Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Thursday, November 13, 2014

Beribu-ribu TAHNIAH untuk diri sendiri!!!

Assalamualaikum


Bulan Oktober yang lepas, aku selamat bergraduan.. Syukur alhamdulillah.. Berjaya jugak tamatkan semua ni dengan jayanya.. Yes!!! Yes!!! Hahahaha

Dulu masa zaman aku buat diploma, aku jenis budak yang biasa-biasa je.. Suam-suam kuku.. Ambik pulak course accounting.. Memanjang dapat nombor belakang huhuhu.. Macam tak percaya pulak aku pemegang Diploma Accounting (kesat peluh jap)..

Tapi kerana gigih nak sambung belajar, aku pun ambik Muet masa sem 6 diploma.. Ok lah dapat Band 3.. Target menggunung nak Band 4.. Tak ada rezeki namanya.. Nak repeat balik Muet rasa macam bazir pulak duit sebab yuran Muet naik harga.. Dari RM 60 naik RM 100 huhuhu.. 

Habis je diploma, staff tempat Latihan Industri call tanya nak kerja tak sebab ada jawatan kosong.. Aku tekad nak sambung belajar lalu terpaksa tolak tawaran tu dengan baik.. Aku ada jugak tanya kenapa aku terpilih.. Staff tu kata sebab aku komited dalam bekerja, boleh harap dan sanggup kerja lebih masa.. Kembang kempis aku dengar jawapan macam tu huhuhu walaupun pada akhirnya result Latihan Industri Diploma aku cuma memuaskan.. Tak cemerlang langsung.. Staff cakap cemerlang, lecturer cakap memuaskan.. So, result penentuan atas tangan lecturer T_T Besok kalau aku sambung master pendidikan, aku nak jadi lecturer yang rasional dan berdedikasi.. Benda-benda macam ni lah aku nak ubah.. Jangan ada bias.. Emosi tetiba pulak kalau terkenang balik.. Hishh..

Alhamdulillah rezeki menempatkan aku kat UTHM.. Situ lah aku mula kenal husband secara lagi dalam sampai terkahwin masa tahun dua hahahaha.. Aku pun tak sangka dapat masuk satu U, satu fakulti dan satu course dengan lelaki yang dah jadi husband aku saat ni.. Bayangkan aku mohon 5 universiti dalam satu borang tapi tercampak jugak kat U dia ni.. Jodoh namanya hehehe..





Sepanjang 3 tahun setengah aku jadi pelajar degree, setahun je aku sempat jadi single.. Lagi 2 tahun setengah tu aku dah pegang title isteri orang dan pernah mengandung buat kali pertama.. 

Asalnya nak tunang je.. Lepas aku habis belajar baru kahwin.. Tapi Abah bagi cadangan nikah terus pun tak apa.. Lagi senang sebab masa tu Abah tak menetap kat Malaysia.. Setahun sekali je boleh balik Malaysia.. Akhirnya risik dan tunang, 20 hari kemudian kami nikah kat masjid dan buat kenduri kecil-kecilan kat rumah.. Oh ya!! Masa kiteorang nikah tu, husband baru 5 bulan habis belajar.. Dia pun tak konvo lagi hehe..

8 bulan lepas kahwin, aku pregnant buat kali pertama lepas kedua-dua setuju dan berpakat nak ada baby.. Tapi sepanjang aku belajar, kami pjj.. Aku duduk rumah sewa dengan kawan-kawan.. Husband duduk rumah kat JB.. Jumpa weekend je..

Rezeki tak menyebelahi, 2 bulan 8 hari kemudian pregnancy pun berakhir kat Hospital Batu Pahat.. Akibat terlalu sibuk dengan study, aku tak ada banyak masa nak beremosi walaupun sesekali tu adalah jugak rasa sedih.. Standard lah kan.. Emosi mak-mak hehe..

Aku pilih untuk praktikal degree kat company tempat husband kerja.. Senang nak pergi dan balik kerja sama-sama.. Masa aku praktikal ada yang tau aku dah kahwin.. Tapi dalam masa ada jugak yang ingat staff yang duk hantar dan ambik aku ni abang ipar lah, abang la, adik lah, sepupu lah.. Macam-macam version ada.. Mentang-mentang aku student, diorang tak terfikir student pun boleh kahwin masa tengah belajar hehehe..




Alhamdulillah lepas habis praktikal/ latihan industri, ada jugak pergi interview kerja dan dapat panggilan interview tapi ada satu interview tu aku tolak sebab konon dah tekad sangat nak berniaga.. Aku nak sangat tolong Abah buka studio fotografi kat Melaka.. Akhirnya terlaksana dan terbuka lah RD3D Studio kat Kota Fesyen, Mitc, Ayer Keroh, Melaka..

Masa busy nak buka studio fotografi tu, aku dikurniakan rezeki mengandung buat kali kedua.. Patut lah penat semacam bila kena drive ke sana sini.. Pergi ikut Abah berurusan dengan syarikat air, tnb, pilih tile untuk studio dengan contractor, pilih wallpaper dan segala perabot untuk studio.. Alhamdulillah baby kuat kat dalam.. Aku sendiri tak perasan aku tengah mengandung sebab busy sangat dan dalam masa yang sama memang tak check sangat dah lewat ke tak datang bulan.. Sedar-sedar je baby dah 2 bulan ada dalam rahim.. Alhamdulillah.. Thank you Allah..

Bulan Oktober 2014, aku pun selamat berkonvokesyen dengan usia kandungan 4 bulan.. Bila difikir-fikirkan balik, perjalanan hidup kita yang Allah susun tu indah.. Kita cuma kena bersabar, berusaha dan tawakal sebab kita tak tahu apa akan berlaku di masa hadapan.. 









Yang bestnya masa konvo tu, si Anas anak adik pun join jugak.. Lepas tu dia asyik tarik-tarik bunga, bear yang aku pegang hahahaha.. Aku dah lama tak berebut mainan dengan budak kecik.. Hari aku konvo tu lah hari aku bertarik-tarik bunga dan bear dengan baby hehehe..

Terima kasih tidak terhingga untuk Abah dan Umi yang banyak membantu dari awal sampai akhir terutama dari segi kewangan.. 100% sponser belajar tanpa tanggungan hutang dari diploma sampai degree dan sanggup nak taja master pulak kalau ada rezeki.. 

Buat husband yang selalu sokong dari belakang dan sanggup beristerikan student sepenuh masa dan sabar menunggu isteri dapat kerja.. Terima kasih sangat-sangat.. 

Untuk Angah yang tak pernah jemu belanja kakak dia macam-macam walaupun kakak dia dah ada suami hehe.. Sponser kasut raya, sponser makan, sponser banyak benda dan tak pernah berkira walau satu sen pun sebab dia tahu kakak dia student, duit pun ala-ala kadar je hehe.. 

Terima kasih kawan-kawan yang sentiasa mendoakan yang baik-baik, semoga kita bertemu lagi di masa akan datang.. Insyaallah..

Stay positive, tempuhi lah apa jua rintangan dan ujian yang Allah turunkan sebab semua ujian tu bersifat sementara dan tiada yang kekal dalam dunia ini..


Terima kasih!!!!

No comments:

NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3