Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Sunday, May 12, 2013

Sweet Charcoal Chicken

Assalam..



Jumaat lepas aku terfikir nak masak apa untuk makan malam.. Biasanya husband balik rumah kami terus makan malam.. Memang awal sangat kami makan malam.. Pukul 6 petang, 6.30 petang waktu macam tu lah kami makan malam.. Hehehe

Teringat ada ayam dalam peti ais.. Konon nak create lah resepi sendiri.. Sempat lah bereksperimen kat dapur hehehe.. Mujur lah kan sedap.. Kalau tak sedap memang aku tak post kat blog.. Hahaha nanti ada pulak yang diarrhea ikut resepi aku ni..

So.. Jom tengok lauk simple dari aku.. Sweet Charcoal Chicken.. Ceh.. Nama pun aku create khas untuk lauk ni.. Sweet sebab ayam ni ada manis sikit.. Aku tak guna honey sebab tak ada honey kat rumah.. Aku guna gula pasir.. Charcoal tu sebab dia macam arang-arang hitam sikit kat ayam tu lepas siap digoreng hehehe.. Tapi yang macam arang tu lah sedap! Dia jadi hitam sebab gula caramelize sepanjang ayam digoreng dalam minyak panas.. Chicken sebab aku guna ayam..








Tu dia ayam manis arang ke ayam arang manis.. Hahaha macam tu lah.. Tapi jangan takut.. Manis dia tak berapa nak manis.. Manisnya ringan je..


Bahan-bahan:

Setengah ekor ayam
2 batang serai (dititik)
10 ulas bawang putih (blend)
3 sudu besar serbuk kunyit
3 sudu besar serbuk lada hitam
3 sudu besar garam
3 sudu besar gula pasir/ honey
Suku cawan kicap manis
Suku cawan air
Minyak
Air untuk rebusan


Cara-cara:

1. Rebus ayam sehingga separuh masak.. Toskan..

2. Campur ke semua bahan berwarna MERAH dan gaulkan ayam bersama bahan perapan tersebut. Perap selama 30 minit atau lebih.

3. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak.

4. SIAP!



Aku rasa kalau makan ayam ni dengan nasi ayam dan sambal nasi ayam mesti lagi best!.. Ok lah eksperimen menjadi hehehe.. Boring nak masak benda yang sama macam ayam goreng, ikan goreng.. Lepas tu aku tak minat sangat masak kari, masak lemak cili api, asam pedas.. Masak tu boleh tapi lagi berselera kalau makan lauk simple.. 

Selamat mencuba.. Sedap tak sedap.. Ikut tekak masing-masing adjust bahan-bahan hehehe.. I'm just A BEGINNER (^^,)



Wedges segera sebab malas nak potong kentang.. Mushroom dan tomato slice..
Lamb steak beli fresh kat Mydin Mall Melaka hehe.. Lembut dan sangat sedap
daging ni.. Black pepper sauce sentiasa homemade sebab itu lah dia resepi black pepper
sauce yang TERBAIK dari ABAH!



Kalau duduk rumah sendiri memang jarang lah nak makan western dan makan nasi arab hahaha.. Maklum lah.. Husband kita suka makan nasi sebab dia tekak melayu.. Kalau balik Melaka, rumah parents.. Satu rumah tekak orang putih dan tekak arab.. Hehehe.. Jarang makan lauk melayu..

Malam sebelum mengundi tu bukan main seronok makan western.. Gotong-royong masak dengan Umi dan Angah.. Tomato dan mushroom tu kami slice je lepas tu letak olive oil dalam pan dan masukkan je mushroom dan tomato dalam pan.. Kemudian tabur sikit garam, black pepper.. Siap!

Insyaallah kalau ada rezeki kita share resepi lain kali.. Terima kasih..


p/s: 

Can your relationship stand the test of time?Prove it at the IKEA 25-Hour Cook-off.A total of RM38,000 worth of IKEA Gift Cards to be won!

No comments:

NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3