Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Monday, August 11, 2014

Chachos + Homemade dipping sauce

Assalamualaikum




Hi!!! Hehe bagi mukadimah bergambar dulu sebagai bukti bahawa entry kali ni memang nak share resepi cecara nak buat dipping sauce untuk makan dengan chachos..

Kisahnya, aku sekarang ni pantang tengok orang post gambar makanan kat instagram.. Asal nampak sedap je makanan tu, aku terus lah google kat mana nak dapat makanan sedap sedap tu tau.. Ternampak si Sheira Ayob (pelakon) post gambar Tostitos beserta dipping sauce yang sedap kat IG dia.. 

Google punya google tak jumpa ada jual kat mana benda alah tu.. Akhirnya terfikir nak buat sendiri dipping sauce dan beli je Chachos perisa BBQ dan cheese kat Mydin..


Nachos:

Chachos perisa BBQ (paket besar)
Chachos perisa Cheese (paket besar)


Dipping sauce:

1 botol sos spaghetti Kimball (yang ada gabungan daun selasih tu tau)
4 - 5 sudu besar cili boh/ cili kisar
2 sudu besar gula pasir
4 sudu besar sos cili Kimball
4 sudu besar sos tomato Kimball
1 sudu kecil serbuk lada sulah
Oregano kering secukup rasa (optional)
Setengah cawan air
Minyak untuk menumis


Cara-cara buat Dipping sauce:

1. Masukkan minyak dalam kuali..

2. Tumis cili boh/ kisar sampai separuh masak..

3. Masukkan sos spaghetti, gula pasir, sos cili, sos tomato, lada sulah, oregano dan kacau rata..

4. Masukkan air dan kacau rata..

5. Tunggu sampai sos sedikit pekat dan masak..

6. Sedia untuk dihidang ^_^





Kepedasan sos ni berada di tahap sederhana.. Memang non stop la ambik chachos tu dan cicah dalam dipping sauce ni.. Tak sangka pulak sedap hehehe..

Boleh try buat kudapan minum petang denga family ke.. Atau nak picnic ke.. Kalau buat benda ni lepas tu ajak adik-beradik ke anak-beranak tengok movie pun syok jugak... Tapi kena buat stok banyak sikit lah.. Takut tak cukup hehe..

Ok bye!!

Terima kasih..

2 comments:

Orked said...

minyak nk byk mane dear?

RIMA DANIA said...

Orked violet: Minyak dalam 3,4 sudu besar.. cukup sekadar untuk menumis

NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3