Assalam..
Pergi ke mana-mana, bila ada orang kenal aku... Mesti akan terkeluar ayat ni dari mulut mereka, "Eh... Dah kurus laaa..." Lepas tu adegan picit lengan berlaku.. Bukan aku buat kat orang tapi orang tu yang picit lengan aku..
Esok lusa jumpa lagi orang lain.. Benda yang sama berlaku.. Memang kena picit lengan eh nak tau kurus tak kurus seseorang tu.. Hahahaha.... Tapi sejujurnya YA! Memang betul lah perempuan macam tu.. Nak tau makin susut ke tak the whole body mesti kawan perempuan akan sentuh lengan dulu..
So.. Cuti Mid semester break baru-baru ni.. I've lost 2 kg.. Sebelum cuti mid semester tu lagi dah lost lagi 2 kg.. Total sebulan 4kg on the spot.. Mula-mula rasa macam takut.. Kot lah ada terkena tanda-tanda penyakit berbahaya dan salah satunya penurunan berat badan mendadak.. Alhamdulillah tak ada pulak penyakit..
Baru aku sedar.. Dalam tempoh 1 bulan tu aku kerap keletihan.. Kurang selera makan (tetap makan cuma bukan nasi, aku ganti roti dengan biskut yang ada depan mata) dan adakala rasa tidur tu lagi seronok dari makan.. Kemudian aku suka sangat pakai lotion Mustajab / Yusmira untuk hilangkan sakit-sakit badan dan lenguh-lenguh sendi.. Habis lumur satu badan.. Hehehe..
Bila dah jadi macam tu.. Aku pun terfikir sampai bila nak jadi macam ni.. Dengan penuh kesedaran nak menjaga kesihatan diri.. Aku bantai makan nasi hari-hari.. Lauk pun lebih sikit dari usual.. Pelik pelik pelik.. Ada ke mengharapkan berat badan naik semula.. Padahal dengan turunnya 4kg tu maka tercapai sudah azam berat badan untuk tahun 2013..
Tanam azam dalam diri nak jaga kesihatan.. Makan... Makan.. Makan banyak-banyak mengharapkan berat naik 2 kg dalam masa 2 minggu.. Ooo... Tak naik jugak.. Hati rasa tak sedap.. Rasa risau tu kembali memikirkan penyakit apakah ini.. Tapi memang tak ada penyakit pun.. Okay je macam biasa..
Bila dah melepasi tempoh 1 bulan tu dan baju yang dulunya ketat dah longgar!! Totally longgar.. Amazing!! Berat dah tak naik lagi.. Fikir positif... Tak nak fikir ada penyakit apakah.. Tak nak dah.. Fikir positif.. Ini adalah kurniaan Allah.. Rezeki Allah bagi.. Jangan banyak soal lagi.. Bersyukur selalu...
Dan ubat kurus aku sebenarnya Projek Sarjana Muda 2!! Kat atas tu gambar soal selidik yang aku kena edar.. Lebih dari 5 kali aku kena edit edit dan edit... Supervisor aku tak puas hati dengan soal selidik aku... Setiap kali jumpa setiap kali ada kesalahan walaupun kesalahan telah dibetulkan..
Aku faham kenapa dia tegas dengan soal selidik ni.. Bila kita tak ambil serius dengan soal selidik.. Nanti result kajian tak valid.. Bila tak valid kan susah nak patah balik ke belakang.. So, sepanjang tempoh 1 bulan tu aku sibuk dengan soal selidik dan fikir nak pergi mengedar kat kawasan kajian aku iaitu Batu Pahat..
Mencabar nak edar soal selidik kat 100 orang.. Kadang-kadang ada orang nak layan.. Kadang-kadang ada yang langsung tak nak layan.. Kena sabar jalan ke kedai-kedai, perkenalkan diri, datang dari mana, buat kajian apa.. Perasaan malu kena buang jauh-jauh..
Masa awal-awal nak mengedar memang kena sabar.. Aku pergi ke kedai-kedai lepas tu orang tak nak layan.. Kita tak boleh paksa orang untuk jawab soal selidik.. Kalau orang tak nak jawab, segera keluar lah dari kedai tu dan pergi kedai lain pulak.. Air mata mengalir ni berjalan ke kedai-kedai.. Makin jalan makin orang tak layan, aku ada jugak ambil keputusan nak balik rumah sewa...
Sambil menunggu bas balik rumah (naik bas ya!), air mata dah tak tertahan.. Menangis tersedu-sedu tepi jalan sambil call husband.. "Abang.. huhuhuhu diorang tak nak layan.. Soal selidik senang pun diorang tak nak jawab.. huhuhuhu..."... Husband mana tak risau isteri menangis tepi jalan sebab para peniaga tak nak jawab soal selidik isteri dia.. Husband kata balik lah rumah sewa dulu nanti dia akan usahakan.. Dia akan tolong... Aku pun balik rumah sewa dengan mata sepet akibat puas menangis tepi jalan.. (Lembik! Touching! Gedik!)
Tak perlu Clenx Tea.. Tak perlu bersenam bersungguh-sungguh.. Cukup lah Projek Sarjana Muda 2 ni buat aku turun 4 kg.. Lepas tu penjagaan makan minum yang tak teratur, ikut suka bila nak makan.. Banyakkan berjalan kaki sahaja sebab hampir setiap hari kena jumpa supervisor untuk meluluskan soal selidik... Tak elok sebenarnya turun berat badan dengan cara macam ni.. Automatik badan letih dan tak bertenaga!.. Jangan ikut macam ni... Ni salah ni... Huhuhu...
Aku terfikir nak ambil vitamin untuk kurangkan keletihan badan bila terlalu sibuk dengan PSM.. Cuba elak abaikan waktu makan.. Nak diet boleh tapi aku sendiri tak berkenan tengok orang diet tapi tak makan.. Kalau puasa sunat tak apa.. Tapi kalau sengaja skip waktu makan tu memang tak baik untuk kesihatan badan.. Tubuh badan bila tak sihat, nak diguna secara aktif pun tak boleh.. Semuanya ada limit.. Kalau tak makin parah pulak...
Sayangi diri sendiri sebab menyayangi diri sendiri adalah kewajiban pertama sebelum menyayangi orang lain.. Tak sayang diri sendiri tapi sibuk nak sayang sayang orang lain tak guna jugak.. Maka jaga kesihatan tubuh badan.. Ambil makanan yang sihat.. Vitamin yang bersesuaian dan pastikan ada cop KKM.. Okay guys! Hehe
Terima kasih..
p/s: Jom shopping online di WHITE.MY!!! Shopping dengan diskaun yang hebat mesti lebih menyeronokkan...