Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Wednesday, January 26, 2011

Buat Baik Di Balas Baik Laaahh...

Yeay...Hujan! Hujan di waktu pagi... hehehe sejuk dan nyaman udara...
Tapi itulah ada kelas pagi..nak sambung tido lepas subuh pun x boleh lah nampaknya..

Apa kisah baru yang berkaitan dengan gambar di atas??? Hehehe...
Di mulakan dengan tajuk BUAT BAIK DI BALAS BAIK LAAAHH...

Pagi tu seperti bese kalu ujan... aku lah orang yang paling suke nak offer2 payung kat housemate
memandangkan pagi itu jugak sahabat yg amat dikasihi nak hantar aku g kelas dengan menaiki keretanya... Jadi i dont need any payung2..(eksyen hehe)..Roomate kene tunggu bas..jadi better dia sajelah yg gune payungku itu...

Maka bila dah bagi payung kita kat orang..kita ni pun terpaksa meredah dari blok asrama ke blok asrama yang lain untuk sampai ke tempat kawan ni nak tumpangkan kereta...
Maka berbasahan lah daku...

Tiba2 dalam pada nak merentas dari blok ke blok... terasa seperti aku x kene ujan... rupa2nya ada orang payungkan aku!!!!

Pelik jugak..nak toleh x boleh sbb jalan sempit jadi aku merelakan di payung seorang sahabat yg aku xtau ni...

Akhirnya sempat juga aku menoleh dan rupa2nya.. seorang gadis berbangsa cina telah memayungkan aku!.. Aku hanya senyum dan dalam masa yg sama tkejut sbb aku memang langsung x kenal dia.. walaupun dia student u aku jugak..

Dipayungkan aku bersama payungnya yang uzur.. kelihatan patah2 sana sini rangka payungnya tapi payung yang uzur itulah dikongsi bersama denganku...

Dengan rasa menghargai perbuatannya...aku pun mengusap bahunya lantas mengucapkan terima kasih banyak2 kerana memayungkan aku sampai lah ke tempat aku nak tuju...

Moral of the story... bila duduk kat Malaysia yang banyak bangsa ni... Kita hargai setiap perbuatan baik bangsa lain...walaupun dengan hanya ucapan TERIMA KASIH...
satu perkataan yang difahami semua...

Lagi satu... bila kita buat baik pada orang...orang lain juga akan berbuat baik pada kita...
Macam kes ku yg 1 ni... bila aku bagi housemate pinjam payung.... balasannya.. aku dipayungkan orang sampai ke destinasiku tanpa basah kuyup memandangkan hujan terlalu2 lebat=)

No comments:

NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3