Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Tuesday, February 12, 2013

NEW HOUSE... NEW STORY...

Assalam...



Baru berkesempatan nak cerita tentang life kat rumah sendiri walaupun menyewa tapi it's a good step yang kami achieve di tahun baru ni.. Semua usaha ni tak akan berhasil tanpa bantuan dari family kedua-dua belah pihak yang banyak sponser perabot, barang elektrik, barang dapur dan sebagainya... Thank you so much!!... Kalau tak ada mereka, rumah kami pun kosong sampai tahap boleh main futsal dan badminton lagi... Thank you jugak kepada pemberi hadiah ketika majlis nikah kami... Kami dah guna hampir semua hadiah yang diberi.. Yeayy!!!...

Isnin cuti tahun baru cina dan husband pun dapat cuti sama macam orang lain tapi still kena jugak pergi kerja sebab ada banyak kerja kat office yang dia kena siapkan.. Selasa pun husband dah plan untuk kerja tapi tiba-tiba dia rasa nak cuti dan yeayy.. Dia cuti.. So, kami pun buat keputusan untuk cuci bilik air, kemas rumah dan betulkan mana-mana paip yang rosak..

Ada rumah sendiri buatkan kami rasa lebih privacy dan rules dalam rumah kami adalah rules kami.. Bukan rules orang lain atau sesiapa pun.. Memang rasa enjoy dan happy tinggal di rumah sendiri... Bak kata husband, "Setiap kali berbelanja untuk barang rumah, rasa happy sangat.. Rasa tak berkira, rasa nak buat yang terbaik untuk rumah sendiri... Tak pernah rasa seronok berbelanja sakan macam ni... Hahaha.." Nampak dia ketawa happy buatkan aku rasa.. Bukan dia sorang je HAPPY... Aku pun extra 1000x happy sebab mana ada isteri kat dunia ni yang tak happy dapat duduk rumah sendiri dan urus rumah sendiri dengan rules sendiri.. Hehehehe...

Aku nak share beberapa gambar, keadaan rumah kami... Simple dan menggambarkan orang baru nak mula hidup hehehe... Cuma masterbedroom jelah aku tak share sebab tu kawasan larangan hahaha... 



This is our hall... Thank you mak mertua sebab
bagi set sofa ni tapi coffee table nya tak terbawa
sebab tertinggal pulak kat rumah mak mertua...







Kitchen... 100% aku susun ikut kesenangan aku nak memasak dan rules
di dapur adalah rules aku sebab aku yang nak mengadap kawasan jajahan ni
hampir setiap masa dan setiap waktu... Hehehe







Dining punya section tak ada sebab kami makan kat atas tikar je...
No table and no chairs at all (^^,)








Setiap rumah perlu ada stor.. So, kami terpaksa korbankan salah satu bilik
untuk dijadikan stor simpanan kotak dan hadiah kahwin yang belum diguna... 







Bilik tetamu untuk kawan-kawan dan keluarga...
KAK OYA... Jemput datang rumah hehe..







Pagi-pagi buta keluar kerja... Malam nanti
baru balik.. Thankkk youuu for working so hard!!!



Hari ni selesai membasuh semua kain baju, cadar katil, tuala, siap je sidai terus berFB... Berblog lalalala.... Kalau ada baby boleh gomol baby tapi insyaallah soon hehe.. Kalau ada toddlers + kids of course I'm going to be a busy mommy.. Boleh bayangkan tak macam mana?









Semuanya to be continue....

Thanks for reading...

2 comments:

oya zihanee said...

+ alamak... katil bujang kt guest room.. nanti ada orang gaduh sape nak kene tidur kat karpet..


heheheheh....

RIMA DANIA said...

Kak Oya: hahaha tu lah katil bujang dengan toto je buat masa ni :p

NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3