Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Monday, May 13, 2013

Ungkep Ayam (Bukan I Masak, Tak Tahu Resepi Pun)

Assalam...



Semalam.. Aku bukan diarrhea tapi constipate.. Constipate level tertinggi sampai sakit perut dan susah nak berjalan.. Nak buat keje pun susah.. Hanya mampu tidur, layan FB dan blogwalking selain mampu jugak tengok tv dan melayan PSM..

Kain baju husband kena tolong uruskan semua.. Bila dah tengahari.. Perut masing-masing dah berdrama.. Husband dengan pantas tung tang tung tang kat dapur masak tengahari..

Dia masak nasi.. Goreng ikan bawal dan masak lauk jawa iaitu Ungkep Ayam.. Aku tak pandai masak lauk tu.. Dia jelah yang tau masak sebab mak dia ajar dia masak sejak zaman dia bujang..

Memandangkan dia selalu kata, "Abang orang jawa lah.." Hehehe so dia memang suka lauk-lauk jawa dan belajar masak jawa.. Ermm tapi tak pernah pulak dengar dia speaking jawa hahaha...






Alkisah ungkep ni.. Masa zaman aku kat U, aku duduk asrama.. Memang makanan kena beli kat cafe.. Oleh kerana husband nak tackle aku zaman tu (ayat penipu hahaha).. Nak tunjuk ciri-ciri suami sejati, sebulan sekali dapat lah aku makan lauk ni.. 

Zaman tu jugak ada lah dia masakkan aku beberapa lauk yang aku tak pernah makan seperti kentang ranggup resepi mak dia, ungkep ayam tu pun resepi mak dia, lobak putih masak air pun pernah, nasi goreng style mak dia, roti sosej style aku haha dan ada lagi lauk lain..

Yelah.. Zaman dah berubah.. Seorang lelaki nak tunjuk bakat memasak, sanggup hantar makanan kat asrama.. Sampai budak rumah kata, "Bila masa Mak akak datang Batu Pahat?'.. Aku pun, "Ha?? Bila masa akak kata Mak akak datang Batu Pahat?".. Budak rumah tunjuk bekal, "Tu.. Bekal siap nasi dengan lauk macam-macam.. Bukan Mak akak masak ke?".. Hehehe, "Eh.. Bukan Mak akak yang bagi bekal ni.. Abang Faiz yang masak.. Jemput makan sama-sama.."..

Bab jemput makan sama-sama ni belum ada yang menolak.. Kami makan lah sama-sama dengan penuh berselera.. Maklum lah lauk lain dari cafe.. Sesekali je jumpa lauk-lauk ni.. Aku pulak memang sejak dulu diet.. Jadi dia masak memang aku tak makan sorang.. Aku jemput budak rumah makan sekali.. Setahun duduk asrama, setahun lah ada orang masak hantar lauk dan nasi kat aku.. Tu pun kalau dia tak busy lah dan ada masa memasak.. Nama pun senior tahun akhir kan..

Kira ok lah tu.. Lelaki pandai memasak termasuk dalam list suami impian hahahaha... Zaman sekarang bukan lelaki je nak perempuan pandai masak.. Perempuan pun suka lelaki pandai masak.. Lagi romantik lelaki masak dari bagi hadiah bagai.. 

Ok tu je untuk entri kali ni... Terima kasih..


p/s: 

Can your relationship stand the test of time?Prove it at the IKEA 25-Hour Cook-off.A total of RM38,000 worth of IKEA Gift Cards to be won!

2 comments:

Nadz Nazharzan said...

Assallamualaikum..
Akak confius lah. Nak panggil Afiah ker atau Rima Dania ni.. Cer bagi jawapan..hihihii..

Laaa..Nape teruk sgt tahap constipate tu? Usaha yer agar episod ni tak berulang lagi. Bahaya juga tau! Makan bnyk serat(sayuran dan buahan) serta jgn culas minum air exp air kosong. Cian dia..

Untung cik abg pandai dan rajin masak. Ni terot masak tahap gaban ni..

Anyway, get well soon ya!

RIMA DANIA said...

Kak Nadz:

Waalaikumsalam..

Panggil afiah pun takpe hehe..

Constipate dah lebih sebulan.. Tak berani nak ckp ni symptom apa.. baru2 ni je jadi mcm ni hehe..

Boleh lah harap bila saya x boleh nak bergerak..

Terma kasih kak Nadz hehe


NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3