Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Thursday, May 16, 2013

Kisah Orang Ketiga.. PART 1

Assalam...



Notice: Entri yang sangat panjang tapi mungkin bermanfaat untuk sesiapa yang sedang mengalami atau akan datang kita tak tahu siapa yang akan mengalami.. Hopefully minta dijauhkan lah perkara sebegini sebab pastinya kita akan bermain dengan emosi sukaduka yang tak tahu di mana pengakhirannya..


Sejak dua menjak ni ada lah cita-cita nak tambah ahli keluarga yang ketiga memandangkan husband lebih bersemangat waja nak ada baby.. Asalnya plan nak tunggu sampai selesai study tapi memikirkan dah tahun akhir.. Apa salahnya try.. Seronok jugak usung orang ketiga naik turun bas pergi kelas.. Kan.. Kan hehe..

Lepas start break the plan.. 2 months later something did happen.. Tiba-tiba satu hari tu keluar spotting or small bleedings.. Itu pun kejap ada kejap tak ada.. Ikut suka dia je nak keluar bila-bila.. Bagi wanita beragama Islam, kena lah betul-betul confirm what kind of bleeding yang kita hadapi.. Due date period ada one week lagi.. So.. Apakah due date period bulan ni awal?

Confuse punya pasal.. I took 2 pregnancy test which is Omeco brand that I buy from Watson... RM5 je.. Kenapa nak test?? Kalau aku test dan result adalah positive, kemungkinan besar itu adalah darah akibat implantation bleeding yang occur during early pregnancy.. Maka, wajib lah aku solat sebab itu bukan darah period.. Kalau result negative, haram lah aku solat sebab aku tak pregnant.. Mungkin due date period bermula awal.. Biasa lah kadang-kadang cycle berubah atas sebab-sebab tertentu seperti stress, perubahan berat badan dan sebagainya..

Akhirnya kurang dari 3 minutes test guna benda tu.. The test show 2 lines walaupun line pada T sangat faint atau samar-samar.. Aku try share gambar tu dengan friends from all over the world di club mommies sedunia dan 61 orang kata aku pregnant..


Line sebelah kiri adalah C dan line sebelah kanan adalah T. Line T tu lah yang
akan menunjukkan sama ada pregnant atau tak.. So, line T itu samar-samar..

Walaupun samar tapi kita assume sebagai pregnant sebab body dah start hasilkan hcg iaitu the pregnancy hormone.. 

Happy? Siapa tak happy kalau pregnancy test bagi result positive.. Of course happy tapi terpaksa pendamkan dulu rasa happy sebab bleeding! Selagi tak confirm dengan doktor selagi tu lah tak nak kecoh-kecoh dengan orang..

Kawan rapat ajak check dekat PKU (klinik U), tapi result turns negative.. Medical Assistant kata, "Result awak negative.. Awak tak pregnant..".. Standard lah.. Early pregnancy mana senang nak detect apatah lagi klinik punya urine test hanya akan detect hcg level yang tinggi.. Kalau beli urine test sendiri kat farmasi, urine test mereka boleh detect hcg yang sedikit  walaupun urine test yang anda beli tu murah..

Lepas pergi PKU, tengahari tu kami pergi makan KFC kemudian singgah lah Guardian nak beli urine test yang paaaaalinngg mahal bagi aku hahaha.. Student lah katakan.. Jadi aku beli lah urine test brand Clearblue Digital RM29.90! Mahal... Mahal tapi insyaallah result boleh jadi 99% accurate..

Aku pun try lah guna urine test Clearblue tu dengan perasaan berdebar-debar yang tak terhingga.. Apakah positive atau negative.. So... Jawapannya...


Seronok guna alat ni hehe..


Itu tandanya aku pregnant 3 to 4 weeks.. Aku lega jugak lah bila result masih postive dan memberi keyakinan bahawa ini petanda baik, mungkin Allah dah makbulkan doa kami.. Dalam masa yang sama aku tetap tak nak letak harapan terlalu tinggi.. Setakat result kat pregnancy test, apa-apa pun boleh terjadi.. Mungkin pregnancy test salah.. Mungkin pregnancy test betul.. Tunggu jelah jumpa doktor..

Bleeding?? Masih bleeding sedikit sahaja..

Esoknya ada test Kejuruteraan Industri.. Masa tengah jawab test tu tiba-tiba je senggugut teruk dan sangaaattttttt sakit.. Hanya Allah yang tahu sakitnya aku menanggung masa tengah jawab exam..  Bila pergi toilet, habis berdarah-darah dah seluar.. Ya Allah! Apa semua ni.. Lepas tu tiba-tiba diarrhea pulak.. Bercampur-campur rasa sakitnya sampai berpeluh-peluh menahan sakit..

Aku ni degil boleh tahan.. Aku tak nak jumpa doktor sebab tau dah mesti result urine test negative..  Mesti doktor cakap aku tak pregnant tapi dah mula nak period.. So aku memang tak nak jumpa doktor.. Tahan jelah sakit sambil sapu minyak mustajab kat perut kat belakang pinggang.. Due period pun tinggal sehari, dua je lagi.. Aku mula terfikir tentang chemical pregnancy pulak.. Entah-entah memang betul aku kena chemical pregnancy...

Esoknya ajak husband jumpa doctor.. Nak try urine test kat doc lain pulak.. Result pun sama negative again!!.. Home test 3 kali dah buat dan semua positive.. Bila pergi klinik je jadi negative.. Tapi macam aku cakap kat atas tadi kemungkinan urine test kat klinik perlukan hcg yang tinggi dan baru lah boleh detect.. Sebelum balik rumah, doctor kata, "Maafkan saya.. Result negative dan disebabkan awak pun dah bleeding.. Mungkin due period awak memang dah sampai. So, memang tak ada rezeki lah..".. Redha sangat-sangat masa tu dan anggap tiada rezeki kami..

Aku pun buat bodoh je selama 2 minggu lebih.. Abaikan jelah.. Menjalani hari-hari sebagai student dan aktif seperti biasa hehe malah giat menggunakan clenx tea, losyen mustajab dan yusmira sebagai losyen untuk membakar lemak degil hehehe.. 

Tiba-tiba satu hari tu lepas beria memasak makan malam, senggugut datang lagi.. Cepat-cepat duduk dan rehat.. Malam tu pun baring je sebab nak rehatkan diri.. Maklum lah bila balik Jb, automatik jadi isteri solehah.. Masak, kemas rumah, basuh kain baju, sidai kain baju, lipat kain baju, gosok kain baju, cuci-cuci jamban.. Rajin lah konon walaupun dalam hati ni kata.. Ahh esok jelah cuci.. Ahhh nanti-nanti jelah sidai baju hihihihihihihi... Masalahnya bila asyik bertangguh tu yang tak best.. Kerja yang boleh siap sehari jadi 4,5 hari baru siap..

Esoknya pun ada lagi sakit-sakit perut.. Dah kenapa ni.. Mana ada orang datang bulan berbelas-belas hari masih boleh senggugut.. Dalam kepala terfikir satu benda je hahahahaha.. "Jom beli pregnancy test lagi heheheheh..".. Husband layankan jelah.. Beli brand Disclosure pulak RM5.90 kat Watson..

Seronok memang seronok guna urine test tapi mahal.. Aku selalu beli pun ada reason kenapa beli.. Ada orang mungkin akan salah anggap cakap desperatenya minah ni... Tak baik fikir macam tu.. Aku tau aku 24 tahun ++... Belajar pun tak habis lagi.. Latihan Industri pun belum start hehehe.. Chill lah.. Aku pun baru-baru ni je excited nak try to conceive hehe kalau belum rezeki tak apa lah.. No hal.. Insyaallah rezeki di masa akan datang.. Siapa yang tahu.. Kan everything is with Allah's will.. Kan..

Esoknya bangun dah menginjak nak ke tengahari.. Macam mana terbangun lambat pun tak tau.. Tapi... Bukan solat pun hehe.. So tak ada istilah terlepas subuh ya.. Kiranya kali ni aku buat urine test tengahari sebelum rushing nak ke kelas yang start pukul 2 petang.. Resultnya...


2 line kelihatan jelas dan nyata.. Line T semakin pekat berbanding 2 minggu lepas..


Hasil buat dekk je selama 2 minggu.. Pregnancy test makin menjadi-jadi katakan aku pregnant.. Tapi tak happy sangat masa ni.. Kan dah kata.. Selagi doctor tak kata apa-apa, jangan sesuka hati buat spekulasi sendiri.. Sabar je..

Aku pun berjam-jam naik turun bas nak balik Melaka minggu tu.. Dengan mengangkut beg-beg berat.. Sabar jelah hehehe.. Aku ada cerita kat Umi keadaan aku macam mana.. So, aku ajak Umi teman aku pergi klinik bila aku dah sampai Melaka.. 

Macam biasa.. Doctor klinik yang ni pun suruh buat urine test.. Aku dah berdebar-debar dah ni.. Doctor suruh buat.. Aku buat jelah.. Sambil tunggu pembantu doctor buatkan urine test, aku bual-bual dengan doctor dan bertanya kenapa aku masih bleeding sedangkan semalam buat urine test kat rumah, result positive.. Doctor kata mungkin aku terlalu aktif dan tak jaga badan.. Dia mintak aku berhati-hati jika aku pregnant.. Jangan buat semua benda sesuaka hati.. Tak sampai 5 minit, pembantu doctor kata,"Doctor, result urine test dia positive..".. 

Aku macam tak percaya dengar pembantu doctor kata positive.. Dia pandang muka aku dan senyum dan aku balas senyuman dia.. Doctor pun ambil pregnancy test aku dan.. "You positive lah.. So, you memang pregnant ni.. You kena lah jaga badan you baik-baik sebab you baru trimester pertama.. Better you pergi buat ultrasound kat klinik lain.. Tengok baby okay tak.. Kita tak ada kemudahan ultrasound di sini.." Dalam pada dengar doktor cakap.. Aku sibuk tinjau-tinjau urine test yang doctor pegang tu.. Nak jugak tengok betul ke positive.. Yelah kan.. Awal-awal dulu bila pergi klinik asyik negative je..

Aku beranikan diri tanya.. "Saya dah berapa minggu pregnant doctor?".. Doctor pun kira-kira.. "Owhh.. Sudah 5 minggu plus plus.. Maknanya sudah sebulan lebih you pregnant.." Excited dengar doctor cakap macam tu.. Gilaa tak happy.. Malangnya aku sorang-sorang.. Umi duduk luar dan tak teman sampai masuk dalam bilik doctor.. Husband jauh dan kerja pulak.. Aku dengar berita gembira sorang-sorang jelah.. Rupa si 5 minggu macam ni..




Keluar dari bilik doctor.. Terus cakap kat Umi.. "Doctor kata pregnant lah.. Dia bagi acid folic untuk makan hari-hari..".. Kalau dah dapat acid folic tu, boleh lah percaya aku dah mengandung hohohoho.. Tapi selagi tak buat ultrasound, selagi tu jugak aku tak puas hati.. Aku nak tengok baby tu dengan mata kepala aku sendiri.. 

Pergi klinik lain dalam hari yang sama.. Kurang 15 minit, kami sampai ke klinik yang ada ultrasound.. Macam biasa bagi tau doctor urine test positive dan doctor klinik lain dah bagi tau pregnant sebulan lebih.. Doctor tanpa banyak cakap terus ajak buat ultrasound... Dia sapu gel sejuk kat perut dan letak scanner atas perut.. Dia tekan kuat-kuat dan gode-gode ke kiri ke kanan.. Aku diam je sebab first time dan tak tahu apa-apa.. Umi macam biasa duduk luar je tak teman masuk sampai dalam..

"Rahim awak kosong.. Saya tak nampak kantung baby awak..".. Doctor gode-gode lagi ke kiri ke kanan.. Aku dah terdiam.. Belum sejam doctor klinik lagi satu cakap pregnant.. Doctor yang sini pulak nak kata aku tak pregnant ke??

"Cuba tengok monitor ni.. Rahim awak bujur.. Tak bulat pun macam orang yang tengah pregnant.. Lepas tu awak tengok sebelah sini.. Awak ada cyst dan celah-celah sini ada bleeding ya..".. Aku diam je tak cakap apa-apa... Angguk pun tak.. Ya pun tak.. Diam je pandang monitor macam orang blur sebab nak tengok rahim sendiri pun tak tahu.. Hohohoho...

"Kemungkinan awak memang tak pregnant dan awak tak jugak gugur.. Awak period macam biasa je dan pendarahan tu period yang belum selesai keluar.. Yang buat pregnancy test awak positive disebabkan false positive akibat urine bercampur dengan protein.. Nanti saya akan bagi awak ubat hormon tapi ubat tu bukan pil perancang. Saya bagi ubat tu untuk hentikan bleeding awak.."

Doctor klinik tu bekalkan pulak ubat Norcolut tablet.. Dia kata makan selama 3 minggu setiap hari.. Katanya lagi, Insyaallah akan berhenti lah period/ bleeding tu tapi jangan terkejut kalau habis je makan stok ubat ni, bleeding yang sangat banyak akan terjadi tapi dia pesan jugak jangan takut.. Ia bukan pil perancang..

Genap seminggu lepas buat ultrasound, aku balik JB sebab nak reconfirm sama ada aku pregnant atau pun tidak.. Kali ni buat keputusan nak ke klinik kesihatan kerajaan.. Mula-mula kami ke Klinik Kesihatan Mahmoodiah. Staff yang jaga tu tanya nak check sakit apa.. Husband yang jawab, "Nak reconfirm pregnancy..".. Staff yang jaga tu tanya, "Awak dah try ke buat urine test?".. Aku jawab "Dah..".. Staff tu tanya lagi, "Berapa line kat pregnancy test awak?".. Aku jawab lah,"Dua line..".. Terus staff explain,"Awak kena pergi Klinik Ibu dan Anak yang paling dekat dengan rumah awak supaya setiap urusan dari awal mengandung sampai bersalin senang nak diuruskan.".. Aku pun explain lah kenapa aku datang Klinik Kesihatan ni "Kalau saya nak check dulu kat sini tak boleh.. Saya nak confirmkan dengan doktor betul ke saya pregnant..".. Staff pun tanya,"Awak buat urine test kat mana?".. Aku jawab,"Minggu lepas saya buat kat klinik swasta..".. Staff kata kalau dah buat kat klinik swasta dan doktor kata confirm, kira confirm lah tu pregnant..

Tak puas hati lagi ni tak dapat jumpa doktor, kami pun pergi pulak Klinik Kesihatan Taman U.. Kat sana, staff bahagian kaunter pendaftaran suruh rujuk terus Klinik Ibu dan Anak kat ruangan sebelah.. Kami pun jalan ke kaunter Klinik Ibu dan Anak pulak.. Sampai je kat situ aku pun cakap dengan nurse, "Saya nak reconfirm pregnancy.."... Nurse tanya, "Dah check ke belum kat mana-mana klinik sebelum ni..".. Aku jawab, "Dah.. Klinik swasta..".. Nurse 2 orang tu pun tanya lagi.. "Result urine test awak apa masa pergi klinik swasta?".. Aku jawab lah, "Positive.. tapi...... Saya pergi dua klinik.. Klinik pertama cakap pregnant sebab urine test positive.. Klinik kedua kata tak pregnant sebab dia scan perut tak nampak pun kantung baby...".. Nurse tu tanya lagi, "Berapa minggu masa awak pergi scan tu?".. Aku kata, "Masa tu 5 minggu..".. Nurse tu pun explain la, "Biasa lah tu baru 5 minggu.. Benda kecik lagi mana senang nampak.. Awak terus ke Klinik Ibu dan Anak kat kawasan yang paling dekat dengan rumah awak. Boleh buat kad merah kat sana, ya"... Aku pandang husband.. Rasa macam kecewa jugak tak dapat jumpa doktor.. Nurse tu pun sempat tanya lagi sebelum kami nak balik, "Awak pregnant anak pertama ke?".. Aku pun cakap lah, "A'ah... Ni first time..".. Lepas tu aku ucap terima kasih dan berlalu lah pergi..

Kemudian.. Terkedek-kedek lah naik kereta pergi Klinik Ibu dan Anak Kangkar Pulai.. Sampai sana terus kena buat kad merah.. Tak perlu surat pengesahan pun.. Datang terus dia tanya dah check kat klinik? Positive tak urine test?.. Aku jawab YA je.. Lepas tu terus lah nurse kat situ kata dah boleh lah buat buku merah sekarang..

Ya Allah! Macam mana ni datang-datang je terus kena buat buku merah.. Aku nak try confirm kan lagi sekali sama ada pregnant ke tak tapi dah kena buat buku merah.. Aku pun follow je arahan nurse dan jalankan lah prosedur ibu mengandung.. Timbang berat, ambil darah dan sebagainya.. Bab timbang berat ni yang seronok.. Hehehe excited naik atas penimbang sampai bergegar-gegar penimbang tu dibuatnya.. Lepas tu diri diam-diam dan wahhhhh!!! Sukanya tengok jarum duduk kat nombor berapa hehehe.. Best best best!!! Padahal baru lepas sarapan nasi impit, paru sambal, kuah kacang, serunding kelapa.. Nyum.. Nyum..

Aku sempat cakap kat nurse, aku tengah bleeding.. Dah lebih 20 hari masih tak berhenti.. Nurse kata, dia  buatkan appointment dengan Klinik Ibu dan Anak Taman U hujung bulan ni.. Dia suruh refer sana sebab aku ada masalah bleeding walaupun tak banyak tapi risau tetap risau.. Nurse pun ada pesan suruh banyak berehat dan makan makanan yang berkhasiat.. Kena mula minum susu 2,3 gelas sehari.. Asid folic pun kena makan hari-hari sebab tu ubat untuk baby..


Sambung di PART 2....

p/s: spend small WIN BIG bersama RHB.. Untuk maklumat lanjut KLIK SINI..

10 comments:

oya zihanee said...

excited!!!..nak tunggu part 2.

heheehhe....

RIMA DANIA said...

Kak Oya: Part 2 lambat update..busy hee =)

Anonymous said...

Sis. Nk tanya. Mcm mana pulak kalau T pekat. C samar2. Hurmm

RIMA DANIA said...

Anon: Saya pregnant baby kedua, upt saya T lebih pekat dari C.. Bila check kat klinik, doktor kata saya dah pregnant 2 bulan ;)

Unknown said...

hai, nak tnya, sy bru nikah, seminggu lebih before nikah dah habis period, tpi tetiba bleeding on time, keluar mcm cecair pekat warna coklat, so sy confuse, sy pregnant atau pun period

Unknown said...

Mslh sya hmpr sma mcm kakak d atas ni,,๐Ÿ‘†sya last period 28/12/15,,smpi skng blm period lagi,,,,bln 2 test urine sndri d rmah positive ada dua line tpi line stu samar2,p klnk desa trs kna buka buku mrh,lps tu d bgi tarik 14/4/15 jmpa dktr mou scan,,,skli scan dktr mula2 dktr ckp nmpk tpi kcl lgi,dktr srh la sya kluar dl p minum air bab pundi kncing x pnh,nti bila mou kncing kmu msk blk dan kita scan lagi kata dktr,,,,aq pon ikut la arahan dktr tu,skli scan tuk kedua klinya dktr ckp x nmpk dah,sya d suruh test urine kat makmal,,seminit kemudian kptsn urine pon kluar dan petugas mkmkl ckp negative plk,,,rasa x puas hti esok nya sya test lgi 2kli di rmh,kptsn sma ada dua line tpi yg stu x trng,,,,,tiap kli cek urine kptsn sma yg sya dpt,npa kat klnk time tu negative????...bingung๐Ÿ™‡๐Ÿ™‡๐Ÿ™‡๐Ÿ™‡

senrose said...

sabar dik..betapa kuat nya dugaan kamu...klu kite trlalu mgharap jd mcm ni lah,kn...sedih bce kusah awak krn lbih kurg jln cerite sy jugak...n masih mnunggu

senrose said...

urine di klnk mmelukan Hcg hormon yg tinggi spt 8 mggu++

senrose said...

so skg u preggy ke x

senrose said...

sila update

NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3