Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Monday, February 13, 2012

DANGA BAY pulak....

Assalam...

Sambungan entri hehe.. Lepas pergi wedding kawan, kami pun terus ke JB.. Dari Angsana terus ke Danga Bay kemudian ke Dataran.. Tapi gambar yang sempat ambil cuma kat Danga Bay je..

Dulu duduk JB bertahun... Bila dah pindah Melaka ni, confirm rindu yang teramat kat JB dan saat yang ada tu lah digunakan dengan baik untuk ziarah setiap tempat kenangan hahaha...

Dengan kamera di tangan, kami pun bergerak dengan memilih lokasi mengambil gambar masing-masing... Yang penting aku puas hati walaupun tersangat penat sebenarnya pergi JB balik hari ni...

TAPI...

JB i will come back bebeh! Hehehehe....


































































































































Ini jelah hasil yang dapat aku tampilkan kali ni... Budak baru belajar.. Hehehe TQ sebab baca semua...


Wedding Kawan 11/2/12... Tahniah Kak!!

Assalam...

Baru-baru ni sempat lah pegi majlis kahwin kawan... Mula-mula tu takut jugak salah rumah hahaha.. Mujur lah kan kami pernah sembang panjang pasal tema dia kahwin tu bertemakan apa.. So, bila sampai-sampai tu nampak je warna bunga manggar dan khemah pink putih, kira betul lah rumah dia..

Serius cakap... Hahaha i like your pelamin kak!! Hahahaha pinjam idea tu untuk my wedding pulak... Boleh? (Haha entah bila lah tu..)

Makan semua sedap... Sayangnya tak sempat capai kerepek-kerepek yang terhidang atas meja.. Tapi yang penting... You look so gorgeous lah... Sempat tengok dia make up sampai lah dah siap berbaju pengantin... Bukan senang nak lepak bilik pengantin ikut suka hahaha...

Apa-apa pun thanks sebab invite dan akhirnya sekian lama nak sangat turun jb dapat jugak.. Gara-gara kamu kahwin kak... Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat Kakak PUAN hehehe...





Pelamin theme pink putih yang simple tapi cantik....





Mata sepet sikit sebab baru baik dari sakit mata yang membengkak secara tiba-tiba....





Pengantin yang gorgeous!!!!!!



p/s: Thanks to Sayap Terbang yang sanggup bawak kami ke hulu hilir!



Tuesday, February 7, 2012

Chocolate Chip Muffin Nona [instant]

Assalam...

Apa khabar semua gorgeous people out there.... Petang tadi sempat buat instant muffin chocolatechip brand Nona... Bukan saje nak meng"annoying"kan anda tapi this is me and baking is a part of my life weee......

Mudah sangat dengan adanya instant cake flour ni.. Kalian punya tekak rasa nak makan kek jenis apa, semua ada... Cuma rajin tak rajin jelah hehe...

Hasilnya sangat woww!!!!!! Memang best lah tengok muffin ni mengembang dengan gembiranya dalam oven hahaha... Puas hati!!!!!

Untuk frosting pulak.. Untuk cheater dan kepada yang tak reti buat frosting macam aku... Maka aku gunakan frosting seperti di bawah untuk kesenangan aku jugak lah.. Tak payah makan masa nak adun frosting hehe.. Tinggal masuk dalam piping beg dan guna..

Begitu lah kisahnya untuk entri kali ni... See you kat next entry.....



I'm using this.....







Ni lah dia my favourite frosting... Ada jugak perisa vanilla tau...






Hasilnya yang sangat menggembirakan...







Ini dia hasilnya selepas dihias dengan frosting... Bunga-bunga tu aku beli kat kedai kek...







Aku hias dengan menggunakan nozzle yang baru dibeli tapi masih banyak yang perlu aku belajar...




Dan sekeping gambar SESAT...................








Hehehehe... Budak comel ni takut orang... Asyik nangis je.... Nanti kita jumpa.. Along gigit pipi pulak hahahaha.......






Thursday, February 2, 2012

RED VELVET CUPCAKE RECIPE



Bahan-bahan untuk kek:

1 1/2 cawan tepung kek *
1 sudu besar serbuk koko *
Suku sudu kecil garam (optional kalau tak guna salted butter) *
Suku sudu kecil baking powder *
1 1/2 cawan susu segar
1 sudu besar pewarna merah
1/2 butter (unsalted/ salted)
150 gram gula halus
1 biji telur
1 sudu kecil perisa vanila
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil cuka

Yang bertanda * perlu diayak dan dicampurkan sekali....


Bahan-bahan cream cheese frosting:

230gram cream cheese
1 cawan gula icing
1/2 cawan whipping cream


Cara-cara:

1. Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius.

2. Ayak semua bahan bertanda * dan campurkan.

3. Campurkan pewarna ke dalam susu segar dan kacau sebati.

4. Butter dipukul dalam volume sederhana sampai smooth.

5. Masukkan gula halus dalam butter dan pukul sehingga sebati.

6. Masukkan 1 biji telur dan perisa vanila ke dalam adunan dan pukul sebati.

7. Tepung yang dah diayak di masukkan sedikit demi sedikit berselang-seli dengan susu segar yang dicampur pewarna merah dan pukul sehingga sebati. Lakukan sehingga selesai ke semua tepung dan susu merah.

8. Campurkan baking soda dan cuka lalu kacau sebati. Kemudia masukkan ke dalam adunan dan kacau sebati.

9. Masukkan adunan ke dalam cawan cupcake.

10. Bakar sehingga kek masak / cucukkan lidi ke dalam tiap kek. Jika lidi tiada kesan kek melekat maka kek anda telah pun masak.

11. Sejukkan dulu sebelum mula menghias.


Cara-cara membuat cream cheese frosting:

1. Campurkan cream cheese, gula icing dan whipping cream lalu pukul sehingga sebati.

2. Masukkan cream cheese frosting ke dalam piping beg dan mula menghias.





Bahan dia memang banyak tapi kalau berminat boleh lah mencuba dan kalau rasa ada kekurangan kat mana-mana, try lah adjust sebab resepi ni pun aku tak ikut sebiji macam apa yang aku dapat dalam internet...

Selamat mencuba=)

RED VELVET CUPCAKE [homemade by Rima Dania]

Assalam...

Seperti entri sebelum ni aku ada share tentang Red Velvet Cupcakes.. Dengan penuh semangat dan keinginan yang tinggi untuk mencuba.. Maka, aku pun buat petang tadi lepas tu bakar.. Gitu gini lebih kurang 40 minit jugak kerjakan cupcake tu..

Sementara tunggu cupcake membakar dengan bahagianya.. Aku pun baca Yasin dulu... Siap baca Yasin terus check cupcake dalam oven.. Ting!!!! Cupcake dah masak hehehe...

Kemudian sementara tunggu cupcake sejuk.. Aku siapkan cream cheese frosting pulak untuk topping cupcake ni... Disebabkan 1st time cuba buat.. Aku tak berapa nak puas hati sangat.. Insyaallah... Ada masa aku nak cuba lagi....

Nak tengok hasilnya?? Ada kat bawah ni....





Red Velvet Cupcakes yang baru keluar dari oven....
Bau dan rasa dia ala-ala butter cake jugak cuma bezanya ada sikit serbuk koko
dan pewarna merah...





Red Velvet Cupcake yang dah siap di cover dengan cream cheese frosting....






Hiasan cupcakes yang bunga tu bunga fondant yang dah instant punya..
Beli siap dari kedai hehehe...



Resepi will be upload lain kali sebab hari ni terlalu ramai bagi mesej dekat inbox fb nak mintak resepi cheesecake.. Resepi cheesecake tu asalnya frau german aku ajar... Siapa belajar bahasa german? Hehehe.. Frau tu maknanya Puan atau pun Cik..

Thanks for reading=)





NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3