Assalamualaikum
Hana masuk 2 bulan pada tarikh 9 Jun 2015..
Alhamdulillah Hana membesar dengan jayanya dengan penuh kasih sayang hehehe.. Pipi pun makin bulat.. Sedap dibuat cubit tu hahaha.. Okay, sorry Hana! Kiteorang geram sangat tengok awak yang gebu ni..
So, macam biasa pergi check up 2 bulan.. Timbang berat, ambil ukur lilit kepala dan ambil catatan ketinggian.. Masa ni Hana masih guna mitten dan booties tau sebab tak nak Hana cakar muka dia yang comel tu.. Maklum lah, aku ni takut nak potong kuku Hana hehehe.. Halus sangat jari dia tu.. Macam nampak tak nampak je mana satu kuku dan mana satu isi kuku huhuhu.. Tapi kiteorang silap, nurse kata baby dah masuk 2 bulan dah tak perlu pakai lagi mitten dan booties tu.. Dah tiba masa untuk tangan dan kakinya dilepaskan dari dibalut sepanjang hari..
Kenapa? Nurse kata antara sebabnya adalah baby 2 bulan dah mula explore tangan dan kaki.. Masa ni lah baby akan belajar hisap jari, belajar genggam dan lepas tangan dan merasa pergerakkan jari-jemari.. Macam tu jugak dengan kaki.. Baby belajar nak gerakkan kaki secara bebas..
First time jadi parents kan.. Banyak benda kiteorang tak tau.. Bagus nurse tu bagi information baru kat kiteorang.. Akhirnya Hana bebas dari mitten dan booties buat selama-lamanya.. Yeaayyyy!!!!!
Sepanjang Hana 2 bulan tu aku perasan dia banyak hisap jari dan cuba bermain-main dengan jari sendiri.. Maka betul lah apa yang nurse tu sampaikan.. Kadang-kadang tu bunyi cuuuttt...cuuuttt si Hana syok sangat hisap jari hehehe.. Kalau tang kaki tu jangan cakap lah.. Pakaikan dress atau gown memang asyik nampak diapers je.. Suka sangat angkat kaki tinggi-tinggi hehe..
Dah mula aktif main dengan kaki dan tangan.. |
Masa 2 bulan ni jugak lah Hana dah start ikut aku pergi kerja setiap hari.. Dia selalu ada dengan aku.. Husband kerja + duduk kat Johor, kami berdua pulak kat Melaka.. Weekend lah baru husband ada masa nak belek-belek, kelek-kelek, golek-golek dengan si Hana.. Kalau hari biasa tu aku banyak bagi gambar thru whatsapp atau tag dia gambar-gambar Hana yang aku upload kat instagram.. Nak cari rezeki lebih kena berkorban lebih.. Impian dan harapan nak duduk serumah tu tetap ada...
Posisi favorite saya ni.. |
Cerita pasal breastfeeding.. Aku try direct feed si Hana setelah sekian lama bagi Hana susu melalui botol je.. Hasilnya..... DIA REJECT!! Dia nak botol susu dia jugak.. Cuba direct feed setiap hari tapi dia reject dan mengamuk.. Dia rasa rimas dan lemas aku paksa dia direct feed.. Baby sekarang cepat sangat cerdiknya.. Betul lah apa sifu breastfeeding cakap, kalau dah ajar guna botol sepenuh masa memang baby akan reject direct feeding huhuhu.. My mistake! Maka dengan itu, sesi pam diteruskan dan feed Hana guna botol favorite dia.. Walaupun setiap sesi cuma mampu dapat 0.5 oz hingga 1.0 oz sahaja, aku bagi jugak kat Hana sebab tu rezeki dia..
Bulat tak saya? Hehehe |
Kita jumpa lagi masa entry 3 bulan pulak tau hehehe...
Terima kasih..