Assalamualaikum..
Nak tau apa yang spesial sangat tentang Ramadhan tahun ni??
Meh nak cerita..
Ramadhan tahun ni puasa sepenuhnya kat rumah parents kat Melaka.. Maklum lah sejak kiteorang berdua dah kena transfer ke sini (Melaka).. Husband naik pangkat dan kena pindah Labis, aku pulak kerja family business.. Meriah Ramadhan kali ni banding tahun lepas.. Bukan setakat meriah tang berbuka je tapi meriah tang solat berjemaah tu hehehe..
Tahun ni tahun 1st Abah beraya dengan kiteorang semua setelah 5 tahun raya sorang-sorang kat Arab Saudi.. Selalu tu Abah sahur sorang-sorang.. Tak pun buka selalu sendiri je.. Tahun ni Abah yang banyak masak kat rumah untuk buka.. Umi pulak ambik turn masak time sahur..
Aku?? Tolong basuh pinggan je hohoho.. Ada sekali tu je aku masak mee hoon sup style aku untuk buka puasa.. Hahaha ok lah kan dari tak ada langsung..
Buat tambah meriah sebab ada si Ahmad Anas tu.. Time orang bangun sahur, time tu lah bijik mata dia dibulat-bulatkan hahahaha.. Terpaksa lah si Umi pangku Anas sambil makan sahur.. Buka pun macam tu jugak.. Kadang-kadang tak sempat Umi dia nak makan, dia dah melalak mintak susukan dia dulu... Terpaksa lah Umi Anas suap makanan dalam mulut laju-laju macam marathon..
Anas yang makin membolat hahaha.. |
Alhamdulillah Ramadhan kali ni diberi kesempatan solat tarawih tak kira masa.. Bila mata mengantuk sangat sampai tak tertahan, buat sebelum sahur.. Ada masa kalau tengah banyak tenaga tu cepat-cepat buat lepas Isyak.. Kalau Abah tak pergi surau @ masjid, dapat lah jemaah sekali..
Tempat berbuka puasa pun pelbagai hehe... Ada sekali tu buka puasa kat kampung sebelah Abah.. Meriah sebab ada tiga family serentak berbuka kat kampung.. Mee sup yang Abah dengan Umi masak pun sampai tak cukup.. Licin terus... Aku pulak sempat buat Brownies Marble Cheese untuk bawak balik kampung.. Nikmatnya dapat makan puas-puas.. Kalau beli, sepotong dah RM 5.00.. Buat sendiri dapat sedulang..
Minggu lepas pulak spent time dengan classmate husband... Hari Jumaat kami berbuka kat Steamboat & Grill Meletop di
ALAMAT:
FB : https://www.facebook.com/meletopsteamboat
Memang TERBAIK lah berbuka kat sini.. Macam-macam pilihan ada... Ayam dan daging di marinate dengan baik dan sedap sungguh.. Fish ball, salmon ball dan semua frozen food dihidang sempurna.. Diorang tak belah atau kerat-kerat pun untuk nampak banyak.. Ada restoran steamboat suka kerat-kerat untuk nampak banyak.. Tak best.. Meletop punya hidangan memang hidangan jujur.. Tak main potong halus-halus.. Hambik seketul terus hehe..
Lepas tu ada dessert yang pelbagai sampai aku dengan husband tak termakan dessert yang ada kat Meletop.. Kiteorang lepak dari waktu berbuka sampai 10 malam.. Hahaha seronok makan relax sambil mengulang.. Surau untuk lelaki dan perempuan pun ada.. So, tak risau sangat hehe..
Harga dewasa RM 19.90.. Harga kanak-kanak RM 9.90 je.. Makan pun puas hati.. Next time nak pergi lagi lah.. Weeehoooo!!!!!
Untuk hari Sabtu pulak, kami berbuka kat BIG FOOD, Nong Chik, JB.. Restoran tu dah jadi tempat favourite kiteorang... Nak masakan melayu ada, western ada, dessert pun pelbagai.. Mau kena tilik lama-lama buku menu sampai lunyai gara-gara nak memilih menu... Aku dengan husband memang akan pilih menu western lah..
Beef Lasagna Big Food |
Baru-baru ni pulak family kiteorang buat buka puasa kat studio RD Three D.. Saja suka-suka nak tukar venue hehehe..
Nasib lah working area dah jadi meja untuk berbuka puasa hahaha.. Ada yang kena duduk makan kat bawah sebab tak muat.. Menu semuanya dari bazar ramadhan.. Selain tu kiteorang merasmikan biskut raya yang sempat kiteorang buat dan jamah terus biskut raya yang ditempah..
Selesai berbuka, kiteorang solat maghrib berjemaah.. Selesai solat terus adakan sesi bergambar kat studio.. Setel bergambar, cepat-cepat solat isyak dan tarawih sebab si Anas dah mula meragam nak balik rumah.. Sampai je rumah terus senyap..
Tahun ni aku raya kat Melaka dulu sebab tahun lepas giliran Johor Bahru.. Insyaallah raya ke-3 & 4 nanti baru balik JB pulak.. Dah kahwin, biasa lah kena take turn.. Tak boleh nak raya kat kampung kita je kan.. Pasangan pun ada kampung jugak.. Hehehe..
Sebelum nak close entry yang ni.. Nak bagi tahu kat semua jangan lupa datang ke studio RD THREE D
Belakang Burgerbyte dan Ayoob Bistro tau.. Pakai cantik-cantik, make up siap-siap dan terus datang ke studio kami..
Terima kasih "Maaf zahir dan batin untuk semua readers"
1 comment:
Terima kasih atas review +ve anda. Kami amat menghargainya. Next time ade rezeki lagi boleh bawak ramai2 serbu MELETOP lagi...
Update terbaru: Dengan harga yg masih sama, kini ruang makan tertutup ( beraircond & dapur elektrik ) telah dibuka. Jom MELTOP.!
Post a Comment