Assalam...
Aku saja nak kongsi cerita sebab mood aku sejak akhir-akhir ni mood pemalas yang sangat malas tahap apa pun aku tak tahu... Malas nak study, malas nak selak notes, malas nak buat assignment dan palinnnngg teruk sekali bila malas nak pergi kelas tu datang bertubi-tubi.. Memang hasutan yang sangat dasyat bagi aku.. Kadang-kadang rebah jugak lah... Kadang-kadang lawan sekuat hati..
Cara paling traditional aku gunakan adalah dengan menasihat diri ni.. "Bukan ke 7 tahun lepas, kau nak sangat masuk U.. Menangis bagai nak rak sebab tak dapat masuk U.. UPU bagi result yang mengecewakan kau... 3 tahun lepas.. Kau melompat-lompat macam orang gila dalam rumah bila dapat masuk U.. Sampai adik kau pun tak faham kenapa kau gila melompat macam lah dapat duit sejuta kan.. Gunakan lah peluang yang Tuhan dah bagi ni.. Jangan main-main.."
Hahahaha traditional kan cara aku.. Pujuk-pujuk hati sendiri bagi lawan sifat malas yang tak bertempat tu... Cita-cita tinggi.. Konon nak sambung Master lepas ni.. Tapi dah sem akhir degree ni pun malasnya... Astaghfirullah.. Apa lah nak jadi...
Biasanya cara pujukan macam tu menyedarkan aku... Aku ingat lagi.. Masa tahun 2010.. Keluar kat paper... 40 000 pelajar dapat masuk IPTA.. Kembang kempis hidung sebab dapat jadi sebahagian dari 40 000 orang yang terpilih.. "Itu pun kau nak malas lagi?? Tak tau bersyukur ke apa.. Berlambak orang kat luar tu nak dapatkan tempat kau.. Tahu tak!!"
Semester 1... Permulaan cabaran... |
Liza... Salah satu kawan yang sangat best!! |
Masa mula-mula masuk U.. Dapat tahu banyak subjek yang aku boleh let go sebab masa diploma dulu dah ambil subjek-subjek tersebut... Happy rasa hati sebab aku tak payah lah ambil subjek banyak sepanjang degree ni.. Bila subjek sikit, maknanya boleh habis degree awal...
Malang tidak berbau.. Beberapa subjek telah ditarik balik oleh pihak pengurusan kerana sebab tertentu.. Masa tu terus menangis dengan tak tahu malunya dan terus lari keluar dari bilik meeting.. Rasa kecewa sangat-sangat... Kenapa dah hampir pertengahan semester baru dapat tahu tentang penarikan semula beberapa subjek... Aku lupa semua tu UJIAN dari Tuhan.. Eleh.. Bukan aku sorang je yang kena.. Member yang lain pun sama jugak macam aku...
Masuk semester kedua.. Aku dah tak fikir lagi pasal masalah tu.. Aku nak belajar dengan happy dan ikhlaskan hati.. Biar lah lambat asal selamat kataku... So.. Semuanya berjalan lancar walaupun aku tak pernah dapat dekan walau sekali pun.. Aku nak sangat rasa tapi mungkin dekan bukan milik aku.. Pujuk-pujuk hati.. "Janji pointer jangan bawah 3 kira okay lah tu.. Usaha lagi.."
Semester 2 yang aku rasakan semester paling berjaya buat masa ni.. |
Kemudian melangkah ke semester 3.. Aku teruskan dengan usaha yang palinggg keras.. Aku tak pernah bertungkus lumus study dan menangis-nangis dan pening-pening kepala dan stress tahap tertinggi... Bila result semester 3 keluar, memang diikutkan itu lah result paling rendah yang pernah aku dapat... Aku tak sedih langsung... Siap boleh senyum lagi sebab aku rasa aku dah cukup berusaha dan aku puas hati dengan usaha-usaha tu.. Bila result keluar, memang tak seberapa macam usaha yang keras tu tapi automatik aku boleh redha dan senyumm je..
Semester 3 dengan kelab treking yang supporting.. |
Meneruskan perjalanan ke semester yang ke 4.. Masa ni dah mula belajar jadi malas.. Semuanya jadi slow.. Dah macam siput spongebob si garry tu hahaha.. Oopps.. Tak lawak okay.. Negative semua ni negative.. Tak bagus untuk student yang ada cita-cita nak berjaya.. Semester 4 ni kenangan yang paling manisnya adalah.. Walaupun pemalas.. Lepas tu masa orang sibuk nak final, aku pun sibuk nak kahwin.. Syukur lah.. Banyak peningkatan dari segi pointer pada semester 4 ni.. Dah lah 6 subjek.. 18 jam kredit.. Semua subjek 3 jam kredit.. Exam dah la paper selang sehari,dua je.. Aiishh... Malas study tapi pointer naik.. So.. Bila fikir-fikirkan semula.. Bukan sebab aku malas kot hahaha.. Kemungkinan aku amalkan study smart.. Bukan study hard macam semester 3..
Ooo yeahh.. Semester 4 kita kahwin dah... |
Masuk semester 5.. Tak jugak rajin.. Rajin buat Projek Sarjana Muda (PSM) je.. Yang lain-lain tu aku tak banyak korbankan masa sepertimana aku korbankan masa untuk PSM.. Ooo.. Aku jugak banyak tumpu pada subjek Math berbanding yang lain sebab risau kan kalau Math fail nanti tak dapat ambil statistik pulak.. Sem ni jugak buat aku lebih matang sebab yelah dah jadi isteri orang.. Mature sikit lah... Hehehe
Semester 5.. Jamuan akhir semester... |
Sekarang last semester kat U ni.. Aku dah berada di semeter ke 6.. Syukur alhamdulillah.. Aku dah selamat jejakkan kaki ke tahun 4... Tapi malangnya.. Bila makin berada di penghujung aku makin kurang motivated.. Makin menjadi-jadi pemalasnya.. Walaupun kelas seminggu 3 kali je.. Paper final pun ada 3 je.. Tak rajin jugak.. Malasnya macam lah ambil 30 paper sem ni.. Isnin sampai Rabu je aku akan ada kat U... Hari lain aku suka rela balik rumah hehehe.. Suka bawak balik assignment dan PSM ke rumah.. Akibatnya.. Sabtu dan Ahad pun malas nak keluar rumah sebab kerja bertimbun.. Duduk jelah mengadap laptop kesayangan hehe..
Semester 6 yang berbaki 2 bulan je lagi... |
Ada junior ternampak jadual semester 6 aku.. Katanya.. "Wah.. Untung lah kau kan.. Kelas tak banyak.. Subjek tak banyak.. Final tak banyak.. Jadual tak padat... Bestnyaaa.." Aku pun reply... " Aku dah puas dah berlari-lari ke sana sini pergi kelas sebab ada masa kelas A mula 8 pagi sampai 10 pagi.. Dah lah kat bangunan lain.. Lepas tu pukul 10 pagi tu jugak kelas seterusnya mula.. Berlari terus pergi bangunan lain yang memang jauh jaraknya.. Tak sanggup tunggu bus sebab tau akan masuk kelas lambat nanti.. Aku dah puas menangis bila study tak faham-faham.. Ni lah hasilnya untuk semester terakhir aku.. Kira layak lah aku dapat jadual yang macam ni.. Nanti akan datang, kau akan rasa jugak.."
Bila dah masuk semester akhir baru aku rasa manisnya sepanjang degree ni... Walaupun asalnya aku tak boleh terima hakikat untuk menghabiskan degree dari umur 22 tahun sehingga 26 tahun yang aku rasakan sangat lah lama.. Belum campur diploma 19 tahun sehingga lah 21 tahun.. Gitu gini 19 tahun sehingga 26 tahun aku belajar secara non stop! Lama tu lama tu...
Kalau ikut pikir lama memang lama.. 7 tahun aku menghabiskan masa untuk belajar sehingga ke tahap degree sahaja.. Tapi aku percaya.. Setiap pengorbanan dan kesabaran tu akan terbalas satu hari nanti.. Insyaallah... Perancangan Allah adalah perancangan yang terbaik untuk aku... Yang penting sekarang ni.. Nak elak jadi malas.. Kena lah sentiasa ikhlas nak menuntut ilmu.. Bukan menuntut ilmu sebab nak menunjuk-nunjuk kat oghang.. Bukan sebab nak gaji besar ke.. Bukan sebab nak pangkat tinggi melangit.. Bukan sebab nak dekan semata-mata.. Kena ingat.. Oghang yang pergi menuntut ilmu tu PAHALA ganjarannya.. Nak pahala kena lah ikhlaskan hati.. Belajar tak ikhlas tu yang jadi pemalas tu.. Hishh!!
Usah tertipu.. Aku belum konvo lagi.. Pinjam jubah abang senior yang konvo.. Jubah konvo husband kita... |
Semoga semua usaha kita semua dalam menuntut ilmu diberkati Allah... Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kejayaan aku secara terang atau secara sembunyi.. Semoga kejayaan itu milik kita bersama.. Bukan milik aku sorang je.. Teruskan niat untuk ikhlas pergi kelas.. Ikhlas buat assignment.. Ikhlas baca buku.. Ikhlas kan hati buat latihan Statistik sebab esok ada test mid term ya... Please lah... Please lah... Jangan lah jadi pemalas lagi...
Terima kasih..
moral of the bebelan: IKHLAS kan hati, jiwa dan raga Lillahi Taala... Okay (^^,)
4 comments:
good luck
all d best
EleEa: hehe ya..good luck too..
Salam...
Terima kasih sudi follow blog saya...sbg tanda penghargaan...saya ada review blog rima...
http://zannaeleeaismail.blogspot.com/2013/04/review-follower-ke-100-rima-damia.html?m=0
ELeEa: Salam.. terima kasih atas entry tu... happy happy happy!! hehe
Post a Comment