Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Tuesday, May 21, 2013

Kisah Orang Ketiga.. Part 3

Assalam...


Baru-baru ni kena pergi lagi Hospital Batu Pahat.. Doctor nak ambil darah hcg.. Selesai ambil darah, terus Abah dan Umi hantar balik ke rumah sewa.. Dalam hati berdebar-debar tunggu keputusan hcg dari doctor.. 

Memandangkan malam tadi kena attack asthma, memang tak tidur lena lah.. Pukul 4 pagi dah terduduk sebab tak boleh tidur.. Petang tu aku target nak ganti tidur.. Baru beberapa minit tidur, dapat call dari doctor.. "Puan.. Result hcg you dah ada pada kita dan level hcg Puan meningkat.. So, esok boleh datang semula ke hospital tak sebab kami nak scan sekali lagi..".. Aku terkejut hcg level aku terus meningkat.. "Berapa ya peningkatannya?".. Doctor jawab,"Meningkat tapi Puan datang dulu hospital esok, ok?".. Ohh doctor tak cakap pun berapa jumlah yang meningkat.. Aku pun jawab,"Ok doctor.. Esok pagi saya datang.."

Esoknya aku ke hospital.. Abah dan Umi teman.. Husband pulak on the way.. Kesian dia.. Pergi kerja pun macam tak pergi kerja sebab kepala tak boleh fikir apa-apa.. Fikir isteri dia ni je dari jauh.. 

Dua doctor silih berganti scan aku.. Baby masih tak kelihatan.. Sekali lagi doctor cadangkan OPERATION!.. Aku senyum je tengok doctor.. Dalam hati aku ni.. "Ya Allah... Kenapa kau ni degil sangat.. Dah doctor suruh operate, operate jelah.. Kenapa takut sangat ni..."...

Doctor pun tau aku ni degil.. So, doctor terus suruh bincang dengan husband and family.. Bagi kata putus nak buat macam mana.. So.... Doctor suruh aku puasa dan kena tahan kat wad sekali lagi.. Aku dah tertunduk kat meja doctor..


Katil yang sama macam minggu lepas =(


Sampai kat wad.. Doctor tanya lagi nak operate ke tak.. Aku senyum je.. Aku minta parents aku masuk dalam wad.. Aku nak dengar pendapat Abah.. Aku selalu confident dengan keputusan Abah sebab sejak dari kecik semua keputusan Abah buat.. Abah suruh ulang SPM, aku ulang.. Dengan SPM tu jugak aku dapat sambung ijazah.. Abah support suruh terima tawaran Diploma Account, so aku terima dan dalam pada tak suka, berjaya jugak tamat belajar tanpa pernah gagal dalam exam.. Lahir kat dunia je, masih kat hospital... Belum sempat balik rumah lagi.. Abah on the spot letak nama aku.. So better Abah yang buat keputusan untuk aku kali ni..

"Abah rasa, Abah prefer operation..." Itu keputusan Abah... Aku senyum je.. Sampai doctor pun senyum je.. 

Doctor pun tanya aku sekali lagi.. "Setuju operate?"

"Operate jelah..." Aku jawab terus tapi senyum je memanjang.. 

"Betul ni?? Nanti prosedur semua dah buat, tiba-tiba awak cakap tak nak doctor tak nak doctor macam mana?" Buat lawak pulak doctor ni hahaha...

"Tak apa lah.. Saya ikutkan je.." Aku kata..

"Ikut apa? Awak nak mana ni hehe.. Awak nak operate tak?" Doctor ni senyum macam nak tergelak pun ada..

"Yelah.. Operate jelah..".. Aku tergelak.. Dalam hati ni dah macam apa.. Dupdap jantung ketakutan..

Doctor tanya... "Kenapa eh awak takut kena operate? Awak takut perut awak ada scar eh? Nanti perut tak cantik?"

"Eh tak lah.. Saya takut nanti saya bangun tidur saya sakit perut sangat-sangat sebab kesan pembedahan tu.." Aku jawab jujur..

"Oooo.. Ala... Tebuk-tebuk kecik je.. Sikit je.. Tak ada apa-apa yang nak ditakutkan.. Okay? Operate eh? Jadi eh operate?" Doctor senyum je sambil bercakap...

"Yelah... Operate pun operate jelah.." Aku dah tergelak-gelak atas katil.. Adoii drama je lebih aku ni sampai patient kat katil-katil lain syok tengok drama tak berbayar ni.. Tapi dalam hati... TAKUT.. SEDIH.. Hanya Allah yang tahu =(

Dalam pada doctor tu sibuk proseskan operation aku.. Sorang doctor ni minta aku sign beberapa dokumen, lepas tu Abah sign jugak.. Last sekali Umi ada sign jugak dokumen untuk masukkan tiub kat mulut aku sebab takut aku sesak nafas sepanjang operation sebab aku tengah kena attack asthma.. Sorang lagi doctor datang cucuk ambil darah, kemudian nurse pun pasang tiub untuk masukkan air.. Dah pasang-pasang tiub... Baju hospital tak tukar lagi.. Aku masih berbaju kurung.. Lupa nak salin baju..

Berangkut-angkut lah tiub ke bilik air dengan Umi.. Umi tolong tukarkan baju dalam bilik air.. Sambil Umi tukarkan baju.. Umi tahu aku sedih sangat sebenarnya.. Aku memang suka buat-buat happy depan orang dan sembunyikan perasaan... 

So sepanjang dalam bilik air sambil Umi salinkan baju.. Umi banyak pujuk walaupun aku tak menangis langsung depan Umi.. 

Mata Umi merah.... Huhuhu... 

Aku pun tahan je sedih... Aku tahu.. Benda ni benda biasa je pun... Nak cerita dengan orang pun segan.. Bukan aku sorang je kena mengandung luar rahim.. Cuma aku tak sangka aku akan jadi salah seorang dari orang yang kena ujian yang ni.. Sangat-sangat tak sangka.. 

Akhirnya siap salin baju.. Aku keluar dari bilik air dengan Umi dan berbaring atas katil.. Tengah plan nak ganti tidur sebab malam tadi pun kene attack asthma jugak macam malam kelmarin.. So, baru nak lelap mata......

Datang doctor lain pulak.. Aku rasa dia salah seorang yang pakar.. Dia kelam-kabut datang kat katil aku dengan baju bedah yg belum dibuka.. Dengan mask yang juga belum ditanggalkan.. Bila dia buka mask.. Aku kenal dah dia.. Dia lah doctor yang tarik balik cakap aku bukan ectopic cuma Prengnancy Unknown Location.. 

"You dah setuju untuk operation ya? Macam ni lah.. I dah teliti kes you ni.. I rasa you tak payah lah operate.. Kalau you operate nanti kena remove baby dan tube.. Tinggal sebelah je tube you.. Kalau you inject, yang remove baby sahaja.. Tube selamat.. I tak boleh paksa you kalau you tetap nak operate.. Tapi I cadangkan you inject saja.. Memang leceh nak berulang alik ke Hospital tapi I rasa yang tu lebih baik untuk you.. Better inject saja lah.. Okay?" Panjang lebah doctor ni explain..

"Doctor bincang denga parents saya boleh?" Aku pulak bagi cadangan...

"Okay..Okay.. Mana parents you?"

Doctor lain pun cepat-cepat panggil Abah dan Umi datang ke wad semula.. Bila Abah dah sampai.. Doctor ni explain lah dengan Abah dan Abah setuju untuk inject je.. Atas persetujuan semua.. Operation dibatalkan dan ambil injection sahaja dan observation yang berterusan dari doctor untuk beberapa minggu ni.. Nak pastikan lepas injection tu baby keluar sehingga selesai dan clear! Doctor pun akan observe sehingga hcg level aku jatuh.. Maknanya tiada lagi proses pregnancy akan berlaku..

Aku diminta ke bilik rawatan untuk buat injection.. Memang sakit masa kena inject.. Sebelum masuk bilik rawatan laju je jalan.. Keluar dari bilik rawatan terus jalan macam orang lepas bersalin.. Setapak setapak melangkah untuk ke katil menahan sakit.. Aku sempat baca doa Nabi Yunus sepanjang injection tu.. Buat-buat tak tahu je doctor inject.. Mulut laju je baca doa..

Lepas selesai semua.. Parents bawa aku balik Melaka.. Senang nak jaga...

Sampai rumah memang tidur je sebab tak cukup tidur.. Memang tidur lena malam tadi.. 

Pagi esoknya bangun nak buang air kecil... Dah start keluar darah banyak bercampur lendir macam telur putih dan ketulan daging yang hancur dan bercerai-berai.. Sempat pegang lama sebelum buang dalam toilet dan flushhhhhh..... Lagi pun belum bernyawa.. Tak ada efek apa-apa.. T_T..

Memang tak ada rezeki anak.. Tapi rezeki lain pulak dapat.. Husband dapat sambung master kat U aku... Cuma belum tahu lagi husband terima ke tak tawaran nak sambung.. So, sekarang ni sementara rehat kat rumah... Tunggu proses pengguguran clear... Boleh lah buat PSM yang belum selesai..

Terima kasih kepada saudara-mara, kawan-kawan yang jauh yang dekat yang dah banyak doakan yang baik-baik.. Terima kasih sebab jadi sangat supportive... Appreciate sangat-sangat.. Sayang semua banyak-banyak... (^^,)



Love letter from business partner












We will always love you BABY!


Terima kasih...

*Nota kaki untuk My version of Ectopic Pregnancy:

1. Tak operate untuk remove baby tapi ambil jalan kedua iaitu injection methotrexate...

2. Selepas ambil, kena start planning untuk 2nd baby.. Doctor nasihatkan jarak 3 hingga 4 bulan sebab bagi masa untuk ubat clear dari badan. Kalau degil jugak.. Nanti baby kedua akan ada problem..

3. Tak berpantang sangat macam orang lepas bersalin.. Just jaga makan dan minum je..

4. Tak ambil sebarang vitamin yang berasid folic.. Setakat ni memang aku stop minum horlicks, makan cereal dan minum susu jenama HL Marigold sebab makanan dan minuman ni ada kandungan acid folic dan ada juga beberapa sayuran dan buah yang aku tak berani lagi nak ambil untuk elakkan acid folic.. Ini aku decide sendiri.. Depends atas nasihat doctor kalau doctor kata boleh makan, so it's okay lah..

5. Ketulan yang keluar efek dari ubat adalah lebih kepada ketulan uterine wall bukan baby sebab baby 2 bulan baru 1.6cm.. Baby aku 1.3cm mengikut pada ukuran doctor.. Itu pun siap sac (kantung) jadi 1.3cm.. Cuba bayangkan betapa keciknya lagi baby tu.. So.. Aku tak ada simpan-simpan serpih daging dan sebagainya.. Mungkin baru 2 bulan.. Rupa pun tak jelas lagi.. Aku decide buang dalam toilet dan flush sahaja.. 

6. Efek ubat ni kat aku.. Aku sakit perut macam senggugut tapi mild cramping jelah.. Tak ada sakit sampai bergolek atas katil.. Lepas tu bleeding start esok paginya bersama ketulan darah setelah berbelas jam ubat di inject ke dalam badan.. 


p/s: Saja nak share link HiSHOP untuk side income heheheh.. 

12 comments:

Miss arfisa said...

Sabar ye. Mungkin ada hikmah ini semua. huhu

RIMA DANIA said...

Miss Arfisa: Ya mungkin ada hikmahnya =)

oya zihanee said...

+ sedihhhhh......

tak pe lah along.. semua tu ALLAH dah tentukan.. insyallah. rezeki lain banyak lagi yang menunggu..

rest banyak-banyak... fokus dekat PSM. okey!!

RIMA DANIA said...

Kak Oya: Lepas ni fokus PSM... Minggu depan dah present.. Sebulan je lagi nak abes degree.. Boleh rest banyak2 lepas ni sementara tunggu nak LI bulan 9 hehe

Miss Kay said...

YA ALLAH fiah..kuatkan diri..nak nanges baca.. keep updating dr first story lg.. bile end up cmni sedih.. T.T

kuatkan diri k? HE will always be with you.. =)

RIMA DANIA said...

Cik Tipah: Terima kasih Arfah.. Belum ada rezeki nak join muna dengan kikin =) Kononnya due 29 december tahun ni.. Tak kesampaian tapi ada hikmah yg tersembunyi..

Unknown said...

hi dear.....
hopefully u sihat walafiat..
i pun pernah jadi macam tu. my first baby. and its about two month. but 1st doc suspect ectopic pregnancy.. but my hcg decreaced day by day.. same as u. doc scan sane scan sini still x nampak kantung baby.. after that doc said i need to be monitored week by week.. she refused to inject or operate.. and i wait after 1 week i still remember during my breakfast around 11.30am, i felt like basah kat bawah.. that almost 1/2 hours i tahan sakit macam kene induce.. mmg menangis i sbb terlalu sakit. then at 12pm sharp i felt like sumthing comming out. then bile i masuk toilet the kantung baby coming out.. serpih2 sume ade awk.. habis toilet penuh darah. then i masukkan kantung tu dalam plastik trus bawak pg hospital. the doc was so happy czz kantung baby kuar sendiri without and medicine and injection. tp dgn bantuan air COKE sbb mlm before tu mcm frust sbb dah tahu miscarriage. and doc scan all cleaned..!!! Alhamdulillah sgt2. but u are so lucky because all the one that u loves is besides u when u need them most. but not like me.. my husband stay far away from me and all i can do is like faced all the sadness alone without my parents and my husband.. =( anyway.. what past is past.. just redha dgn ketentuan Allah swt.. =)

RIMA DANIA said...

Nur Syafiqah Jamaluddin: Alhamdulilah saya sihat :) Terima kasih kerana bekongsi dengan saya. Lepas inject mtx, saya terus rasa berat kat bahagian bawah perut, badan jadi penat dan letih sampaikan saya tidur 12 jam tanpa sedar. Bila saya bangun, saya tengok darah dah keluar banyak sampai pad 24cm kena tukar 4, 5 kali sehari. Tak lama lepas tu saya rasa contraction on off selama 2 minggu. Walaupun dah gugur melalui injection tapi morning sickness masih tak hilang. Berat badan turun mendadak. Kantung baby saya pun keluar tapi ambil masa berminggu-minggu dan agak lambat.

Anonymous said...

Salam hi, ada cara i nak contact u? Thank you :)

Afisury said...

Stay strong. In sha Allah ada rezeki nanti. Saya dulu pun missed miscarriage after 2 months. Doctor xdapat detect heratbeat baby dalam rahim. Sekarang saya tunggu blood test kalau saya pregnant lagi. In sha Allah kali ni ada rezeki saya dgn husband. And i hope Puan pun pregnant lagi. Aamiin. Banyak2 berdoa..rezeki dirtangan Allah SWT

Ummi said...

Dah lama dah story u..tp saya baru baca..mcm saya pulak mcm mna la ye..dh dua bln rasanya non stop bleeding ckit2 warna coklat tu..ada masanya byk..xdtg period..bila check negatif je memanjang.bln 12dtg period..ingt xde dh bleeding ckit2 tu..lps dua hri hbs period ada lg pulak..rsaunya ada cyst

ummi mubin said...

walaupun posting ni dh lma.tpi sy nk share pengalaman sy for first pregnancy...sy buat upt sdiri lps dua mgu lewat haid mmg positif tapi blur sgt2 second line..plus sy bleeding hampir 3 minggu..7 week pi scan doc ckp nmpk kntungdan telur kuning sja.no baby at all..bleeding masih on.doc syak miscarriage x sedar..senak perut sgt2...doc ckp next week on 9 week pregnt nk suruh mkn ubt cuci la.hari nk gi klinik gov tu sy gi scan di swasta.Alhamdulillah mmg ada baby tpi tooooo smalll..mka start la refer pakar o&g until bersalin..n baby pon xsampai 2kg prem 36w shj...n my baby di diagnosis hidap hypospedia that mean saluran kencing x terbentuk dgn sempurna...so tiap kli pregnt n bleeding usaha utk bedrest n tawakal..kdg Allah hilangkan sesuatu maybe sbb xperfect utk kita dan diganti dgn yg most perfect..

NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3