Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Monday, February 18, 2013

Bergembira lah para wanita sekalian..

Assalam...



Dulu masa adik aku yang no.3 buat persembahan akhir tahun kat tadika, dia kena jadi pelakon ahli neraka... Masa tu cikgu banyak letak pelajar lelaki sebagai pelakon dalam neraka manakala pelakon dalam syurga adalah balance antara lelaki dan perempuan...

Masa hari persembahan, kami sekeluarga semua datang nak bagi sokongan kat adik yang no.3 tu hehe.. Umur dia dah nak masuk 21 tahun pun tahun ni.. Tua sudah hehe.. Ni cerita masa umur dia 6 tahun hehehe... So, masa hari kejadian... Bila diorang start berlakon, Umi pun, "Kenapa dalam neraka tu ramai lelaki? Dalam neraka kan ramai perempuan berbanding lelaki".. Aku yang duduk sebelah Umi jadi pelik.. Dalam neraka ada ramai perempuan ke?.. Masa tu umur aku pun baru 10 tahun.. So, aku memang tak tahu apa-apa.. Tapi it's okay.. Kesilapan yang sedikit tu tak membuatkan kami hilang tumpuan sepanjang anak-anak kecil tadika islam ni berlakon hehehe..


Kenapakah Nabi s.a.w ada mengatakan ramai ahli Neraka adalah wanita? Apakah salah silapnya yang menjadikan penghuni Neraka majoritinya adalah wanita. Sebab-sebabnya adalah seperti berikut :

1. Wanita sering tidak bersyukur dengan nikmat rezeki yang dibawa balik oleh suaminya. Suka kepada kemewahan dan perhiasan yang hebat-hebat dan cantik.

2. Wanita sering menderhakai pada suaminya. Suka berbantah-bantah dan sentiasa menegakkan pendapatnya tanpa menghiraukan perasaan suami. Wanita yang meminta cerai kerana suaminya bercadang berpoligami adalah satu dosa kerana hak berpoligami adalah hak yang diberikan oleh Islam kepada kaum lelaki.

3. Wanita sering tidak menjaga kehormatan diri seperti suka membuka aurat (tidak bertudung kepala) dan suka berhias-hias untuk memperlihatkan kecantikannya kepada yang bukan mahram atau suami dan tidak dapat menjaga batas pergaulan yang ditetapkan syariat.

4. Wanita sukar untuk menjaga lidahnya daripada mengumpat dan mengadu domba. Dan sering menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suami dan orang lain. Terdapat juga sebahagian wanita yang fasik tidak dapat mengawal nafsunya hingga sanggup melakukan zina.


Namun, wanita ada juga kelebihannya terutama bagi wanita yang berkahwin akan memiliki pahala yang besar seperti berikut :

1. Bahawa ia akan diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah di kala mengandung.

2. Apabila ia menyusukan anak maka setiap titik air susu akan diberi satu kebajikan.

3. Berjaga malam kerana mengurus anak akan diberi pahala seperti membebaskan 70 orang hamba.

4. Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada Neraka.

5. Bagi wanita yang mencuci pakaian suminya akan diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa.

6. Lebih istimewa lagi ialah bagi wanita yang tinggal di rumah kerana mengurus anak-anak akan dapat tinggal bersama-sama Rasulullah s.a.w di Syurga kelak.

7. Bahkan wanita yang rela dijimak oleh suami juga akan mendapat pahala .

8. Lebih hebat lagi bagi wanita yang mati kerana bersalin akan mendapat pahala seperti pahala syahid.


Tak mudah nak menjadi wanita namun begitu bukan susah untuk kita kejar banyak pahala untuk capai syurga Allah yang kita impikan... Appreciate our life as a wife... Truly wife walaupun weekend housewife hehehe... 






Kepada Cik Angah, Cik Izzah or Itsemenoni... Prepare lah diri anda untuk jadi wife yang terbaik hehe.. Cik Angah yang tudung PINK.. Cik Along tudung hitam awning coklat.. Ooopps.. Cik pulak.. Puan Along hahaha.. 


Info datangnya dari: HATIKUMILIKTUHANKU

Terima kasih (^^,)

No comments:

NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3