Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Friday, April 26, 2013

Main masak-masak...

Assalam...



Sejak Abah ada kat rumah.. Selalu jugak balik Melaka.. So, minggu ni balik JB rumah sendiri dan lepaskan rindu kat dapur sendiri hehehe.. Semalam sempat beli barang dapur tapi menu nak memasak tu tak ada.. Husband kata beli jelah apa-apa barang yang boleh dimasak.. Kami pun beli ikan caru dan sawi bak choy...

Bersempena Jumaat yang indah ni.. Aku pun memasak lah untuk makan malam kami berdua.. Alhamdulillah.. Dalam masa 1 jam setengah siap lah semua hidangan makan malam.. 

So, kat enrti ni aku nak share lah resepi simple untuk beginner macam aku hehehe.. Beginner tau aku ni.. 


Papadom..







Sawi Bak Choy Goreng Ikan Masin
Bahan-bahan:

1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
Ikan masin (ikut suka nak guna ikan apa)
Sawi Bak Choy
Garam
Minyak
Air


Cara-cara:

1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang besar, bawang putih.
2. Masukkan ikan masin dan batang sawi. Tunggu sehingga batang sawi sedikit lembut.
3. Masukkan air, daun sawi dan garam. Masak.. Masak.. Masak.. Siap..

p/s: aku lagi suka tambah sos ikan.. optional lah hehe..







Air Asam (pencicah Ikan Caru Goreng)

Bahan-bahan:

5 batang cili padi (goreng)
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
Ikan bilis (goreng) / belacan (bakar) 
1 cawan air asam jawab
Garam
Gula

Cara-cara:

1. Tumbuk cili padi, bawang besar, bawang putih, ikan bilis. Nak blend kasar pun boleh.
2. Masukkan bahan-bahan tadi ke dalam mangkuk dan tuangkan air asam, letak garam dan gula secukup rasa. Siap..








Ikan Caru Goreng

Ikan caru ni aku lumur dengan kunyit dan garam je.. Kemudian goreng.. 



Kadang-kadang menu simple ni lagi seronok makan panas-panas banding masak kari, masak lomak cili api dan sebagainya.. Lagi simple lagi membuka selera.. Hehehe.. Air asam tu first time aku buat.. Aku tak pernah lagi makan ikan caru cicah dengan air asam.. Saja nak try sedap ke tak hehe.. Selalu tu cicah dengan sambal kicap je.. Sedap jugak rupanya ikan caru cicah air asam.. Best!! Kepada yang rajin nak try.. Boleh try.. Silakan silakan...

Terima kasih...

p/s: Jom shopping online di WHITE.MY!!! Shopping dengan diskaun yang hebat mesti lebih menyeronokkan... 

No comments:

NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3