Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Wednesday, February 13, 2013

Baru aku rasa... Pengorbanan Seorang ABAH...

Assalam...


Dalam perjalanan ke JB dari Melaka (rumah parents aku)... Umi busy tumpu perhatian drive Naza yang penuh dengan barang yang bakal memenuhi rumah sewa aku.. Ada toto, rak pinggan mangkuk, rak dapur, kain baju dan sebagainya.. Adik lelaki yang 4 orang tu ada yang tidur, yang dengar lagu... Yang berangan termenung tengok luar tingkap pun ada... Kesian diorang kena duduk berhimpit dengan barang yang banyak tu...

Biasanya masa-masa macam ni lah aku suka sembang macam-macam dengan Umi... Nak elak aku tertidur dan elakkan Umi boring memandu hampir 3 jam kat highway... Apa-apa pun.. Umi aku HEBAT... Drive hampir seluruh Malaysia kadang-kadang tak ada 2nd driver pun.. Melaka ke Penang... Melaka ke Cameron Highlands.. Melaka ke KL atau JB conggak je dah sampai.. Satu lagi.. Umi ni ligat dan laju drive walaupun bawak MPV besar gedabak tu... Hehe boleh kalah Abah drive kalau lawan dengan Umi.. Pergi sekolah pun lagi suka Umi yang hantar sebab Umi pecut laju dan cepat sampai sekolah berbanding Abah.. Haha kalau Umi dia risau anak dia kena denda dengan cikgu kalau sampai sekolah lewat... Kalau Abah pulak akan kata, "Siapa suruh lambat.. Lagi lambat awak siap nak pergi sekolah, lagi lambat Abah drive kereta ni.. Kalau siap cepat, cepat lah Abah hantar awak pergi sekolah...." Rules Abah! Tapi Umi kata, "Abah lesen international.. Ambil lesen masa belajar kat UK zaman dia bujang dulu.. Itu kot buat dia lebih disiplin memandu...".. Aku pun, "Yeke disiplin memandu sebab ambil lesen kat UK?".. Hmm CURIOUS...

Berbalik kepada topik... Sembang dengan Umi dalam kereta....

Aku: Kesian Faiz penat kerja... 6.30 pagi pergi kerja.. Kul 7,8 malam baru ada kat rumah.. (sesi mengumpat husband hehe)

Umi: Macam mana Faiz penat kerja cari duit, macam tu lah Abah penat kerja cari duit untuk besarkan anak-anak..

Aku: -Senyap-................ Baru Along faham pengorbanan seorang Abah tu macam mana bila tengok Faiz letih lepas tu penat bila balik dari kerja... Bukan senang kerja macam Abah & Faiz.. (Bidang pengurusan sampah or waste management)

Umi: Abah pun dah bertahun kerja dalam bidang tu.. Penat jangan cakap tapi mana ada kerja yang tak penat.. Nak besarkan anak-anak kena berkorban... Nak bagi anak belajar tinggi-tinggi... 

Aku: Dulu masa sekolah, Umi suka cakap belajar jangan malas.. Kesian Abah penat kerja besarkan awak semua, tapi belajar main-main... Sekarang baru Along faham maksud Umi bila Along tengok susahnya suami/ayah cari duit nak sara keluarga...

Umi: Yelah... Kalau tak kerja mana nak dapat duit... (Focus driving)

Aku: Kalau suami penat kerja dia tak tunjuk kat anak atau mengadu kat anak pun sebab bukannya anak faham kalau dia mengadu pun.. Dah tentu suami mengadu kat isteri sebab isterikan lebih memahami suami berbanding anak memahami ayah dia...

Umi: -Senyap-....... -Berfikir-...... 

Aku: Kan? Betul tak? 

Umi: Mesti lah..... (Muka Umi berubah, teringat kat Abah ke? Fikir apa, aku tak tahu.. Sekurang-kurangnya akhirnya aku rasa apa yang Umi rasa)


Husband... Abah... Kerja dalam bidang yang sama.... So, dari umur aku 8 tahun sampai 24 tahun ni memang aku sensitif sangat bab sampah.. Orang buang sampah.. Orang tak kitar semula sampah... Bayangkan sampai dapat husband pun kerja bahagian sampah.. Benda ni sampai bila-bila akan sebati dengan aku.. Dari Abah sampai ke husband sendiri..

Bukan senang nak urus sampah/waste ni... Banyak kerja mereka tanpa kita sedar sebab kita buang sampah setiap hari... Ada orang yang tak pernah buang sampah seumur hidup dia tak kat dunia ni?? PENIPU BESAR lah kalau ada yang cakap tak pernah... Kat sekolah pun cikgu dah ajar buang sampah dalam tong sampah... Cikgu BI pulak ajar throw rubbish in the bin.. Kan? Appreciate people yang manage waste anda setiap hari... Mereka bukan sebarangan orang.. Tanpa mereka.. Tak ada lah taman permainan yang bersih untuk anak-anak bermain... Tanpa mereka, tak ada istilah keindahan alam.... 

So, thank them.. They are great people!! How to thank them?? JANGAN BUANG SAMPAH MERATA-RATA dalam longkang lah, buang tisu keluar dari tingkap kereta dan sebagainya.. Selain itu, SILA BELAJAR KITAR SEMULA sampah macam kotak, kertas, botol dan bekas plastik, tin minuman atau tin susu dan sebagainya.. Okay? Hehehe.. 

Aku dah terbiasa kitar semula sebab dari kecik dan terbiasa.. Parents kita buat, kita pun ikut buat.. Lama-lama jadi kebiasan... Bila nak buang botol minuman, rasa stress tak jumpa tong kitar semula.. Rasa rugi dan bersalah sangat buang botol minuman tu dalam tong sampah biasa ynag bercampur dengan sampah lain.. Alam sekitar bukan milik kita... PINJAMAN dari ALLAH kepada kita dan untuk kita wariskan kepada generasi akan datang.. 





Umi







Abah... Tapi Abah aku yang berbaju batik ya.. Bukan
Yang berjubah putih tu hehe.. Tu Abah Bella and Tasha ^_^







Husband







Abah's Baby Boy.. The 6th.. Independent!







The 4th.. Stubborn but dalam hati ada taman... Heheheh







The 3rd... Classmate aku mengaitkan dia dengan
Mat Luthfi..WHY??







The 5th.. Suka panggil dia budak poyo sebab dia suka
bajet hensem.. Hahaha



Hopefully the brothers will be a better better better person in the future.. Insyaallah.. Be a good husband, a good leader and a great Abah just like our Abah....

Terima kasih....

NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3