Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Monday, January 27, 2014

Adorable Lil 'Aisya Humaira

Assalamualaikum




'Aisya ni anak abang saudara sebelah Abah.. Cicit first Atok dan arwah Wan (Al-fatihah untuk Wan T_T).. Kalau balik kampung, semua nak take turn kendong dia ke sana sini hehe.. Senang kerja Umi 'Aisya bila ada banyak baby sitter nak jaga 'Aisya..

16 Januari yang lepas genap lah 'Aisya 7 bulan.. Yeaayy!!! Be a good girl lil 'Aisya..

'Aisya ni baby paling senang nak dibawa berjalan-jalan.. Ni pendapat aku lah dan pendapat adik aku sendiri.. Selalunya baby kalau bawa travel ke tempat jauh dan ambil masa yang lama mesti baby tak selesa.. Tapi 'Aisya, kalau dibawa berjalan sampai 12 malam pun, dia act happily dengan big smile, dengan ketawa gelak-gelak.. Nak dengar dia menangis memang susah sangat!! Masa dia baby pun susah nak dengar dia merengek sampai satu masa tu Umi dia saja biarkan 'Aisya menangis lama sikit sebab dia jarang menangis haha.. Umi 'Aisya boleh ketawa, senyum happy tengok baby dia menangis.. "Tu dia.. Baru dengar dia menangis.. Susah nak dengar 'Aisya menangis hehe.." Kata Umi 'Aisya..




Masa diorang datang JB, aku sempat rakam gelagat 'Aisya dalam kereta guna kamera.. Dia punya happy duduk dalam kereta sampai ketawa selang dengan gelak-gelak comel dia tu.. Adorable sesangat!! Geram tau tak.. Aku siap cakap kat 'Aisya, "Yeayy!! Kita on the way nak pergi Nusajaya ni 'Aisya".. Lepas tu dia balas, "Ek..ek..ek..." Apa entah dia reply kat aku haha.. Mungkin dia kata yahooo!!!! Agaknya...




So, ini Abah 'Aisya merangkap abang saudara aku.. Thanks Angah sebab bawa 'Aisya jalan sampai JB hehe..

Mereka sampai JB jam 4 petang kalau tak silap aku.. Jam 5 petang kami ajak diorang keluar pergi Nusajaya.. Saja jalan-jalan ambil angin hehe.. Bergambar sana sini..

Kemudian kami bergegas ke Puteri Harbour pulak.. Saja nak tengok boat mewah parking.. Nak tunjuk tempat yang ada permainan Hello Kitty tu.. Mana tau 'Aisya dah besar boleh datang main kat situ hehe..





'Aisya masih dalam mood yang sama.. Tak menangis, tak bising tapi mata dia melilau pandang tempat baru.. Seolah-olah kepala dia macam memikirkan sesuatu.. 

Di atas kesempatan ini jugak aku dan husband bergambar banyak-banyak dengan 'Aisya hehe..




Ada iras tak hahaha..


Lepas bergambar kat Puteri Harbour, kami gerak ke Medini Mall dan entrance Legoland.. Saja jalan-jalan cuci mata.. Kurang-kurang diorang dah tau Legoland ada kat mana.. So, lain kali nak pergi boleh diorang terus tuju je Legoland tanpa sesat..

After that, kami isi perut kat Dataran JB.. Ni makan malam tau.. Diorang ni mengidam nak makan tauhu bakar, char kuey bakar, steamboat dan abc.. Adik saudara aku, mak cik si 'Aisya siap pejam-pejam mata masa akan tauhu bakar.. Katanya 6 tahun tak jejak JB sebab 6 tahun duduk Mesir.. 

Last dia datang JB tahun 2006.. Hari ni tahun 2014 dia dah jadi Dr.Izzati.. Bertugas kat Hospital Melaka..


There she is.. Dr.Izzati

Aku rasa lah kan, dia ni senang dijaga sebab masa Umi dia pregnant, aku rasa Umi dia HAPPY.. Selalu tengok Umi dia makan sedap-sedap masa 'Aisya dalam perut hahaha.. Abah 'Aisya rajin bawak Umi 'Aisya makan benda yang best tau.. 

Selain tu, Umi 'Aisya ni jenis cool.. Bagi aku lah sebab tiap kali jumpa dia mesti dia cool sangat!!.. Tenang je orangnya.. Lemah lembut.. Umi 'Aisya ni lagi muda dari aku hahaha.. Kiranya dia kahwin lagi muda dari aku..

Aku rasa sebab dia happy sepanjang pregnant, dia enjoy pregnancy dia, ada husband yang share segala happiness dengan dia hahaha so hasilnya adalah 'Aisya baby yang senang dijaga, tak mudah menangis, tak ada nak mengamuk tak tentu pasal, nak mengada-ngada hahaha..




Lepas makan kat Dataran JB, kami supper pulak kat Mee Udang Galah Taman U... Makan je kerjanya kami ni.. 'Aisya masih stay cool walaupun jam dah 11 malam tau.. Dia ngantuk, dia lelap je mata.. Kadang-kadang dia celik mata, senyap je tak nangis sambil pandang luar tingkap..

Sampai rumah dah pukul 12 malam.. Kesian 'Aisya sebab kiteorang kacau waktu tidur dia hehe.. Kat rumah, Umi 'Aisya lap-lapkan badan 'Aisya dan salinkan baju tidur.. 'Aisya terjaga lepas tu ketawa gelak-gelak bila kena agah.. Siap ajak bersembang dengan bahasa dia yang aku tak faham tapi comel la bahasa dia hahaha.. Husband pun sama jugak ambil kesempatan sembang dengan 'Aisya..

Umi 'Aisya kata, "Tak boleh jadi ni.. Budak ni tak tidur pulak.." So, Umi 'Aisya pun bawak lah si 'Aisya masuk bilik dan dodoikan dia.. Sekejap je, lepas tu Umi 'Aisya keluar bilik lepak dengan kiteorang kat depan tv hahaha... Senang kerja Umi budak tembam ni tau hehehe..

Baru-baru ni diorang pergi KL.. Tidur rumah adik aku pulak.. Macam biasa lah.. Bawak round shopping kat KL.. 'Aisya cool je tak merengek pun hahaha.. Pergi baby fair kat PWTC, ramai orang geram tengok dia sebab dia debab hahaha..

Tengah malam sampai rumah adik aku, Umi dengan Abah 'Aisya dah lelap habis.. Penat shopping dan sorong stroller 'Aisya sepanjang hari hehehe.. Si 'Aisya boleh pulak tak tidur pastu merangkak ke sana sini tengah malam dan main sorang-sorang hahaha.. Alahaaii..




Sekarang ni, adik aku si Angah tengah nak mengikut jejak langkah Umi 'Aisya... Katanya nak happy-happy masa pregnant.. Yeayy!!! Tahun ni aku dapat anak saudara.. Tinggal 4 bulan je lagi baby nak lahir.. Yippieee!!!!!! Rasa baru semalam je adik aku announce dia pregnant.. Ceh!! Dia ke aku yang announce hahahaha.. Aku yang announce kat parents aku.. Hari ni jantina baby pun dah tau da.. So, busy lah adik aku shopping barang baby dia hehe.. Tak apa.. Layankan je.. Janji ibu mengandung ni HAPPY..

Tu je nak share.. Kesimpulannya.. Be happy mommies masa pregnant hehe.. Nanti boleh dapat baby yang adorable gitu!! Serius tak tipu.. Susah sangat nak tengok 'Aisya buat perangai nakal.. Dia baik sangat!!.. Sangat-sangat baik..

Thank you (^^,)

Post PERTAMA untuk 2014

Assalamualaikum..


Buat senaman jari dulu..
Adjust kedudukan...
Tarik nafas.. Hembus nafas.. Fuuuhhh.....


Blog telah dianak tirikan semenjak tuan dia sibuk praktikal.. Selalunya balik kerja mesti nak tidur je, tengok tv pun malas, apatah lagi nak check blog huhu..

Hari ni 27 Januari genap SEBULAN aku tamat belajar secara officialnya ya.. Alhamdulillah.. Selesai sudah ijazah sarjana muda aku ni.. Macam tak percaya je hehe...

Buat masa ni jadi housewife je.. Lepas tu jadi bisnes woman.. Sambil buat kerja rumah, sambil check facebook (Annadarling).. Kadang-kadang tu sempat jengah stock baju yang ada kat stor.. Sendiri yang geram tengok baju-baju tu ada depan mata hahaha.. Bukan syok sendiri cakap baju tu lawa tapi hakikatnya begitu lah.. Pakai lah kat mana-mana pun baju Annadarling nanti mesti ada orang tanya beli kat mana.. Paling kurang pun orang akan jeling atas bawah.. Baju kami tak cepat renyuk (proven by customer tau), boleh cuci dalam washing machine.. Pilihan material adalah penting sebab akhirnya kami juga yang pakai produk sendiri.. Nak tak nak memang kami pentingkan kualiti kain, tak panas, selesa dan cantik.. Kat bawah ni ada latest collection yang super colourful.. Ceria!!







Boleh cari kat facebook, taip Annadarling (^^,)


Biasanya lepas habis belajar, orang akan tanya dah dapat kerja ke belum.. Secara jujurnya belum.. Kiranya sekarang jadi job seeker lah ni.. Next plan, kalau lambat dapat kerja, aku tak ada pilihan lain selain menjadi insan berguna dengan sambung belajar.. 

Ada macam-macam pandangan dari orang sekeliling.. Kalau family aku 120% sokong aku sambung belajar dari belakang.. Husband mula-mula bagi 50% je harapan.. Tapi tak sangka pulak last week dia bagi green light terus dengan harapan 100%.. Biasa lah, kalau aku sambung belajar mesti kena duduk jauh untuk beberapa tahun lagi.. Siapa suka wife dia duduk jauh.. Dan siapa suka nak jadi weekend wife.. Kadang-kadang kena buat pengorbanan sementara tak ada komitmen besar seperti anak untuk ditanggung dan dijaga..

Bagi kawan-kawan pulak.. Ada yang kata buat apa sambung belajar.. Lagi bagus kerja, cari pengalaman sebab aku tak ada pengalaman kerja.. Mungkin orang lain cuti sem pergi cari kerja.. Aku cuti sem memang jadi social worker je.. Kalau pergi interview, majikan tanya pasal pengalaman kerja memang aku nak jawab aku cuti sem jadi social worker hehe.. 

Biasa lah setiap keputusan tu ada pros and cons.. Aku bagi alasan kat kawan-kawan, sementara ada hati nak belajar ni, better belajar.. Dah kerja nanti nak buat pjj memang aku takut tak terbuat huhuhu.. Kawan-kawan yang menasihat ni pun dah tergolong dalam group malas nak sambung belajar.. Semua seronok kerja untuk cari pengalaman dan pegang duit sendiri.. 

Tapi untuk aku, belajar ni untuk kepuasan diri.. Contoh macam sekarang, habis study, puas hati sebab dah mengharungi liku-liku exam, presentation, assignment, project, praktikal.. Berendam air mata jugak lah kadang-kadang tu sebab nak selesaikan degree 3 tahun setengah ni hahaha.. Tu semua drama hahaha.. Drama air mata sangatt!!!




Pembukaan diari 2014.. Ni je yang boleh diucapkan haha.. Hopefully rajin lah mengadap blog lepas ni.. Ameen..


Thank you..

NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3