Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Monday, March 31, 2014

ENTRY KHAS +Cuti Sekolah+

Assalamualaikum


Last week cuti sekolah..

Adik yang bongsu datang JB sorang-sorang naik bas.. Katanya nak jugak bercuti sekolah, holiday hehe..

So, adik pun datang dengan sebemban kerja sekolah hahaha.. Holiday tu holiday jugak tapi kerja sekolah kena siapkan..

45 minit aku dengan husband tunggu dia sampai.. Adik mesej bagi tahu jam teruk masa turun tol sebab ada papan tanda besar gedabak jatuh kat tengah jalan..

Alhamdulillah tepat jam 7.15 si adik ni pun sampai kat Skudai.. Kami ambil dia kat Skudai je.. Tak bagi dia turun Larkin sebab jauh nak menjemput..




Lepas je ambik adik, aku dengan husband pergi solat kat stesen Petronas.. Kemudian terus bawa adik makan chicken chop RM 5 kat Bandar Baru Uda.. 

Dalam banyak-banyak chicken chop RM 5 yang ada kat JB ni, aku suka yang kat BBU tu sebab tak muak dan kuah dia pun sedap.. Paling best, servis dia tersangat lah cepat.. Tak payah tunggu sampai lebih 15 minit, insyaallah dah dapat makanan dan minuman yang dipesan..





Selesai makan, husband terus ajak pergi Bazar Karat kat Jalan Segget.. Itu tempat wajib lah kalau nak ajak sesiapa jalan-jalan di waktu malam.. Cousin, adik-adik yang lain pun kalau nak jalan malam, kami bawak diorang pergi Bazar Karat je hehe..


Okay, FINE!! Dia pulak dah mula potong ketinggian kakak dia huhu..


Pergi Bazar Karat pun sebab nak cuci mata je.. Tak ada beli apa pun selain saja cuba-cuba makan ais krim goyang sebatang RM 1 dan makan sengkuang calit RM 2 1 set.. Kuah petis sengkuang calit dia pedas dan banyak kacang ditabur atas sengkuang tu.. SEDAP! 

Dah puas hati berjalan, kami pun singgah pulak ke KIP MART Tampoi.. Mencari barang basah untuk dimasak esok..

Hari kedua adik di rumah, kami tak ke mana-mana pun sebab husband penat balik kerja.. So, dari pukul 1.30 tengahari sampai lah jam 11 malam aku kerah tenaga adik untuk siapkan kerja sekolah sampai siap!.. 

Sambil buat kerja sekolah, sambil.......





Sambil peluk bantal, remote kat tangan, lentok sana, lentok sini.. Si kakaknya pun kejap-kejap tanya, "Kerja dah siap ke belum tu?".. Si adiknya bagi jawapan dengan sengih je..

Time makan malam, aku hidangkan lauk udang masak sambal.. Udang gemuk-gemuk kami beli kat KIP MART.. Dia punya juicy udang ni.. Perghhh.. Sampai masuk mimpi bila tidur malam..




Malam pukul 10.30, adik aku dah hampir siapkan kerja sekolah dia.. Aku pun kesian kat dia hahaha berjam-jam mengadap kerja sekolah.. So.....




Aku pun buatkan lah dia satu mug penuh Hazelnut Coffee Old Town yang super sedap tu hehehe.. Lepas tu bakarkan 2 keping roti gula yang ummphh.. Hahahaha..

Dia pun relaks sambil minum sambil makan roti sambil siapkan baki kerja sekolah.. Cuma ada satu kerja folio dia tak bawak datang JB sebab kat rumah kami tak ada printer.. Kerja sekolah folio tu nak kena guna printer..

Esoknya, hari last adik kat JB.. Rabu, Khamis dan Jumaat dia stay kat rumah aku.. 

Pagi Jumaat tu kami bawak dia pergi sarapan kat Hutan Bandar JB.. Cadangnya nak makan Mee Kolok yang sedap tu tapi tutup pulak kedainya (selalu pergi dengan husband pun asyik tutup je huhu tak tahu lah kalau kami pergi kedai tu salah hari)..

Akhirnya kami makan lontong kering yang sangat-sangat sedap, roti canai, roti pisang (sedap!!! rasa nak makan lagi) dan roti bom.. Aku tumpang-tumpang makanan orang, kalau order pun nanti mesti makan tak habis huhuhu..





Selesai breakfast kat Hutan Bandar, kami pergi pula ke Kampung Melayu sebab nak beli Murtabak Kampung Melayu yang best!!.. Abah kirim murtabak suruh si adik bawak balik Melaka.. Asalnya Abah nak Murtabak Sungai Chat tapi tak buka pagi tu.. Tu yang tukar destinasi ke Kampung Melayu.. Murtabak tu untuk Atok kat kampung (dengar cerita, Atok makan banyak murtabak tu..hehehe)..


Siapa datang Jb kena cuba!


Tengahari Jumaat tu adik pergi solat Jumaat dengan husband.. Balik dari solat Jumaat tu dia pun..........




TIDUR.......

sebab malam semalamnya kami berdua habiskan banyak MOVIE sampai 4.30 pagi sempena meraikan si adik ni habis buat kerja sekolah.. Kakak pun sama CRAZY tengok movie sampai bersengkang mata hohohoh..

Sebelum datang Jb, adik ada kata, kat Melaka dah lama tak hujan.. Dia rindu hujan.. So, alhamdulillah.. Sebelum dia balik Melaka, hujan pun turun dengan selebat-lebatnya di bumi Taman Pulai Indah ni..






Seronok bukan main dia dapat bau hujan dan dengar bunyi hujan turun hehehe... Sampai tersenyum-senyum..

Balik Melaka, selain bawa Murtabak, dia ada bawa jajan untuk kawan sekolah dia.. Hahaha.. Satu balang coklat dia bawa untuk kawan-kawan.. Siapa kawan si budak ni boleh lah pergi tuntut coklat dari JB hahaha..

Entry ni tak habis lagi tau..

Malamnya pulak si adik lagi sorang datang... Sorang balik, sorang datang.. Yang datang Jumaat ni si adik yang belajar kat Politeknik Merlimau Melaka.. Junior aku hahaha... Dia datang JB sebab nak ajak aku teman dia beli buku kat HARRIS, Jusco Tebrau guna Baucer Buku 1 Malaysia..

Lagi pun aku suka belanja adik-beradik time duit ada.. Mungkin sebab adik-adik aku dah masuk golongan remaja.. So, aku suka entertain diorang.. Ajak lepak, ajak jalan, ajak tengok movie, pergi karaoke ramai-ramai.. 

Walaupun aku dah masuk group dewasa tapi dengan penuh rasa sadisnya aku nak cakap, aku rasa aku macam remaja lagi hohohoho.. Aku senang masuk dengan adik-adik, macam tu jugak dengan husband.. Kami macam kawan-kawan..

Hujung tahun, adik perempuan aku offer adik-adik aku ni bercuti sekolah kat KL.. Turn rumah dia pulak.. Seronok lah masing-masing cuti sekolah pergi JB-KL-JB-KL.. 


Thank you..

No comments:

NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3