Serius senang dan korang tak payah nak timbang-timbang bahan sebelum buat kek sebab semua bahan dikira dengan cawan.. Jadi hari ni memang aku guna cawan jelah untuk adunan kek kukus aku... Untuk pertama kali buat kek kukus... Aku sangat HAPPY sebab kek tu menjadi ... Sedap.. Lembab.. Dan aku bakal mengajar orang lain untuk buat kek ni... Semoga pahala itu berterusan kerana menyampaikan ilmu.. Masak pun ilmu jugak kan...
Harga sebijik kek kukus coklat yang aku pernah tengok RM45 sebijik... Kalau rajin boleh buat sendiri dan bahan-bahannya pun tak mahal... Ok geng jom tengok resepi...
Sumber : Kak Naz
Bahan-Bahan:
1 cawan serbuk koko
1cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1cawan minyak masak
1/2 cawan susu manis
1 1/4 cawan tepung gandum*
1 tsp baking powder*
1 tsp soda bicarbonate* (* ayak bersama)
3 biji telur
Cara :
1. Campur koko,gula,susu cair,susu pekat manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut – ADUNAN A
2. Panaskan kukusan.
3. Pukul telur hingga kembang. Campur ke dalam ADUNAN A. Gaul rata.
4. Masukkan bahan ayak dan gaul sebati.
5. Tuang adunan ke dalam acuan dan tutup dengan aluminium foil.
6. Kukus selama 1 jam baru angkat dan sejuk kan.
Untuk toppingnya:
1. Coklat Masakan Vochelle
2. 1/4 Butter atau 2 sudu makan minyak masak
Cara-cara:
1. Campurkan coklat masakan dengan butter atau minyak masak (ikut bahan yang anda ada kat rumah..)
2. Cairkan coklat secara double boil sehingga cair... ( KLIK SINI untuk tahu cara double boil...)
3. Curahkan diatas kek kukus dan hiaskan mengikut citarasa anda..
Yang ni aku dah potong-potong masuk dalam bekas untuk disimpan...
Boleh simpan dalam peti sejuk...
Boleh simpan dalam peti sejuk...
Selain dari berita gembira kek kukus menjadi.. Aku juga dapat panggilan dari Mak cik aku.. Order untuk headband baby dan kanak-kanak bertambah.... Memang tak terkata dan tak tersalin order yang dibuat melalui telefon... Rasa blur-blur jap sebab yang sedia ada pun hampir sold out dan tempahan bertambah... Alhamdulillah...
Kena mulakan sesi menjahit headband dan tempahan Insyaallah akan di hantar pada hujung minggu jika berkesempatan sebab mereka nak pakaikan anak-anak untuk raya agaknya... Hehehe Thank you Allah kerana murah rezeki di bulan Ramadhan dan semoga kemurahan rezeki ini berterusan sampai bila-bila.... Ameen...
Thanks kepada yang sudi membaca entri yang happy ni.... (^^,)
Kena mulakan sesi menjahit headband dan tempahan Insyaallah akan di hantar pada hujung minggu jika berkesempatan sebab mereka nak pakaikan anak-anak untuk raya agaknya... Hehehe Thank you Allah kerana murah rezeki di bulan Ramadhan dan semoga kemurahan rezeki ini berterusan sampai bila-bila.... Ameen...
Thanks kepada yang sudi membaca entri yang happy ni.... (^^,)
No comments:
Post a Comment