Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Sunday, February 17, 2013

First time dating dengan Mak Mertua...

Assalam....



Husband dapat phone call dari Maknya... Maknya minta tolong seorang hamba Allah ni untuk teman dia balik kampung atas sebab nak menghantar alat mengurut yang dibelinya untuk kakaknya di kampung... So, hamba Allah yang terpilih tu adalah aku sebab aku sorang je yang tak kerja hari Jumaat dan masih bercuti semester...

Awal pagi aku dah bangun dan sempat lah buat roti telur + kopi untuk husband sarapan... Aku sempat jugak jamah sekeping roti telur dan hirup secawan kopi... Lepas tu cepat-cepat husband hantar aku pergi rumah Maknya dan dia terus pergi kerja...


Dialog Pertama:

Mak: Dah sarapan?

Aku: Dah... Kenyang dah...

Mak: Mak baru nak ajak pergi sarapan.. Mak tak makan lagi ni...

Aku: (Alamakk.. Kalau cakap tak sarapan lagi nampak sangat lah memang aku tak masak jadi better cakap dah sarapan.. Nampak lah sikit aku bangun awal buat sarapan kan.. Tapi memang aku dah sarapan pun hehe sarapan roti telur yang sekeping tu).. Boleh je kita pergi sarapan.. Boleh isi lagi perut ni hehe...

Mak: Ha kalau macam tu boleh lah kita pekena nasi kerabu ke nasi dagang ke pagi-pagi ni kan..

Aku: Okay je.. Tak kisah...


Sampai medan selera, kedai nasi kerabu tutup.. Tak bukak pulak hari tu.. So, kami pun pekena roti jala... Serius aku tak boleh sembunyikan rahsia diet aku depan Mak Mertua hahahaha... Aku makan sekeping je roti jala depan Mak Mertua... Bukan cover cun okay.. Hahaha

Bila on the way dari JB ke BP... Kami borak tapi aku banyak senyap sebab aku pendiam gila dengan Mak Mertua.. Segan nak cakap banyak atau sembang banyak sampai Mak Mertua kata aku ni sama macam husband aku jenis tak banyak sembang atau bercakap-cakap... Husband borak wife rintik.. Eh?? Lain macam je bunyinya haha...

Kat kampung terus tolong mak cik hidang air dan makanan... Tak boleh goyang kaki macam mak datin sebab time ni lah kita kena tunjuk rajin tahap maksima kat Mak Mertua kita... Menunjuk-nunjuk pulak aku ni hahaha... Kena tunjuk sebab nak bagi nampak wife si Faiz ni bukan pemalas orangnya.. Gitu kan.. Makan tengahari pun capai sikit-sikit.. Mak Mertua tanya....


Dialog Kedua

Mak: Jaga badan ke? Sikit sangat makan..

Aku: A'ah hehehe... Lama dah jaga makan...

Mak: Nanti lama-lama boleh jadi gastrik kalau tak makan..

Aku: Makan setiap masa tapi jaga kuantiti makanan hehe...

Mak: Ada orang tak makan nasi.. So, ok lah makan ringan-ringan macam ni.. (Kata Mak kat mak cik yang merupakan kakak sulung dia)


Petangnya kami lepak kat Pantai Minyak Beku... Kata Mak nak beli belangkas... Alamakkk!!! Aku memang tak reti masak belangkas.. Makan pun tak pernah... Kemudian.. Mujur lah nelayan belum naik darat lagi masa kami lepak kat situ.. Fuuhh hehehe lega... Lepas ni kena tengok cara-cara masak belangkas dan siang belangkas kat google.. Mak belanja makan tauhu goreng kat tepi pantai.. Sedap tapi kalau kuahnya pekat lagi sikit memang best!.. Kami share pinggan sebab I kan diet...

Lepas tu singgah pulak rumah adik lelaki Mak Mertua.. Kebetulan pulak aku memang dah lama nak pergi rumah adik Mak ni sebab dekat sangat dengan U aku dan dekat dengan rumah sewa aku... Aku pun baik dengan adik ipar Mak Mertua sebab dia peminat chocolate chip cookies ala-ala famous amos yang aku jual masa raya tahun lepas... Dia nak sangat tempah tahun lepas tapi aku dah tak larat nak buat sebab bukan order dia je yang aku terpaksa tolak tapi ramai lagi customer lain...

Bila kami dah jumpa memang cerita pasal chocolate chip cookies lah hehe... Dia nak belajar dari aku.. Katanya kalau aku minat nak berjual lagi, dia nak tolong jual kat Institut Perguruan tempat dia mengajar.. Dia ni lecturer... Insyaallah kalau aku berkesempatan lah sebab raya tahun ni aku Praktikal... Mana tau tak sempat nak menghadapkan...

Akhirnya lepas makan malam kat rumah mak cik dan pak cik... Kami pun gerak balik JB... So untuk hari itu aku tak masak makan malam dan husband makan mee rebus je untuk isi perut yang lapar lepas balik kerja..

Sepanjang dalam kereta nak balik JB baru aku banyak cakap sikit... Yelah dah lebih 12 jam bersama-sama kan.. Ada berani sikit lah nak bersuara hahaha... Korang rasa menantu perempuan dengan Mak Mertua nak gosipkan siapa lagi sepanjang berdua kalau bukan gosipkan husband aku iaitu anak lelaki Mak Mertua aku.. Insan yang teristimewa yang Allah anugerahkan kepada kami.. Semuanya positive story yang kami share... Let Mak knows his son is a very good husband... Of course Mak happy dengar cerita aku hehehe...

Bila dah sampai JB, rumah Mak Mertua.. Husband pun datang nak menjemput aku balik rumah kami.. Memang terasa sedikit penat dan sakit pinggang yang tak diketahui mengapa sakit pinggang  sepanjang hari tu.. Apa-apa pun the quality time is over dan aku pun dah nak naik sem semula.. Orang lain naik sem Isnin... Aku naik sem Rabu.. Maafkan saya para lecturer.. Hehe bukan kes tak puas bercuti tapi kes roomate dari Terengganu belum balik rumah sewa.. So, saya tak sanggup nak balik rumah sewa tanpa dia hehehe...

Sekian... Terima kasih....



serupa tapi tak sama...
p/s: Ladies... Come and discover the feminine hygiene products by Lactacyd HERE...

1 comment:

Sean S said...

Thank you for wrriting this

NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3