... Aku pun.. Blur jugak ceruk mana UTHM tu? Swasta ke Kerajaan? Pastu dia kata KUITHO... So aku pun tau... Okay yang kat Batu Pahat tu hehehe...

Masa tu aku tengah buat diploma perakaunan kat Poli... Rasa kembang jap dapat kawan dengan budak degree.. Erkkkk.. Poyo je.. Macam la kawan dengan budak PHD... Tak apa la tapi ni apa yang aku rasa saat tu...


Penghujung 2008:

Aku suka travel.... Jadi aku dan adik aku ambil keputusan nak travel dari Melaka ke JB... Sepanjang 3 hari kami travel... Salah satu dari hari tersebut... Kami tekad untuk berjumpa dengan ditemani adik aku...

Untuk 1st time.. Aku jumpa tu... Benda pertama yang aku perhati ialah.........................................
Dia merokok ke tidak sebab kalau dia tak merokok.. Kira mana tau boleh jadi salah satu calon suami aku kan hahaha....

Ok... LULUS!..... Dia tak merokok hehehe.. 


Awal 2009:

Berkawan seperti biasa sama macam orang lain jugak... Memang masa ni proses berkenalan sebab banyak benda yang kami nak tahu antara satu sama lain... Antara sebab kenapa kami jadi sangat bestfriend adalah kerana course dia kat UTHM dengan course aku kat Poli ni lebih kurang subjeknya.. 

Kadang-kadang aku tolong dia dan ada masa dia yang tolong aku... Kami selalu pos nota dan bertukar-tukar buku... Study rajin la tu konon-kononnya... Cara aku... Bila aku pos nota kat dia.. Aku suka selit kad GOOD LUCK EXAM!... DO YOUR BEST!.. Aku suka buat orang happy dengan cara yang macam ni...


Awal 2010:

Aku tamat diploma dan bermula lah fasa nak mengisi borang UPU... Semangat ni nak sambung degree sebab tengok seronoknya si dia belajar... Aku pun belum ready nak bekerja walaupun offer kerja kerajaan masuk line tapi aku nak nak nak jugak sambung degree...

Antara U yang aku mohon... UPM, UTM, UMT, UUM dan UTHM... UTHM tu aku pilih course yang sama dengan dia sebab course tu menerima bekas pelajar politeknik dalam bidang perakaunan.. Jadi aku pun mohon juga lah...


Pertengahan 2010:

Result UPU keluar dan........... Aku dapat UTHM.... Aku aim UTM sebenarnya tapi rezeki kat UTHM.. Maka aku pun bergembira lah jadi student UTHM.. Dalam masa yang sama.. Aku jadi junior dia... Bawah fakulti yang sama dan course yang sama...

Memandangkan aku exdiploma maka ada beberapa kelas aku yang sama dengan dia sebab aku banyak dapat skip kelas... Dulu masa diploma dah pernah ambil... Aku tahun 1 dia dah tahun 3 masa tu.. Pernah jugak rasa group assignment sama-sama.. Kerjasama? Of course lah baik hahaha...


Awal dan Pertengahan 2011:

Kami jalani hidup student sama-sama macam biasa,,, Seronok! Ada abang senior yang sangat membantu hehehe... Banyak yang aku tak faham aku tanya dia sebab entah lah.... Dia ajar senang je paham ( =p) hahahaha......

Kalau nak tanya isu... Isu ada jugak timbul bila orang tanya di belakang-belakang aku la... Yang kawan-kawan aku sampaikan... "Macam mana dia tu junior tapi dapat kaut senior?"...... Tak ada tips pun macam mana aku dapat senior sebab aku kenal dia dari sebelum dia masuk U lagi... So tak ada isu di situ aku dapat senior ke apa-apa ke...


Kita sambung kat MY STORY: AKU TERIMA NIKAHNYA (PART 2) ye.... Sekian.....

Friday, May 18, 2012

Milkah Sistem Sesuai untuk Full Time Student + A Wife...

Assalam..

Sebenarnya ambil masa yang lama nak share tentang Milkah ni... M.I.L.K.A.H... Secara jujurnya aku tak tahu maksud ni dalam bahasa Arab tapi aku telah diterangkan sistemnya oleh ayahandaku.... Mungkin kalau nama Melayunya NIKAH GANTUNG tapi sekarang ramai yang kata...

"Kenapa mesti dah nikah... Dah halal.. Ada pulak istilah nikah gantung? Untuk apa?"

“ Wahai golongan pemuda-pemudi! Siapa diantara kamu yang mempunyai kemampuan, maka hendaklah dia berkahwin, kerana dari perkahwinan boleh menyelamatkan penglihatan dan kemaluan kamu. Dan siapa yang tidak mempunyai kemampuan, maka hendaklah ia berpuasa, kerana sesungguhnya puasa itu boleh melemahkan syahwatnya.”( Riwayat Bukhari dan Muslim dari Ibnu Mas’ud)


Di sini aku nak melahirkan lah sedikit pendapat aku tentang nikah gantung... Dari apa yang aku baca.. Nikah gantung ni kebiasaanya sistem di mana selepas sepasang suami isteri tu bernikah, mereka tak duduk bersama selagi belum jalankan majlis kenduri untuk raikan kedua-duanya dan hebahkan kepada orang ramai tentang perkahwinan mereka...

Mereka biasanya masih tinggal dengan keluarga masing-masing dan hanya akan berjumpa bila perlu.. Mungkin setiap orang, situasi nikah gantung mereka adalah berbeza... Situasi yang ni aku baca melalui pengalaman ibu bapa teman sebaya.. Salah satu sebab adalah kerana suami mengambil sedikit lagi masa untuk mengumpul wang bagi menjalankan majlis keraian...

Ok... Berbalik kepada Milkah pula... Sebenarnya ia merupakan satu kebiasaan bagi orang Arab untuk menikahkan anak perempuan mereka dengan seorang lelaki yang di pilih untuk dijadikan suami... Siapa yang pilih aku tak tahu tapi mengikut situasi masing-masing...

Tapi... Selepas nikah.. Untuk satu tempoh, si isteri akan tinggal dengan ibu bapa dan si suami juga akan tinggal dengan ibu bapanya... Segala tanggungjawab kewangan si isteri masih ditanggung ibu bapa sepenuhnya... Mungkin si suami hanya menghulur sekadar yang termampu untuk menjalankan tanggungjawab sebagai suami iaitu nafkah zahir...

Seperti yang ayahanda aku kata... "Sistem mengelak bapa menanggung dosa anak perempuan"... Faham tak maksudnya? Aku sarankan kepada yang bercinta lama-lama tu bagus jugak ikut sistem ni.. Anak perempuan... Selagi belum berkahwin, dosa tak tutup aurat dan sebagainya ditanggung bapa... Maka sistem ni sesuai lah diguna pakai bagi yang dah ada calon tapi tengah belajar secara sepenuh masa...

Memandangkan ramai yang ada pilihan hati sendiri... Belum pun sampai hajat nak bernikah, berkahwin, bersuami dan sebagainya... Alasannya....... Student full time leceh... Dapat pulak bakal suami baru bekerja atau bakal suami student jugak.. Bila masa nak kumpul duit banyak-banyak untuk berkahwin... Tunang dulu pun okay... Kan?

Tapi.... Bila difikir panjang... Tunang pun tak menghalalkan apa-apa.... Kalau keluar berdua pun masih berdosa... Macam tak best pulak kan tunang ni... Tunang biasanya nak berkenalan.. Berkenalan dengan bakal suami dan keluarga mentua... Atau mungkin masa tempoh bertunang lah masing-masing kumpul duit, cari duit untuk majlis yang bakal berlangsung..

Kalau dah kenal lama??? Macam mana?? Dah kenal dah perangai... Apa lagi yang lelaki kawan sama-sama belajar...

So.. Untuk yang tak kuat... Terbabas jugak lah keluar dating... Betul tak? (^^,)

Maka sistem Milkah ni tersangat lah sesuai dan fleksibel kecuali bila adanya persetujuan antara lelaki dan perempuan itu sendiri... Adanya persetujuan kedua-dua pihak keluarga.. Kalau persefahaman tak ada... Memang tak menjadi sistem ni..

KENAPA?

Kerana sistem ni si perempuan kena tinggal dengan ibu bapa... Kalau lah si lelaki seorang yang suka berkuasa dan memegang sepenuhnya "Aku suami... Hak aku nak angkut dia ni pergi mana-mana pun...".. Susah lah macam tu...

Si isteri ditanggung sepenuhnya oleh bapa... Kebiasaannya bila si isteri tamat belajar dan ada pekerjaan baru lah si bapa lepaskan kepada suami... Atau pun si suami sudah cukup mampu menjaga isteri dari sudut kewangan dan sebagainya... Maknanya ekonomi suami kukuh..

Sebuah majlis dijalankan bagi meraikan peralihan tanggungjawab sepenuhnya... Di mana bapa telah menyerahkan anak perempuannya bulat-bulat kepada si suami untuk dijaga sehingga ke akhir hayat...

Masa tu lah.... Suami nak bawak isteri tinggal kat kutub utara pun tak apa sebab peralihan tanggungjawab bertukar tangan... Isteri juga menjalankan tanggungjawab sepenuhnya dan taat pada suami...

Logiknya sistem ni sebab kebanyakkan nak bernikah tapi kewangan tak kukuh... Nak sara diri sendiri pun susah... Jadi sistem ni dapat membantu si lelaki yang nak bernikah walaupun kekurangan duit...

Sama ada ketika bernikah adanya hantaran dan sebagainya... Itu terletak atas kemampuan masing-masing... Ada yang cuma bagi cincin dan mas kahwin... Ada yang rasa nak berbalas hantaran pun tak salah...

Seronoknya sistem ni....... Lantak lah nak dating kat mana sekali pun... Nak makan bersuap depan orang ramai pun boleh... Nak tengok wayang sampai pukul 2 pagi pun tak apa... Nak jalan pimpin tangan pun tak apa... PAHALA tu PAHALA.... 

Atas persetujuan bersama juga... Tak salah kalau sekali sekala si isteri nak ikut suami balik rumah mak mentua... Boleh... Begitu juga suami nak balik rumah isteri... Boleh... Tak ada masalah....

Mungkin ramai dah buat sistem ni cuma nama sistem berbeza-beza... Rasanya ramai yang suka sistem macam ni kan? Hahaha... Yang nak tu beranikan diri request pada parents sendiri dan parents pihak perempuan... 

Takut tak dapat?

Percaya pada jodoh dan ALLAH yang menguruskan jodoh anda... Kalau tak dapat... Ada hikmah di sebalik tak dapat.... Kalau dapat.... YA! Jodoh anda memang dah sampai.... Doa lah semoga urusan baik anda dan niat baik anda dipermudahkan.. Insyaallah...

See you next entry... Terima kasih!




By the way:

Thank you so much to my cousin from Mesir...
Lots of wishes... From "him" and "her".....
Korang sweet sangat... Love u from Malaysia..
Thanks for the PW gifts...
GIFT (klik the gift... sharing is caring)




I will always LOVE YOU ABAH!....
kene tonjet nak kiss abah... tak sampai kaki ni... hee

Sunday, May 13, 2012

Random: SWEET Print Screen..

Assalam....









Terima kasih banyak-banyak kawan-kawan.. 
Semoga semuanya gembira dah berbahagia (^^,) Insyaallah..


Wednesday, May 2, 2012

Kebahagiaan Tanpa Kata

Assalam....





























JUNE is near the corner.........




NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3