Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Monday, April 15, 2013

That Guy!!!!!

Assalam..


Alhamdulillah dah 4 hari Abah ada kat Malaysia..

Jumaat lepas, kami adik-beradik excited nak pergi KLIA sebab nak jemput Abah.. Selalunya kami lambat sampai KLIA tapi kali ni kami cuba jugak datang awal.. Alhamdulillah kami awal sejam dari Abah hehehe...

Expecting Abah memakai jubah ala Arab, kopiah dan apa-apa saja yang menunjukkan Abah baru balik dari Arab Saudi, kami silap hahaha.. Abah pakai baju melayu dengan seluar slack je untuk hari itu..

Bila semua nampak Abah.. Kami meluru berjalan laju kejarkan Abah yang melangkah keluar dari balai ketibaan.. Biasanya girl Abah lah yang bercucuran air mata.. Macam mimpi je dapat jumpa Abah lagi sekali untuk tahun ni.. Hari pertama untuk tahun pertama jumpa Abah pada Jumaat 12/4/2013!! (5 tahun berada di situasi yang macam ni... Mula dari 2008)

Husband pun tercicir dah kat belakang hehe.. Jalan laju-laju terus salam, cium pipi dan peluk Abah puas-puas macam Abah nak balik Arab Saudi semula... Abah pun sama.. Abah akan cium-cium dan peluk anak-anak dia dan air mata Abah pun menitis...

Atok, Wan, Family kat kampung prepare apa patut.. Sehari,dua sebelum Abah balik, Atok dan Wan beria-iya prepare list menu yang nak dimasak khas untuk Abah yang nak balik Malaysia.. Maksud aku anak lelaki mereka yang nak balik ke Malaysia.. 

Sampai je kat kampung.. Abah jumpa Atok, Abah jumpa Wan.. Wan menangis... Aku tau Wan memang rindu kat Abah hehe.. Abah hadiahkan Wan beg Coach.. Aku pun "Wooo.. Coach tu..".. Abah senyum tapi berbalas, "Wan dapat beg Coach sebab anak dia Project Director".. Okay.. Aku faham.. Abah maksudkan, Wan dapat beg Coach tu sebab anak dia berjaya! Bukan sebab lain..

Malamnya kami berkumpul depan Abah.. Hahaha sesi bukak luggage yang banyak tu.. Macam-macam isi ada dalam luggage tu.. And thank you Abah untuk semua benda yang Abah belikan.. Of course lah happy hehehe.. 

Hari Ahad (14/4/2013).. Abah buat breakfast untuk kami dengan bantuan aku + bantuan Umi jugak lah.. Abah adunkan okonomiyaki.. Okonomiyaki ni lempeng Jepun.. Ada kobis, bawang, kentang semuanya disagat kemudian dicampur dengan tepung dan garam.. Kalau nak letak daging ayam ke, daging lembu ke boleh je.. Aku rasa kalau letak crab stick pun sedap.. Okonomiyaki ni kami makan dengan sambal terasi.. Sambal tu resepinya dari Indonesia.. Hehe masih tekak melayu lah.. Hahaha tak boleh kalau tak ada sambal pedas..

Abah tanya aku balik Batu Pahat bila.. Aku pun jawab lah Zohor.. Abah kata tak payah balik dulu..  Abah nak suruh makan homemade Al-Baik (ala-ala KFC tapi KFC tak berapa nak best sangat kat Arab.. Hehe better makan Al-Baik!).. So, Abah, Umi, boys pun masak lah Al-Baik kat dapur.. Ada ayam goreng, salad nenas, chunky chips, cendawan goreng (tambahan je hehe Al-Baik mana ada jual cendawan goreng).. SEDAP! 


 Makan kat Al-Baik Jeddah.. Dec 2010- January 2011.. 


Masa makan tu, kami makan ramai-ramai.. Abah, Umi, aku, husband, Angah, Ayeesh (Hariz), Zuhair dan Zayd Irfan.. Afiff sorang je yang tak ada sebab busy dengan final year project kat GMI.. Sekali lagi rasa macam mimpi yang Abah ada dengan kami.. Makan dengan kami.. Sembang dengan kami hehehe.. Macam-macam cerita boleh terkeluar.. Hehehe..

Lepas ni Abah sibuk nak prepare majlis nikah Angah (adik perempuan aku..) Lepas tu sibuk prepare untuk majlis resepsi kami yang aku sendiri belum betul-betul prepare sebab tak tahu nak pakai baju apa untuk majlis tu nanti.. Belum terfikir secara mendalam nak pilih tema warna apa.. Husband pun macam tu jugak.. Tak terfikir apa-apa lagi..

At the end of the story.. Bila Abah balik mesti diorang solat jemaah Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, Isyak kat rumah.. Husband pun ada jugak jadi imam, Abah jadi makmun.. Boleh praktikkan untuk sesiapa yang nak pilih menantu lelaki hehehe.. 

Masa bagi tahu Abah siapa lelaki yang aku pilih, Abah tak check pun orangnya macam mana.. Muka macam mana... Perangai macam mana.. Pandai baca Quran ke tak.. Pandai solat ke tak.. Boleh memimpin ke tak.. Tak ada pun check income bulanan (Abah cakap.. menantu Abah tak kaya pun tak apa.. Abah pun bukan orang kaya.. janji dia baik dan bertangunggjawab dah okay..) Dah lah tak pernah jumpa lelaki yang aku pilih .. Terus setuju masa tu jugak.. Siap suruh kahwin terus.. Suruh lelaki tu datang rumah bawak family dan Abah yang cakap sendiri dengan family lelaki pasal nak kahwinkan terus tu.. Parents sebelah lelaki pun jawab "Kami ikutkan saja kalau dah perancangannya begitu..."...

Ini baru kali ke-4 husband aku jumpa bapa mertua dia hehe.. 1st masa merisik+tunang.. 2nd masa nak nikah.. 3rd masa hantar Abah pergi KLIA sebab Abah nak balik Arab Saudi.. 4th masa ambil Abah kat KLIA hari tu.. Selebihnya webcam, chat kat Facebook.. Itu je lah..

Bakal adik ipar pun belum pernah jumpa Abah haha.. Kiranya dia lagi hebat la.. 1st time jumpa masa nikah hahaha.. Masa bertunang dia webcam je dengan Abah..






So.. Insyaallah jika diizinkanNya.. Dapat lah Abah bercuti 3 bulan!! 

Terima kasih...

p/s: Jom shopping online di WHITE.MY!!! Shopping dengan diskaun yang hebat mesti lebih menyeronokkan... 

4 comments:

Miss arfisa said...

happy for you.hehe

Angah . Izzah said...

hahaha...bakal menantu rajin bebeno contact abah kat fb....sgt moden ^^

RIMA DANIA said...

Miss arfisa: Terima kasih =)

RIMA DANIA said...

Angah Izzah: mesti la kene merapatkan ukhuwah haha.. dgn adik2 ipar chat2 jugak ke haha

NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3