Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Saturday, March 31, 2012

Resepi Kacang Foul

Assalam....

Dah makan malam ke belum? Hehehe... Aku diet... Minum air cicah biskut jelah ye... So, aku nak share satu resepi yang aku rasakan dah terlalu banyak kat dunia google... Kalau kalian taip memang kompem keluar resepi tu tapi............

Kenapa TAK SEDAP eh??

Maka... Aku pun alter lah resepi mengikut citarasa aku di mana aku mengikut rasa yang hampir sama macam yang aku makan kat JB... Bagi aku kat JB memang best! Sedap! tapi maaf lah tak ingat pulak nama tempat tu...

Bila dah balik Melaka... Adik aku request suruh aku masakkan dia Kacang Foul sebab teringatkan kacang foul yang kat JB tu... Ehem.... Ini En.Sayap Terbang lah neh buat adik aku angau dengan Kacang Foul kat Jb tu hahaha... Terima kasih sebab belanja kami makan Kacang Foul kat JB tu...

Sebelum tu.... Pernah tengok kacang foul tak? Kacang foul tu di dalam tin... Biasanya cap Kimball dan ia diimport dari Arab Saudi sebab Kacang Foul ni menu orang arab..





Bahan-bahan Kacang Foul:

2 tin kacang foul (1 tin dikisar halus, 1 tin lagi dikisar kasar)
6 biji bawang besar (potong dadu)
6 ulas bawang putih (cincang)
5 sudu jintan kasar (goreng tanpa minyak dan tumbuk halus)
5 batang cili padi (dikisar halus)
3 sudu besar serbuk kari
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan sos cili
Minyak untuk memasak

Cara-cara:

1. Panaskan minyak... Masukkan bawang besar, bawang putih, cili padi dan kacau rata sehingga naik bau..

2. Masukkan kacang foul yang dikisar halus dan kasar ke dalam kuali.. Kacau rata..

3. Masukkan jintan, serbuk kari, garam, gula, sos tomato, dan sos cili... Kacau rata selama 10 minit dan padamkan api...

4. Masukkan ke dalam mangkuk untuk di hidang...


Bahan-bahan hiasan (wajib ada kalau tak, tak sedap!)

6 biji bawang besar (dadu)
6 batang cili hijau (hiris)
6 biji telur (digoreng secara telur mata)
6 keping roti (dibakar)

Tabur bawang, cili dan letakkan telur dalam mangkuk berisi kacang foul... Kemudian, makan lah dengan roti bakar.... Sedap!



Selamat mencuba... TQ=)

*sorry gambar tak ada sebab aku ni malas nak ambik gambarnya... hehehe

Friday, March 23, 2012

Pilihan Tempat Bersarapan Kami dan Bergambar!

Assalam....

Apa khabar viwers and readers.... Baru-baru ni aku dan beberapa orang classmate U aku pergi bersarapan kat Tasek Y... Sebelum ni pun aku pernah post jugak entri bersarapan kat Tasek Y tapi itu bertiga je dengan Awin dan Ida..
Yang latest ni, aku pergi bertujuh pulak dengan konvoi 2 buah kereta comel milik Ekin dan Kak Nad... Sebelum bertolak pagi tu, aku sempat menggoreng mee hoon (sesuai untuk orang diet!) dan Ekin sempat menggoreng keropok sayur... Kak Nad pulak siapkan air teh o untuk minum pagi...

Bertolak pada 9.30 pagi dan sampai Tasek Y lebih kurang hampir jam 10... Kami pun pilih lah tempat yang sesuai untuk berkelah hehehe.... Masing-masing memang nampak lapar sangat sebab perut kosong!

Biasanya aktiviti macam ni, aku yang ambil gambar sebab aku sorang je bawak kamera.... Dalam masa yang sama, aku suka sangat ambil gambar kawan-kawan aku yang memang cantik-cantik ni... Maka, amat kuranglah gambar aku hehe...

Gambar kat bawah ni menceritakan saat indah kami di Tasek Y.... Jangan lupa... Tanpa kawan-kawan seuniversiti... Kita tak akan berjaya hanya dengan berusaha seorang diri.... Tanpa kita sedar... Kawan-kawan juga telah banyak membantu (^^,)
























































Thanks for reading semua....

Monday, March 19, 2012

Random: COOKING ketika ketiadaan My Mom

Assalam....

Lama tak update blog sebab buzy dengan kelas.... Balik rumah dah penat... Ada masa free pun dah sibuk jenguk rumah pulak yang tak sempat bersapu bila buzy dengan kelas & homework... Waktu free tu lah sibuk dengan rumah & kain baju....

Kali ni memang entri yang terlintas sekali lalu kat kepala... Idea kering maka untuk menceriakan blog aku ni.... Aku nak share (bukan nak buat orang annoying!) dengan aktiviti di dapur... Bak kata My Mom... "Kang orang datang meminang... Pastu kamu tak reti masak.. Nak bagi tau apa kat pihak yang meminang tu..."... Tradisional kan My Mom... Pada kalian penting ke tak perempuan kena tahu memasak eh??

Secara jujurnya aku sendiri tak lah reti sangat.... Ala kadar jelah... Maka masa My Mom tak ada kat rumah, aku lebih suka masak apa yang adik-adik nak makan... Sebab bukan aku yang nak makan... Mereka yang nak makan.... Biasanya mereka order nasi goreng pataya, spagethi bolognese, mee goreng, bubur berlauk kentang masak kicap (feveret adik aku yang bongsu) pastu kuey tiow ke... Mee hoon ke...

Cerita pasal masak lauk-lauk pun aku ikutkan selera mereka ni... Ikan masak sweet sour (tu paling spesel lah yang aku rasa, tu pun kalau rajin!) pastu kalau diorang nak ayam goreng, aku goreng lah ayam.... Lauk tersimple aku kobis masak air je... Hahaha....

Tapi budak lelaki memang makan banyakkan.... Kalau mereka ni ada... 4 cawan beras kena masak untuk 2,3 orang makan... Kalau aku duduk rumah sewa... 6 orang makan pun 3 cawan je! Hehehe.... Terkejut aku tengok selera adik-adik aku ni... Bukan main besar lagi....

Hehe ok lah... Mungkin itu je story setakat ni....... Pesanan ikhlas... Masak boleh belajar... Kalau malas, tak boleh tolong lah......

p/s: Dah nak dekat seminggu gas habis... So, tiap hari masak guna microwave... Masak apa? Boleh masak sup, sardin, kari, tom yam, asam pedas, goreng roti, ikan... I LOVE MICROWAVE! Hahahaha....


Tu dia... Ikan masak sweet sour.. Kobis masak air... Telur goreng dengan Nasi... Ni pun boleh dikira masakkan jimat kos ye....



Sarapan pagi tercepat... Roti bakar, cocktail goreng, baked bean cheese, nugget dengan chicken ball goreng...

NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3