Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Sunday, April 7, 2013

Puding Roti

Assalam...








Petang ni terasa nak makan benda yang manis macam desert hehe.. Kebetulan ada kat Melaka (rumah parents aku) jadi boleh lah buat sesi bakar membakar hehe..

Resepi Puding Roti ni aku ikut Farah Lee iaitu isteri kepada Ally Iskandar... Memang senang ikut step yang dia ajar.. Cuma biasa lah.. Aku suka tokok tambah sikit bahan untuk nampak kan kelainan...

Bahan-bahan:

2 biji telur (nak guna 1 pun boleh)
1 cawan gula
1 sudu kecil esen vanilla
3 sudu kecil serbuk cinnamon
secubit garam (optional)
600ml susu cair/low fat milk
5 sudu butter
1 bungkus roti gardenia (saiz kecil)
kekacang/raisin/choc chip dll (sebagai hiasan)


Cara-cara:

1. Masukkan telur dan esen vanilla ke dalam mangkuk dan pukul rata.
2. Masukkan butter, gula, garam, cinnamon dan kacau rata.
3. Masukkan susu dan kacau sebati.
4. Koyakkan roti dan masukkan dalam adunan. Kacau rata.
5. Tuang adunan dalam loyang.
6. Taburkan raisin, kekacang mengikut kesukaan anda..
7. Bakar selama 1 jam pada suhu 200 darjah atau sehingga puding sedikit kering.








Aku makan puding roti tu dengan sos coklat... Truly homemade sos coklat... Cuba lah resepi puding roti ni.. Memang senang sangat, cepat dan mudah.. Bahan pun tak banyak sebenarnya.. Hehehe..


Terima kasih..

p/s: Jom cuci mata Samsung Galaxy Note II LIMITED EDITION.... Comel sangat warna PINK... I wonder... If.. Si PINK itu menjadi milik aku... hehehe...

No comments:

NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3