Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Sunday, February 3, 2013

CINNAMON ROLL yang kaya lagi mewah!

Assalam...



Dah berapa minggu duduk rumah baru ada mood nak memanaskan oven... Mengenangkan tengah mood diet memang malas nak panaskan oven tapi sesekali nak jugak cheat.. Hahaha so aku pun jalan-jalan kat youtube dan jumpa resepi Cinnamon Roll... Sekali tengok rasa tergoda terus.. Resepi ni aku ambil dari youtube LauraVitale... Kalau nak tahu... Sebelum ni aku pernah buat Pretzel.. 1st time buat terus menjadi.. Resepi Pretzel tu aku ikut si LauraVitale ni lah...

Cinnamon Roll ni nama melayunya kulit kayu manis gulung.. Hehehe macam pelik bunyinya tapi kepada sesiapa yang suka cinnamon mesti suka jugak kat Cinnamon Roll ni sebab makanan ni adik-beradik roti dan pastri jugak (^^,)

Aku menguli guna mixer Kenwood.. Hehehe nak uli pakai tangan tak berapa pandai.. Setakat gulung-gulung dan tabur inti ok lah... Alhamdulillah.. Sekali keluar dari oven pada jam 1.30 pagi (suka try resepi baru tak kira masa) terus makan 2 biji.. Umi pun jamah jugak sebiji.. Esoknya adik bawak bekal pergi sekolah... Malamnya husband sampai Melaka, terus makan 2 biji hehehe... Ada jugak kirimkan roti ni kat adik yang duduk asrama.. Siap share makan dengan kawan-kawan dan kawan-kawan minta bawakkan lagi roti ni...

Jom kita tengok..

Bahan-bahan Doh:

1 Package of Dry Yeast
¾ cup of Whole Milk
¼ cup of Granulated Sugar
¼ cup of Water, warmed up to 115 degrees
¼ tsp of Vanilla Extract
1 Egg
1 tsp of Salt
¼ cup of Unsalted Butter, melted
4 cups of All Purpose Flour
¼ cup of Melted Butter, to brush over the top before baking


Bahan-bahan Inti:

1/3 cup of Unsalted Butter, at room temperature
¾ cup of Brown Sugar
¼ cup of Granulated Sugar
1 1/2 Tbsp of Ground Cinnamon


Bahan-bahan Eggwash:

Sebiji telur dicampur dengan 3 sudu besar air 



1. Campurkan yeast, gula dan warm water dalam satu mangkuk dan biarkan yeast berbuih.
2. Dalam mangkuk mixer, campurkan susu, vanilla extract, telur, garam, butter dan pukul sehingga sebati.
3. Kemudian masukkan yeast ke dalam mixer dan pukul sebati.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam mixer. Pukul sebati pada kadar tinggi sehingga doh melekat/ mengelilingi hook mixer.
5. Biarkan doh selama setengah jam sehingga naik 2 kali ganda.
6. Punch doh untuk keluarkan angin dan uli doh menggunakan rolling pin sehingga membentuk 4 segi.
7. Taburkan bahan-bahan inti ke atas doh dan ratakan.
8. Gulung doh (macam kek gulung).
9. Potong doh lebih kurang 2cm dan susun ke dalam loyang yang disapu butter.
10. Sapukan eggwash atas cinnamon roll.
10. Bakar pada suhu 220 darjah sehingga cinnamon roll masak dan kemerah-merahan,






Cinnamon Roll sebesar tapak tangan... Inti pun penuh... Biasalah buat sendiri
nak extra mewah intinya hehehe







Jemput makan....







Tekstur Cinnamon Roll sama macam roti..









Nampak step macam susah sikit nak fahamkan? Tapi kalau nak step yang lebih clear bolehlah ke youtube LauraVitale atau ke website LauraVitale... Cinnamon Roll ni ada glaze dia.. Maksudnya dia ada sapuan glaze bergula di atasnya selepas siap dibakar tapi aku tak buat sebab aku cicah Cinnamon Roll tu dengan Caramel Sauce yang masih berbaki.. Memang manis jugak Cinnamon Roll ni tapi boleh lah sesekali nak makan hehe.. Nak makan macam tu je tanpa glaze dan tanpa Caramel Sauce pun boleh... 


Selamat menjamu selera dengan Cinnamon Roll... Terima kasih..

4 comments:

oya zihanee said...

jeles betol k.oya tengok along post entry2 pasal homemade punya masakan... terror betol along masak..

terbaik laaaa...

jaga-jaga tummy cik abang.. hehehe... nanti jadi airbag..

RIMA DANIA said...

Kak Oya: nanti kalau mesin mixer dengan oven tak bergerak.. Abah tanya pulak dah guna ke belum hehehe dah pernah buat apa dengan alat-alat tu...jadi, sebelum Abah tanya baik buat macam-macam lepas tu pos gmbar kat FB Abah hehe.. Faiz memang dah ada air bag hihihi..

ajeerah begum said...

Macam mane nak buat caramel sauce tu? Boleh share recepi?

RIMA DANIA said...

Ajeerah Begum: Boleh lihat disini ;)

http://rimadania.blogspot.com/2014/02/resepi-donat-lembut-dan-caramel-sauce.html

NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3