Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Monday, April 8, 2013

Up Head To Toe ---> Persalinan Nikah

Assalam..



Aku tiba-tiba rasa nak share serba sedikit tentang persalinan nikah aku.. Nak share harga dia, nak share beli dari mana dan lain-lain lagi... Mana tau perkongsian info dari aku ni boleh membantu mana-mana bakal pengantin yang tengah sibuk buat preparation...

Sekarang ni aku dan family sibuk jugak buat preparation.. Tapi preparation untuk majlis nikah si Angah (adik perempuan aku.. selesai sudah anak-anak perempuan Abah hehe) dan majlis resepsi kami yang akan diadakan serentak pada hari yang sama sebab sebelum ni aku buat majlis nikah kecil-kecilan sahaja yang terdiri dari kaum keluarga, sanak-saudara, jiran terdekat dan sahabat U sahaja.. 

Berbalik pada topik.. Jom aku nak share serba sedikit tentang persalinan nikah aku di mana semuanya sendirian berhad hehe... Beli sendiri sebab terfikir jugak, mana tau ada adik-adik saudara ke kakak-kakak saudara nak kahwin (berdasarkan Terma dan Syarat hehehe :P).... Boleh lah aku jadi mak andam yang tak terandam hehehehe...



Sorry kalau tak jelas..
TUDUNG
Description: Tudung bawal plain.. 
Warna: Putih
Harga: RM40- RM60
Venue: SEMUA HOUSE, KL





BAJU

Description: Jubah siap lining di bahagian dalam,
design layer bertingkat dan bersulam.. 
Warna: Putih
Harga: RM165
Venue: BUTIK EL ZAHRA (online)






INAI

Description: Inai dari Arab Saudi dan inai dari Pakistan..
Combination 2 jenis inai menghasilkan warna yang
sangat cantik! Inai Arab Saudi menjadikan warna oren dan
Inai dari Pakistan menjadikan warna lebih merah..
Warna: Merah
Harga: RM3/ 1 tiub
Venue: Bandar Melaka







CROWN

Description: Crown ni jenis pin tepi kepala.. 
Warna: Silver
Harga: RM60
Venue: Jalan TAR, KL







VEIL


Description: Veil warna putih dan bermanik..
Warna: Putih
Harga: RM80
Venue: Jalan TAR, KL







BUNGA

Description: Hand flower ni buat sendiri..
Pilihan warna sesuai dengan baju putih.. 
Warna: English style
Harga: RM20
Venue: KK Home Deco, Kota Fesyen, Melaka




Kasut tak ada gambar tapi beli kat XES je hehe.. Warna putih.. Harganya RM30- RM40.. Kasut jenis heel 1 inci setengah.. Sangat selesa dan best...

Sebenarnya kalau nak dapatkan pelbagai jenis barangan untuk pengantin atau untuk majlis kahwin.. Aku rasa port kat KL adalah port terbaik selain dari Nilai 3 dan Ayer Hitam... Macam-macam pilihan ada.. Crown pelbagai design dan bentuk pun ada.. Harga pun boleh nego tau lebih-lebih lagi kat Jalan TAR tu.. Hehehe..

Hopefully aku membantu sesiapa yang nak buat persiapan tu.. Mungkin ada yang tak minat sewa baju dan ingin membeli semuanya sendiri, so boleh lah survey bermula dari sekarang... Nikmat beli sendiri sebab boleh simpan untuk kenangankan...

Ok.. Terima kasih..


p/s: Jom cuci mata Samsung Galaxy Note II LIMITED EDITION.... Comel sangat warna PINK... I wonder... If.. Si PINK itu menjadi milik aku... hehehe...

No comments:

NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3