Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Tuesday, February 19, 2013

Mee Hoon Sup style RD..

Assalam...


Siapa suka makan Mee Hoon Sup??? Hehehe so minggu ni rasa nak share mee hoon sup tapi style Rimadania.blogspot... Kalau lain rasa sup ni dari sup yang biasa anda makan.. Ini kerana resepi yang bakal aku kongsikan adalah resepi ciptaan sendiri.. Konon-konon macam chef pakar masak lah walaupun sebenarnya tak reti sangat hahaha... Tapi resepi ni sesuai untuk beginner macam aku.. Baru nak belajar lah katakan...

Boleh dikatakan ni adalah Mee Hoon Sup yang pertama aku masak sebab husband request untuk dijadikan makan malam pada hari Ahad... Petang tu dia tertidur masa tengok tv.. Jadi masa tu lah aku ambil kesempatan masak cepat-cepat.. So, bila dia bangun.. SUPRISE!!!!! Mee Hoon Sup in da house!! Hahahaha...

Jom tengok bahan-bahannya...


1 biji bawang besar (cincang)
4 ulas bawang putih (cincang)
1 inci halia (hiris)
2 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu kecil rempah kurma
2 sudu kecil rempah sup
2 sudu kecil garam
1 kiub pati ayam (hiris or cincang or whatever hehe)
1800ml air
minyak untuk menumis
Beberapa biji bebola ikan
Beberapa potong fish cake
1/2 kobis saiz kecil (ikut suka nak banyak mana..)

1. Panaskan minyak dan masukkan bawang besar, bawang putih dan halia... Tumiskan sampai naik bau... 
2. Masukkan fish ball, fish cake dan kobis. Kacau rata. 2 minit kemudian masukkan air.
3. Masukkan lada putih, lada hitam, rempah kurma, rempah sup, kiub pati ayam dan garam. Kacau rata lagi. (Nak adjust ikut citarasa pun boleh..)
4. Tunggu sampai semuanya masak baru padamkan api... Senang tak senang tak.. Hehe 


Bahan-bahan tambahan:

Bahagian peha ayam (digoreng/ rebus kemudian siat-siatkan)
Taugeh (cuci dan celur sekejap tapi jangan sampai hilang kerangupannya)
Bawang goreng (boleh beli atau buat sendiri)
Daun sup (dicincang)


Bahan special orang Johor:

Beberapa batang cili padi
Seulas, dua bawang putih
1 sudu besar Gula
1/2 cawan Kicap manis
Minyak (optional..)

*ada orang blend semua dan siap sambal kicapnya... ada orang prefer goreng sikit bahan-bahan tu.. aku okay je dua-dua cara hehe

1. Cili padi dan bawang putih digoreng sekejap dalam minyak panas.. Angkat dan toskan.
2. Masukkan cili padi dan bawang putih tadi ke dalam blender, masukkan jugak kicap manis dan gula. Blend sebati.
3. Siap.. Sambal kicap ini datangnya dari kawan aku yang duduk kat Kota Tinggi, Johor.. Best!


Bahan penting:

Mee Hoon (dicelur dalam air panas dan toskan)


SIAP!!!!!!!


Bila nak makan tu boleh lah senduk mee hoonnya masuk mangkuk... Tuangkan sup bersama isinya dan taburkan hirisan ayam, taugeh, bawang goreng dan daun sup... Jangan lupa sambil kicap hehehe.. Aku memang tak reti makan Mee Hoon Sup atau Mee Sup tanpa sambal kicap.. Walaupun aku orang Melaka tapi pernah membesar di bumi Johor buat aku rasa tak lengkap peti ais kalau tak ada sambal kicap spare hehehe...







Boleh nampak tak warna sup aku tanpa sambal kicap? Ni original colour ni hahaha.. Agak-agak ada selera tak nak try? Hehehe... Husband kata sodap... Aku kata pun sodap jugak.. Siapa lagi nak puji kan kalau bukan diri sendiri dan husband sendiri lalalalala..... By the way maaf lah tak ada proper picture sebab masing-masing tengah lapar, so tak sempat nak bergambar dulu...

Kalau nak makan dengan nasi impit pun sedap jugak... Tukar je mee hoon tu dengan nasi impit... Guna mee kuning pun sedap jugak.. Jadi lah mee sup.. Kan.. Kalau sudi boleh lah cuba....

Thank you...

No comments:

NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3