Assalamualaikum..
Buat senaman jari dulu..
Adjust kedudukan...
Tarik nafas.. Hembus nafas.. Fuuuhhh.....
Blog telah dianak tirikan semenjak tuan dia sibuk praktikal.. Selalunya balik kerja mesti nak tidur je, tengok tv pun malas, apatah lagi nak check blog huhu..
Hari ni 27 Januari genap SEBULAN aku tamat belajar secara officialnya ya.. Alhamdulillah.. Selesai sudah ijazah sarjana muda aku ni.. Macam tak percaya je hehe...
Buat masa ni jadi housewife je.. Lepas tu jadi bisnes woman.. Sambil buat kerja rumah, sambil check facebook (Annadarling).. Kadang-kadang tu sempat jengah stock baju yang ada kat stor.. Sendiri yang geram tengok baju-baju tu ada depan mata hahaha.. Bukan syok sendiri cakap baju tu lawa tapi hakikatnya begitu lah.. Pakai lah kat mana-mana pun baju Annadarling nanti mesti ada orang tanya beli kat mana.. Paling kurang pun orang akan jeling atas bawah.. Baju kami tak cepat renyuk (proven by customer tau), boleh cuci dalam washing machine.. Pilihan material adalah penting sebab akhirnya kami juga yang pakai produk sendiri.. Nak tak nak memang kami pentingkan kualiti kain, tak panas, selesa dan cantik.. Kat bawah ni ada latest collection yang super colourful.. Ceria!!
Boleh cari kat facebook, taip Annadarling (^^,)
Biasanya lepas habis belajar, orang akan tanya dah dapat kerja ke belum.. Secara jujurnya belum.. Kiranya sekarang jadi job seeker lah ni.. Next plan, kalau lambat dapat kerja, aku tak ada pilihan lain selain menjadi insan berguna dengan sambung belajar..
Ada macam-macam pandangan dari orang sekeliling.. Kalau family aku 120% sokong aku sambung belajar dari belakang.. Husband mula-mula bagi 50% je harapan.. Tapi tak sangka pulak last week dia bagi green light terus dengan harapan 100%.. Biasa lah, kalau aku sambung belajar mesti kena duduk jauh untuk beberapa tahun lagi.. Siapa suka wife dia duduk jauh.. Dan siapa suka nak jadi weekend wife.. Kadang-kadang kena buat pengorbanan sementara tak ada komitmen besar seperti anak untuk ditanggung dan dijaga..
Bagi kawan-kawan pulak.. Ada yang kata buat apa sambung belajar.. Lagi bagus kerja, cari pengalaman sebab aku tak ada pengalaman kerja.. Mungkin orang lain cuti sem pergi cari kerja.. Aku cuti sem memang jadi social worker je.. Kalau pergi interview, majikan tanya pasal pengalaman kerja memang aku nak jawab aku cuti sem jadi social worker hehe..
Biasa lah setiap keputusan tu ada pros and cons.. Aku bagi alasan kat kawan-kawan, sementara ada hati nak belajar ni, better belajar.. Dah kerja nanti nak buat pjj memang aku takut tak terbuat huhuhu.. Kawan-kawan yang menasihat ni pun dah tergolong dalam group malas nak sambung belajar.. Semua seronok kerja untuk cari pengalaman dan pegang duit sendiri..
Tapi untuk aku, belajar ni untuk kepuasan diri.. Contoh macam sekarang, habis study, puas hati sebab dah mengharungi liku-liku exam, presentation, assignment, project, praktikal.. Berendam air mata jugak lah kadang-kadang tu sebab nak selesaikan degree 3 tahun setengah ni hahaha.. Tu semua drama hahaha.. Drama air mata sangatt!!!
Pembukaan diari 2014.. Ni je yang boleh diucapkan haha.. Hopefully rajin lah mengadap blog lepas ni.. Ameen..
Thank you..
No comments:
Post a Comment