Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Thursday, August 11, 2011

Within 24 hours.. Siap orders for RAYA!!!! + Jadi Tenaga Pengajar Buat Kek dan Biskut = Hasilnya PENATnya hari ni...

Hari ni terasa extra letih dan penat.... Pengalaman hari ni mengajar Kek Kukus Coklat Lembab dengan Chocolate Chip Cookies (Kak Naz) di satu tempat untuk sesi belajar kemahiran... Walaupun jadi cikgu yang tak berbayar sebab nama pun keje amal.... Semoga terbayar lah segala penat dengan pahala di bulan Ramadhan ni...

Dalam masa yang sama aku share jugak resepi yang ada dalam buku catatan aku.. Contohnya Muffin Blueberry (Kak Naz)... Apam DotDot... Muffin Strawberry (Kak Naz) dan Muffin Yogurt Chocolate Chip (Kak Naz).. Tak ajar pun buat resepi tu tapi aku bagi salin je sebab next time boleh lah diorang buat dengan my mom iaitu cikgu kemahiran yang sebetulnya...

Selain itu.. Penat di tambah dengan menyiapkan order headband untuk raya... Headband di tempah oleh cikgu-cikgu sekolah Mak cik aku... Customer dijanjikan dapat barang masing-masing next week.. Tapi aku nak jugak siapkan within 24 hours.. Memang kurang tidur semalam.. 2 jam je aku tidur... Tapi puas hati!! Hehehe...

Aku terbayang jap macam mana lah kalau aku jadi tokey biskut raya... Memang tertidur dengan tepung and butter lah jawabnya hahahahaha.....

Cerita pasal butter ni.. Raya ni kita ramai-ramai guna buttercup untuk buat biskut dan kek hehehe... Memang lah orang akan berebut beli sampai kosong rak butter... Tapi jangan risau.. Untuk orang-orang Melaka... Buttercup sedang penuh di rak-rak Mydin dan Tesco... Untuk Mydin harga sebijik buttercup RM 3.79 manakala di Tesco RM3.65... Di Jusco dan Giant aku tak sure berapa harganya...

Pejam celik pejam celik kita dah nak masuk puasa ke 12 esok... Masih banyak lagi amalan membuang masa yang aku rasa aku dah buat... Semoga dikesempatan yang ada ni... Sempat lah kita beramal banyak-banyak...

Jom cuci mata dengan hasil 24 hours aku...





BABY BLUE WITH RIBBON BOW
RM9.00
(Not include postage)
(Postage Cost RM5.00)






WHITE WITH RIBBON BOW
RM9.00
(Not include postage)
(Postage Cost RM5.00)





BRIGHT PINK WITH RIBBON BOW
RM9.00
(Not include postage)
(Postage Cost RM5.00)





BABY BLUE WITH DOUBLE FLOWERS
RM12.00
(Not include postage)
(Postage Cost RM5.00)





BRIGHT PINK WITH DOUBLE FLOWERS
RM12.00
(Not include postage)
(Postage Cost RM5.00)







Thank you lovely customer yang order... Insyaallah selepas siap di packing dengan segera I hantar... Hope your kids will be the cutest kids in Hari Raya hehehehe....



Thank you baca entri peribadi ni hehe...




Tuesday, August 9, 2011

Taman 1000 Bunga Melaka

Semalam niat nak beli makanan kat bazar MITC.. Tengok jam macam awal lagi kalau nak beli makanan.. Jadi sebelum ke bazar... Aku dan Itsmenoni pergi Taman 1000 Bunga yang berdekatan dengan Seri Negeri Melaka... Memang banyak bunga dan air pancut.. Sesuai untuk berjoging jugak ....

Kami pun bersiap-siap lah dengan kamera masing-masing dan nampaknya memang tak ada orang pun kat taman tu.. Mungkin bulan puasa orang tak pergi... Memang kami jelah yang ada agaknya kat taman tu dengan pak guard... Puas hati jugak dapat amek gambar dan bergambar tanpa orang lain hehehe...

Port ni jugak sesuai untuk pengantin outing... Bergambar-gambar untuk kenangan... Aku pun suka jugak tempat ni... Pokok buluh pun punya lah banyak hahaha... Ada tasik beserta air pancut .. Rasa fresh lah jalan-jalan kat sini...

Dari tol Ayer Keroh tu terus je sampai lah nampak simpang 4... Kalau ke kiri nak ke Mydin MITC dan kalian hanya perlu susur ke kanan pastu tak sampai 5 minit dah sampai Taman 1000 Bunga Melaka...

Kalau ada yang nak tahu lah.. Aku tak guna dslr... Kalau nak suruh aku pakai dslr pun tak berapa nak tahu... Aku guna kamera Casio Exilim Fh-25.. Dia auto... Kelebihan kamera ni boleh amek gambar lebih dari 20 keping dalam 1 saat... Memang laju sebab dia kamera jenis High Speed...
Kamera ni jugak boleh amek video high speed dan speed normal.... Kalau ada kesempatan.. Aku share video tu nanti...















































































































































Thank you sebab baca entri ni dan komen lah kalau sudi =)


KEK KUKUS COKLAT LEMBAB

Entri yang tak seberapa untuk hari ini adalah kek kukus coklat lembab a.k.a Stim Moist Chocolate Cake ye kawan-kawan... Aku tak create pun resepi ni tapi ambil resepi ni dari Blog Kak Naz iaitu kawan kepada mak cik aku... Rasa-rasa nak cuba sesuatu yang baru boleh lah ke OVENKECIL.BLOGSPOT..

Serius senang dan korang tak payah nak timbang-timbang bahan sebelum buat kek sebab semua bahan dikira dengan cawan.. Jadi hari ni memang aku guna cawan jelah untuk adunan kek kukus aku... Untuk pertama kali buat kek kukus... Aku sangat HAPPY sebab kek tu menjadi ... Sedap.. Lembab.. Dan aku bakal mengajar orang lain untuk buat kek ni... Semoga pahala itu berterusan kerana menyampaikan ilmu.. Masak pun ilmu jugak kan...

Harga sebijik kek kukus coklat yang aku pernah tengok RM45 sebijik... Kalau rajin boleh buat sendiri dan bahan-bahannya pun tak mahal... Ok geng jom tengok resepi...



Sumber : Kak Naz


Bahan-Bahan:
1 cawan serbuk koko
1cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1cawan minyak masak
1/2 cawan susu manis
1 1/4 cawan tepung gandum*
1 tsp baking powder*
1 tsp soda bicarbonate* (* ayak bersama)
3 biji telur

Cara :
1. Campur koko,gula,susu cair,susu pekat manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut – ADUNAN A
2. Panaskan kukusan.
3. Pukul telur hingga kembang. Campur ke dalam ADUNAN A. Gaul rata.
4. Masukkan bahan ayak dan gaul sebati.
5. Tuang adunan ke dalam acuan dan tutup dengan aluminium foil.
6. Kukus selama 1 jam baru angkat dan sejuk kan.



Untuk toppingnya:
1. Coklat Masakan Vochelle
2. 1/4 Butter atau 2 sudu makan minyak masak

Cara-cara:
1. Campurkan coklat masakan dengan butter atau minyak masak (ikut bahan yang anda ada kat rumah..)
2. Cairkan coklat secara double boil sehingga cair... ( KLIK SINI untuk tahu cara double boil...)
3. Curahkan diatas kek kukus dan hiaskan mengikut citarasa anda..







Ini hasil yang aku perolehi lepas mengikut resepi Kak Naz.. Best!!!!





Yang ni aku dah potong-potong masuk dalam bekas untuk disimpan...
Boleh simpan dalam peti sejuk...





Selain dari berita gembira kek kukus menjadi.. Aku juga dapat panggilan dari Mak cik aku.. Order untuk headband baby dan kanak-kanak bertambah.... Memang tak terkata dan tak tersalin order yang dibuat melalui telefon... Rasa blur-blur jap sebab yang sedia ada pun hampir sold out dan tempahan bertambah... Alhamdulillah...

Kena mulakan sesi menjahit headband dan tempahan Insyaallah akan di hantar pada hujung minggu jika berkesempatan sebab mereka nak pakaikan anak-anak untuk raya agaknya... Hehehe Thank you Allah kerana murah rezeki di bulan Ramadhan dan semoga kemurahan rezeki ini berterusan sampai bila-bila.... Ameen...

Thanks kepada yang sudi membaca entri yang happy ni.... (^^,)




Saturday, August 6, 2011

Chocolate Mousse




Hari ni saja nak share video pasal terlebih berbuka... Harap-harap kita tak tergolong seperti kartun merah tu... Overdose betul hehehe... Aku ada janji kat link yang ni KLIK SINI nak ajar buat Chocolate Mousse kan... So... Hari ni aku sebagai tuan tanah blog ni nak ajar macam mana nak buat... Ni boleh jadi pencuci mulut untuk berbuka.. Sedap tu memang lah sedap tapi nak rasa sedapnya macam mana.. Boleh cuba ye...







Yang kat atas tu contoh gambar Chocolate Mousse yang aku jumpa kat pak cik google tapi resepi bukan google ye... Hehehe ok kalau semua dah ready mari kita ke dapur blog aku ni.....


Bahan-bahan:

  • 4 biji telur (asing kan yang putih dan kuning)
  • Cooking chocolate 2 papan
  • 1/4 butter
  • 5 sudu besar gula kastor
  • Buah-buahan hiasan (Strawberry, Oren dll)
  • Ais-krim (option sahaja ye kawan-kawan)


Cara-cara:


  • Cooking chocolate dan butter dicairkan secara double boil sehingga larut dan sebati..
  • Selepas tu masukkan 4 biji kuning telur sahaja ke dalam adunan cooking chocolate dan gaul sebati.. Ketepikan..
  • Dalam mangkuk yang lain.. 4 biji putih telur dipukul sehingga kembang kemudian tambah 5 sudu besar gula kastor dan pukul sehingga lebih kembang dan pekat...
  • Campurkan adunan cooking chocolate dgn adunan telur putih tadi dan gaul menggunakan sudu hingga sebati...
  • Tuangkan adunan ke dalam cawan dan simpan di dalam peti sejuk selama 2 jam..
  • Jika chocolate mousse sudah sedia untuk dihidang.. Hiaskan dengan buah-buahan atau ais-krim...



Soalan aku untuk hari ni... Terliur tak? Kalau rasa-rasa ada yang dah cuba Chocolate Fudge tu dan rasa sedapnya.... Jemput lah try yang ni pulak ye... Tak rugi pun kan kalau cuba... Semalam aku sempat buat chocolate fudge.. Tak sampai 10 minit dah boleh siap simpan dalam peti sejuk... Aku prefer kalian simpan dalam freezer jadi cepat sikit dia membeku..

Memang masa buka semalam tangan tu asek termasuk dalam pinggan chocolate fudge hahaha.. Adik-adik aku pun sama lah... Semua sengih je sambil tangan berulang-ulang masuk dalam pinggan yang sama... Ada yang kaut macam makan nasi..

Aku prefer chocolate Vochelle untuk sebarang resepi yang kena guna chocolate... Cooking chocolate vochelle ni dia tak manis sangat dan tak pahit sangat.. Dia kat tengah-tengah.. Jadi sesuai lah untuk yang tak suka manis sangat dan pahit sangat...

Yang nak tau macam mana rupanyan kalau aku sebut double boil tu... Boleh tengok gambar kat bawah ni...




Kalau gambar di atas kurang clear... Kalian klik bagi nampak sikit.. Zoom-zoom untuk nampak description sebelah anak panah merah tu..


Ok.. Selamat berpuasa untuk hari keenam.. (^^,)


Thursday, August 4, 2011

CHOCOLATE FUDGE


Kepada penggemar chocolate dan memang gilakan chocolate... Bertuah lah anda view blog aku pada entri kali ni sebab aku nak share satu resepi senang iaitu Chocolate Fudge.. Untuk bulan Ramadhan ni aku cadang buat masa nak buka... Kalau raya nanti nak buat masa open house pun boleh...

Yang penting... Jangan makan selalu sangat... Sebulan sekali tu ok lah... Kalau nak jugak makan tiap hari tu no hal tapi jaga-jaga lah kot terkena penyakit berkenaan kadar gula tinggi dalam badan karang susah...

Bahan pun ada 4 je... What???? 4 je ke?? Yelah 4 je... Bukan susah pun nak carik semua bahan- bahan ni... Korang boleh carik je kat mana-mana kedai... Insyaallah jumpa punya lah...


Bahan-bahan:

  • 2 papan Cooking chocolate (potong dadu)
  • 1/2 butter cup
  • 100 g kekacang cincang halus (almond ke hazelnut ke atau kacang tanah pun kalau korang suka boleh letak)
  • 12 sudu susu pekat manis

Cara-cara:

  • Campurkan cooking chocolate dengan butter dan cairkan secara double boil.
  • Kemudian masukkan susu pekat manis dan kacau sebati.
  • Masukkan kekacang dan gaul sebati.
  • Tuang ke dalam loyang yang di alaskan parchment paper dan simpan di dalam peti ais lebih dari 1 jam. Sebaik-baiknya biarkan selama 3 jam dan ke atas.
  • Setelah chocolate fudge mengeras boleh lah potong dan hidangkan...

Ada sesiapa dah terliur?? Hahahaha... Boleh lah esok beli bahan ye dan try buat sendiri.. Senang je kan?? Next entri nanti aku ajar buat Chocolate Mousse pulak eh... Sedap jugak cuma bahan-bahan dia extra sikit tapi senang je.. Tak susah...


Thanks sebab baca entri ni... Jangan lupa cuba ye....

Wednesday, August 3, 2011

SERONOKNYA RAMADHAN fulltime KAT RUMAH



Bestnya bulan puasa ni fulltime kat rumah... Sem lepas dan lepas dan lepasnya.... Dari Diploma sampai lah sambung degree memang susah nak dapat peluang macam ni... Kalau diploma dulu balik kelas terus pegi bazar tapi bazarnya pendek sangat jadi tak de pilihan makanan... Makan apa yang ada jelah...

Kalau sahur pun aku memang makan bubur segera... Tak pun telan biskut cicah air milo... Kalau ada spare roti lagi lah untung... Lagipun bukan hari-hari beli roti... Kamsis poli kan 1 bilik 2 orang je penghuni... Memang aku sahur sama-sama dengan roomate aku...

Bila dah degree pulak.. Balik kelas terus pergi bazar tapi bazarnya lebih panjang berganda-ganda hahaha.... Bersenam lah aku joging keliling bazar carik makanan buka... Tapi tu lah degree dah lain dari poli.... Lepas buka je pukul 8 malam ada kelas... Makan pun ala kadar je lah pastu siap-siap solat ke apa terus pergi kelas...

Tapi nikmatnya tahun ni dapat puasa kat rumah... Boleh masak makanan yang kita rasa nak makan untuk berbuka.... Nak solat tarawih pun boleh pilih pukul berapa nak solat... Kalau kat U memang aku kena solat sebelum tidur walaupun balik kelas pukul 11 malam tapi rugi kalau tak solat... Gitu gini dah pukul 1 pagi baru nak tidur... Tu pun kalau tak ada kerja...

Biasa lah life sebagai student kan memang macam tu... Kan kan kan.... Hahaha aku cerita kat adik aku macam mana puasa kat U... Konon bebel lah kat suruh adik semangat sikit pergi sekolah bulan-bulan puasa ni... Nak jadi contoh yang baik lah konon-kononnya... Tapi last-last aku yang kena balik dengan my mom...

"Alaahh... Awak tu dulu masa sekolah apa kurangnya... Puas nak bebel suruh siap pergi sekolah ... Sekarang tau pulak bebel kat adik..."..... Aku pun jawab balik "Sebab dah berjaya sikit ni lah bebel kat adik.. Kalau tak berjaya memang langsung senyap je tak nak komen apa-apa...."


Mana best... Sekolah ke U...?


Jawapan aku: Dah tentu U... Kalau ingat pasal sekolah nanti rasa macam pening-pening lah kepala ni.. huhu

Monday, August 1, 2011

"Umi... Atok tu pernah jadi Raja ke?" Hehehe....

Selamat Pagi... Selamat berpuasa di hari yang kedua... Aku ni tercelik je mata lepas sahur tadi.... Gara-gara kopi punya pasal maka aku langsung tak boleh sambung tidur macam biasa... Tapi tak ape lah.. Kurang-kurang dapat lebih masa buat aktiviti update kedai aku RIMA DANIA SHOP... Update blog lebih awal dari biasa.. Kan kan..

Semalam 1st day puasa dan sempat berbuka kat kampung sebelah ayahanda... Kebetulan ramai jugak balik.. Kira 1st berbuka meriah lah... Pada aku lagi sedap berbuka ramai-ramai kat kampung dari buka kat hotel hahaha....

Kalau cerita letih ke tak 1st puasa... Alhamdulillah langsung tak penat dan tak rasa apa-apa walaupun malam tu tidur lambat sebab siapkan dulu semua kerja rumah pastu baru tidur.... Masih bertenaga macam hari-hari biasa... Tapi yang penting memang betul lah puasa bulan Syaaban juga membantu melatih perut dan badan supaya terbiasa dengan Ramadhan....

Semalam yang lelaki semua pergi solat kat masjid... Aku sempat tarawih kat rumah nenek je... Entah macam mana... Aku boleh terperasan pulak ada satu gambar lama tergantung kat bilik solat rumah nenek... Aku macam teruja lah nak tengok...

Sekali tengok... Waahhh.. Gambar kahwin atok dan nenek lah.... Aku pun panggil Itsmenoni mintak tolong dia amekkan gambar tu... Boleh lah simpan-simpan kan untuk tatapan peribadi... Tapi hahahaha ada satu kejadian tu buat aku tergelak-gelak dalam bilik....

Itsmenoni cakap kat adik sedara kami si Ifwat yang tu gambar atok dengan nenek jadi raja sehari.... Hahaha si Ifwat budak baru darjah 2 mana lah tahu apa maksud raja sehari... Dia punya teruja semacam siap cakap "Uishhh... Atok pernah jadi raja lah....." Hahahaha.... Pastu dia pun pergi lah carik umi dia... Nak tanya betul ke atok pernah jadi raja...


Ifwat: Umi..... Atok pernah jadi raja lah....

Umi: ........ (Senyap je)

Ifwat: Umi... Umi.... Atok pernah jadi raja sehari lah....

Umi: Memang lah atok pernah jadi raja sehari....

Ifwat: Huyoooo....


Dia ingat atok dia jadi raja sehari tu macam jadi raja pemerintah agaknya hahahaha.... Dia belum faham maksud raja sehari tu erti kata lain ialah jadi pengantin.... Tapi dia punya excited berulang-ulang cakap atok pernah jadi raja sehari... Kat gambar tu atok siap pakai baju melayu bersampin.... Hehehe... Nak tengok?? Handsome tau....




Tu dia.... Tak silap aku masa nenek aku kahwin ni masa umur dia 14 kot... Tapi yang pasti kurang dari 15 tahun lah.... Kiteorang ada tanya... Warna sebenar baju nenek warna apa... Maklumlah hitam putih kan... Korang agak-agak warna apa? Mak cik aku teka betul warna sebenar baju tu.... Dia boleh agak... Hahaha betul lak tu...

Pastu nenek aku cakap dia ada amek gambar yang pakai gown tau... Tapi dia tak tunjuk pun kat kiteorang gambar tu hehehe.... Tapi dia macam segan-segan pun ada... Fuyoo... Kalau macam tu aku kahwin pun nak pakai gown lah hehehehe......





Ni adik si Ifwat tu... Model tak berbayar aku hahahaha..... Aku selalu jadikan dia tester produk headband aku... Kalau tengok dia pakai ok dan selesa.... Memang selamat lah produk aku untuk diguna....





Yang ni produk headband aku yang paling latest.... Hangat baru keluar oven... Semalam petang baru jahit-jahit dan create... Tengah nak menambah koleksi pada RD Headband Collection [Part 3] Klik klik link tu hehehe .... Hari ni nak pergi mencarik bahan... Dah alang-alang tak tidur tu... Eloklah segera bersiap-siap sebab pukul 10 shopping bakal dibuka tirainya hahaha...

Ni story aku nak share dengan kalian... Mungkin tidak lah penting bagi yang belum ada anak tapi mungkin story ni kalian boleh guna untuk anak kawan-kawan ke... Anak kakak ke... Anak abang... Baby perempuan memang kebanyakkan pakai headband... Biasa lah untuk perhiasan kan... Up to date dan comel... Tapi ada jenis headband yang getahnya tak sesuai untuk kepala baby....

Baru-baru ni Mak cik aku bawak baby Saffiyyah ni pergi klinik sebab kena pergi check up... Lepas tu nurse tegur suruh bukak headband yang anak dia pakai.... Nurse kata nanti jerut kepala baby dan tak baik untuk kepala baby sebab akan meninggalkan kesan sebab ketat.....

Tapi bila dia tengok dan rasa sendiri headband yang baby Safiyyah ni pakai... Dia terus kata tak apa.... Boleh teruskan pakai.... Sebabnya headband tu tak mendatangkan masalah pada kepala baby.... Dia pun macam terkejut kot sebab selama ni dia tengok headband baby yang jual kat kedai semua ketat-ketat... Rahsia baby cantek dan selamat dengan headband hahaha RD HEADBAND COLLECTION ya....

Itu lah kajian yang aku buat sebelum mulakan bisnes ni... Sebab dah pernah terbeli headband yang ketat untuk anak Mak cik yang kedua pada 6 tahun yang lepas... Orang puteh semua dah guna dah headband ni untuk anak-anak diorang... Jadi aku bawakan trend ni dalam Malaysia....



NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3