Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Tuesday, July 31, 2012

CARROT CAKE RECIPE

Assalam....

Resepi minggu ini yang aku nak share adalah resepi yang aku dapat dari buku resepi yang mak mertua aku hadiahkan... Memang kakak ipar aku pun semua dapat buku-buku resepi dari mak...

So.. Aku mencuba satu resepi mudah dalam buku tu dan resepi tersebut adalah...... CARROT CAKE... Serius sedap sangat dan agak moist... Crunchy pun ye jugak... Hehehe...

Jom belajar buat CARROT CAKE.....



1. Pukul gula dengan telur dulu..
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul rata...
3.Masukkan ke semua bahan kering ke dalam adunan
sedikit demi sedikit dan pukul rata...
4. Masukkan carrot dan badam cincang, pukul rata..
5. Gris kan loyang dengan mentega..
6. Tuang adunan dalam loyang...

* For a better result.... Make sure sangai dulu carrot dalam
kuali bagi dia kering sebab kalau carrot tu terus campur dalam
adunan nanti adunan jadi berat atau terlebih basah.. Jadi
sangai dulu ye carrot tu bagi kering dan ringan...





















Cream cheese tu hanya cadangan hidangan.. Selalunya Carrot Cake makan dengan Cream Cheese tapi kalau tak berminat dengan rasa cheese yang berlemak... Tak payah letak pun tak apa.. Hehe

Selamat Mencuba... Terima Kasih..

Monday, July 30, 2012

Experience Baru Ramadhan Tahun ni.......

Assalam...


Macam mana dengan 10 Ramadhan pertama? Okay semuanya?
Kalau semuanya okay... Alhamdulillah.... Good!!

Aku cuma nak share experience Ramadhan tahun ni..... Lain...
Bukan sebab dah kahwin hahahaha... No......

Tapi....

Yeayyyy......... Aku berjaya menjejakkan bacaan Al-Quran
di Juzuk yang ke 14 selama 10 hari berpuasa.......

Kalau ikutkan ni kira bad lah sebab ada beberapa masa
kosong yang aku lopongkan dengan tidur walaupun kurang
berblog dan berfacebook....

Of course kita tahu kita boleh buat yang lebih baik dari
itu.... So.......

Aku decided untuk bekerja lebih keras dan keras untuk
menjayakan aim terbaru iaitu.....

Pada 10 Ramadhan pertengahan iaitu part KEAMPUNAN...
Aku mesti habis 30 juzuk!!!!

Masa I masih single... Dah banyak kali I've tried.....
Tiap-tiap tahun misi tersebut gagal.... I donno why lah...

This year... Jadi bini orang... I fight so hard untuk khatam
Ramadhan tahun ni... Sedangkan masa single lagi tak banyak kerja..

My experience dah jadi bini orang.... Dan bila berpuasa
di rumah mak mertua sebab husband duduk dengan parents dia..

_________________________________________________________


7.30 pagi: Lepas my husband keluar rumah pergi kerja... Aku basuh kain baju..
Kemas bilik tidur.... Kemas almari dia.......

8.00 pagi: Settle semua kerja baru sempat mengaji....

9.30 pagi: Membutakan diri...

1.30 tengahari: Bangun... Mandi... Solat Zohor dan cecepat sambung
ngaji.... Kang mak mertua dah nak start masak untuk makanan berbuka..

3.00 petang: Saat aku dah teman mak mertua kat dapur... hehehe

5.00 petang: Tunggu husband balik kerja......  Solat asar..
Kalau husband balik cepat... Cepat lah aku simpan Quran....
Kalau dia balik lambat.... Lama sikit ngajinya tu...

"Nak khatam pun... Keutamaan pada suami di dahulukan..."

___________________________________________________________


Itu lah dia experience Ramadhan kali ni..... Kalau masa single dulu..
Memang tak ambil tahu pasal kain baju orang lain.. Lepas kan kain baju
sendiri je...

Tak perlu serve husband... Serve diri sendiri dah cukup....
So... Mesej yang nak disampaikan..... 

Time single kenapa susah nak khatam sedangkan tak banyak
benda pun nak dibuat masa Ramadhan....

Time jadi bini orang.... Semangat nak khatam tu lain macam
sikit... Lagi satu... Pantang tengok orang lain ngaji rasa
tercabar pulak nak ngaji jugak...

Experience mengaji lebih 70 muka sehari.... Akan ku kenang dan
berharap agar aku ISTIQAMAH.....


Salam Ramadhan ke 11 semua.....

Sunday, July 29, 2012

Kembali kepada SMS Housewife!

Assalam.


Seminggu tak update blog sebab selama seminggu melekat kat rumah mak mertua... Thank you so much sebab selama seminggu berpuasa kat rumah mak mertua hari-hari makan macam-macam.. Tapi diet tetap diet sebab mak mertua pun nampak lah aku ni makan seciput je... hehehe KANTOI daaa....

Seminggu jadi housewife dan dia pun happy suka hati la bini dia dekat dengan dia hari-hari... Menunggu 2 weeks lagi untuk jumpa... Insyaallah... Giliran dia berpuasa kat rumah family aku pulak.....





By the way.... Thank you sweet heart sebab selalu bawak makan macam-macam kat JB & bawak round JB sampai 2 pagi.... Akhirnya dapat jugak jengah BAZAR KARAT 2 kali hahaha...

p/s: lebih kurang sebulan sebagai husband and wife.... Bermovie Madagascar 3 di Jusco Bukit Indah! hehe

Friday, July 20, 2012

Tahun ni terima tempahan Chocolate Chip Cookies dan German Cookies...



Assalam....


Memandangkan Ramadhan tahun ni berpuasa sepenuhnya di rumah, maka aku ambil langkah untuk menjual Chocolate Chip Cookies dan German Cookies yang mendapat sambutan pada tahun lepas.. Setakat ni hampir 30 balang tempahan yang diterima... 

Disebabkan 1st time berniaga kuih raya dan aku hanya ambil dua jenis biskut sahaja untuk tempahan sebab senang nak buat Quality Control untuk setiap Product Line aku ni hehehe...

Kerana dek 1st time jugak lah kuih aku murah berbanding orang lain sebab RM25 untuk 100 biji.. Itu bermakna 50 biji bersamaan RM12.50.. Mana nak dapat homemade cookies dengan harga macam tu... Quality cookies juga adalah sama macam aku buat makan-makan sendiri kat rumah.. Nama pun permulaan maka aku memang tak ambil untung sangat... Boleh kata untung sangat kecil...

Lagi satu... Kenapa aku sungguh-sungguh nak berniaga sebab..... Aku nak elakkan tidur di siang hari dan tak nak lah Ramadhan kali ni aku buang masa tengok TV banyak-banyak.. Kalau ngaji pun tak kan berjam-jam... Mesti ada jugak benda lain nak buat... 





Ini lah dia saiz balang yang memuatkan 100 biji RM25... Fresh bake from my oven... Resepi memang aku share dengan orang sebab resepi yang aku ambil pun dari Kak Naz cuma ada beberapa bahan yang aku lebihkan dan kurangkan serta adjust mengikut selera  aku sebab Kak Naz kata boleh adjust ikut citarasa pembuatnya.. 





Tahun lepas aku buat 6 adunan untuk cookies ni... Habis licin semuanya... Belum seminggu raya dah selesai... Maknanya memang sedap.. Insyaallah assistant 2 orang ada untuk bergilir-gilir bantu aku siapkan semua tempahan sebab semua tempahan akan diedar seminggu sebelum raya...

Insyaallah semoga semangat Ramadhan tu mesti walaupun kena mengadap tempahan yang ada hehehe.. Lega bila semua yang merasa tester kata sedap.. Tak ada yang kata tak sedap... Terima kasih pada yang menempah...

Thank you...

Thursday, July 19, 2012

Sandwich Bakar

Assalam...


Selamat berpuasa kepada Abah (Arab Saudi) yang dah mula puasa hari ini dan kita pulak mula tarawih malam ni dan mula berpuasa esok.... Okay... Pagi tadi lapar! Lepas tu nampak roti gardenia... Buka peti sejuk nampak daging burger dan mozarella cheese.. So.. Apa lagi.. Baked Sandwich ala Kak Naz lah..





Senang je nak buat dan boleh jadi juadah sahur atau berbuka esok.... Bahan yang diguna pun sama macam nak buat sos daging lasagna atau spagethi bolognese...



Ni lah rupanya Baked Sandwich yang sedap!.... 

Bahagian INTI SANDWICH:

1 peket  Daging Burger Ramly (cincang dan goreng terlebih dahulu)
1 biji bawang besar (dadu)
6 ulas bawang putih (cincang)
1 tin cendawan butang (setiap cendawan dibelah 2 atau 4 ikut suka)
1 botol sos spagethi Kimball/ Prego (ikut selera masing-masing)
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan sos cili
1/2 cawan cili boh
2 sudu kecil lada putih
1 sudu besar oregano
garam secukup rasa
1 1/2 sudu besar gula
Sepeket keju yang telah diparut

1. Tumis bawang sampai naik bau, masukkan cili boh, garam, gula. Masak sampai cili tu nampak dah sedikit masak.

2. Masukkan sos tomato, sos cili, sos spagethi, daging burger, cendawan butang, oregano, lada putih dan kacau sampai lah sos daging tu masak dan biar kuah sedikit pekat. 

3. Dah siap? Ketepikan.



Untuk bahagian roti pulak... Step pertama ialah ambil sekeping roti gardenia dan uli guna penguli atau cawan panjang pun boleh jugak... Pastikan roti tersebut diuli sehingga leper..





Next.... Bila roti dah siap diuli.....




Terap roti tu dengan cawan berbentuk bulat.. Ketepikan lebihan roti... Terap ke semua roti sehingga selesai...





Lepas tu.... Ambil kepingan roti yang dah diterap kepada bentuk bulat.. Susun setiap keping roti tu dalam setiap lubang muffin pan... Tekan sedikit dan ratakan sampai roti tu membentuk mangkuk di dalam lubang muffin pan..

Bakar selama 15 minit pada suhu 200 darjah celcius....

Cup sandwich dah siap di bakar, keluarkan dari muffin pan dan letak di atas loyang.. Masukkan inti daging tadi ke dalam cup sandwich dan tabur kan cheese... Bakar semula sandwich tadi sehingga cheese di atas sandwich cair... Hidangkan......


Mudah kan??? Cuba lah... Orang bosan berkongsi resepi memang macam tu.. Panjang sikit bebelannya hehehe...

Thank youu..

There is a CAKE in my MUG! What are you doing cake??


Assalam...


Jam menunjukkan hampir 3 pagi tapi tanpa husband di sisi.. Aku menjadi seorang isteri yang suka tidur lewat......... Bangun pagi pun boleh jadi lewat.. Ooopss.. Tapi aku buat kerja rumah time orang lain sudah tidur.. Aku memang burung hantu sikit.. Ermm.. Nope! I'm from UK.. So.. Waktu tidur I, I ikut UK... Ooo Maybe sekarang UK siang kot.. And I'm having a little jetlag.. Hahahaha... Ok! Poyo di situ ye even I MISS UK so much!!!....... arrghh...

Ok... Puan Poyo nak tunjuk sikit cara-cara mudah untuk mendapatkan instant chocolate cake yang sedap! best! Don't ever use bestest.. tak ada perkataan bestest dalam dunia ni because GOOD, BETTER and BEST! So BEST is the highest level lah... PALING TERBAIK! Hahaha....

Orait... Nak tau rahsia mendapatkan kek yang dimasak di dalam MUG anda?? Contoh saiz mug yang sesuai untuk kek ni ialah..



This mug is really suitable kan kalau nak buatkan mak kita cake.. Kat cawan tulis I LOVE MOM! Hahaha.. Okay.. Aku nak tunjuk saiz mug je sebenarnya..






After you making this cake.. Don't be a penguin lah.... Terkedek-kedek penguin jalan tapi comeell sangattt..... Hehehe...


So dah nampak gambaran saiz mug yang perlu anda guna??? Mug biasa je yang selalu kita pakai minum kopi kat rumah...

The next important thing is...........................................


The MICROWAVE!


Our Abah use to buy microwave sorang satu untuk anak-anak dia yang
duduk rumah sewa sebab dia kata "Tak payah ada tungku dapur pun tak apa..
Korang masak je lauk-pauk dalam microwave tu.. Bil tak kan melambung punya.."
Sekarang bukan kata boleh masak lauk pauk... Buat cake pun boleh Abah hahaha...


Ni peralatan wajib untuk mendapatkan cake in a mug sebab kita akan bakar cake dalam microwave selama 3 minit je..


Bahan-bahan:

2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar tepung naik sendiri
2 sudu besar gula (suka manis, letak 2 1/2 sudu besar gula)
1 biji telur
1 sudu besar mentega
1 sudu besar fresh milk (1 sudu besar air masak pun boleh)

option: 1 sudu besar chocolate chip
dan 1 sudu besar badam cincang


Cara-cara:

Korang masuk semua bahan dalam mug.. Lepas tu gaul sebati semua adunan. Masuk microwave dan set 3 minit - 3.5 minit.. Lebih dari 4 minit nanti cake korang dah mula keras! BEWARE! 

TING!!!!!!! Yeayyy.... Korang akan dapati dalam mug korang ada sebijik cake yang comel dan sedia untuk di MAKAANNN!!!!!!! Letak ais krim vanilla atas cake korang... Pergghh... Lagi awesome kan... 





Cake yang telah membakar dengan gembira dalam microwave...


Mug yang aku gunakan untuk buat cake


Tekstur dia memang macam cake.. Kalau nak kata macam muffin pun boleh..
Maybe korang pernah makan cupcake.. But this is... MUG CAKE!!! Hahaha...




Cannot wait to serve this to my husband.. Puasa herbalife lah cik abang
saya kalau macam ni hehehe..



Okay... Itu lah dia resepi yang aku cuba on the spot... Sebab it takes 5 minit je pun nak buat... Tak payah ayak2 tepung cake korang menjadi punya... Tak percaya?? Cuba lah dulu hehehe...




Nak masuk bulan Ramadhan ni kebiasaannya memang hujan rahmat je kan..
At the same time duduk mengigil dalam bilik "eton" bak kata adik saudara aku
.... Gggggiiiigggiiilllll kesejuuukkkann.... Dan mula lah kepala pun sampai UK...


Terima kasih semua dan SELAMAT MENJALANI IBADAH BUKAN SAHAJA PUASA TAPI JUGA BULAN TARBIYAH, BULAN MENDIDIK JIWA, BULAN MEMBUAT KEBAIKAN DAN KEBAJIKAN, BULAN DIPERKENANKAN DOA SERTA BULAN PENUH KEAMPUNAN DARI ALLAH... Salam Ramadhan dari My Little Family (Me and Husband)

Jom Belajar Buat LASAGNA...

Assalam...


Ahad lepas aku buat LASAGNA untuk seorang insan yang dikenali sebagai exABANG SENIOR aku kat UTHM tu.. Ooppss.. Dia dah jadi suami aku.. Sebulan 3hari sah menjadi suami kepada diri ini..

Aku memang dah canang-canang nak masakkan untuk dia.. Lagi pun bukan kerap sangat dapat masak untuk dia.. Bila lagi nak kumpul peluh hahahahaha... Bagus isteri masak kasi peluh-peluh badan sebab banyak pahala.. Ni bekalan akhirat ni hehehe.. 

Masa potong bawang pedih-pedih mata pun happy jek... "Tak apa... Ni aset akhirat ni..." Sambil mengelap mata lalu mencucuh mata kat kepala paip... Bawang jenis apa lah ni pedih benor mata aku mengupasnya..

Jom nak share resepi... Nanti korang pulak try buat ye...





Ada 3 pecahan bahagian yang kalian kena alert supaya tak berlaku kesilapan walaupun 1st time buat LASAGNA...


Bahagian 1: SOS DAGING

1 peket  Daging Burger Ramly (cincang dan goreng terlebih dahulu)
1 biji bawang besar (dadu)
6 ulas bawang putih (cincang)
1 tin cendawan butang (setiap cendawan dibelah 2 atau 4 ikut suka)
1 botol sos spagethi Kimball/ Prego (ikut selera masing-masing)
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan sos cili
1/2 cawan cili boh
2 sudu kecil lada putih
1 sudu besar oregano
garam secukup rasa
1 1/2 sudu besar gula

1. Tumis bawang sampai naik bau, masukkan cili boh, garam, gula. Masak sampai cili tu nampak dah sedikit masak.

2. Masukkan sos tomato, sos cili, sos spagethi, daging burger, cendawan butang, oregano, lada putih dan kacau sampai lah sos daging tu masak dan biar kuah sedikit pekat. 

3. Dah siap? Ketepikan.


Bahagian 2: SOS PUTIH

1 cawan cheese diparut
2 sudu besar mentega
1 1/2 cawan susu segar
2 sudu tepung gandum
garam secukup rasa


1. Campur semua sekali dan kacau atas api perlahan sampai likat. Guna sos ni secepat mungkin.



Bahagian 3: LAPISAN LASAGNA


Guna brand San Remo untuk best result hehe...

1. Rebus lapisan lasagna dalam air yang di didih dan letak sedikit garam dan sedikit minyak masak untuk pastikan ia tak mudah melekat..

2. Lapisan lasagna dah lembut, boleh lah tos kan dan ketepikan.


Step untuk buat lasagna ni mudah bila semua bahan dah siap... 

1. Pada lapisan pertama dalam loyang... Letakkan sos daging.

2. Lapisan kedua ratakan sedikit sos putih di atas sos daging.

3. Lapisan ketiga pulak lapiskan lapisan lasagna.

4. Lakukan berulang-ulang.

5. Pastikan lapisan lasagna berada paling akhir untuk menyiapkan lasagna anda.. (Seeloknya tiap lapisan adalah sebanyak 3 kali ulangan untuk dapatkan ketebalan yang sempurna)

6. Untuk toping... Taburkan cheese yang diparut di atas lapisan lasagna terakhir.. Ratakan.

7. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 30-40 minit..




Hasil lasagna tersebut menunjukkan this boy is really happy... Sarapan lasagna dan sebelum balik JB pun dia nak makan lasagna jugak... Dia kata "Sedapp lah....".. So.. Lepas ni korang pulak try ye..


Thank you...

Wednesday, July 18, 2012

Jom Join SUNSILK Lively Clean and Fresh HIJABKU GAYAKU

Assalam..


Aku baru je join SUNSILK Lively Clean and Fresh HIJABKU GAYAKU... Ini semua kerana mengisi masa lapang yang agak membosankan... Tak kan hari-hari nak mengadap oven je hahaha.. So hari ni aku mengadap hijab style..

Ada jugak aku baca some comments.. Yang suruh models pakai hijab tutup dada... YES! It is true and they should tapi some of them memang pakai hijab tutup dengan elok dan aku dah VOTE mereka sebab ini baru minggu 1 dan 2.. Untuk minggu 3 hingga 7... Kita pulak kena jadi model untuk try hijab style yang kita dah vote.. So aku vote yang mana hijab tutup dada lah.. Untuk safety ni hehehe...

So... Girls.. Boleh join dengan langkah-langkah mudah dan menangi wang tunai dan jugak bengkel  hijab Sunsilk bersama Scarflets....































Klik je mana-mana gambar untuk sampai ke link Facebook Sunsilk Malaysia!.... Good Luck!
Thank you...


Awesome lah kat JB ada menu western dengan harga RM5 je!!!

Assalam..


Baru 2 minggu lepas aku balik JB.. Sampai je JB, suami bawak aku makan malam kat satu restoran yang aku tak berapa nak ingat namanya.. Restoran tu sederet Klinik Mustakizah kat Uda.. Suami aku kata best makan kat situ...

Antara benda yang best ialah menu yang tak banyak tapi semua western... Mudah nak pilih.. Sedap pun sedap dan kenyang kalau makan kat situ.. Portion untuk seorang dewasa makan sangat mencukupi...





Aku pilih chicken chop dan harganya RM5 je! Aku makan tak banyak jadi aku bagi 2 dengan suami hehe...






Ni suami aku order.. Fish and chips pun RM5 jugak!... Sedap jugak Fish and chips kat situ.. Rasa ikan lebih dari tepung...






Balik JB pun boleh gemuk kalau semua makanan sedap-sedap tapi tak bersenam hehehe... Rajin pulak aku ni bersenam... Tak apa CLENX TEA ada! Hahaha...


Sekian... Thank you....


Dating Itu MESTI tapi risaukan Final exam itu WAJIB!

Assalam...



Seperti yang aku khabarkan sebelum ni... Aku nikah masa final exam.. Jumaat 15/6 adalah paper keempat dan Selasa 19/6 adalah paper kelima... So, aku nikah Sabtu 16/6...

Sehari lepas nikah dengan inai merah dijari... Iaitu pada Ahad 17/6 kami pun jalan-jalan kat Aeon Bandaraya Melaka.. Jalan-jalan cuci mata dan singgah makan kat SEE U.. Salah satu tempat yang best untuk makan steambot! Serius sedap tau... Try lah..

Untuk 1st time kami nak cuba makanan kat sini, kami pilih untuk makan sup tom yam dan beberapa jenis set steamboat berasaskan daging ayam.. Paling sedap kat SEE U bagi aku lah.. Bebola Salmon dia! Dari segi harga berpatutan dan berbaloi..



Pertama kali dating lepas nikah!


Isnin pagi kami dah kena bertolak ke Hotel Pelican Batu Pahat sebab Selasa petang aku ada paper exam kelima iaitu Pengurusan Projek!... Husband ambil cuti untuk teman aku exam maka kami jadikan Hotel Pelican sebagai tempat persinggahan untuk bermalam..

1st time masuk Hotel Pelican... Tak sangka cantik dalam bangunan dia.. Kami pilih bilik Super Deluxe macam dalam gambar di bawah tapi kami check in Isnin.. Mungkin jugak orang tak ramai maka kami dapat bilik Super Deluxe yang lebih besar dari gambar ni..



Highly recommended okay!



Malam tu memang pulun habis menghafal dan memahamkan subjek Pengurusan Projek tu... Manakala si dia.. Bergelak menonton cerita cina setiap hari Isnin malam kat TV 3 lepas tu sambung pulak TV 2 ada Masam masam manis cerita P.Ramlee hahaha.. Cukup tergoda dengan cerita yang best macam tu.. Sambil study sambil mata menjeling ke arah TV!!



Kuey Tiow Goreng.. Nasi Goreng.. Sambal dan Telur Mata



Esoknya jam 7.30 pagi kami bersiap-siap untuk bersarapan awal kat Cafe Pelican... Dengan suasana ala English style sebab perabot dia dan susun atur hiasan macam English style... Putih je semua hehe sukanya aku tengok... Sedap mata memandang!

Kami orang pertama yang turun breakfast untuk hari tu sebab aku nak sambung study... Study tanpa makan mesti susah nak berfikirkan hehehehe...



Kuih Talam.. Sosej dan apa benda entah macam Steamboat...


Memandangkan Cafe tu ala English Style maka rasanya aku pun tak nak lepaskan peluang makan sandwich telur dan baked bean!!



Roti Bakar...


Dalam pada tu jugak kami sempat buat roti bakar sebab nampak sedap je butter, strawberry jam, blackcurrent jam, kaya, peanut butter... Yummmyy.....




I LOVE COFFEE!! but I LOVE HIM MORE!


Aku memang suka air panas... Kopi panas, teh panas, hot chocolate... Pagi tu aku prefer KOPI SUSU sebab lepas sarapan nak study.. Jadi bagi mata celik sikit lah dengan secawan kopi...




Pre Honeymoon





Bayangkan masuk dewan exam dengan jari merah begini..
Tau dah mata pengawas exam pandang-pandang jari merah ku ni...

Sepanjang aku exam aku bukan "perasan" tapi aku tau ada pengawas exam pandang jari aku sebab kontra sangat warna jari aku berbanding student lain dalam dewan tu.. Rasa malu tu sikit jelah tapi selebihnya rasa sangat berbangga kerana berjaya masuk ke dalam dewan exam dalam keadaan dah study!




Suka buat muka.. Hahaha


Okay... Ini dia my big boss! Hahaha.... Thank you sebab teman pergi exam dan thank you jugak sebab alert dengan result exam isteri dia ni sebab password SMAP ONLINE UTHM aku pun dia tahu... 


Sekian sahaja....


p/s: ambil masa sebulan nak update sebab gambar-gambar ada pada handphone dia...

Sunday, July 15, 2012

Random: Dia Di Zaman Ketembaman

Assalam..


Disebabkan tak ada kerja.. Kebosanan melanda yang teramat sangat.. Maka terjadi lah gambar kat bawah ni.... Yeayy.. Itu dia si tembam ku.. Sangat tembam hahaha... Bak kata Mak mertua aku.. "Dia masa baby, lahir-lahir je besar.. Tapi senang nak jaga.."..








Esok genap sebulan nikah! Dah boleh ambil kad nikah.. Dah tak payah usung surat nikah sementara sebesar A4 tu dalam handbag.. Lepas ni masing-masing boleh simpan kad nikah dalam purse dan wallet je.. Selamat sikit..

Kalau ada yang terbaca entri ni.. -THANK YOU- (^^,)

Thursday, July 12, 2012

1st time Di Rumah Mak Mertua

Assalam...

Baru semalam petang menjejakkan kaki kat rumah lepas beberapa hari tinggal di rumah mak mertua.. Dari hari Jumaat waktu maghrib aku sampai Sri Putri, JB dan disambut oleh si dia setelah 14 hari tak berjumpa... Gembiranya dapat jumpa orang yang kita sayang.... Rindu sangat! (Gediknya hahahaha...)

Balik JB sebab mak mertua buat kenduri kesyukuran atas pernikahan anak lelaki sulungnya iaitu SUAMIku dan dapat menantu perempuan pertama iaitu AKU hehehe... hampir 3 minggu dah nikah dan itu lah kali pertama aku balik rumah mak mertua..

7/7/2012 pada jam 2.30 petang kenduri dimulakan.. Ini lah kali kedua aku dapat jumpa semua mak cik, pak cik dan semua saudara mara sebelah si dia.. Yang paling best dapat jumpa anak-anak buah.. Anak kepada kakak-kakak ipar aku iaitu kakak kepada si dia..

Seronoknyaa kahwin terus ada anak buah.. Ada 17 orang semuanya tapi yang aku baru jumpa 7 orang.. Itu pun dah happy sangat... Impian jadi kenyataan nak jadi MAK CIK!!... Hahahaha....

Kekok jugak lah nak gelarkan diri sendiri sebagai apa.. Akhirnya mak mertua aku yang letak sendiri title untuk aku.. "AUNTIE FIYA" itu lah gelaran untuk aku bila aku balik JB... Tapi belum pernah lagi dengar budak-budak ni menyebut title tu.. Yang kedengaran hanya lah "MAK CIK"... Hahaha

Yang kelakarnya aku ni memang tak sedar diri... Boleh pulak aku gelarkan diri aku KAKAK!! Hahaha.... "Adik-adik tumpang lalu.. Kakak nak lalu..." Nampak tu... Hahaha... Lepas tu aku sendiri yang membebel dalam hati.. "Ada hati nak jadi kakak... Ishhh.... Salah cakap pulak.." Hehe...

Kenduri sebelah si dia ada marhaban hehe... Waahh masa marhaban tu aku bagi goodies beg kat tetamu yang hadir... Seronok jugak macam tu... Sambil hulur goodies beg kat tetamu sambil diorang ucap tahniah.. Ucap selamat pengantin baru.. Dan segala wish yang sangat menyejukkan hati... Sampai ada yang sempat interview macam mana boleh berkenalan dengan suami... Memang mesra..

Lauk-pauk masa kenduri semuanya di masak oleh mak mertua aku seorang diri.. Dia awal-awal dah cakap.. Dia tak suka kalau ada orang tolong kat dapur.. Dia kata dia suka masak seorang sambil selawat.. Maka cuma ada satu lauk je yang aku tolong kacaukan kat kuali.. Lauk nenas ikan kering masak lemak.. Lagi 6 lauk memang mak mertua aku kerja kan sendiri... Ada lauk sambal udang, ayam masak ala mamak, ikan pekasam goreng yang ikannya di perap sendiri sampai la jadi pekasam, daging dendeng (superb dan sedap sangat!), ikan patin masak lemak, sayur goreng dan lagi satu lauk aku lupa..

Yang tu lah antara sebab aku tak berapa nak ke dapur sepanjang mak mertua memasak.. Memang aku tinggal makan je.. Serius!! Dia suka masak sendiri tanpa sebarang bantuan.. Kalau bab kemas rumah memang bapa mertua yang buat... Dari sebelum kahwin memang suami dah cakap yang abah JB memang suka sangat mengemas dan suka rumah yang kemas..

Paling tak disangka.. Kain baju aku kadang-kadang yang sidai dan basuhkan pun mak mertua dan bapa mertua.. Malunyaaaaaaaa.... Tapi diorang yang nak buat.. Aku tinggal kejap je tengok dah bersidai.. Tinggal kejap tengok dah berbasuh.. Segan jugak tapi tak apa.. Terima kasih Mak & Abah..

Paling rasa terharu dan akan aku ingat sampai bila-bila ialah.. Isnin petang.. Suami aku duduk depan tv.. Sambil dia tengok tv, aku pun busy kan diri nak gosok baju kerja dia untuk seminggu.. Ini lah kali pertama aku nak gosok baju kerja dia.. Bila lagi nak tambah pahala kan... Lagi-lagi duduk berjauhan dan jarang jumpa...


Husband: Tak payah gosokkan baju lah...

Aku: Kenapa?

Husband: Abang boleh buat semua tu sendiri..

Aku: Eh.. Tak apa lah.. Bukan selalu pun.. (Selalu berebut nak buat kerja)

Husband: Tak apa lah.. Abang gosok sendiri...

Aku: Tak apa... (Terus gosok baju kemeja dia....)


Dari mata tengok tv dah jadi mata tengok aku menggosok baju-baju dia.. Mula-mula aku rasa macam "Kenapa dia tengok je ni.. Salah cara ke aku gosok baju hukhukhuk..." Takut jugak kalau salah style ke aku gosok... Rasa macam okay je.. 


Aku: Kenapa Abang tengok je?

Husband: Hehehe... Ermm.. Tak ada apa-apa lah..

Siap semuanya dan aku gantung baju-baju kerja dia kat tempat sepatutnya... Dia tersenyum pandang aku sebab memang dia suka senyum bila pandang aku... Kami pun menonton spongebob sama-sama petang tu...

Malam tu kami keluar rumah.. On the way nak ke rumah mak cik dia kat Mutiara Rini... Dialog dalam kereta...


Husband: Abang rasa bersalah tengok Sayang gosokkan baju-baju Abang..

Aku: Ha? (Cairnya hati dengar.... Rasa macam gosok baju kerja dia yang seminggu tu macam gosok semut je.. Hilang semua penat...)

Husband: Semua tu benda yang Abang boleh buat sendiri.. Sayang tak buat pun tak apa..

Aku: Bila lagi nak merasa gosok baju Abang..

Husband: Thank youu.. (Senyum dan terus senyum........ Sebab dia akan senyum bila aku ada depan dia..)




Hahaha mesti rasa bersalah tu tak hilang... Patut lah dia tengok je.. Rupanya dia rasa bersalah.. Sama lah jugak dengan kes aku bangun pukul 4 pagi sebab nak buatkan sarapan pagi untuk dia sebelum dia pergi kerja dari Melaka ke JB... Sebelum dia gerak pukul 5 pagi.. Aku bangun awal sejam untuk siapkan sarapan..

Goreng nugget dengan wedges je pun.. Yang tu pun dia rasa bersalah.. Punya lah tak bagi aku bangun pagi... Lipat baju pun sama jugak.. Sidai baju pun ya.. Kejap-kejap keluar tengok hahahaha.. Tapi sebagai isteri... Aku bersyukur sangat-sangat dapat suami memang KAKI BERDIKARI... Semua benda tahu buat sendiri.. Masak sendiri pun pandai.. Alhamdulillah..

Sedangkan Nabi boleh jahit baju, menolong isteri dengan kerja rumah.. Apa salahnya suami-suami di luar sana dan bakal-bakal suami lakukan perkara yang sama..

Aisyah meriwayatkan katanya: "Baginda (nabi) yang menjahit kainnya, menjahit sepatunya, dan mengerjakan apa yang biasa dikerjakan lelaki di rumah mereka." (riwayat Ahmad Ibnu Hibban).


Agak bergoyang kaki jugak aku duduk JB.... Sampai je Melaka bila aku cerita dengan Umi (My Mom)... Haha Umi kata "Kat rumah banyak kerja nak dibuat..." Hahaha tak apa.. Sedia maklum...

Itu lah antara story duduk rumah mak mertua... Insyaallah next time akan kembali ke rumah mak mertua sebab nak teman suami pergi check up... (^^,)





Muka penat ke muka apa entah aku pun tak tahu... Bukan
penat buat kerja pun hehehe...





Ruang rumah mak mertua dipenuhi tetamu.... Pipi tembam tu anak buah
aku... Call her KAKAK.... Peramah dan cepat mesra... Ada je cerita pasal
tadika dia.. Hahaha...


Thank You......

PRETZEL with LOVE..

Assalam...

Setelah berada di rumah mak mertua dari Jumaat sampai lah semalam iaitu Rabu.. Rasa macam dah lama tak masuk dapur.. Duduk rumah mak mertua memang lain dengan duduk rumah sendiri.. Lagi pun masih baru dan pertama kali duduk rumah mak mertua jadi tak berapa nak pandai sesuaikan diri..

Insyaallah.. Lama-lama mesti okay kan.. Semuanya takes time... Malu-malu kucing bagai... Huk huk huk.. 

Okay tadi sempat buat pretzel dan fresh bake from oven tau.. Ahad baru-baru ni dating dengan si dia kat Jusco Bukit Indah... Perut kenyang tapi rasa nak mengunyah.. Maka kami pun lepak kat Cafe Auntie Anne's tu... Makan Stick Pretzel dengan Hazelnut Pretzel cicah Sos Karamel..

Memang sedap!... Tapi dah balik Melaka memang terperuk kat rumah jelah.. Maka aku bercadang nak buat pretzel aku sendiri hehe... 




Rasa dia dah nak hampir dengan Auntie Anne's..
So sabtu ni boleh lah buat lagi... hehe..




Yang ni Sugar Pretzel.. Yummmyyyyy.....
Makan panas-panas lagi sedap sebenarnya.. 
Kalau dah sejuk dia liat sikit.. Same goes to
Auntie Anne's punya pretzel...




Ada beberapa jenis pretzel aku buat tapi yang
paling extreme sedap yang Cheese Pretzel....
Baru keluar oven terus melantak depan oven
dengan  adik yang bongsu hahaha..............



Lepas ni kena praktis buat banyak kali untuk pastikan yang pretzel aku lembut dan bertambah-tambah sedap.... Ameen...


NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3